Wednesday, December 10, 2014

Masa terbaik untuk menyaksikan pancuran meteor Geminids di Malaysia pada 13 dan 14 Dis ini



Masa terbaik untuk menyaksikan pancuran meteor Geminids di Malaysia pada 13 dan 14 Dis ini | Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pancuran meteor Geminids yang berpusat di buruj Gemini pada malam 13 dan 14 Disember ini. Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Selasa. Menurut ANGKASA, pada pertengahan Disember setiap tahun, bumi akan merentasi serpihan batuan kecil yang berasal dari Asteroid 3200 Phaethon yang mana ia akan melalui atmosfera bumi lalu terbakar dan menghasilkan jaluran-jaluran cahaya di langit yang dikenali sebagai pancuran meteor. Pancuran meteor ini telah bermula sejak 3 Disember yang lalu dan dijangka berakhir pada 17 Disember ini, dengan kemuncaknya pada 13 dan 14 Disember.

Walau bagaimanapun, pada tahun ini, kenampakannya agak terhad kerana pada waktu yang sama, bulan baru melepasi fasa bulan penuh. Pada kebiasaannya, orang ramai dapat melihat kira-kira 120 meteor dalam masa satu jam, namun disebabkan cahaya bulan, kenampakkannya akan terhad kepada 50 hingga 80 juraian sejam. Kepada anda yang berminat untuk menyaksikan pancuran meteor ini, berikut adalah tips yang boleh digunakan: 1. Untuk melihat pancuran ini, ia tidak memerlukan sebarang alatan khas kerana ia boleh dilihat dengan mata kasar 2.

Masa terbaik untuk melihat meteor adalah pada jam 8 malam sehingga terbit bulan pada jam 12 pagi. 3. Pilih kawasan yang kurang gangguan pencemaran cahaya. 4. Pilih kawasan yang lapang, tidak dilindungi oleh bangunan dan pokok. Kawasan yang paling sesuai untuk melihat juraian meteor adalah di kawasan lapang seperti tepian pantai atau padang. 5. Sekiranya keadaan langit berawan, anda mungkin tidak akan nampak kemunculan juraian meteor tersebut. Untuk mendapatkan maklumat terkini orang ramai adalah boleh melayari laman sesawang ANGKASA di www.angkasa.gov.my, laman sosial Facebook Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) atau Twitter ANGKASA Malaysia.




.

Lelaki yang juga jutawan ditemui mati terpacak pada pagar besi apartmennya


Lelaki yang juga jutawan ditemui mati terpacak pada pagar besi apartmennya  | Jutawan Britain, Scot Young ditemui mati terpacak pada pagar besi apartmennya di kawasan mewah Marylebone di tengah-tengah bandar ini selepas dipercayai terjatuh dari ketinggian 60 kaki. Jutawan berusia 52 tahun itu meninggal dunia dalam keadaan yang sangat ngeri sehingga memaksa pihak polis menutup tempat kejadian dengan kain pemidang bagi mengelak mayatnya dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan mewah tersebut. Pihak bomba dan penyelamat kemudiannya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk memotong pagar besi tersebut bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Mangsa menjadi popular tidak sampai setahun yang lalu apabila kes perceraiannya disifatkan sebagai yang paling mahal pernah dibicarakan di mahkamah tinggi Britain apabila bekas isterinya, Michelle Young, 49, memenangi kes tersebut dengan pampasan berjumlah £20 juta.Perbicaraan kes itu berlangsung selama enam tahun. Selepas kes itu selesai, Michelle menyifatkan yang apa yang dia terima adalah sesuatu yang memalukan kerana dia mendakwa yang bekas suaminya itu mempunyai aset dan wang tunai bernilai berbilion pound sterling.

Sepanjang perbicaraan, Young berhujah yang dia telah jatuh bankrap kerana krisis kewangan yang melanda dunia tetapi mahkamah kemudiannya mendapati yang dia telah menyembunyikan fakta bahawa dia sekurang-kurangnya masih memiliki £45 juta yang disembunyikan dalam pelbagai akaun. Mahkamah kemudiannya memerintahkan Young supaya membayar pampasan kepada bekas isterinya sebanyak £20 juta itu dalam tempoh 28 hari selepas tarikh perbicaraan selesai. Sementara itu, portal berita Britain, Mail Online melaporkan yang para jiran berkata mendiang telah berpindah ke apartmen mewah bernilai £3 juta itu beberapa bulan yang lalu bersama kekasihnya, seorang warganegara Amerika bernama Noelle Reno, 30.


Seorang saksi, Gary Sutton 57, memberitahu: "Ia adalah satu pemandangan yang sangat tragis dan ngeri. Malah saya dapat melihat yang pihak polis turut merasa terkejut dengan keadaan mayat mangsa." Seorang lagi saksi dipetik sebagai berkata; "Pihak polis cuba menutup kawasan kejadian tetapi orang ramai masih dapat melihat keadaan mayat mangsa yang tercucuk pada pagar besi di hadapan apartmen tersebut." "Ia adalah satu pemandangan yang amat ngeri...saya terpaksa memandang ke arah lain sebaik sahaja terpandang mayat mangsa," ujarnya lagi. Young dikatakan jatuh daripada salah satu tingkap apartmennya di tingkat paling atas sekali. Harga pasaran apartmen di kawasan mewah itu ialah sekitar £3 juta seunit dan nilai sewaannya adalah sekitar £8,000 sebulan. Selain apartmen tersebut, Young juga dikatakan memiliki sebuah rumah agam bernilai £21 juta di Oxfordshire dan juga di serata dunia.

Suatu ketika, dia dikatakan mempunyai harta dan aset bernilai £400 juta dan mengembara ke serata dunia menggunakan jet peribadi.Bagaimanapun dia menerima tamparan yang kuat selepas perkahwinannya selama 17 tahun dengan Michelle berakhir pada 2006. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan. Ia kemudiannya diikuti dengan kes perbicaraan yang panjang. Namun sebelum itu berlaku, mendiang telah menawarkan wang pampasan berjumlah £300 juta kepada bekas isterinya itu pada 2009 sebagai penyelesaian di luar mahkamah tetapi ditolak. Setahun selepas itu dia membuat pengakuan di mahkamah yang dia telah bankrap sehinggakan dia tidak mampu membayar wang nafkah sebanyak £27,500 sebulan untuk kedua-dua orang anaknya itu yang kini berusia 21 dan 19 tahun.

Kemuncak kepada bala yang dihadapinya itu ialah apabila mahkamah mengeluarkan perintah penjara ke atasnya selama enam bulan Januari tahun lalu kerana enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai harta-hartanya sebagaimana yang diperintahkan. Kekasih mendiang, Noelle Reno, yang juga seorang model berdiri teguh di sampingnya ketika saat-saat dia mengharungi hukuman penjara itu. "Dia (Young) masih tidak dapat melupakan krisis kewangan yang melanda dirinya. Ia adalah sesuatu yang sangat traumatik untuknya," kata kekasihnya itu sebagaimana yang dipetik oleh Mail Online. Pihak polis masih lagi menyiasat punca kejadian sama ada ia disebabkan kemalangan atau akibat daripada tekanan yang ditanggung oleh mendiang selepas kes perceraiannya itu. -AP




.

Punca budak berusia 12 tahun dapat pampasan lebih RM3 juta



Punca budak berusia 12 tahun dapat pampasan lebih RM3 juta | Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mengalami kerosakan otak dan menjadi lumpuh diberikan pampasan lebih SG$1.25 juta (RM3.31 juta) oleh Mahkamah Tinggi. Budak lelaki itu dilanggar oleh seorang pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat merah, tiga tahun lalu. Insiden berlaku berhampiran lorong pejalan kaki di Jurong East Avenue pada 1 Julai 2011 ketika mangsa berusia sembilan tahun.

 "Jelas sekali, kemalangan itu telah memberi kesan buruk terhadap plaintif dan kehidupan ahli keluarganya," kata Penolong Pendaftar Jean Chan. Chan turut mengarahkan pemandu berkenaan membayar perbelanjaan perubatan kanak-kanak terbabit pada masa hadapan. Tertuduh telah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu yang akan didengar pada Februari depan. - Channel News Asia




.

Inilah sebab ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur dinamakan sebagai salah satu bandar menakjubkan di dunia


Inilah sebab ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur dinamakan sebagai salah satu bandar menakjubkan di dunia | Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, dinamakan sebagai satu daripada bandar raya menakjubkan di dunia dalam Senarai Tujuh Bandar Raya Ajaib Baharu oleh pertubuhan, New Seven Wonders Foundation di Dubai, kelmarin. Selain Kuala Lumpur, bandar raya lain yang turut tersenarai adalah Beirut, Lebanon; Havana, Cuba; La Paz, Bolivia; Doha, Qatar; Durban, Afrika Selatan; dan Vigan, Filipina. Mail Online melaporkan, keputusan itu diperoleh berdasarkan undian kempen yang diadakan sejak Oktober tahun lalu, membabitkan senarai akhir 28 bandar raya.

Pengarah filem Switzerland, Bernard Weber yang memperkenalkan kempen itu sejak tahun 2007 berkata, undian tersebut kemudian menyenarai pendek 21 bandar raya terbaik sehingga keputusan penuhnya diumumkan kelmarin. “Kami memulakan undian dengan 1,200 pencalonan bandar raya dari 220 buah negara. Tujuh bandar raya yang terpilih ini mewakili kepelbagaian masyarakat moden masa kini. “Untuk kali pertama dalam sejarah, lebih separuh daripada populasi manusia tinggal di bandar raya dan pemilihan yang diadakan ini menunjukkan cabaran perubahan dunia pada zaman moden,” kata Weber.

Kempen itu merupakan satu inisiatif yang diharap dapat menggalakkan debat tentang bagaimana bandar raya berkenaan menghadapi cabaran pada masa depan. Weber berharap proses undian itu dapat mewujudkan satu forum perbincangan tentang pelbagai isu termasuk rancangan perbandaran dan pentadbiran metropolitan serta pelancongan dan reka bentuk. Ini merupakan kali ketiga Weber mengadakan undian untuk mencari tujuh bandar raya terhebat bermula pada tahun 2007 yang menyaksikan lebih 100 juta undian diterima untuk mencari tujuh keajaiban dunia. -AP





.

Ibu tunggal terkejut wang KWSP suami diwarisi oleh kekasih gelap selepas kematian lelaki itu



Ibu tunggal terkejut wang KWSP suami diwarisi oleh kekasih gelap selepas kematian lelaki itu | Hampa dan kecewa. Itulah yang dirasa seorang ibu tunggal apabila mendapat tahu dia tidak layak menuntut wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik suami selepas kematian lelaki itu. Sebaliknya nama waris yang tertera adalah individu lain yang didakwa sebagai ‘kekasih gelap’ suami. M Tamil Selvee, 48, dari Taman Kesang Damai, Jasin, berkata, perkara itu hanya disedarinya ketika tampil ke pejabat KWSP Cawangan Jasin, Julai lalu dan pegawai terbabit menjelaskan suaminya telah menukar nama waris kepada wanita berkenaan. Selvee yang hanya meraih pendapatan sebanyak RM322 sebulan sebagai tukang sapu di sebuah kuil, mengenali wanita terbabit dan tahu hubungannya dengan suami selama ini.

 “Saya memang tahu hubungan suami, tetapi apa boleh buat, sebagai isteri saya kena patuh padanya. Tetapi saya tidak sangka dia (suami) tergamak sehingga sanggup menukar nama waris KWSP miliknya kepada wanita itu. “Saya puas merayu kepada wanita itu supaya memberikan sebahagian wang itu untuk keperluan keluarga saya tetapi dia langsung tidak mengendahkannya,” katanya ketika ditemui di pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, di sini, semalam. Menurut Tamil Selvee, suaminya, Mendiang K Chellamanickam, seorang pemandu jentolak, meninggal dunia pada Julai lalu selepas mendapat kemalangan di tempat kerja.

Katanya, mendiang suaminya pernah mengeluarkan wang berkenaan sebelum kematiannya beberapa bulan lalu sebaik usianya genap 50 tahun. Ibu tunggal itu bercadang untuk mengeluarkan baki wang berkenaan yang jumlahnya lebih kurang RM31,000. “Saya mempunyai tiga anak tetapi dua daripadanya sudah meninggal dunia akibat sakit. Kini tinggal anak perempuan saya berusia 26 tahun tetapi dia sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Harapan saya, wang berkenaan dapat digunakan untuk keperluan keluarga.

“Saya ingin nasihatkan isteri-isteri di luar sana supaya semak penama KWSP suami supaya apa yang menimpa saya tidak terjadi kepada wanita-wanita lain yang kematian suami. Begitu juga buat suami, jangan tergamak perlakukan isteri seperti ini, hanya kerana terpengaruh dengan teman wanita sampai letak penama KWSP kepada nama kekasih,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, apa yang berlaku menunjukkan kelemahan sistem penama KWSP itu sendiri sehingga pencarum sewenang-wenang meletakkan nama kepada sesiapa pun. “Saya mencadangkan agar perkara ini diambil perhatian serius dengan meletakkan nama waris kepada mereka yang benar-benar berhak seperti anak dan isteri,” katanya. -SH




.

Kampung hantu yang kurang penduduk tapi punya banyak patung ini benar-benar wujud



Kampung hantu yang kurang penduduk tapi punya banyak patung ini benar-benar wujud | Seorang wanita yang bosan selepas kampungnya semakin sunyi mengambil keputusan membuat lebih 100 patung menyerupai manusia untuk menggantikan penduduk yang telah meninggal dunia dan berhijrah ke kawasan bandar.


Wanita itu, Tsukimi Ayano, 65, berkata, dia bosan selepas kampung Nagoro yang didiaminya menjadi seperti kampung hantu apabila ramai penduduk berhijrah dan sebahagian lagi meninggal dunia.Katanya, dia pulang semula ke kampung halamannya yang terletak di wilayah Tokushima di selatan Jepun itu kira-kira 13 tahun lalu untuk menjaga kedua ibu bapanya yang telah uzur.


“Bagaimanapun, selepas ibu bapa saya meninggal dunia beberapa tahun lalu, saya mula berasa bosan dan sunyi kerana semua jiran saya sudah tiada. “Kini kampung ini didiami oleh beberapa penduduk warga emas sahaja dan lebih membosankan saya adalah penduduk yang paling muda,” katanya.


Menurutnya, dia kemudian menjahit patung-patung itu dengan menyerupai penduduk kampung yang dikenalinya dan meletakkan patung berkenaan di kawasan kedai, perhentian bas dan juga sekolah. “Semua kawasan itu sunyi kerana tidak berpenghuni tetapi patung ini mengembalikan semula suasana ketika kampung ini sibuk dengan penduduk,” jelasnya. – Agensi




.

5 remaja diburu polis dan bakal berdepan hukuman penjara kerana selfie?



5 remaja diburu polis dan bakal berdepan hukuman penjara kerana selfie? | Sekumpulan lima remaja berdepan risiko dihukum penjara selepas menceroboh kawasan loji nuklear di bandar ini dan mengambil gambar secara selfie di atas sebuah menara di dalam loji berkenaan. Lima remaja tersebut mengambil kesempatan terhadap satu projek pembinaan di loji terbabit untuk menceroboh sebelum memanjat satu menara setinggi 150 meter. Salah seorang remaja itu, Nikita Agapov berkata, mereka memanjat pagar berkawat di loji berkenaan selepas mendapati tiada pengawal yang berkawal di lokasi itu.

 “Kami terus berjalan seperti biasa dan memanjat menara berkenaan untuk merakamkan gambar serta video,” katanya. Kumpulan remaja itu mengambil beberapa gambar selfie di puncak menara berkenaan sebelum memuat naik gambar tersebut di internet. Sementara itu, seorang pegawai polis berkata, tindakan kumpulan remaja itu sangat bahaya dan mereka boleh dihukum penjara sekiranya ditangkap pihak berkuasa. – Agensi




.

Kejadian mengejutkan berlaku dalam sebuah pesawat komersial



Kejadian mengejutkan berlaku dalam sebuah pesawat komersial | Putera William mengejutkan penumpang sebuah kapal terbang komersial apabila membuat kemunculan di dalam pesawat berkenaan. Kehadirannya mengujakan penumpang lain yang mengambil kesempatan itu untuk merakamkan gambar dan berkongsi saat itu di laman sosial mereka. William menaiki penerbangan dari lapangan terbang LaGuardia, New York ke Washington DC untuk bertemu presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Wartawan dan penyampai berita CNN, Anderson Cooper tidak ketinggalan berkongsi keterujaan itu dengan memuatnaik status di laman Twitternya.Seorang penumpang bernama Sam Kim pula berkongsi gambar William sedang mencari tempat duduk di laman Instagramnya.


“Penerbangan kami ditunda dan sebuah caravan mendekati pesawat. Kemudian seorang tetamu yang paling tidak dijangka memasuki pesawat ke DC pagi ini," tulis Sam Kim dalam ‘post’ di Instagramnya. Ini bukan kali pertama William mengejutkan penumpang pesawat komersial. Sebelum ini dia pernah menaiki penerbangan American Airlines untuk ke majlis perkahwinan rakannya selain mengambil penerbangan murah dari Tennessee bersama adiknya, Putera Harry.-AP




.

Gila! Lelaki noda budak 12 tahun dalam surau



Gila! Lelaki noda budak 12 tahun dalam surau | Pistol diacukan ke kepala sebelum seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki dan lebih keji perbuatan terkutuk itu dilakukan dalam sebuah surau di Ampang, di sini. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menceritakan kepada keluarganya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Ampang, kelmarin, Menurut sumber, kanak-kanak itu datang ke surau berkenaan untuk bermain dengan rakannya kira-kira jam 12 tengah hari, Rabu lalu. “Mereka kemudian ditahan seorang lelaki yang mengarahkan mangsa masuk ke dalam surau manakala rakannya disuruh menunggu di luar.

 “Bagaimanapun sebaik masuk, suspek mengeluarkan senjata dipercayai pistol dan mengacukannya ke kepala kanak-kanak terbabit,” katanya. Sumber berkata, suspek mencium dan meraba tubuh mangsa sebelum memaksanya melakukan seks oral selama beberapa minit. “Dia hanya berhenti selepas seorang orang ramai datang ke surau dan lelaki itu beredar dengan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. “Mangsa yang trauma dengan kejadian itu pulang ke rumah tetapi tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!