Thursday, November 27, 2014

Gila! Torres buat majlis perkahwinan yang paling tidak masuk akal..



Gila! Torres buat majlis perkahwinan yang paling tidak masuk akal.. | Seorang aktor Peru memilih sebatang pokok sebagai isterinya dan ia bukan sekadar lakonan apabila ikatan itu disaksikan jemputan dalam majlis perkahwinan yang aneh, lapor media pada Rabu. Malah perkahwinan Richard Torres yang rupanya mirip pelakon terkenal Johnny Depp dengan pokok itu bukanlah yang pertama kali kerana tumbuhan itu pernah menjadi pasangannya untuk kali pertama tahun lalu.

Perkahwinan Torres dengan pokok itu dilangsungkan di Taman Negara Bogota, Ahad lalu. Bagaimanapun, di sebalik majlis itu, perkahwinan berkenaan diadakan sebagai cara menanamkan kesedaran terhadap kepentingan isu alam sekitar kepada orang ramai. Kata Torres, dia berharap perkahwinannya dengan pokok dapat membawa mesej jelas kepada semua pihak bahawa alam sekitar perlu sentiasa dijaga.


“Semoga lebih ramai orang memberi perhatian kepada masalah alam sekitar di dunia yang disebabkan oleh perbuatan manusia,” katanya. Dia juga menggesa pemberontak dalam Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia menukar aktiviti mereka daripada berperang kepada menanam pokok. Perkahwinan pertama Torres dengan pokok dilangsungkan di Buenos Aires. -AP



.

Pemain Kriket Australia Maut Terkena Balingan Bola



Pemain Kriket Australia Maut Terkena Balingan Bola | Seorang pemain kriket Australia, Philip Hughes tidak sempat menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang bakal tiba tiga hari lagi apabila meninggal dunia di Hospital St Vincent di sini. Hughes disahkan meninggal dunia pada Khamis selepas koma sejak petang Selasa akibat terkena bola yang dilontarkan skuad lawan dalam satu perlawanan kriket.Dalam kejadian itu, bola yang dilontarkan Sean Abott terkena belakang kepala Hughes dan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri di atas padang.


Hughes kemudian dikejarkan ke Hospital St Vincent dan berada dalam keadaan koma sebelum diumumkan telah meninggal dunia oleh badan Kriket Australia selepas. Doktor pasukannya, Peter Brukner memberitahu pemberita, Hughes menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan sempurna tanpa bertarung dengan kesakitan. Ketua Pasukan Kriket Australia Michael Clarke yang mewakili keluarga mangsa telah menyampaikan ucapan dengan penuh hiba.


Dalam keadaan berani melihat kenyataan itu, Clarke berkata,"Kami pilu kerana kehilangan orang yang dicintai iaitu Philip. "Sejak beberapa hari lalu kami mengharungi hari yang mencabar hati. Kami juga berterima kasih kepada keluarga, rakan, pemain, badan Kriket Australia dan orang ramai. "Kriket merupakan hidup Philip dan sebagai keluarga kami sentiasa kongsikan sayangnya terhadap kriket bersama-sama." -AP





.

Pelajar perempuan lalui detik memalukan kerana tindakan guru lelakinya



Pelajar perempuan lalui detik memalukan kerana tindakan guru lelakinya | SEORANG pelajar perempuan mengalami detik memalukan apabila seorang guru lelaki bertindak mengheret dan memaksanya untuk masuk ke dalam kolam renang untuk menjalani latihan renang. Menerusi rakaman telefon bimbit dari rakannya yang berada di tempat kejadian, gadis yang tidak mahu dinamakan itu dikatakan enggan menjalani latihan renang seperti biasa, menyebabkan guru tersebut menarik dan mengheret kedua belah tangannya serta cuba menolaknya masuk ke dalam kolam renang tersebut.

Menurut laporan yang dipetik melalui portal berita Metro.co.uk, gadis berusia 14 tahun dipercayai enggan menjalani latihan pada hari tersebut kerana baharu sahaja membuat rawatan rambut. “Saya sangat kecewa dengan tindakan dia (guru lelaki tersebut). Ia buat saya rasa mahu menangis bila saya lihat video itu. “Saya rasa malu dan marah kerana dia memperlakukan saya sebegitu di hadapan semua pelajar.

Dia juga telah sentuh saya,” kata pelajar itu seperti yang dipetik melalui laporan portal tersebut. Menerusi rakaman telefon bimbit durasi 95 saat, mangsa dilihat diheret ke kolam renang oleh gurunya sementara rakan-rakannya yang lain cuba menghalang dan membantunya dengan memaut lengan dan tangan pelajar itu. Berang dengan tindakan guru yang menyentuh dan mengheret remaja terbabit, keluarga pelajar akhirnya tampil membuat laporan.


“Kita (ibu bapa) tidak akan terfikir seorang guru akan melakukan tindakan seperti itu kepada anak kita bila anak kita ke sekolah,” luah ibu pelajar tersebut. Guru lelaki, Denny Peterson kini berhadapan dengan tindakan tatatertib dan undang-undang membabitkan pelanggaran undang-undang dan mendatangkan kecederaan kepada pelajar. Peterson juga dikatakan bakal di saman oleh keluarga pelajar terbabit. -AP




.

Kanak-kanak 3 tahun tidak sengaja tertembak ibunya di kepala lalu maut



Kanak-kanak 3 tahun tidak sengaja tertembak ibunya di kepala lalu maut | Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun secara tidak sengaja telah tertembak ibu sendiri di kepala dan mengakibatkan maut. Laporan yang dikeluarkan oleh Tulsa World berkata, ketika kejadian wanita berkenaan, Christa Engles, 26, sedang leka menyalin lampin anak perempuannya yang berumur 10 bulan. Sarjan Dave Walker dari Jabatan Polis Tulsa memberitahu, Engles telah dikejarkan ke bahagian kritikal hospital Tulsa namun meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital. Polis percaya, kanak-kanak itu telah tidak sengaja menarik picu pistol 9mm separa automatik yang penuh peluru dan kemudian tertembak ibunya.

 Difahamkan, pistol bekenaan telah diletakkan di atas sebuah meja di tepi sofa yang mudah dicapai kanak-kanak tersebut. Neneknya yang turut menetap bersama keluarga tersebut telah ke bahagian ruang tamu sebaik sahaja mendengar bunyi tembakan dan segera menghubungi polis. Brian, bapa kepada kanak-kanak tersebut yang merupakan seorang pemandu lori pulang ke rumah sebaik sahaja mengetahui mengenai perkara tersebut. Menurut laporan itu lagi, polis hanya menjalankan siasatan ke atas bukti-bukti yang ditemui kerana kanak-kanak terbabit hanya satu-satunya saksi langsung.-AP




.

Akibat arachnophobic iaitu sejenis fobia takutkan labah-labah, wanita ini terpaksa...



Akibat arachnophobic iaitu sejenis fobia takutkan labah-labah, wanita ini terpaksa... | GARA-gara arachnophobic iaitu sejenis fobia takutkan labah-labah, Aggie Dabska, 34, dari Plymouth Wood Close di Ely, England, tidak membuka salah sebuah tingkap di rumahnya selama tiga tahun. Menurutnya, sebatang pokok yang berada di luar rumahnya menjadi sarang kepada ribuan labah-labah dan ia turut membuat sarang di tepi tingkap bilik anak lelakinya yang berusia 8 tahun lapor Mail Online. “Saya sangat bencikan labah-labah. Dengan hanya memikirkan tentang serangga kecil itu sahaja boleh buat bulu roma saya meremang,”katanya.

Sejak berpindah di rumah berkenaan tiga tahun lalu, Dabska telah mengalami masalah tersebut dan dia juga mendakwa Majlis Daerah Cardiff mengendahkan permintaannya untuk menebang pokok itu dengan alasan tidak pernah menerima surat daripadanya. “Saya tidak mahu pindah kerana kejiranan di sini sangat baik. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah mengupah pekerja membersihkan tingkap bilik anak lelaki saya daripada sarang serangga itu," katanya. -AP



.

Kenali Rosie Skinner, wanita yang punya ketagihan aneh



Kenali Rosie Skinner, wanita yang punya ketagihan aneh | Rosie Skinner membeli sekurang-kurangnya dua span besar seminggu. Span itu bukan untuk mencuci kereta atau membersihkan bilik mandi, tetapi untuk dimakan oleh gadis berusia 19 tahun itu. Rosie ketagih memakan span sejak berusia lima tahun lagi. Pelajar dari Epson itu akan memotong span berkenaan menjadi kepingan kecil dan menghisapnya sepanjang hari, sama seperti kebanyakan remaja memakan coklat atau kerepek.


"Saya sangat sukakan bau span basah. Saya suka rasa kelembapannya. Saya juga sukakan teksturnya. Ia seperti memakan kek. "Satu hari nanti saya mungkin akan cuba meletakkan aising. Jika rasa tertekan, saya suka memakan span sambil bersantai," katanya. -AP




.

Lelaki cuba menipu untuk mendapatkan bantuan kewangan namun tidak berjaya



Lelaki cuba menipu untuk mendapatkan bantuan kewangan namun tidak berjaya | Seorang lelaki cuba menipu untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan dengan merantai dirinya dan seorang anak lelaki di dalam kereta mereka. Bagaimanapun, dia melakukan kesilapan bodoh kerana menyimpan kunci rantai berkenaan di dalam sakunya. Polis menemui lelaki berusia 30-an itu dan anaknya dalam keadaan dirantai di dalam keretanya di Ihsa, di wilayah timur Arab Saudi selepas menerima laporan daripada orang ramai.

Lelaki itu memberitahu polis, dia dirompak, dipukul oleh beberapa lelaki tidak dikenali sebelum mereka merantai dia dan anaknya. “Kami menemui resit menunjukkan dia membeli kunci dan rantai dari sebuah kedai. Selepas disoal siasat, dia mengaku merantai dirinya kerana ingin mendapatkan bantuan kewangan,” lapor akhbar Sabq, memetik kenyataan jurucakap polis Kolonel Ziad Al-Rugaiti. Lelaki itu ditahan dan akan didakwa di mahkamah hari ini. - Agensi



.

Wanita cetus sensasi selepas dia'meghukum' teman lelakinya yang curang


Wanita cetus sensasi selepas dia'meghukum' teman lelakinya yang curang | Seorang wanita mencetuskan sensasi di internet selepas dia menconteng kereta mewah milik teman lelakinya yang curang dengan seorang wanita lain. Wanita tersebut, Maria Alejandra Samaniego, 25, berang selepas dia mendapati teman lelakinya, Pabil Muniz Quintanilla, 27, sedang berasmara dengan wanita lain di kediaman mereka di bandar ini. Samaniego yang berang dengan sikap teman lelakinya itu kemudiannya menconteng kereta jenis Mercedes-Benz milik Quintanilla dengan pelbagai perkataan penghinaan.


Seorang rakan Samaniego telah merakamkan video dan gambar wanita itu sedang menconteng kereta teman lelakinya sebelum memuat naik imej berkenaan di internet baru-baru ini. Sejak dimuat naik di internet, video itu telah ditonton lebih 100,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna di laman sosial. “Itu adalah salah satu cara yang bagus untuk mengajar lelaki yang curang,” kata seorang pengguna. – Agensi




.

Khabar terkini Farah Diana Anuar bintang kelahiran program realiti popular, Akademi Fantasia



Khabar terkini Farah Diana Anuar bintang kelahiran program realiti popular, Akademi Fantasia | ENTAH di mana silapnya, tahun lalu, nama penyanyi dan pengacara, Farah Diana Anuar, menjadi perbualan hangat atas kontroversi demi kontroversi yang melanda. Selain berdepan isu tidak memulangkan semula busana yang dipakainya ketika mengacara, bintang kelahiran program realiti popular, Akademi Fantasia musim kedua (AF2) ini juga dituduh dalam kes kehilangan wang di set penggambaran sebuah program. Tidak cukup dengan itu, pelantun lagu Antara Dua ini juga khabarnya diisytiharkan sebagai muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara. Mengakui sedikit terkesan dengan kontroversi yang terpalit, isteri kepada Johan Johari ini bagaimanapun enggan lagi menoleh ke belakang mengenang kisah silam.

“Biarkanlah semuanya berlalu. Sejak saya keluar dari AF2, saya tidak pernah ambil pusing dengan apa yang orang kata mengenai saya. “Apa yang penting, orang di sekeliling saya terutamanya suami dan keluarga tahu akan kejadian sebenar yang berlaku kepada saya. “Itu sudah cukup memadai buat saya,” katanya ketika ditemui Zass, kelmarin. Kata Farah lagi, dia menganggap cerita-cerita panas itu sebagai satu dugaan dari ALLAH SWT sepanjang bergelar anak seni. “Masa mula-mula terjadi, saya sangat kecewa dan bersedih tetapi selepas meminta pandangan dan nasihat daripada ustazah, saya berasa tenang. “Saya anggap ia sebagai sebahagian daripada dugaan kecil yang ALLAH SWT bagi kepada saya. “Jangan terkejut, rezeki saya juga semakin murah dan ini sedikit sebanyak menaikkan semangat saya semula,” katanya.


Kembali aktif menyanyi

Tidak hanya terpalit dengan kisah kontroversi, penyanyi berusia 29 tahun ini juga pernah merancang untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian. Tambahan pula, Farah terlibat sama dalam menyanyikan semula lagu runut untuk filem Cindarella 2013 lakonan Fizo Omar dan Nelydia Senrose, Sehati Sejiwa. Biarpun rindu untuk merakamkan lagu baharu, hasratnya itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan sementara waktu memandangkan anaknya, Elsa Johan masih lagi menyusu badan. “Anak saya kini sudah menjangkau usia dua tahun, tapi dia masih belum putus susu lagi. Sebab itulah, saya tidak boleh bergerak aktif lagi. “Kekangan masa juga menyebabkan saya lebih gemar mengambil majlis-majlis korporat.

“Tunggulah dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi. Saya pun rindu hendak masuk studio,” katanya yang menjaga sendiri anaknya itu. Begitu pun, kata pelantun lagu Tangisan Dalam Kerinduan itu, dia sudah ada beberapa perancangan jika hendak kembali aktif. “Saya merancang untuk menyanyikan semula beberapa lagu lama sama ada dari Malaysia atau Indonesia. “Masalahnya, saya tidak tahu bagaimana proses untuk menyanyikan semula lagu-lagu tersebut terutamanya daripada segi hak cipta. “Banyak lagi yang perlu saya lihat sebelum dapat merealisasikannya,” katanya. Dalam perkembangan lain, Farah kini sibuk mengacarakan program Soal Wanita di TV Al Hijrah selain bakal menjadi pengacara untuk beberapa program lain. -SH




.

Juruteknik komputer tahan sakit lebih sejam tapak kaki tertusuk besi bekas pasu di halaman rumah



Juruteknik komputer tahan sakit lebih sejam tapak kaki tertusuk besi bekas pasu di halaman rumah | Seorang juruteknik komputer terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas tapak kaki kanannya tertusuk besi bekas pasu di halaman rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Firdaus Aziz, 27, membersihkan halaman rumah sebelum kakinya terpijak tanah mendap dan tertusuk besi sepanjang tujuh sentimeter yang tertanam di situ.

Menurut sumber, kejadian mengakibatkan besi itu hampir menembusi bahagian atas kakinya dan dia terpaksa berdiri menahan kesakitan sebelum besi berkenaan dipotong anggota bomba. "Ketika kejadian mangsa yang sedang cuti sakit berada di rumah bersama ibu mentua manakala isterinya Norhazirah Salleh, 28, bekerja. "Ketika membersihkan halaman rumah secara tiba-tiba kaki kanannya berasa sakit sebaik terpijak bahagian tanah mendap, cubaannya mengeluarkan besi itu tidak berjaya sehingga terpaksa meminta bantuan anggota bomba," katanya, di sini, semalam. -Metro




.

3 Wanita Hilang RM40,000 Angkara Ditipu Kasanova 'We Chat'



3 Wanita Hilang RM40,000 Angkara Ditipu Kasanova 'We Chat'  | Tiga wanita kerugian lebih RM40,000 selepas ditipu seorang kasanova berusia lingkungan 20-an di aplikasi sosial "We Chat". Lelaki itu bergerak aktif di sekitar Seberang Perai dan Kepala Batas dekat sini sejak awal tahun ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri ACP Azmi Adam berkata lelaki yang dikenali sebagai Noor Azman Azmi itu mencari mangsa dengan menggunakan kata-kata memikat dan ayat meraih simpati. "Dengan penampilan yang bergaya lelaki itu akan menabur janji-janji manis termasuk untuk menjadikan mangsa sebagai isterinya.

"Mangsa diajak bersiar-siar dan amalan itu diulang beberapa kali. "Selepas mangsa mempercayainya dan termakan pujuk rayu, lelaki itu akan meminta wang atau barang kemas untuk dipinjam dengan alasan terpaksa membayar hutang," katanya pada sidang media di sini, Rabu. Beliau berkata ekoran tertipu dengan lelaki berkenaan, tiga wanita berusia lingkungan 20-an dan bekerja kilang itu membuat laporan polis.

Azmi berkata tiga wanita berkenaan membuat laporan secara berasingan sejak minggu lepas dan siasatan polis mendapati suspek adalah orang yang sama. Katanya siasatan juga mendapati lelaki itu menggunakan beberapa nama dan tinggal berpindah randah bagi mengelak dikesan mangsanya. "Susulan itu, kami meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Syafiq Shaidin di talian 04-5762222," katanya.-Mstar



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!