Wednesday, December 3, 2014

Mungkinkah ada penemuan?? #MH370: Ahli keluarga diminta beri sampel DNA


Mungkinkah ada penemuan?? MH370: Ahli keluarga diminta beri sampel DNA | Beberapa ahli keluarga penumpang dan kru penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 mengesahkan tentang keiinginan syarikat berkenaan dan pihak berkuasa untuk mengambil sampel DNA mereka. Pengumuman dibuat pada satu taklimat selama dua jam yang diadakan di Akademi MAS, Kelana Jaya pada malam Selasa. Ketika dihubungi Astro AWANI, Jelawati Jalil yang merupakan isteri kepada salah seorang penumpang MH370, Safuan Ramlan, berkata beliau bersama ahli keluarga belum membuat keputusan jika ingin memberi sampel DNA atau tidak.

"Tetapi disebabkan belum jumpa apa-apa (kapal terbang), buat apa nak beri sampel?" katanya. Beliau tidak dapat hadir ke taklimat berkenaan dan diwakili adik iparnya. "Saya turut diberitahu bahawa mereka (pihak MAS) belum memutuskan tarikh dan di mana sampel DNA akan diambil," katanya ringkas. Sementara itu, anak kepada ketua pramugara MH370, Andrew Nari, iaitu Maira Elizabeth Naira tidak dapat hadir ke taklimat berkenaan kerana harus menduduki peperiksaan. Beliau akui terima berita tentang sampel DNA itu namun tidak diberitahu bila ia akan dilakukan.

"Apabila saya dengar mereka mahu ambil sampel DNA, saya rasa tidak sedap hati pula. Ia seakan mereka semua sudah tiada. "Semua ini mengelirukan. Saya sendiri tidak faham," katanya kepada Astro AWANI. Mengikut laporan The Malaysian Insider, Syafinaz Hasnan, yang merupakan adik perempuan kepada pramugara Mohd Hazrin Hasnan, hadir pada sesi taklimat berkenaan. "Mereka (MAS) berkata kami perlu memberi sampel DNA untuk disimpan oleh pihak berkuasa jika bangkai pesawat ditemui," katanya. Beliau turut bertanya kepada pihak MAS ketika sesi taklimat bila ia akan dilakukan.

"Kami diberitahu bahawa kami boleh beri sampel malam ini (malam Selasa), namun kita tidak nampak pasukan perubatan. "Saya tertanya-tanya bagaimana mereka akan melakukannya. Adakah mereka mengharapkan kita untuk mendapatkan putik kapas dan meleret mulut kami untuk air liur dan menyerahkannya kepada mereka?" tanya beliau kepada portal berkenaan. Untuk tragedi MH17, 16 kumpulan petugas dari Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia terlibat dalam proses pengambilan sampel darah atau 'buccal swap' daripada anggota keluarga. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac. -Awani




.

Gambar terkini mangsa samun yang ditoreh muka, Nur Syafiqa Lah dari jarak dekat


Gambar terkini mangsa samun yang ditoreh muka, Nur Syafiqa Lah dari jarak dekat | Terkini, mangsa samun yang ditoreh muka, Nur Syafiqa Lah telah pun dibenarkan pulang dan mendapat lawatan istimewa daripada Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin pagi tadi bagi memberikan sokongan moral kepadanya.




Dalam pada itu, Puteri UMNO turut menghulurkan sumbangan kepada syafiqah sejumlah RM5 ribu dan berharap sumbangan itu boleh digunakan untuk menampung kos rawatannya.




Berikutan insiden malang yang berlaku ke atas Syafiqah dan keluarga, rakyat sangat-sangat berharap agar pihak polis dapat melakukan siasatan terperinci dan akhirnya akan menahan kedua-dua penjenayah tersebut dan dikenakan hukuman setimpal.



.

Wanita maut ditikam di pusat beli-belah oleh suspek berpakaian purdah



Wanita maut ditikam di pusat beli-belah oleh suspek berpakaian purdah | Polis Abu Dhabi sedang menyiasat kematian seorang wanita dari Amerika Syarikat (AS) yang ditikam di tandas sebuah pusat beli-belah oleh suspek berpakaian purdah, lapor media rasmi hari ini. Motif bagi serangan di Boutik Mall Isnin lalu bagaimanapun masih tidak jelas. Saksi berkata, wanita berusia 37 tahun yang bekerja di sebuah sekolah tadika di Abu Dhabi, ditikam oleh penyerang yang berpakaian jubah hitam, bersarung tangan dan berpurdah.

"Mangsa ditikam dengan objek tajam selepas berlaku pertengkaran di tandas perempuan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Abu Dhabi, Kolonel Rashid Bourscheid dipetik akhbar The National. "Polis masih cuba mencari punca serangan itu dan identiti suspek yang melarikan diri," katanya. Wanita Amerika itu meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Polis tidak menamakan mangsa terbabit tetapi menyatakan dia sudah bercerai dan mempunyai dua anak kembar berusia 11 tahun. - AFP




.

Penumpang pesawat panik selepas salah seorang penumpang, mati didalam penerbangan



Penumpang pesawat panik selepas salah seorang penumpang, mati didalam penerbangan | PENUMPANG sebuah penerbangan dari London ke New Jersey, Amerika Syarikat panik selepas seorang gadis meninggal dunia di dalam pesawat berkenaan. Gadis berusia 23 tahun dari New Jersey itu disahkan meninggal dunia selepas pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang Heathrow pada Isnin malam. Seorang doktor yang berada di dalam penerbangan tersebut cuba menyelamatkan gadis terbabit bagaimanapun gagal.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, New Jersey berkata, satu laporan polis telah dibuat sebaik sahaja pesawat mendarat. Jelasnya, berikutan itu juga kesemua penumpang disaring kerana bimbang berlaku sebarang radiasi atau pencemaran di dalam pesawat. Bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mempunyai rekod masalah kesihatan. Berikutan itu, penumpang dibenarkan pulang tanpa pemeriksaan lanjut.-AP




.

Pemandu lori maut pada hari pertama bekerja


Pemandu lori maut pada hari pertama bekerja  | Seorang pemandu lori maut pada hari pertama bekerja selepas lori satu tan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Pintasan Temerloh-Mentakab berhampiran persimpangan Sri Tualang kira-kira pukul 8.50 pagi ini. Mohamad Asri Yaakob, 25, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan meninggal dunia di tempat kejadian selepas lori itu bergesel dengan sebuah treler menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas. Akibat kejadian itu, lori yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Bangi, Selangor selepas menghantar akhbar Utusan Malaysia terbabas dan terbalik sehingga menyebabkan sebahagian kenderaan berkenaan terbakar. Walau bagaimanapun, kelindan lori tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut. - Utusan




.

Gambar yang men­dedahkan sekumpulan doktor guna pam basikal untuk menjalankan pembedahan mengejutkan ramai pihak



Gambar yang men­dedahkan sekumpulan doktor guna pam basikal untuk menjalankan pembedahan mengejutkan ramai pihak | Sekeping gambar yang men­dedahkan sekumpulan doktor di India menggunakan pam basikal untuk menjalankan pembedahan pemandulan mengejutkan ramai pihak yang mula mempersoalkan kreadibiliti sistem perubatan di negara ini. Mail Online melaporkan, gambar yang dipercayai dirakamkan di kem pemandulan di Kampung Banarpal, daerah Angul itu menunjukkan doktor-doktor terbabit menggunakan pam basikal untuk mengembungkan abdomen pesakit bagi memudahkan pembedahan dijalankan.

Difahamkan 56 orang pesakit sudah menjalani pembedahan sedemikian di kem berkenaan. Imej yang tidak dinyatakan sumbernya itu didedahkan dua minggu selepas 13 orang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani pembedahan pemandulan di negeri Chhattisgarh. Akhbar Hindustan Times memetik laporan seorang pegawai daerah Angul sebagai berkata, pihaknya mengakui teknik yang ‘keras’ telah diguna pakai ke atas 56 pesakit yang menjalani pembedahan pemandulan pada hari tersebut.


Doktor yang menjalankan pembedahan berkenaan, Dr. Mahesh Prasad Rout berkata, penggunaan pam basikal bagi mengembungkan abdomen merupakan perkara biasa di beberapa buah kawasan terpencil di negara ini. Sementara itu, pegawai perubatan tempatan berkata, siasatan sudah dijalankan berhubung pendedahan berkenaan dan laporan lengkap mengenainya akan dikeluarkan pada minggu ini.-AP




.

Inilah Setem Bersadur Emas Pertama Di Malaysia


Inilah Setem Bersadur Emas Pertama Di Malaysia  | Peminat setem di negara ini berpeluang mendapatkan koleksi setem bersadur emas yang dikeluarkan buat pertama kalinya di negara ini. Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad, Diyana Lean Abdullah berkata setem bertemakan 'Baba & Nyonya' itu boleh didapati pada harga RM50 sekeping. "Setem bersadur emas ini pertama kali dikeluarkan di negara ini. Ia adalah susulan pengeluaran setem tersebut dalam bentuk kertas pada November tahun lalu," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pameran Setem Belia Dunia Kuala Lumpur (KLwyse) 2014 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Selasa.

Diyana berkata, setem tersebut memaparkan motif buah-buahan tempatan sulaman kebaya Nyonya iaitu pakaian tradisional Peranakan Cina di Melaka yang boleh digunakan untuk tujuan pengeposan. Bagaimanapun, katanya, setem tersebut adalah terhad kerana dicetak sebanyak 5,000 keping sahaja dan boleh didapati bermula Selasa.Jelas beliau, sambutan terhadap setem tersebut amat memberangsang dan ia akan menjadi antara setem paling laris sepanjang pameran yang akan berakhir Sabtu ini. "Saya percaya setem ini memang akan jadi rebutan. Ini kerana ia (bersadur emas) pertama kali dikeluarkan di negara ini," katanya.

Sementara itu, Diyana berkata setem Empat Annas (empat dominasi) iaitu Separuh Anna, Satu Anna, Dua Anna dan Empat Annas antara yang terawal digunakan dalam negeri-negeri Selat dicetak semula bagi memperingati genap 160 tahun penggunaan setem di Malaysia. "Setem tersebut antara yang terawal digunakan di Malaysia, kira-kira 160 tahun dahulu. Ia susah dijumpai dan kita cetak semula pada kali ini," katanya. Beliau berkata, setem tersebut yang juga milik seorang warganegara Singapura itu mampu mencecah $AS1.5 juta di pasaran."Koleksi setem Empat Annas itu hanya dicetak sebanyak 60,000 keping sahaja. Jumlahnya juga amat terhad.

Bagi peminat setem, saya syorkan datanglah ke pameran ini untuk mendapatkan koleksi ini," katanya. Koleksi setem Empat Annas itu boleh didapati pada harga RM1, RM2 dan RM3. Pameran yang berlangsung di KLCC bermula 1 hingga 6 Disember ini mempamerkan lebih 100,000 koleksi setem termasuk setem wajah Queen Victoria ketika berumur 15 tahun yang digunakan di Negeri-negeri Selat yang berusia 160 tahun. Selain itu, lima set setem lembaran mini khas turut dikeluarkan pada setiap hari pameran dengan tema berbeza iaitu Bangunan Warisan, Flora, Fauna, Tarian Kebudayaan dan Cerita Legenda Melayu.




.

Selebriti terkenal ditampar peminat kerana pakai baju seksi dan memberahikan dalam satu rakaman tv



Selebriti terkenal ditampar peminat kerana pakai baju seksi dan memberahikan dalam satu rakaman tv | Bintang Bollywood Gauahar Khan ditempeleng oleh seorang penonton yang berang kerana fesyen pakaiannya yang memberahikan ketika satu rakaman pertandingan televisyen. Penonton berkenaan, Akil Malik, 24, menaiki pentas lalu menempeleng selebriti itu selepas melihat Gauahar muncul dengan pakaian pendek ketika menjadi hos pertandingan akhir nyanyian anjuran stesen televisyen Raw Star di Goregaon, Mumbai, semalam.


“Seorang wanita Islam tidak sepatutnya berpakaian seksi seperti itu,” kata Akil kepada polis, merujuk kepada cara Gauahar berpakaian. Menurut laporan akhbar The Independent, Akil ditangkap dan akan didakwa dengan tuduhan mencabul. Meskipun ada 2,500 penonton dan 250 hadir di studio, Akil berjaya melepasi kawalan keselamatan dan mendekati Gauahar di atas pentas untuk menempelengnya. Dia bagaimanapun ditolak oleh kru sebelum keadaan menjadi buruk. - Agensi




.

Lee Chong Wei Hantar Notis Saman Kepada Razif, Akhbar B.Melayu berkaitan dakwaan penggunaan dadah



Lee Chong Wei Hantar Notis Saman Kepada Razif, Akhbar B.Melayu berkaitan dakwaan penggunaan dadah | Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengesahkan beliau akan menyaman Razif Sidek dan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mendakwa bahawa beliau terlibat dalam penggunaan dadah. "Dakwaan-dakwaan tersebut tidak benar. Anda tidak boleh sesuka hati berkata sesuatu hanya kerana saya terlibat dengan kes doping. Adakah dia mempunyai apa-apa bukti untuk menguatkan dakwaannya," katanya. Chong Wei, 32, menyerahkan surat tuntutan melalui pasukan undang-undangnya, Song and Partners kepada Razif dan akhbar harian itu minggu lepas.

Razif, dalam laporan itu telah mendakwa bahawa Chong Wei telah menggunakan bahan yang dilarang untuk satu jangka masa yang lama dan disedari oleh pegawai-pegawai dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Bulan lalu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung Chong Wei daripada menyertai semua kejohanan selepas sampel A dan B beliau didapati positif untuk bahan dexamethasone yang diharamkan. Chong Wei, yang gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen pada 30 Ogos digantung sehingga pendengaran dijalankan oleh BWF. Beliau berdepan penggantungan selama dua tahun. -Mstar



.

Subhanallah.. Kisah suami yang tetap utuh beri isterinya yang lumpuh makan dari mulut ke mulut selama 11 tahun




Subhanallah.. Kisah suami yang tetap utuh beri isterinya yang lumpuh makan dari mulut ke mulut selama 11 tahun | Seorang suami, Zhang Changsan, 79, menghabiskan masa sejak 11 tahun lalu memberi isterinya makan dari mulut ke mulut. Zhang berbuat demikian sejak isterinya lumpuh selepas diserang angin ahmar pada 2003. Bercakap kepada wartawan, Zhang berkata, seorang doktor ketika itu memberitahunya, isterinya hanya boleh hidup sebulan saja lagi selepas diserang penyakit itu. Bagaimanapun, Zhang yang tidak berputus asa, membawa isterinya pulang dan mengurutnya setiap hari dengan teknik tradisional Cina. Hasilnya, isterinya hidup hingga ke hari ini. - AFP

Gedung Pakaian Mewah Kantoi Tipu Pengguna Dengan Jualan Murah



Gedung Pakaian Mewah Kantoi Tipu Pengguna Dengan Jualan Murah | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 sempena 'Ops Bongkar' terhadap sebuah gedung pakaian mewah di sini, Selasa. Timbalan Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Kedah Ridzuan Mat Isa berkata kompaun itu dikeluarkan ekoran dua kesalahan yang dilakukan gedung pakaian tersebut iaitu penipuan harga dan menggunakan alat pengukur yang tamat tempoh. Beliau berkata Ops Bongkar yang bermula semalam itu akan diteruskan sehingga 4 Jan depan bagi mengesan peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan jualan murah.

"Hasil tinjauan yang dijalankan pegawai KPDNKK mendapati gedung pakaian ini telah menawarkan harga palsu. Penipuan yang dilakukan ialah dengan meninggikan harga pakaian yang ditawarkan sebelum membuat potongan diskaun yang mencecah sehingga 90 peratus. "Kita telah cuba dapatkan rekod sebelum harga jualan murah bagi tempoh sebulan yang lepas tetapi mereka gagal untuk menunjukkan bukti dan hasil siasatan kita juga mendapati harga yang dipamerkan ini adalah harga empat tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Ridzuan berkata gedung pakaian itu telah diberi amaran supaya menurunkan semua harga pakaian yang dijual dalam tempoh sehari dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian tindakan akan diambil. "Pemilik gedung pakaian itu mengaku bersalah dan telah membayar kompaun berjumlah RM1,000 bagi dua kesalahan yang telah dilakukan. Selain kompaun, kita turut merampas enam gelung kain yang bernilai RM1,000 sebagai bahan bukti selain alat pengukur yang sudah tamat tempoh.

"Kes disiasat di bawah kesalahan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan 2010) dan Akta Perihal Dagangan 2011," katanya. Beliau berkata KPDNKK akan menjalankan operasi di lima gedung pakaian di sekitar Alor Setar bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan sempena dengan jualan besar-besaran sempena akhir tahun. "Ini lokasi pertama yang diperiksa di Kedah bagi Ops Bongkar dan kita akan melawat gedung-gedung pakaian lain yang menjalankan jualan murah," katanya. -Mstar




.

Punca kemalangan membabitkan 13 kenderaan di Kilometer 23, Jalan Seremban-Kuala Pilah semalam



Punca kemalangan membabitkan 13 kenderaan di Kilometer 23, Jalan Seremban-Kuala Pilah semalam | "Saya memaut stereng dan cuba mengelak ke kiri jalan, namun gagal apabila kereta dirempuh dengan kuat," kata Lee Ziong Keat, 25, seorang daripada 13 mangsa kemalangan membabitkan 13 kenderaan pagi semalam. Kemalangan berlaku jam 11 pagi di Kilometer 23, Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Kampung Sawah Liat, dekat sini, membabitkan lapan kereta, dua lori tangki dan masing-masing sebuah treler, bas dan lori satu tan. Menceritakan detik cemas itu, Lee berkata, dia berhenti di barisan paling belakang, namun sempat melihat lori tangki minyak sawit berkenaan meluncur laju dan sudah menjangkakan berlaku perlanggaran.

Dia yang memandu sendirian berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada lori tangki berkenaan yang mengalami masalah pada brek dan dapat melihat dengan jelas kejadian yang berlaku kerana lokasi kejadian laluan selekoh dan kereta Myvi dipandunya berada paling belakang dalam barisan 12 kenderaan itu. "Semua kenderaan dari arah Kuala Pilah ke Seremban dipandu perlahan kerana di hadapan terdapat pembinaan jalan. Saya sempat melihat melalui cermin sisi lori tangki itu dipandu laju lalu melanggar kereta saya. -Metro




.

Hasrat tidak kesampaian, dua sahabat terbunuh dalam kemalangan



Hasrat tidak kesampaian, dua sahabat terbunuh dalam kemalangan | Hasrat dua sahabat mahu menghadiri majlis perpisahan guru tidak kesampaian apabila mereka terbunuh selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7, Jalan Temerloh-Jerantut, berhampiran Plaza Tol Temerloh, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa Mohd Syafiq Azman, 18, dari Kampung Bukit Tingkat, di sini, dan pemboncengnya Ahmad Radzuan Abdul Samad, 16, dari Kampung Lubuk Kawah, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan menghala ke Giat Mara, Kuala Krau, dari arah bandar ini untuk menghadiri majlis perpisahan guru mereka.

 “Ketika tiba di tempat kejadian, Mohd Syafiq dipercayai tidak sempat mengelak sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun yang datang dari arah bertentangan dan cuba masuk ke simpang tanpa memberi lampu isyarat sebelum bertembung,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. Beliau berkata, akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa terpelanting dan terjatuh di atas jalan serta meninggal dunia di tempat kejadian. “Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), di sini, untuk bedah siasat,” katanya. Katanya, pada masa sama, pemandu lori itu yang berasal dari bandar ini ditahan di Balai Polis Trafik Temerloh untuk menjalani ujian air kencing selain polis akan mengambil sampel darah bagi mengesan kandungan alkohol atau pengaruh dadah.

Mohd Anuar berkata, polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, seorang saksi kejadian yang juga kenalan mangsa, Zulkarnain Zakaria, 20, berkata, dia yang mengekori dari jarak jauh sempat melihat mangsa terpelanting dan terjatuh di atas jalan sebelum memecut motosikal dinaikinya bersama rakan untuk membantu kedua-dua mangsa. “Sebaik saja memangku mangsa, saya cuba memanggil namanya beberapa kali selain mengajar dua kalimah Syahadah sebelum kedua-dua mangsa meninggal dunia di pangkuan saya bersama rakan,” katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!