Sunday, December 7, 2014

Misteri penyakit ganjil seorang wanita yang dihidapinya selepas melahirkan anak pertama



Misteri penyakit ganjil seorang wanita yang dihidapinya selepas melahirkan anak pertama | Seorang wanita berusia 28 tahun yang berasal dari Zhengzhou, Henan, tiba di bandar raya ini minggu lalu untuk mendapatkan khidmat pembedahan kosmetik selepas dia disahkan menghidap penyakit ganjil yang menyebabkan dia kelihatan jauh lebih tua. Selepas melahirkan anak pertama 11 tahun lalu, wajah Hu Juan berubah, melihatnya dia tua lebih cepat dari sepatutnya. Walaupun baru berusia 28 tahun, mukanya seperti wanita yang berumur 60 atau mungkin 70 tahun, lapor agensi berita Xinhua. Hu disahkan menghidap kecelaruan kulit dinamakan Cutis laza. Penyakit itu menyebabkan kulitnya menjadi longgar, merebeh dan berkedut. Ia hanya berlaku pada muka dan leher Hu.


Kurang dari 10 orang disahkan menghidap penyakit itu di dunia dan Hu satu-satunya orang di China yang berdepan penyakit itu, lapor Xinhua. Setakat ini, tidak ada rawatan berkesan, tetapi pembedahan plastik boleh membantu. Sepanjang 11 tahun lalu, suaminya sentiasa bersamanya dan tidak pernah merungut melihat wajah isterinya berubah menjadi nenek. Hu pula mengelak daripada keluar rumah atau melihat cermin. Dan sejak kebelakangan ini, dia menyedari anaknya mula menjauhkan diri serta malu memberitahu rakannya bahawa dia adalah ibunya. Sebuah klinik di Shanghai bersedia membantu, tetapi doktor setakat ini kurang yakin dengan hasil yang akan dicapai. - Agensi




.

Kenapa kelahiran bayi ini membuatkan orang ramai terkejut?



Kenapa kelahiran bayi ini membuatkan orang ramai terkejut? | Seorang ibu hamil menyangka dia akan melahirkan bayi seberat 3.12 kilogram berakhir dengan melahirkan anak perempuan hampir seberat 5.9 kilogram. Alisha Hernandez dari Alamosa, selatan Colarado, melahirkan Mia Yasmin Garcia Isnin lalu melalui pembedahan di Hospital San Luis Valley. Alisha dan bidan yang membantunya terkejut mendapati Mia lebih besar daripada yang dijangka. Selepas ditimbang, bayi itu seberat 5.9 kilogram dan panjang 56 sentimeter. Bapa bayi berkenaan, Francisco Garcia memberitahu wartawan: “Mereka terkejut melihat bayi sebesar itu. Terbeliak mata masing-masing melihat anak saya. Mereka tidak pernah melihat bayi sebesar itu.” Semua anak pasangan itu sebelum ini dilahirkan dengan berat normal.


Malah, berat sepasang anak kembar mereka jika disatukan, masih tidak seberat Mia. Menurutnya, Mia akan menjadi anak bongsu mereka walaupun mereka masih belum mencapai impian memperoleh anak lelaki. Bayi paling besar pernah dicatatkan dilahirkan di Kanada oleh Anna Bates pada 1879 , seberat 10. 5 kilogram. Anak lelaki itu bagaimanapun mati 11 jam kemudian. Pada 2005, seorang wanita Brazil melahirkan bayi lelaki seberat 7.71 kilogram dan diberi nama Admilton dos Santos. - Agensi




.

Ketika umat Islam khusyuk solat di masjid, pasangan suami isteri ambil kesempatan curi barang berharga


 Ketika umat Islam khusyuk solat di masjid, pasangan suami isteri ambil kesempatan curi barang berharga | Ketika umat Islam khusyuk menunaikan solat Jumaat, sepasang suami isteri mengambil kesempatan mencungkil pintu kereta milik jemaah lalu menyelongkar sebelum mencuri barang berharga termasuk pemain cakera padat digital (DVD), di Masjid Kampung Sanlang, Penjom, dekat sini, jam 1.30 petang jumaat lalu. Perbuatan lelaki berusia 31 tahun berasal dari Kuarters Pasir Mas Sawmill, Gua Musang, Kelantan, bersama isterinya berusia 30 tahun berasal dari Pantai Cahaya Bulan, Kelantan itu terbongkar selepas mereka ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Turut ditahan, enam anak pasangan terbabit berusia tujuh bulan hingga 10 tahun. Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum itu anggota polis terserempak dengan pasangan terbabit berada di dalam sebuah kereta Proton Iswara dalam keadaan mencurigakan di perkarangan masjid berkenaan sebelum menghampiri mereka untuk menjalankan pemeriksaan. "Polis menemui lima senjata tajam, pelbagai peralatan pecah rumah, lima telefon bimbit, tiga utas jam tangan, seutas rantai leher, tiga gelang tangan dan empat resit surat pajak gadai," katanya. -Metro




.

Rakaman paling mengejutkan yang berjaya dirakamkan oleh seorang penumpang dalam sebuah bas



Rakaman paling mengejutkan yang berjaya dirakamkan oleh seorang penumpang dalam sebuah bas | Situasi dua orang gadis yang dikatakan diserang secara seksual berjaya dirakam oleh seorang penumpang bas di Haryana, utara India. Dua gadis berkenaan, Arati dan Pooja Kumar membelasah sekumpulan pencabul dengan tali pinggang selepas tiada penumpang yang menolong meleraikan kejadian tersebut. Klip rakaman amatur tersebut yang dirakam oleh seorang wanita yang sedang mengandung telah dimuat-naik ke laman popular Youtube.

Wanita berkenaan memberitahu Times of India bahawa dia juga diserang secara seksual oleh kumpulan lelaki terbabit. Sementara itu, Arati memberitahu wartawan, kumpulan lelaki berkenaan menyentuh Pooja yang juga adik beliau dan membuat aksi cium. "Saya beritahu dia supaya jangan kacau atau saya akan ajar dia. Kemudian dia panggil seorang lelaki lain.

"Tidak lama kemudian, seorang lagi rakan mereka menaiki bas ini," katanya. Tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan dan pemandu bas juga telah digantung kerja kerana gagal mengambil tindakan ketika kejadian berlaku. Video tersebut menjadi sensasi internet dan disiarkan di televisyen. Kejadian tersebut memaksa langkah keselamatan diambil untuk memastikan keselamatan wanita di India. -AP




.

Kanak-kanak hampir buta kekal kerana laser mainan



Kanak-kanak hampir buta kekal kerana laser mainan | Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun hampir mengalami buta kekal selepas bermain dengan mainan 'laser pointer'. Menurut doktor, penglihatan kanak-kanak tersebut telah berkurangan sebanyak 60 peratus, lapor The Straits Times. "Mungkin mangsa bermain laser tesebut bersama cermin, dan cermin memantulkan laser berkenaan ke matanya," kata ketua doktor, Yosuf El-Shabrawi.

Menurut Yosuf, kecederaan yang dialami kanak-kanak itu tidak dapat dipulihkan. "Kami cuma mampu berharap matanya sembuh sendiri dan keadaannya bertambah baik," tambahnya. Ayah kepada kanak-kanak tersebut membeli 'laser pointer' berkenaan selepas ianya diiklankan di internet sebagai alat permainan untuk dimainkan bersama kucing kucing. -AP



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!