Monday, December 8, 2014

Mayat bayi perempuan ditemui di dalam tong sampah Hospital Ampang



Mayat bayi perempuan ditemui di dalam tong sampah Hospital Ampang | Mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam tong sampah di pintu A Hospital Ampang, Pandan Mewah kira-kira 6.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui seorang tukang bersih hospital sebelum memaklumkan kepada pengawal keselamatan hospital. Katanya, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan 24 jam yang lalu dan mangsa juga sudah dipotong tali pusatnya.

 "Mayat mangsa sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat dan laporan bedah siasat mendapati bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman dan luaran. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. -Metro




.

Ahli Parlimen 'Ditangkap' Asyik Bermain Candy Crush Ketika Mesyuarat



Ahli Parlimen 'Ditangkap' Asyik Bermain Candy Crush Ketika Mesyuarat  | SEORANG Ahli Parlimen di Britain dimalukan sendiri apabila 'ditangkap' sedang asyik bermain Candy Crush ketika mesyuarat mengenai isu pesara di negara itu. Nigel Mills mengakui dia bermain satu atau dua permainan itu sedangkan dia sepatutnya mendengar fakta penting yang dikemukakan pakar dalam pertemuan antara wakil rakyat dan jawantankuasa pencen itu. Menggunakan iPad yang diperolehnya hasil cukai yang dibayar rakyat, Ahli Parlimen Amber Valley di Derbyshire itu dilihat khusyuk merenung iPad berkenaan dan menggerakkan jarinya pada skrin untuk melengkapkan permainan popular itu.

Pada mesyuarat itu, dia bertanya empat soalan kepada pakar yang hadir termasuk mengenai langkah untuk memperbaiki pembayaran kepada golongan warga emas sebelum menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam setengah untuk bermain Candy Crush Saga menggunakan iPad itu, kata seorang saksi. Mills, 40 dipilih sebagai Ahli Parlimen pada 2010 dengan memperoleh kemenangan dengan majoriti tipis sebanyak 536 undi. Pada Ahad, dia mengakui tidak fokus ketika menghadiri mesyuarat itu kerana asyik bermain Candy Crush. Beliau bagaimanapun mempertahankan bahawa dia sentiasa serius dalam menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Andy Silverster yang mewakili pertubuhan berkaitan pembayar cukai berkata: "Pembayar cukai tidak memilih wakil mereka di Parlimen hanya untuk bermain permainan video." Ketika memberi maklum balas berhubung perkara itu kepada The Sun, Mills berkata: "Ia adalah mesyuarat yang panjang mengenai pembaharuan berkaitan pesara yang penting dan saya memberi perhatian serius mengenai isu ini. "Bagaimanapun, ada ketikanya saya tidak fokus terhadap apa yang dibincangkan dan bermain satu atau dua permainan itu. "Memang saya tidak patut berbuat demikian, tetapi jika kamu memeriksa sepanjang mesyuarat itu, saya bertanyakan soalan yang dianggap penting berkaitan isu pesara. Bagaimanapun, selepas ini saya akan cuba untuk tidak mengulangi perbuatan ini." Mills yang juga seorang akauntan adalah seorang daripada 90 Ahli Parlimen yang menerima iPad percuma untuk membantu mereka menjalankan tugas.-AP




.

Kemalangan babit 3 kenderaan iaitu bas ekspres, treler dan lori di Seremban



Kemalangan babit 3 kenderaan iaitu bas ekspres, treler dan lori di Seremban | Tiga maut manakala dua parah dan lapan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu bas ekspres, treler dan lori di Kilometer 264 Lebuhraya PLUS arah utara, berhampiran Plaza Tol Seremban, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, lori dari arah utara ke selatan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan menyebabkan treler membawa muatan kayu dan bas gagal mengelak lalu bertembung.

Jurucakap bomba berkata, sejurus menerima panggilan pada 3.04 petang, tiga jentera dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 serta Nilai segera ke lokasi. Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan dua lelaki iaitu pemandu bas dan lori serta seorang wanita yang juga penumpang bas maut di tempat kejadian manakala 10 lain cedera. Semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini, untuk rawatan. -Metro




.

Isteri salah guna telefon bimbit pintar yang dihadiahkan oleh suami untuk curang dengan lelaki lain



Isteri salah guna telefon bimbit pintar yang dihadiahkan oleh suami untuk curang dengan lelaki lain | Seorang suami tidak menyangka hadiah telefon bimbit pintar yang diberikan kepada isterinya telah disalahgunakan. S Selvaratnam, 36, menghadiahkan sebuah telefon bimbit pintar kepada isterinya, M Ritha, 34, enam bulan lalu apabila didesak oleh isterinya. Menurutnya, telefon pintar itu digunakan untuk bersembang di laman sosial Facebook. “Gara-gara bersembang di Facebook isteri saya terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki sehingga sanggup meninggalkan saya dan dua anak.

“Telefon itu saya berikan untuk kemudahannya dan tidak menyangka disalahgunakan,” katanya yang tinggal di Taman Krishnan, Sitiawan di sini. Selvaratnam berkata, sejak mempunyai telefon berkenaan, isterinya tidak pernah lekang dengan gajet itu walaupun ke tandas. Jelasnya, perbuatan isterinya berhubung dengan lelaki lain disedari apabila melihat perbualan mereka menerusi akaun Ritha. “Saya bertindak menyiasat perkara itu dan mendapati isteri ada menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki dari Singapura. “Mereka kini dipercayai berada di Johor dan saya sangat kesal kerana dia sanggup meninggalkan anak, S Vaishanavi, 11 dan S Yuvanraj, 8,” katanya.

Selvaratnam berharap isterinya pulang semula ke pangkuan keluarga kerana anak-anak begitu merindui Ritha. Katanya, sehingga sekarang dia tidak tahu mahu mencari Ritha di mana dan berharap orang awam yang mengetahui keberadaan isterinya dapat menghubungi Selvaratnam dengan segera. “Saya juga mahu masyarakat menjadikan kisah saya ini sebagai pedoman agar tidak membiarkan anak-anak atau isteri terlalu bebas melayari internet sehingga menimbulkan kesan negatif seperti ini,” katanya. -SH




P/S - Sekadar gambar hiasan





.

Status terkini blogger kontroversi, Alvin Tan dan aktivis politik, Ali Abdul Jalil selepas pasportnya dibatalkan



Status terkini blogger kontroversi, Alvin Tan dan aktivis politik, Ali Abdul Jalil selepas pasportnya dibatalkan | Jabatan Imigresen hari ini menyenarai hitam serta-merta pasport milik blogger kontroversi, Alvin Tan, 25 dan aktivis politik, Ali Abdul Jalil. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, penyenaraian itu menyebabkan pasport yang dipegang oleh individu tersebut terbatal secara automatik. "Imigresen akan menghantar surat rasmi ke alamat terakhir mereka selewat-lewatnya esok," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini. Menurutnya, Alvin dan Ali adalah pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara persembunyian mereka iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Sweden. "Sekiranya ingin pulang ke tanah air, mereka perlu memohon Sijil Perakuan Cemas di kedutaan Malaysia di negara persembunyian mereka," katanya lagi. -SH




.

Lelaki punya keinginan menjijikkan, dan mayat anak tiri yang jadi mangsa



Lelaki punya keinginan menjijikkan, dan mayat anak tiri yang jadi mangsa  | Kerana keinginan untuk mengadakan seks dengan mayat, seorang lelaki sanggup membunuh anak tirinya. Gregory Graf merakam perbuatan dia mencabuli mayat Jessica Padgett dalam kejadian bulan lalu, kata pendakwa raya Northampton County John Morganelli. Dalam kenyataannya kepada mahkamah semalam, Morganelli berkata, video itu ditemui dalam komputer tertuduh. Kali terakhir Jessica, 33, dilihat ialah pada 21 November apabila dia meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja. Graf ditangkap lima hari kemudian selepas polis menemui mayat anak tirinya itu tertanam di belakang rumah tempat dia tinggal bersama-sama ibu Jessica.-Agensi




.

Misteri 2 penumpang dan 11 anak kapal sakit serentak, pesawat terpaksa buat pendaratan cemas



Misteri 2 penumpang dan 11 anak kapal sakit serentak, pesawat terpaksa buat pendaratan cemas | Sebuah pesawat penumpang Amerika Syarikat (AS), US Airways melakukan pendaratan cemas di Rome semalam selepas dua penumpang dan 11 anak kapalnya jatuh sakit, lapor media Itali. Pesawat itu yang berlepas dari Tel Aviv, Israel ke Philadelphia di AS, mendarat di lapangan terbang Fiumicino di bandar Itali dan meminta bantuan perubatan untuk 13 orang penumpang dan anak kapal yang menunjukkan gejala merah mata dan muntah-muntah. Penumpang dan anak kapal yang terjejas itu diperiksa oleh beberapa doktor kecemasan lapangan terbang sebelum di bawa ke hospital di Ostia, Rome. - AGENSI




.

Masjid baru dicemari dengan tulisan vandalisme di Seremban



Masjid baru dicemari dengan tulisan vandalisme di Seremban | Baru saja dua bulan beroperasi, Masjid Hussain, Seremban 2, di sini, yang dibina dengan nilai RM15 juta menjadi sasaran vandalisme apabila dicemari tulisan menghina Nabi Muhammad SAW dan mencemarkan kesucian Islam, kelmarin. Penyelia pembersihan masjid itu, Noorhayati Salimim berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi, dia bersama beberapa pekerja sedang membersihkan masjid itu sebelum satu rombongan untuk majlis pernikahan tiba di masjid itu tidak lama kemudian. “Ketika saya mahu membersihkan tandas, saya ternampak seorang lelaki berusia 20-an sedang merayau-rayau di sekitar kawasan ini.

“Tetapi pada masa itu, saya tidak mengesyaki apa-apa dan meneruskan kerja. Namun, selepas 15 minit keluar dari tandas, saya mendapati banyak tulisan diconteng di rumah ibadat ini,” katanya. Menurutnya, dia yang meninjau di sekitar masjid itu mendapati terdapat 13 tulisan diconteng di dinding yang menghina Rasulullah SAW dan mencemarkan kesucian Islam. “Berikutan itu, saya memaklumkan perkara ini kepada pengurusan masjid dan satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, di sini pada petang kejadian,” katanya.

Noorhayati berkata, dia mengesyaki kejadian itu dilakukan orang dewasa berikutan contengan berada di bahagian tinggi. Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun yang dihubungi mengesahkan menerima laporan. Katanya, beliau menyifatkan kejadian itu dilakukan golongan yang ‘nakal tangan’ dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu merosakkan tempat ibadat. Sebelum ini akhbar ini pada Rabu lalu melaporkan Surau Hubbun Watan, Fasa 10, Taman Seremban Jaya, di sini menjadi sasaran vandalisme apabila diconteng dengan logo ‘Nazi’ serta perkataan ‘Mohant’, ‘Samsung’ serta ‘18’. -Metro




.

Penemuan objek asing seakan-akan jeli yang menyerupai uri bayi di dalam air minuman tin..



Penemuan objek asing seakan-akan jeli yang menyerupai uri bayi di dalam air minuman tin.. | Seorang pemilik kedai makan di Teluk Bahang di sini nyaris tertelan objek asing seakan-akan jeli yang menyerupai uri bayi di dalam air minuman tin kelmarin. Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Rosnah, 30-an mendakwa, kejadian berlaku ketika dia sedang minum air berperisa teh bunga tersebut sebelum mendapati ada sesuatu di dalam mulutnya. Menurutnya, dia kemudian berhenti daripada terus meneguk minuman kegemarannya tersebut sebelum meluahkan objek itu.

“Saya tahu minuman itu memang tidak mempunyai sebarang kandungan lain selain air berperisa sahaja. “Bagaimanapun selepas meneguknya, saya berasa ia sedikit pelik dan seolah-olah ada benda seakan-akan jeli menyebabkan saya terus meluahkan apa yang telah diminum,” katanya. -Kosmo




.

Reaksi penulis blog kontroversi berikutan keputusan Malaysia bakal membatalkan pasportnya



Reaksi penulis blog kontroversi berikutan keputusan Malaysia bakal membatalkan pasportnya | Penulis blog kontroversi, Alvin Tan dengan angkuh mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk benar-benar membatalkan pasportnya. Alvin menerusi status yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook miliknya, melepaskan kemarahan dengan mengeluarkan kata-kata berunsur provokasi mencabar Ahmad Zahid. “Jangan hanya mengugut. Lakukannya. Jangan jadi pengecut,” kata Alvin susulan tindakan kementerian itu yang dijangka menarik balik dokumen perjalanan lelaki berkenaan seawal hari ini atau esok.

 Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, tindakan itu adalah berdasarkan peruntukan mengikut Akta Imigresen dan bertepatan dengan kelakuan Alvin yang sering melakukan perkara yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Alvin sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam dan Sultan Selangor selain melabelkan Ahmad Zahid sebagai pemimpin paling teruk dalam UMNO.-Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!