Thursday, December 11, 2014

Terkini status halal premis Starbucks



Terkini status halal premis Starbucks | Sijil halal premis Starbucks tidak pernah digantung atau ditarik balik sehingga kini, kata Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Dalam satu kenyataan, ia menyifatkan penyebaran mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung status halal syarikat itu sebagai fitnah semata-mata. "Untuk makluman pengguna, setiap pemegang sijil halal sentiasa dipantau oleh Jakim dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu. Ia menarik perhatian bahawa Bahagian Hab Halal menerima banyak panggilan dan pertanyaan berhubung status halal Starbucks. Kebimbingan orang ramai mengenai status halal sajian di Starbucks timbul susulan khabar angin di laman media sosial bahawa bahan yang digunakan untuk membuat kek dan minuman diragui status halalnya.-Awani




.

Lelaki potong pergelangan kaki dan tangan isteri kerana kecewa selepas ketahui isteri ada hubungan sulit



Lelaki potong pergelangan kaki dan tangan isteri kerana kecewa selepas ketahui isteri ada hubungan sulit | Seorang lelaki yang kecewa apabila mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak di luar dugaan apabila memotong pergelangan kaki dan tangan isterinya sebelum membunuh diri di Taman Suria di sini, pagi hari ini. Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum lelaki terbabit hilang pertimbangan dan menyerang isterinya serta bertindak kejam memotong kedua belah kaki dan tangan wanita malang itu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan cemburu. Menurutnya, selepas memotong kaki dan tangan isterinya, suspek berusia 47 tahun dipercayai meminum racun dan menggantung diri di balkoni. "Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk rawatan kecemasan sementara mayat suaminya dihantar ke Unit Forensik hospital terbabit untuk bedah siasat," katanya. -Metro




.

Wanita 64 tahun menyamar wanita muda untuk jadi kekasih seorang lelaki berusia 24 tahun



Wanita 64 tahun menyamar wanita muda untuk jadi kekasih seorang lelaki berusia 24 tahun | Seorang nenek berusia 64 tahun yang menyamar wanita muda ditangkap atas tuduhan menipu seorang lelaki berusia 24 tahun. Kejadian bermula apabila mangsa diberikan nombor telefon bimbit nenek itu enam bulan lalu. Apabila lelaki berkenaan menelefon nombor itu, nenek berkenaan mendakwa dia juga berusia 24 tahun dan mengirim gambar wanita muda kepada pemuda itu. Apabila mula jatuh cinta, lelaki itu mendesak untuk bertemunya, tetapi wanita itu menolak dengan alasan ibu bapanya tidak merestui hubungan mereka.

Dia bagaimanapun berjanji untuk melarikan diri dan berkahwin dengan pemuda itu sambil meminta wang berjumlah Rs30,000 (RM780), kononnya untuk membaiki rumah yang akan digunakan selepas perkahwinan itu. Lelaki itu pernah memasukkan Rs150,000 (RM4,000) ke dalam akaun yang diberikan wanita itu. Kerana bosan menunggu terlalu lama, lelaki itu membuat rancangan sulit dan akhirnya berjaya memperdaya ‘kekasihnya’ dan membolehkan mereka bertemu. Tetapi pertemuan itu berakhir dengan kekecewaan dan kemarahan apabila dia mendapati kekasihnya itu sebenarnya wanita berusia 64, sebaya dengan neneknya.- Agensi




.

Lelaki serang dan tikam 4 orang dalam kereta api mengaku lakukannya kerana mangsa bertukar jadi syaitan



Lelaki serang dan tikam 4 orang dalam kereta api mengaku lakukannya kerana mangsa bertukar jadi syaitan | Sorang penumpang yang dituduh menikam empat orang dalam sebuah kereta api di barat daya Michigan memberitahu polis, dia bertindak demikian selepas melihat seorang mangsanya bertukar menjadi ‘syaitan.’ Michael D Williams semalam mengaku tidak bersalah atas tuduhan cuba membunuh. Lelaki berusia 44 tahun itu dituduh menikam seorang konduktor dan tiga penumpang lain Jumaat lalu apabila kereta api berkenaan berhenti di Niles, 16 kilometer dari South Bend, Indiana.

Menurut kertas pertuduhan, Williams memberitahu penyiasat, dia menyerang mangsanya selepas melihat seorang daripada mereka bertukar menjadi syaitan. “Saya terpaksa melawan syaitan itu,” katanya kepada penyiasat. Ketika dihubungi wartawan, adiknya, Tracy, berkata, Williams berdepan dengan masalah tekanan jiwa selepas menamatkan perkhidmatan dalam angkatan tentera Amerika Syarikat. - Agensi




.

Bayi berjaya diselamatkan selepas ibunya buang menerusi sebuah tandas sebaik dilahirkan



Bayi berjaya diselamatkan selepas ibunya buang menerusi sebuah tandas sebaik dilahirkan | Seorang bayi berjaya diselamatkan selepas dia dibuang menerusi sebuah tandas oleh ibunya sebaik dilahirkan di barat laut China. Seorang pejalan kaki mendengar tangisan bayi berkenaan dari pembetung najis di daerah Suide di wilayah Shaanxi sebelum menelefon pihak berkuasa kecemasan yang kemudian mengesan bayi itu terendam dalam air kotor dalam pembetung itu. Bayi yang dinamakan Xiaoxiao atau 'si kecil' itu hanya calar di beberapa bahagian tubuhnya dan kini dirawat di sebuah hospital sementara polis berusaha menjejaki ibunya.

"Kami terpaksa mengejar masa kerana bimbang ada orang akan mencurahkan lagi air ke dalam pembetung itu atau bayi itu mungkin tertiarap yang akan menyebabkan dia mati lemas," kata ketua skuad jabatan bomba daerah Suide, Li Zhi. Kerana tidak mahu memecahkan pembetung itu bagi mengelak bayi berkenaan cedera atau mati, Li Zhi berkata, anggotanya terpaksa menggunakan pelbagai alat untuk memudahkan Xiaoxiao dibawa ke arah lubang pembetung itu sebelum dia ditarik keluar. -AP




.

Wanita ini sanggup ubah penampilan untuk dapat jodoh. Lihat sebelum dan selepas transformasi itu..


 Wanita ini sanggup ubah penampilan untuk dapat jodoh. Lihat sebelum dan selepas transformasi itu.. | Terdesak untuk menyertai laman web elit temujanji yang menyediakan ‘teman berwajah cantik’, orang ramai sanggup mengubah penampilan mereka bagi diterima masuk menyertai laman web berkenaan. Laman web BeautifulPeople.com setakat ini telah menolak sebanyak 7.5 juta permohonan dari seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2003. BeautifulPeople.com hanya menerima individu yang diundi ‘cantik’ oleh rakan-rakan berlainan jantina dalam tempoh 48 jam undian sebelum dibenarkan menyertai laman web itu. Bagaimanapun, lebih satu per empat daripada pemohon yang ditolak, enggan mengaku kalah dengan membuat perubahan dramatik pada penampilan mereka sehinggalah mereka akhirnya diterima masuk.

Seorang perunding nutrisi dari Kanada, Kelly O’Donnell berkata, dia tahu hidupnya perlu berubah selepas berat badannya mencecah 90 kilogram. “Saya bosan kerana sering dipandang rendah dan sakit sepanjang masa sehinggalah saya memutuskan untuk belajar apa yang saya boleh tentang nutrisi dan mula bersenam. “Lapan tahun selepas itu selepas melalui proses yang meletihkan, saya mencapai berat 40 kilogram dan saya benar-benar boleh melupakan kehidupan lalu sekali gus menyukai hasilnya sekarang,’’ katanya sebagaimana lapor Mail Online.

Seorang pengguna lelaki laman web itu, Alexander Siegwardt dari Jerman berkata, dia telah ditolak banyak kali oleh BeautifulPeople.com hingga memaksanya membuat keputusan mengubah penampilan dan selepas sembilan bulan, dia kini mula mendapat perhatian ramai. Pengarah Urusan BeautifulPeople.com, Greg Hodge berkata, oleh kerana tiada had penyertaan, pemohon yang telah ditolak masih boleh memohon masuk semula dan tidak mustahil untuk melihat empat atau kadang-kadang lebih 20 percubaan untuk melepasi saringan undian yang sengit. Greg Hodge, pengarah urusan BeautifulPeople.com, berkata: ‘Oleh kerana tidak terdapat sebarang had kepada bilangan kali pemohon yang ditolak boleh cuba untuk memohon semula, ia tidak mustahil untuk kita melihat tiga, empat atau kadang-kadang lebih daripada 20 percubaan untuk melalui proses pengundian sangat ketat. ‘Sila lihat beberapa selebriti tercantik di Hollywood dan jelas mereka tidak dilahirkan cantik dan sempurna.


 ‘Demi Moore, Nicole Kidman dan Ryan Seacrest adalah contoh-contoh yang hebat dan inspirasi kepada orang yang tidak menarik di seluruh dunia jadi jika mereka boleh melakukannya, maka anda juga boleh. ‘Kadang-kadang apa yang perlu hanyalah memperbaiki gigi, mengawal selera makan anda, dandanan diri dengan penjagaan yang lebih sedikit dan ke gym. ‘Kami juga baru-baru ini melancarkan perkhidmatan bimbingan, mengajar beberapa ahli untuk lebih bijak mengurus diri sendiri, dan untuk pengetahuan kami memiliki pakar-pakar kecantikan profesional, stylists dan jurulatih keyakinan untuk yang tidak tahu bagaimana untuk mengubah penampilan.

‘Ini telah pasti menyumbang kepada peningkatan dalam kedua kisah kejayaan masa tahun ini sahaja. ‘Ramai orang menulis kami sebagai tidak berhati perut kerana terlalu mementingka penampilan. Tetapi itu tidak benar. Kami mahu menggalakkan orang ramai untuk membuat yang terbaik untuk diri mereka sendiri. ‘Kami juga teruja dengan cerita-cerita kejayaan transformasi daripada mana-mana aplikasi lain dan ahli-ahli kami yang mengubah diri selepas mendapat surat penolakan dari kami, dan kami percaya ianya adalah perkara yang terbaik yang pernah berlaku kepada mereka -AP




.

Kontroversi terkini penyanyi Aliff Aziz, yang dikatakan mengamuk dan tumbuk pekerja hotel



Kontroversi terkini penyanyi Aliff Aziz, yang dikatakan mengamuk dan tumbuk pekerja hotel | Penyanyi Aliff Aziz menimbulkan kontroversi baharu apabila dia dikatakan bergaduh di sebuah hotel dekat sini sehingga didatangi pihak polis untuk meleraikan keadaan. Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, bagaimanapun tidak menafikan perkara berkenaan sebaliknya mendakwa semasa kejadian dia tidak sedarkan diri akibat terkena sampuk. "Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai. "Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi,” katanya.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, Aliff dikatakan mengamuk di sebuah hotel yang menjadi lokasi penginapannya sempena Anugerah Industri Muzik ke 21 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas. Semasa kejadian Aliff kononnya berada dalam pengaruh dadah sehingga pihak hotel terpaksa memanggil polis bagi meleraikan keadaan apabila dia dilaporkan menumbuk pekerja hotel berkenaan. Situasi itu dikatakan turut disaksikan oleh penggiat-penggiat seni yang berkampung di hotel tersebut sempena penganjuran AIM 21 itu.

Dalam pada itu Aliff yang ketika ini berada di Singapura berkata, adalah tidak logik baginya menimbulkan isu baharu sedangkan dia berusaha membersihkan namanya yang dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini. Dia juga mahu menjaga nama baiknya apatah lagi bakal muncul dengan album baharu pada awal tahun depan. "Bagi sesiapa yang telah menyaksikan kejadian itu, mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu.

“Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya," katanya. Sementara itu Aliff berkata, dia kini sedang melakukan rawatan tradisional bersama seorang ustaz di Singapura bagi mengembalikan semangatnya yang telah hilang. Malah Aliff juga sanggup menjalani ujian darah jika ada mana-mana pihak masih menuduhnya mengambil dadah. "Biarlah orang nak cakap apa! Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan bersama seorang ustaz. "Jika ada pihak mempertikaikan perkara ini lagi, saya sanggup mengambil ujian darah untuk membuktikan bahawa saya tiada pengaruh dadah," ujarnya. -Mstar




.

Kejam.. Lelaki dibakar hidup-hidup sehingga rentung dan ditinggalkan dalam but kereta



Kejam.. Lelaki dibakar hidup-hidup sehingga rentung dan ditinggalkan dalam but kereta | Seorang lelaki terbunuh selepas dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan lelaki sebelum mayatnya yang rentung ditinggalkan dalam but kereta Proton Waja di tempat letak kenderaan berhampiran Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL), Taman TAR, di sini, kelmarin. Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 30-an dikatakan bertengkar dengan lima lelaki yang menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Pajero, kira -kira jam 10 malam, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, siasatan awal mendapati kejadian disedari seorang pekerja binaan di kawasan berhampiran yang terdengar pertengkaran dalam bahasa Tamil.

Beliau berkata, saksi yang berasa tidak sedap hati, meninjau kawasan itu dan terkejut apabila mendapati but sebuah kereta Proton Waja terbakar dan melihat lima lelaki beredar dari tempat kejadian. “Polis masih menyiasat motif pembunuhan kejam itu dan percaya semua suspek dapat dikesan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. Difahamkan mangsa dipukul terlebih dahulu sebelum disimbah minyak petrol dan dibakar dalam but kereta Proton Waja berkenaan.

Khairuldin berkata, semakan terhadap Proton Waja itu mendapati ia dilaporkan hilang di Sentul, Kuala Lumpur, sejam sebelum mangsa dibunuh. “Polis akan mengesan identiti mangsa dan waris keluarganya dan keterangan saksi boleh membantu siasatan,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Katanya, polis melakukan sekatan jalan raya di beberapa kawasan bagi memburu suspek. -Metro




.

Awas! Dua produk turun berat badan yang boleh dibeli online, disahkan haram dan berbahaya



Awas! Dua produk turun berat badan yang boleh dibeli online, disahkan haram dan berbahaya | Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau memakan dua produk menurunkan berat badan haram yang diperoleh secara dalam talian, sehingga menyebabkan dua remaja dimasukkan ke hospital kerana mengalami halusinasi dan kegagalan buah pinggang yang teruk selepas menggunakannya. Salah satu produk, ‘Nutri Drops Grapefruit Diet’ diuji oleh HSA mengandungi bahan kimia yang tidak diisytiharkan seperti sibutramine, benzyl sibutramine (sejenis sebatian berkaitan kimia daripada sibutramine) dan phenolphthalein, kata pihak berkuasa itu dalam kenyataan.

Sibutramine, sejenis ubat menurunkan berat badan diharamkan di Singapura sejak 2010 berikutan kebimbangan keselamatan yang serius terhadap pengguna. Paras sibutramine yang dikesan dan ditemui adalah pada kuantiti yang tinggi dan boleh meningkatkan toksik dalam produk tersebut.Produk kedua adalah ‘Nutrex Research Adipodex’ yang dipasarkan secara dalam talian sebagai makanan diet tambahan dan dilabel mengandungi yohimbine iaitu mengandungi ramuan perubatan barat yang tidak dibenarkan dijual dalam makanan tambahan yang dijual di negara ini. -Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!