Saturday, December 13, 2014

Buat pai daging manusia...dan jual disekolah


Buat pai daging manusia...dan jual disekolah | KEJAM!! Pasangan suami isteri dan seorang wanita yang mengaku sebagai pengikut ajaran sesat telah melakukan suatu jenayah yang tidak boleh diterima akal apabila membunuh 2 orang wanita serta menggunakan cebisan daging mereka untuk membuat pai. Ketiga-tiga merka juga turut menjual sebahagian daripada pai berkenaan yang didakwa mengandungi inti tuna dan ayam kepada jiran dan beberapa premis termasuk sekolah di bandar Garanhuns. Perbuatan kejam Jorge Beltrao Negromonte da Silveira, Isabel Cristina Pires dan Bruna Cristina Oliveira yang dipercayai perempuan simpanan Silveira terbongkar selepas mereka cuba menggunakan kad kredit milik salah seorang daripada mangsa, April tahun lalu.

Susulan daripada itu, pihak Polis segera menyerbu rumah mereka dan telah menjumpai sesuatu yang mengemparkan iaitu mayat dua orang wanita dalam keadaan yang mengerikan dan tidak sempurna. "Sebuah jurnal setebal 50 muka surut berjudul Revelations of a Schizophrenic (Pendedahan penghidap skizofrenia) yang ditulis Silveira turut ditemui ketika serbuan itu dilakukan," jelas jurucakap polis.


Silveira turut mendedahkan semasa disoalsiasat kononnya mereka adalah pengikut ajaran sesat yang melakukan 'penghapusan' di dunia dalam usaha untuk mengurangkan populasi manusia. Dia mendakwa sering mendengar suara selain obses membunuh wanita. Ketiga-tiga tertuduh mengaku memperdaya ramai wanita ke rumah mereka dengan menjanjikan tawaran pekerjaan sebagai pengasuh antara 2008 dan 2012. Mereka dihadapkan di mahkamah dan jika didapati bersalah, ketiga-tiga tertuduh bakal dikenakan hukuman penjara 30 tahun. -AP




.

Pelik! Lelaki melutut berjam-jam pujuk teman wanita di China



Pelik! Lelaki melutut berjam-jam pujuk teman wanita di China | Dalam kedinginan salji yang melampau, seolah lelaki kelihatan berlutut berjam-jam menghadap sebuah bangunan apartmen biasa. Pada peringkat awal, kewujudan lelaki itu tidak menghairankan sangat orang ramai, namun selepas beberapa jam berlalu, dia masih di situ. Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zhang semalam berkata, dia pelik melihat kelakuan pemuda terbabit ketika keluar dari situ jam 9 pagi. "Saya membiarkan dia di situ dan berlalu. "Sejam kemudian saya kembali, pemuda terbabit masih melutut dengan wajah sedih," katanya. Melihat keadaan salji di sekeliling lelaki terbabit, Zhang percaya sepanjang tempoh berkenaan dia tidak bergerak ke mana-mana. -AP




.

Punca mahkamah arahkan lelaki berusia 56 tahun menjauhkan diri dari seorang pekerja sebuah pasar raya Tesco



Punca mahkamah arahkan lelaki berusia 56 tahun menjauhkan diri dari seorang pekerja sebuah pasar raya Tesco | Seorang lelaki berusia 56 tahun yang tertarik dengan wajah jelita seorang pekerja sebuah pasar raya Tesco di Gloucester dekat sini telah diarahkan oleh mahkamah supaya menjauhkan diri daripada gadis berkenaan. Pekerja Tesco tersebut, Samantha Bryce, 22, terpaksa memohon perintah berkenaan dari sebuah mahkamah di Gloucester baru-baru ini kerana tidak tahan akibat sering diganggu lelaki berkenaan. Lelaki itu, Nicholas Fenney mula mengganggu Bryce selepas kali pertama mereka bertemu di pasar raya berkenaan pada Disember tahun lalu.

Bryce memberitahu mahkamah, sejak itu Fenney mula mengganggunya dengan memberi hadiah, kad Valentine dan mengajaknya keluar untuk makan malam. “Sebelum ini ada beberapa pelanggan lelaki cuba mengganggu saya tetapi tidak melampau seperti yang dilakukan oleh Fenney." “Fenney membuat saya takut kerana dia mengetahui semua mengenai saya termasuk tempat asal saya serta warna kuda yang saya miliki." “Dia turut memberikan saya sekeping kad yang mempunyai gambar dua ekor arnab sedang mengawan dengan tulisan saya cinta kamu,” katanya kepada mahkamah. – Agensi




.

Kenali kura-kura paling bergaya di Jerman



 Kenali kura-kura paling bergaya di Jerman | Iris Peste menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada kura-kura peliharaannya, Blade yang kelihatan tidak bermaya lantas membawanya berjumpa doktor haiwan, Dr. Carsten Plischke. Setelah pemeriksaan, Blade didiagnos mengidap gangguan metabolik tulang menyebabkannya tidak bermaya dan mengalami kesukaran untuk bergerak. Melihat keadaan itu, Dr. Plischke menggunakan kreativitinya dengan membina ‘kerusi roda’ buat Blade.

Dr. Plischke mengambil kepingan dan roda mini permainan LEGO kepunyaan anak lelakinya dan membina roda mini pada bahagian bawah badan Blade untuk membantu kura-kura itu bergerak. “Untuk manusia kita ada ‘walkers’, ‘rollators’ atau prostesis tetapi tiada syarikat yang membina sesuatu seperti itu untuk haiwan. Saiz haiwan yang berbeza menyukarkan mereka untuk mengeluarkan produk sedemikian. Jadi kamu perlu mencari penyelesaian kreatif kerana setiap haiwan memerlukan rawatan tersendiri,” kata Dr. Plischke.


Berita baik buat Blade adalah roda itu akan membantunya bergerak buat masa ini sehinggalah ototnya cukup kuat untuk berjalan sendiri. Dan kini, Blade adalah kura-kura paling bergaya di Jerman! Sebelum kisah Blade, tahun lepas, seekor kura-kura bernama Schildi yang kehilangan sebelah kakinya, juga dipasangkan roda LEGO untuk bergerak. -AP




.

Aneh! Cacing sepanjang 1 meter hidup dalam kaki lelaki selama 4 tahun.. Apa yang terjadi?



Aneh! Cacing sepanjang 1 meter hidup dalam kaki lelaki selama 4 tahun.. Apa yang terjadi? | Seekor cacing `Guinea’ sepanjang satu meter dikesan berada dalam kaki seorang lelaki dari Sudan selama lebih empat tahun. Keadaan itu hanya disedarinya selepas kaki lelaki terbabit bengkak selama setahun, hingga memaksanya mendapatkan rawatan doktor. Hanya selepas imbasan x-ray dilakukan barulah doktor dapat melihat dengan jelas cacing berkenaan yang telah mati dan mula mereput dalam kaki lelaki berusia 38 tahun itu. Lelaki itu kemudiannya menjalani pembedahan mengeluarkan cacing terbabit dan dia kini semakin pulih.


Menurut doktor yang merawatnya, Dr Jonathan Darby, kebiasaannya cacing hidup dalam usus dan memasuki badan manusia menerusi larvanya hasil minum air yang mengalami jangkitan. “Kebiasaannya cacing ini akan menggali kulit manusia dan akan membebaskan diri melalui kesan lepuh pada kulit. “Proses ini mengambil masa selama bertahun-tahun. Ia boleh hidup dalam badan manusia selama bertahun-tahun sebelum mati, mereput dan menyebabkan masalah di bahagian berkenaan, sama seperti yang dialami oleh pesakit kami,’’ katanya. Cacing Guinea itu boleh menyebabkan dracunculiasis dan ia boleh didapati di Selatan Sudan, Habsyah, Ghana dan Chad. -AP




.

Rumah anda ada bilik kosong? Anda selalu masuk ke dalam bilik itu? Kemungkinan ada yang ganjil jika dibiarkan kosong..



Rumah anda ada bilik kosong? Anda selalu masuk ke dalam bilik itu? Kemungkinan ada yang ganjil jika dibiarkan kosong.. | Apa kata, anda pergi ke bilik tersebut dan semak persekitarannya sekarang. Manalah tahu ada sesuatu yang ganjil di situ kan? Ini kerana, anda pasti tak mahu melalui apa yang telah menimpa wanita di Winchester, England ini. Apa yang berlaku di dalam bilik kosongnya adalah sangat luar biasa bagi kami. Setelah hampir berbulan lamanya bilik itu dibiarkan tidak berusik, wanita itu telah dikejutkan dengan kehadiran penghuni di atas katilnya. Sebuah sarang tebuan dengan kepanjangan 3 kaki telah mendiami katil di dalam bilik kosongnya.

Sangat mengejutkan!Tebuan itu dipercayai masuk ke dalam bilik tersebut melalui sebuah tingkap yang tidak ditutup rapat. Anggaran kawanan tebuan itu adalah sebanyak 5,000 ekor. Banyaknya! Menurut pekerja Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak Longwood, John Birkett, membuang sarang tebuan itu merupakan pekerjaan paling aneh yang pernah dilaluinya sepanjang bekerja selama 45 tahun. Dia turut menambah bahawa kawanan tebuan itu telah melakukan pekerjaan yang baik. Tebuan-tebuan tersebut telah memakan bantal dan tilam di atas katil tersebut untuk membesarkan lagi sarang mereka.


“Saya berdiri di situ dan berasa kagum,” kata John Birkett. Katanya lagi, ini merupakan kawanan tebuan yang paling banyak pernah dihadapinya sepanjang kerjayanya. Dia terpaksa mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan masalah itu. Namun, di akhirnya, John Birkett berjaya menyelamatkan selimut krusye milik wanita tersebut. Hai, macam-macam. Semoga kita dapat jadikan pengajaran daripada kisah ini. Selepas ini, rajin-rajinkan diri menjenguk bilik kosong di rumah anda dan jangan lupa untuk tutup tingkap dengan rapat! -BBC




.

Ratusan staf tinggalkan Media Prima minggu depan.. Apa dah jadi?



Ratusan staf tinggalkan Media Prima minggu depan.. Apa dah jadi? | Ratusan staf syarikat kumpulan media terbesar di Malaysia, Media Prima Bhd akan meninggalkan syarikat tersebut minggu depan melalui satu skim perpisahan. Kakitangan dari semua peringkat syarikat tersebut, termasuk wartawan dan pegawai pengurusan tertinggi, menerima tawaran itu. Antaranya adalah ketua redaksi berita mandarin NTV7 dan 8TV, Tan Chin Tuan; editor eksekutif hal ehwal semasa bahasa Mandarin, Tan Boon Kooi; serta seorang lagi editor eksekutif, Tham Chooi Foong, menurut sumber.

 Ketiga-tiganya merupakan pemimpin utama di bahagian berita dan hal-ehwal semasa bahasa Mandarin di ntv7 dan 8TV. Seorang pembaca berita NTV7, Melissa Ong dalam tulisan di Facebook turut mengesahkan bahawa permohonannya untuk mengambil skim tersebut diluluskan oleh Media Prima. Para kakitangan yang mengambil skim tersebut akan menamatkan khidmat mereka pada hari Isnin, menurut sumber.

Menurut laman webnya, Media Prima menyatakan bahawa syarikat itu memiliki kepentingan 100 peratus dalam TV3, 8TV, NTV7 dan TV9. Media Prima juga memiliki 98 peratus kepentingan dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP). Kumpulan berkenaan turut memiliki akhbar Berita Harian dan Harian Metro serta tiga stesen radio – Fly FM, Hot FM dan One FM.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!