Saturday, November 29, 2014

Inilah penjelasan sebenar mengenai gambar kontroversi antara Shahrukh Khan dan Salman Khan ini



Inilah penjelasan sebenar mengenai gambar kontroversi antara Shahrukh Khan dan Salman Khan ini | Selepas foto Shahrukh Khan dan Salman Khan mencium dahi Arpita Khan menjadi perhatian pihak media dan umum minggu lalu, kini foto panas Shahrukh Khan dan Salman Khan berkucupan bibir pula beredar pantas di India. Sama seperti kes yang berlaku melibatkan barisan selebriti seluruh dunia, dua aktor hebat ini tidak terlepas daripada menjadi mangsa manipulasi gambar. Mana tidaknya, gambar asal Shahrukh Khan dan Salman Khan sedang mencium dahi Arpita telah diubah sehingga melihatkan kononnya Shahrukh Khan dan Salman Khan sedang mencium bibir antara satu sama lain. Foto kontroversi tersebut beredar dengan cepat di laman sosial media sehingga mendapat perhatian Salman sendiri.


Meskipun begitu. Salman tidak cepat melatah sebaliknya menganggap mereka yang memanipulasi foto tersebut tidak pandai untuk menghasilkan sebuah foto kelihatan benar. “Hasil editing yang cukup teruk. Saya ada versi yang lebih elok. Jauh lebih bagus daripada apa yang anda miliki. “Lihat sahaja ekspresi Shahrukh Khan. Dia seperti benar-benar menikmati saat kami berciuman,” komen Salman dengan nada tertawa. Sebelum ini para peminat agak terkejut kerana menganggap gambar tersebut adalah benar. Namun selepas melihat komen balas dari Salman Khan, mereka mula menarik nafas lega dan mengutuk mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.-AP



.

Ia menjadi mimpi ngeri penduduk.. Apa puncanya?



Ia menjadi mimpi ngeri penduduk.. Apa puncanya? | Penduduk di tiga wilayah di Vietnam kini hidup ketakutan kerana berdepan dengan ‘serangan’ ular berbisa yang dipercayai menyerang orang ramai setiap hari. Insiden berkenaan dikaitkan dengan kesan penerokaan hutan, pencerobohan habitat dan kesan perubahan iklim, ular bisa itu kini menjadi mimpi ngeri kepada penduduk Quang Ngai, Quang Nam dan Da Nang. Media tempatan semalam melaporkan, berpuluh-puluh penduduk setempat dikejarkan ke hospital setiap hari akibat dipatuk ular kapak. Sejak awal bulan ini, di Hospital Besar Quang Ngai saja kakitangan di situ dilaporkan merawat satu atau dua mangsa setiap hari.

Di Quang Nam pula lapan mangsa dilaporkan dipatuk ular berbisa dan empat kes lagi dari pinggir bandar Da Nang. Kebanyakan mereka digigit ketika bekerja di ladang, di taman dan kawasan hutan. Timbalan Pengarah Taman Ular Dong Tam di wilayah Tien Giang, Vu Ngoc Luong memberitahu Viet Nam News, habitat reptilia itu diceroboh kerana aktiviti penerokaan dan pertanian.


Taman berkenaan yang turut berfungsi sebagai pusat rawatan akibat patukan ular merekodkan kira-kira 1,400 kes sepanjang tahun ini saja. Beberapa ahli biologi dan pakar percaya, perubahan iklim memberi kesan kepada persekitaran habitat haiwan berbisa itu dan menyebabkan reptilia berkenaan cepat membiak. Pensyarah biologi, Nguyen Thi Hoa berkata, kesan daripada kemusnahan hutan pula menyebabkan ular sukar memperoleh makanan. “Biasanya ular kapak tidak menyerang orang. “Ia hanya mengganas jika disentuh atau berasa terancam,” katanya.

Subhanallah! Al-Quran kayu gergasi.. Hasil unik ini dicadang untuk Guiness World Records



Subhanallah! Al-Quran kayu gergasi.. Hasil unik ini dicadang untuk Guiness World Records | PENGGIAT seni, Riad Al Radi bersama rakannya yang merupakan tukang kayu, Aref Ramadan menunjukkan hasil kreativiti mereka menghasilkan al-Quran bersaiz gergasi yang telah siap sepenuhnya menggunakan kayu. Radi yang juga pelarian Syria memulakan projek menghasilkan al-Quran kayu gergasi itu sejak 2005, namun terhenti akibat pergolakan yang berlaku di Syria sejak beberapa tahun lalu. Setiap halaman al-Quran tersebut bersaiz 3.02 meter tinggi dan 1.85m lebar dengan berat 100 kilogram. Beliau turut bercadang untuk menyertai Guinness World Records untuk al-Quran terbesar di dunia yang diperbuat daripada kayu. – REUTERS




.

Bahaya kepada isteri yang suka pendam perasaan


 Bahaya kepada isteri yang suka pendam perasaan | Pasangan yang suka bercakaran dalam institusi perkahwinan sejak bertahun lamanya, lambat laun mudah untuk mendapat penyakit jantung terutama kepada golongan isteri. Justeru, pakar sains menasihatkan kaunselor perkahwinan sepatutnya turut menawarkan kaunseling kepada pasangan yang telah lama berkahwin. Ini kerana, kajian menunjukkan hubungan yang buruk dalam rumah tangga antara suami dan isteri boleh mempercepatkan kepada masalah kesihatan. Ini termasuklah kemurungan, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan obesiti.

Anda mungkin pernah terfikir, bertahun lamanya terperangkap dalam hubungan suami isteri yang ‘teruk’ hanya akan menyebabkan kepada punca perceraian, tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah lebih banyak hati yang terluka. Kajian menunjukkan individu yang mempunyai pengalaman bertahun dalam konflik bersama pasangan akan mudah mendapat sakit jantung berbanding mereka yang berada dalam perkahwinan yang bahagia. Kajian ini dilakukan terutamanya kepada isteri-isteri, kerana dipercayai golongan wanita lebih banyak memendam rasa dan menyimpan perasaan berbanding lelaki.

Penyelidik Sosiologi dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat, Dr. Hui Lui berkata, selalunya kaunseling perkahwinan dipaksa atau ditujukan kepada pasangan yang baru berkahwin, tetapi berdasarkan keputusan kajian, menunjukkan kualiti perkahwinan adalah sama pentingnya sebagaimana pasangan muda, biarpun usia perkahwinan mereka telah memasuki puluhan tahun. Penemuan oleh Dr. Lui itu menunjukkan individu atau pasangan yang kahwin dan tidak bahagia akan berhadapan dengan bahaya kemurungan, tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Sementara itu pakar juga percaya, pasangan yang bahagia menunjukkan tahap kesihatan yang memberangsangkan akibat mendapat sokongan daripada individu yang dipanggil suami.

Pakar percaya perkahwinan yang tertekan akan menyebabkan perkahwinan berada dalam kemurungan dan perhubungan yang tidak menyenangkan, akan membawa seseorang itu kepada perlakuan yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras yang pastinya menambah tekanan kepada tahap kesihatan tubuh seseorang itu. Kajian juga menunjukkan pasangan yang selalu bergaduh juga mempunyai sejarah obes, akibat proses makanan yang berlemak terganggu. Dalam kajian yang dilakukan, pasukan Dr. Lui menganalisis data selama lima tahun ke atas 1,200 perkahwinan lelaki dan wanita yang berusia 57 tahun ke 85 tahun bagi permulaan kajian. Peserta yang terlibat dalam penyiasatan berkenaan terlibat dalam projek Kehidupan Kesihatan dan Penuaan kebangsaan yang merangkumi soalan-soalan kualiti perkahwinan dan melihat kepada kadar sakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

Kajian yang dijalankan telah disiarkan menerusi talian dinamakan tingkah laku kesihatan dan sosial. Hanya golongan wanita, yang berhadapan dengan pengalaman penolakan kualiti perkahwinan dan menderita sakit jantung. Ini mungkin disebabkan isteri selalunya akan menyediakan sokongan dan pembelaan kepada suami yang sakit berbanding sebaliknya. Dalam keadaan ini keadaan kesihatan isteri yang lemah akan menyebabkan kualiti dalam perkahwinan menjadi semakin merudum berbanding suami, biarpun kualiti kesihatan buruk, namun tidak menyebabkan kadar penurunan terhadap mana-mana perkahwinan, kata Dr. Liu.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!