Monday, December 1, 2014

Penemuan mengejutkan tangan manusia didepan kubur



Penemuan mengejutkan tangan manusia didepan kubur | Tangan manusia dari bahagian bahu ke tapak tangan ditemui di tepi jalan berhadapan tanah perkuburan Cina kira-kira 75 meter dari Balai Polis Machang Bubok, 4.30 petang tadi. Lebih mengerikan tangan itu juga dipercayai menjadi habuan haiwan liar berikutan kesemua jarinya sudah hilang. Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu, mengesahkan menerima laporan penemuan tangan berkenaan.

"Tangan itu ditemui orang awam melalui kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis," katanya. Anggota forensik Unit Anjing Pengesan (K-9) turut dipanggil bagi mengesan sebarang pentunjuk untuk membantu siasatan penemuan anggota badan manusia itu. -Metro



.

Ini kisah sebenar mengenai wanita yang ditoreh dan dipukul penyamun yang pecah masuk rumah mereka di Wakaf Berangan



Ini kisah sebenar mengenai wanita yang ditoreh dan dipukul penyamun yang pecah masuk rumah mereka di Wakaf Berangan | Seorang wanita berusia 22 tahun ditoreh dan dipukul penyamun yang memecah masuk rumah mereka di Wakaf Berangan di sini, petang semalam. Kejadian kira-kira 2 petang itu berlaku ketika wanita terbabit berada dalam bilik air, manakala ibunya, 58, berehat di bahagian dapur rumah. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata, dua suspek lelaki dipercayai warga tempatan meluru masuk ke rumah mangsa dengan memakai topi keledar yang mempunyai 'visor'.

"Suspek menendang pintu bilik air mangsa dan menariknya ke ruang tamu sebelum terserempak dengan ibu mangsa di dapur. "Mangsa kemudian diarah mencabut cincin emas dipakai ibunya, selain dibawa ke satu bilik," katanya. Suspek dilihat mangsa cuba menanggalkan seluarnya dipercayai mahu merogol mangsa, namun membatalkan hasrat apabila suspek yang berada di luar bilik memanggilnya.

"Suspek kemudian masuk semula ke bilik menumbuk mangsa dan menoreh pipi sebelah kiri mangsa. Ibu mangsa juga cedera di dahi dan bibir. “Kedua-dua suspek melarikan diri apabila terdengar jeritan seorang adik mangsa yang menyembunyikan diri di dalam bilik lain," katanya. Mangsa dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Barang yang hilang adalah sebentuk cincin emas, seutas gelang tangan emas dan telefon bimbit iPhone 5S warna putih dianggar bernilai RM10,000. -Metro




.

Kenali sebuah peka kecil yang dinamakan Spielplatz yang pelik



Kenali sebuah peka kecil yang dinamakan Spielplatz yang pelik | Pekan kecil Spielplatz di Hertfordshire nampak sama seperti bandar kecil lain - kecuali ciri uniknya sebagai perkampungan bogel tertua di Britain. Semua penghuninya mengamalkan gaya hidup tanpa pakaian sejak 85 tahun lalu. Apabila ada sesiapa ingin mengunjungi Spielplatz, mereka terlebih dulu diingatkan supaya menanggalkan pakaian di sempadan daerah. Spielplatz adalah bahasa Jerman bermaksud taman permainan.

Bandar Spielplatz dibuka Charles Macaskie pada 1029 apabila dia membeli kawasan seluas kira-kira 4.8 hektar itu pada harga £500 (RM2,645). Terletak hanya beberapa kilometer dari bandar St Albans, ia menjadi kediaman tetap 34 pemilik banglo kecil. Sebanyak 24 rumah kosong disediakan untuk disewa kepada pengunjung pada musim panas. Ia dilengkapi dua bilik serta kemudahan asas elektrik dan air. Pekan itu juga mempunyai rumah kelab yang menjadi tempat penduduknya berkumpul untuk acara tarian, karaoke dan rekreasi lain. Buat masa ini Spielplatz dikendalikan seperti sebuah kelab dan mereka yang berminat membeli banglonya yang berharga £85,000 (RM450,000) perlu mendapat persetujuan ahli lembaga tempatan. Iseult Richardson, 82, berkata, keadaan di situ sama saja dengan pekan lain, malah hubungan mereka semua akrab.

Namun, kata Richardson yang juga anak pengasas Spielplatz, ada kalanya berlaku perselisihan pendapat terutama membabitkan lawatan anggota keluarga yang tidak dapat menerima kehidupan tanpa pakaian itu. Pengarah kewangan Spielplatz, Vic Lightfoot, 68, pula mengakui sukar memujuk teman wanitanya Maggie Fitzgerald dan anaknya Joanne untuk berpindah ke situ. Malah Joanne pernah diminta meninggalkan Spielplatz selepas enggan berbogel ketika hari terbuka. “Memang sukar jika tiba-tiba ada orang berpakaian lengkap hidup bersama kami. “Bunyinya mungkin pelik tetapi itulah yang kami alami di sini,” katanya. - Agensi




.

Kisah rumah sewa yang ditumbuhi pokok dengan harga RM529 seminggu



Kisah rumah sewa yang ditumbuhi pokok dengan harga RM529 seminggu | Seorang penduduk mampu memperoleh pendapatan sehingga £40,000 (RM211,720) setahun hasil dari menyewa secara haram sebuah kediaman usang dan mempunyai pokok besar yang tumbuh dalam rumah tersebut. Gambar yang dirakamkan dalam rumah tiga bilik yang terletak di Clapham, barat London itu menunjukkan sebatang pokok telah membesar di dalam salah satu bilik. Majlis Perbandaran Lambeth menganggarkan bahawa, pemilik rumah itu telah menyewakan rumah tersebut pada kadar £100 (RM529) seminggu dan mampu memperoleh keuntungan sehingga £40,000 (RM211,720)) setahun.

Rumah itu merupakan salah satu daripada 1,200 buah rumah yang diserahkan untuk diurus oleh Persatuan Perumahan dan Koperasi pada tahun 1970-an sebelum ia dituntut kembali oleh Majlis Perbandaran Lambeth untuk dijual kepada syarikat hartanah. Sehingga kini kediaman itu masih belum terjual dan dibiarkan kosong. “Mereka yang tinggal dalam rumah haram ini berhadapan dengan bahaya yang boleh mengancam nyawa mereka,” kata Matthew Bennett yang merupakan seorang ahli kabinet perumahan. Katanya lagi, beliau terkejut bagaimana mereka mampu membuat wang dengan menyewa rumah itu yang berbahaya dan tidak selamat untuk diduduki. – Agensi





.

Punca 2 anak perempuan Presiden Amerika, Barack Obama di kutuk



Punca 2 anak perempuan Presiden Amerika, Barack Obama di kutuk | Seorang kakitangan Jawatankuasa Kebangsaan Parti Republikan (GOP), dikecam hebat dan didesak meletak jawatan selepas mengutuk dua anak perempuan Presiden Amerika Syarikat (AS), Malia dan Sasha Obama dalam laman web Facebooknya, baru-baru ini. Pengarah media GOP, Elizabeth Lauten mengkritik cara dua anak remaja Barack Obama itu berpakaian, yang dikatakannya seperti sedang berada di dalam bar dan menunjukkan muka kelat ketika menghadiri majlis Hari Kesyukuran, yang disiarkan secara langsung di televisyen seluruh negara.

 “Wahai Sasha dan Malia, saya faham anda sedang melalui zaman remaja yang sukar, tetapi anda sebahagian daripada keluarga Presiden, jadi anda harus cuba menunjukkan sedikit minat. “Anda sepatutnya memakai pakaian yang menunjukkan kehormatan anda, bukan seperti berada di dalam bar. Anda juga tidak patut membuat muka dalam acara yang disiarkan oleh televisyen,” katanya, dalam mesej laman web sosial berkenaan yang dipetik sumber, Mail Online. Mesejnya itu, bagaimanapun mencetuskan kemarahan pengguna Internet, semalam dan beratus-ratus orang mendesak supaya Lauten dipecat.


Sasha, 13, mengenakan gaun pendek berwarna merah manggis dengan kardigan berwarna krim, manakala kakaknya, Malia, 16, memakai seluar ketat hitam, skirt mini dan baju berwarna kelabu. Lauten kemudian memadam mesej Facebooknya itu dan meminta maaf di atas perbuatan tersebut. “Selepas membaca semula kata-kata saya, saya dapat rasakan perbuatan saya itu menyakiti hati ramai orang. Saya meminta maaf dan berjanji akan mengambil iktibar daripada perkara itu,” katanya. -AP




.

Subhanallah.. Bioskop gereja cadang bacaan al-Quran diperdengar semasa pertabalan Putera Charles?



Subhanallah.. Bioskop gereja cadang bacaan al-Quran diperdengar semasa pertabalan Putera Charles? | Seorang biskop kanan Gereja England, mencadangkan bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan pada majlis pertabalan Putera Charles, sekiranya beliau diangkat sebagai pemerintah negara ini. Bekas Biskop Oxford, Harries of Pentregarth berkata, langkah itu akan membolehkan penduduk Islam ‘rasa diterima’ di Britain, sekali gus membuatkan lebih banyak lapisan masyarakat termasuk bukan Islam menerima Putera Charles sebagai pemerintah baharu monarki di negara ini.

Beliau mencadangkan perkara itu ketika sesi perbahasan di Dewan Tinggi Parlimen. Harries berkata, Gereja England perlu meneruskan peranan mempromosi keharmonian agama dalam kalangan masyarakat di negara ini. Beliau berkata, tahun lalu, satu majlis sivik di Gereja Besar Bristol menyaksikan bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan pada acara permulaan satu majlis agama Kristian selepas mendapat persetujuan pihak berkuasa. “Tindakan itu kreatif, sekali gus menjadikan penganut Islam rasa diterima dan pada masa sama tidak meminggirkan penganut Kristian,’’ katanya. Sementara itu, pengkritik mengecam idea tersebut dan menuduh Gereja England hilang keyakinan ke atas institusi dan tradisi mereka. -AP




.

Meraung doktor syak dinoda



Meraung doktor syak dinoda | Seorang wanita warga Indonesia meraung sebaik doktor memaklumkan dia berkemungkinan dirogol selepas ditemui orang awam tidak sedarkan diri di Terminal Bas, Pujut, di sini, kelmarin. Mangsa berusia 33 tahun itu ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 9 pagi dan dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut, bagaimanapun punca sebenar kejadian belum diketahui. Sumber berkata, mangsa yang masih dalam keadaan lemah dan trauma, meronta-ronta ketika dimaklumkan doktor ada tompokan air mani pada alat sulitnya.

 “Mangsa dipercayai diberikan dadah sebelum dirogol, selepas hasil ujian air kencing mendapati dia positif methaphetamine. “Punca kejadian masih belum diketahui kerana mangsa masih trauma dan polis masih menyiasat kejadian yang menimpa mangsa,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathon Ringgit berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan selepas hospital membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, di sini. Katanya, mangsa masih dirawat di Hospital Miri dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -Metro




.

Gadis ini sangat bertuah kerana miliki wajah serupa seperti watak filem Frozen



Gadis ini sangat bertuah kerana miliki wajah serupa seperti watak filem Frozen | Seorang gadis berusia 18 tahun menerima banyak tawaran dari agensi model dan syarikat televisyen kerana wajahnya menyerupai watak utama dalam filem animasi popular, Frozen. Gadis tersebut, Anna Faith Carlson menjadi sensasi di internet selepas dia bergambar di sebelah gambar watak Puteri Elsa yang merupakan watak utama filem animasi Frozen terbitan syarikat Walt Disney pada tahun lalu. Sejak gambar itu tersebar di laman sosial, Carlson yang berasal dari Daytona Beach di sini menjadi popular sekelip mata selepas ramai beranggapan wajahnya menyerupai dengan watak Puteri Elsa.

Sejak itu dia mula mendapat pelbagai tawaran untuk muncul dalam program televisyen dan kontrak oleh agensi model serta meraih pendapatan yang cukup lumayan. “Kehidupan saya berubah sekelip mata dan semuanya terjadi seperti sebuah cerita dongeng,” kata Carlson. Menurutnya, selain menerima tawaran muncul di televisyen dan majalah, dia juga sering memakai kostum seperti watak Puteri Elsa untuk menghiburkan kanak-kanak di hospital secara percuma. – Agensi




.

Lelaki terima bantuan bulanan JKM sanggup derma semua duit pada golongan daif dan sanggup rela gelandangan



Lelaki terima bantuan bulanan JKM sanggup derma semua duit pada golongan daif dan sanggup rela gelandangan | Seorang lelaki yang menerima wang bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sanggup mendermakan kesemua duit itu kepada golongan daif dan rela memilih hidup bergelandangan sejak lebih lima tahun lalu. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, warga emas berusia 81 tahun berkenaan berasal dari Pasir Gudang, di sini, penerima bantuan sejumlah RM300 setiap bulan.

Menurutnya, warga emas berkenaan sepatutnya menggunakan wang itu untuk meringankan bebannya, sebaliknya dia menggunakan wang berkenaan untuk menderma kepada kumpulan gelandangan lain atau golongan daif. “Siasatan mendapati warga emas berkenaan gemar membelikan makanan kepada golongan berkenaan dengan hasil bantuan diperolehnya itu. “Sebelum ini dia pernah dimasukkan ke Rumah Seri Kenangan (RSK) selepas diselamatkan JKM kerana hidup bergelandangan.

“Dia yang masih bujang dan anak saudaranya juga sanggup menawarkan tempat tinggal, namun warga emas berkenaan rela hidup bergelandangan,” katanya. Manayi berkata, warga emas itu antara 14 golongan gelandangan yang diselamatkan pihaknya dalam operasi bersepadu menangani gelandangan dan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) oleh Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) serta JKM bermula jam 10 malam Khamis hingga awal pagi Jumaat lalu. Menurutnya, kesemua gelandangan yang ditahan itu berusia antara 25 hingga 81 tahun dan gelandangan yang memiliki waris dibebaskan dengan amaran. Katanya, gelandangan yang tidak memiliki waris pula ditempatkan sementara di Rumah Seri Kenangan (RSK). “Tindakan dilakukan di bawah Seksyen 3(2) Akta Orang Papa 1977,” katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!