Sunday, December 21, 2014

Pose mahasiswi cantik ini membuatkan laman web universiti 'down'



Pose mahasiswi cantik ini membuatkan laman web universiti 'down' | Parasnya yang ayu, berhidung mancung dan memiliki senyum manis lengkap rambut hitam yang lurus dan panjang membuatkan gadis ini sempurna. Berkat kecantikannya, gadis China yang popular dipanggil Kang Kang ini membuatkan laman web universiti 'down'. Alasannya, kerana ramai orang ingin melihat gambar-gambar konvo yang dimuat turun di laman web universiti di Renmin University School of Arts.


Padahal, Kang Kang sama sekali tak berpakaian seksi atau berpose tak senonoh. Masih memakai jubah konvo, dia berpose di sekitar kampus: memegang topi konvo, dan pose lainnya. Berpose di pagar dan halaman kampus Pihak universiti mengubah penampilan laman web yang biasanya konservatif, dengan memuat turun gambar-gambar Kang Kang di homepage, dari gambar bangunan universiti.


Namun niat itu malah membuatkan laman web itu 'down'. Gara-gara laman web 'down', proses pendaftaran mahasiswa baru agak terganggu. Ratusan calon mahasiswa tidak boleh mengakses aplikasi. Bagaimanapun, keputusan pihak universiti memuat turun gambar Kang Kang, ianya mendapat pujian dari ramai mahasiswa. Laman web itu tak lagi membosankan. -AP





.

Petani ‘tolak tuah’ enggan jual seekor kerbau miliknya dengan harga 1.23 juta pound (RM6.6 juta), walaupun ianya rekod dunia paling mahal. Kenapa?


Petani ‘tolak tuah’ enggan jual seekor kerbau miliknya dengan harga 1.23 juta pound (RM6.6 juta), walaupun ianya rekod dunia paling mahal | Sorang petani India ‘menolak tuah’ apabila enggan menjual seekor kerbau jantan miliknya yang mencecah harga 1.23 juta pound (RM6.6 juta), satu rekod dunia bagi harga kerbau paling mahal, dalam satu jualan lelong di negeri Haryana di utara negara ini, baru-baru ini. Tindakan Karamvir Singh dari Kampung Sunario di daerah Kurukshetra itu mungkin berbaloi selepas dia memperoleh pendapatan tetap lebih 30,000 pound (RM163,071) sebulan hanya dengan menjual air mani kerbau tersebut.

Mail Online melaporkan, sekiranya Karamvir bersetuju menjual kerbau jantan berusia tiga tahun miliknya itu yang diberi nama Bheem Donor, kerbau itu akan muncul sebagai kerbau paling mahal di dunia. Bagaimanapun selepas menjual abang kerbau itu, Yuvi Donor pada harga 860,000 pound (RM4.6 juta), Karamvir terus tidak mahu tergesa-gesa menjual kerbau itu yang mempunyai berat 1,200 kilogram.Kerbau jantan daripada baka ‘Murrah’ mempunyai daging yang banyak, namun harga sebenar haiwan itu dinilai daripada kandung­an air mani berkualiti tinggi yang dihasilkannya iaitu berukuran antara empat dan lima mililiter sehari yang mendapat permintaan di seluruh India.

 “Saya tidak melihat keperluan untuk tergesa-gesa menjual kerbau itu memandangkan saya boleh meraih penapatan lebih 30,000 pound (RM163,071) sebulan dengan hanya menjual air maninya,’’ kata Karamvir. Dia turut meraih pendapatan sama daripada bapa Bheem Donor dan menganggap kerbau itu seperti anak lelakinya’. Satu daripada sebab air mani kerbau daripada keluarga Donor itu terlalu mahal adalah kerana ibu kepada Bheem dan Yuvi menghasilkan sehingga 26 liter susu setiap hari, satu rekod bagi kerbau jenis Murrah. -AP




.

Keadaan wanita ini luar biasa demi membolehkan fetus berusia 17 minggu dalam rahimnya diselamatkan



Keadaan wanita ini luar biasa demi membolehkan fetus berusia 17 minggu dalam rahimnya diselamatkan | Seorang wanita yang mengalami keadaan kematian otak dikekalkan hidup bagi membolehkan fetus berusia 17 minggu dalam rahimnya diselamatkan. Tindakan itu tidak dipersetujui kedua ibubapa wanita berkenaan tetapi pihak doktor di Mullingar’s Midland Regional Hospital, Ireland tetap berbuat demikian sejajar dengan undang-undang negara itu yang menuntut fetus dalam keadaan tertentu mesti dipertahankan. Wanita dalam lingkungan usia 20-an itu mengalami kecederaan dalaman yang sangat parah, menurut laporan Irish Independent.

Bayi dalam rahimnya masih hidup manakala wanita itu terpaksa dikekalkan dengan alat bantuan hayat yang ditentang kedua ibubapanya namun ada ahli keluarga lain yang bersetuju dengan cara berkenaan. Fetus kerap kali tidak mampu hidup di luar rahim sebelum berusia 24 minggu. Pakar Undang-Undang Perubatan, Dr Adam McAuley berkata, Mahkamah Tinggi Dublin kemungkinan besar akan memutuskan wanita berkenaan dikekalkan hidup menggunakan bantuan hayat dalam usaha memastikan bayi berkenaan matang dan dapat dilahirkan serta selamat.

Pegawai perubatan dilaporkan sedang berusaha mengumpul pandangan peguam berhubung langkah mereka yang seterusnya. Pada tahun lepas, Ireland meminda undang-undang berhubung penguguran bayi bagi membolehkan ibu yang mempunyai risiko mengandung atau melahirkan anak berbuat demikian. Menteri Perubatan negara itu, Leo Varadkar bagaimanapun berpendapat, undang-undang di negaranya masih ketat walaupun langkah demikian dibenarkan. -MD





.

Wow, pemain golf berusia 103 tahun ini catat sejarah cemerlang..



Wow, pemain golf berusia 103 tahun ini catat sejarah cemerlang.. | Seorang pemain golf berusia 103 tahun mencatat sejarah apabila menjadi manusia tertua berjaya melakukan pukulan hole-in-one. PGA Amerika Syarikat dalam laman webnya berkata, Gus Andreone dari Sarasota meraih kejayaan itu pada Rabu lalu ketika bermain di Palm Aire Country Club.

 Katanya, Andreone adalah pemain golf tertua melakukan pukulan hole-in-one mengatasi rekod terdahulu iaitu seorang pemain wanita berusia 102 tahun pada 2007. Andreone ketika ditemuramah saluran Fox 13 News stesen televisyen Tampa Bay berkata, kejayaan itu adalah yang kelapan buat dirinya sejak 1939. Dia menggunakan driver pada lubang ke-14 sejauh 113-ela di Lakes Course bermain seperti seperti biasa tetapi kemudiannya menyedari sesuatu perbezaan dan bola itu terus memasuki lubang. - AP

Pesta buih online di Menara PGRM, Cheras



Pesta buih online di Menara PGRM, Cheras | Terdesak untuk mengaut keuntungan mudah tanpa dikesan polis menyebabkan ada sindiket pelacuran mula mengubah taktik mencari pelanggan melalui promosi atas talian dengan menganjurkan pesta buih. Sindiket itu turut menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand sebagai tarikan dalam promosi itu yang mendapat sambutan menggalakkan yang diadakan di Menara PGRM, Cheras, di sini. Bagaimanapun, taktik sindiket itu dikesan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman dan Kuala Lumpur yang mengadakan serbuan di premis itu termasuk dua lagi premis hiburan di Taman Shamelin, Cheras, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan pertama di Menara PGRM jam 12 tengah malam, 103 GRO warga Thailand yang berpesta mandi buih bersama pelanggan tergamam apabila diserbu polis. Pegawai Turus D7 Bukit Aman Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais yang mengetuai serbuan itu berkata, pihaknya menyerbu ketiga-tiga premis itu serentak selepas menerima aduan terdapat kegiatan pelacuran berlaku sebelum menahan 150 GRO warga Thailand, China dan Vietnam. -Metro




.

Lelaki kaya dimalukan ketika cuba memikat gadis dengan hadiah mewah



Lelaki kaya dimalukan ketika cuba memikat gadis dengan hadiah mewah | Seorang lelaki kaya cuba memikat seorang gadis dengan hadiah mewah yang dihantar dengan dron, terus menerusi tingkat kediaman gadis berkenaan. Bagaimanapun, lelaki berkenaan yang namanya tidak disiarkan, dimalukan apabila gadis itu menyerang dron berkenaan dengan penyapu dan pengelap lantai. Kejadian berlaku di sebuah bangunan asrama pelajar perempuan di sebuah universiti di bandar Langfang, wilayah Hebei.


Lelaki itu mengikat hadiah pada dron dan mengawal penerbangannya hingga ke tingkap kediaman gadis terbabit sementara orang ramai mengelilingi untuk memberi dorongan atau untuk melihat suasana yang disangka romantik. Tetapi lelaki itu dimalukan apabila reaksi gadis itu bertentangan dengan apa yang diharapkannya. Dia dan rakan sebiliknya menanti dengan penyapu, pengelap lantai dan beberapa senjata lain untuk memukul dron berkenaan, menyebabkan ia hampir terhempas. Lelaki itu tidak ada pilihan lain selepas dimalukan, kecuali pulang bersama-sama dronnya. - Agensi




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!