Monday, December 22, 2014

Lelaki catat rekod dunia, pancing jerung seberat 
565 kilogram



Lelaki catat rekod dunia, pancing jerung seberat 
565 kilogram | Seorang kaki pancing di Norway terpaksa mengerah kudrat selama 90 minit untuk menewaskan seekor ikan jerung seberat 565 kilogram, sekali gus berjaya mencatat rekod dunia memancing ikan terbesar hanya menggunakan sebatang pancing dengan menaiki kayak. Portal berita Mirror Online melaporkan, pemancing tersebut, Joel Abrahamsson mencatat rekod itu ketika memancing di kawasan perairan di Pulau Andorja dengan menggunakan umpan ikan seberat 36 kilogram. Malah, Abrahamsson mengambil hanya masa kira-kira 25 minit untuk membiarkan umpannya tenggelam ke dasar tasik sedalam 487 meter sebelum disambar oleh ikan jerung jenis Greenland sepanjang 4.5 meter yang dipercayai berusia 200 tahun.

Selain itu, dia yang berasal dari Gothenburg, Sweden, sanggup melilitkan tali pancing di badannya untuk menewaskan jerung berkenaan walaupun tindakannya mendatangkan risiko ditarik ke dalam air yang sejuk. Advertisement Menurut lelaki berusia 33 tahun itu, dia telah berlatih menarik blok simen seberat 27 kilogram menggunakan pancing di sebuah tasik tempatan semata-mata mahu mendapatkan kekuatan untuk memancing ikan jerung yang besar. Jelasnya, dia mula berkecimpung dalam aktiviti memancing menggunakan kayak sejak lima tahun lalu kerana mahukan cabaran baharu dan merasai debaran menarik ikan jerung.

“Ada ketikanya, saya berasa sukar untuk melawan jerung terbabit dan saya terpaksa bertahan agar tidak terjatuh ke dalam air. “Malah, saya berasa takut apabila sempat melihat kelibat jerung itu di bawah kayak saya, tetapi turut berasa kagum kerana ini kali pertama saya mendapat ikan jerung yang sangat besar,” katanya. Abrahamsson memecahkan rekod sebelum ini yang dicatatkan seorang pemancing kayak di Alaska pada 2007 apabila menewaskan seekor jerung seberat 226 kilogram. Bagaimanapun, rekod yang dicatatkan adalah tidak rasmi kerana tiada sijil yang dikeluarkan bagi pencapaian tersebut. -AP




.

Ini bukan cucu, ini hantu!


  
Ini bukan cucu, ini hantu! | Seorang wanita menampar neneknya sendiri hanya kerana wanita warga emas itu enggan menerimanya sebagai rakan dalam Facebook. Pejabat Syerif Daerah Pinellas berkata, Rachel Hayes, (gambar) 27, kini berdepan hukuman penjara selepas mengamuk dan memukul neneknya yang berusia 72 tahun. Nenek Rachel dilaporkan menolak permintaan di Facebook itu kerana tidak suka nama digunakan cucunya, Rachel Frickin Hayes. Kata syerif, pada pandangan wanita terbabit, perkataan “Frickin” diguna cucunya dianggap tidak sopan.

Sehubungan itu, neneknya meletakkan syarat supaya Rachel mengubah namanya terlebih dulu sebelum bersetuju menerimanya di senarai rakan Facebook. Rachel yang mempunyai seorang anak bagaimanapun muncul di rumah neneknya dalam keadaan mabuk pada jam 3.40 pagi Khamis lalu dan mengamuk serta memaki neneknya. Rachel kemudian menampar wanita warga emas itu beberapa kali. Serangan itu hanya terhenti apabila wanita terbabit berjaya menutup serta menguncinya sebelum menghubungi polis. Rachel mempunyai tiga rekod jenayah sebelum ini, termasuk kencing di tempat awam.-AP




.

Selepas 10 tahun tsunami, hampir 400 mayat dikebumikan tanpa dapat dikenalpasti



Selepas 10 tahun tsunami, hampir 400 mayat dikebumikan tanpa dapat dikenalpasti | Selepas 10 tahun bencana tsunami berlaku, ada hampir 400 mayat belum dapat dikenal pasti dan sudah dikebumikan tanpa sebarang pengesahan. Apabila bencana tsunami melanda sehari selepas Krismas 2004 dulu, pihak berkuasa mengumpul data 3,708 mayat, tetapi sehingga kini 3,330 sudah disahkan identiti masing-masing.

 Daripada jumlah itu, kata Ketua Pusat Pengurusan Orang Hilang, Yutaphong Intaraphong, 3,285 mayat sudah dituntut waris masing-masing. "Selebihnya ditanam di Tanah Perkuburan Bang Ma Ruan di wilayah Phang Nga," katanya. Namun itu bukan itu saja situasinya. Sesetengah mayat yang dikenal pasti, kata Yutaphong, masih disimpan di rumah mayat. -AP



.

Wow! Lelaki jual 'bulu' Elvis Presley dengan harga AS$5,000 (RM17,400)



Wow! Lelaki jual 'bulu' Elvis Presley dengan harga AS$5,000 (RM17,400) | Seorang lelaki menjual apa yang didakwanya bulu ari-ari milik Elvis Presley di Internet dengan harga AS$5,000 (RM17,400). Lelaki berkenaan membuat tawaran itu di Craigslist mendakwa memiliki bulu ari-ari sejak 1965 malah mempunyai surat mengesahkan kesahihannya yang ditandatangani lelaki dikenali sebagai Colonel Parker - dipercayai pengurus Presley, Colonel Tom Parker. “Saya tidak mahu berpisah dengan memorabilia ini. Bekas isteri saya Billie Jean Flurt sendiri mencabutnya daripada badan Presley,” katanya di Craigslist. - Agensi




.

Punca remaja 17 tahun mengamuk di Miri semalam..



Punca remaja 17 tahun mengamuk di Miri semalam.. | "Dia berubah sejak kembarnya meninggal dunia dua bulan lalu. Hubungan mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan dia tertekan," kata ibu kepada seorang remaja berusia 17 tahun yang ditahan selepas mengamuk dengan merosakkan barangan berharga, di Jalan Mulia, Tudan, Miri, semalam. Wanita berusia 40 tahun yang enggan mendedahkan namanya berkata, selepas kehilangan pasangan kembar, anak lelakinya mula bertindak luar dugaan termasuk berbogel.

"Sejak itulah, dia berubah dan kelihatan murung. Anak saya tidak dapat menerima hakikat abangnya meninggal dunia, malah dia turut menyalahkan kami akibat kematian itu. "Pada mulanya, dia kemurungan, namun tiba-tiba berubah menjadi agresif termasuk berbogel sejak dua minggu lalu," katanya menjelaskan anaknya meninggal dunia kerana masalah kesihatan. Menurutnya, keadaan bertambah buruk kerana setiap kali mengamuk, anaknya itu akan mengambil apa saja barangan dalam rumah dan merosakkannya. -Metro




.

Sepuluh kampung di daerah Beaufort tenggelam



Sepuluh kampung di daerah Beaufort tenggelam | Kira-kira 10 kampung di daerah ini mula dinaiki banjir berikutan limpahan air Sungai Padas sejak awal pagi tadi. Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman berkata, sehingga 11 pagi tadi, bacaan paras air Sungai Padas adalah 8.89 meter dan dijangka terus meningkat. "Buat masa ini, pihak kami masih membuat pemantauan di beberapa buah lokasi yang dilaporkan banjir dan akan memindahkan mangsa jika keadaan semakin teruk.

"Penduduk di daerah ini juga diminta untuk berjaga-jaga dan berpindah sekiranya paras air semakin meningkat bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi. Katanya, penduduk yang terjejas diminta untuk menghubungi pusat kawalan operasi bencana alam daerah Beaufort ditalian 087-211 146 untuk diberikan bantuan. Tambahnya, buat masa ini belum ada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Terdahulu antara kampung terbabit banjir adalah seperti Kampung Binunuk; Balibata; Lumatai; Bakalau dan Jimpanga.




.

Mahasiswa berjaya tipu pensyarah pakai boneka untuk ponteng kuliah



Mahasiswa berjaya tipu pensyarah pakai boneka untuk ponteng kuliah | Seorang mahasiswa di England, mendedahkan telah berjaya menipu pensyarah sehingga dia tak perlu ke kelas setiap kali waktu kuliah. Mahasiswa tersebut, menempatkan sebuah boneka belon dibungkus jaket yang diletakkan di tempat duduknya, sehingga dia dianggap hadir di kelas. Foto boneka ini lalu dimuat turun ke sebuah aplikasi foto di media sosial.


Foto itu membuatkan ramai hairan, bagaimana tindakannya itu tidak membuatkan pensyarahnya sedar. Bagaimana pun salah seorang pengikut media sosial mencadangkan rakan lain menusuk belon di kepala boneka tersebut hingga pecah. -AP




.

Remaja bertindak kejam bunuh rakan sekolah atas nama pemujaan syaitan



Remaja bertindak kejam bunuh rakan sekolah atas nama pemujaan syaitan | Jose Reyes, remaja lelaki berusia 15 tahun bertindak keji atas nama pemujaan terhadap syaitan. Warga Texas, Amerika Syarikat tersebut, sanggup membunuh seorang perempuan rakan sekolahnya. Dia mencungkil bola mata rakannya itu untuk dipersembahkan kepada Luciver atau iblis. Dia percaya, persembahannya tersebut akan membuatnya hebat. Bernasib baik, Reyes selamat dari hukuman mati. Hakim setuju, dia layak hukuman penjara seumur hidup kerana masih di bawah umur. Kisah tragis itu, bermula ketika Reyes mengajak seorang perempuan muda untuk berbual dan bersantai di biliknya.

Dia juga mengajak seorang lelaki yang dipercayai anggota komuniti pemuja syaitan. Setiba di bilik, perempuan ini diperkosa. Setelah itu, dia langsung mencekik dan mengikatnya dengan tali pinggang. Lalu menikam wajahnya berkali-kali. Jasad perempuan bernama Corriann ini, akhirnya ditemui di sebuah ruangan kosong apartmen tiga hari kemudian. Jiran yang kali pertama menemui jasadnya mengakui, ada benda-benda ritual aneh di sekitar sekujur tubuhnya. Nasib baik ibu bapa Reyes bekerjasama. Mereka sendiri lah yang melaporkan Reyes dan membawanya kepada polis. -AP




.

Lelaki baru bebas 30 minit, sudah masuk penjara lagi



Lelaki baru bebas 30 minit, sudah masuk penjara lagi | Seorang banduan kes kecurian kereta di Amerika Syarikat bebas setelah dipenjara lima bulan. Tapi, baru bebas 30 minit, dia masuk penjara lagi kerana kembali mencuri kereta. Pencuri kereta yang tidak serik dipenjara itu adalah Kyle Matthews, 21. Lelaki berasal dari Lake Stevens, itu sebenarnya telah dibebaskan dari penjara Whitman County, di Colfax, Washington. Tapi baru saja berjalan dari gerbang penjara, dia nekad mencuri kereta Volvo hitam keluaran tahun 1972 yang sedang diparkir.

Kebetulan, kunci kereta itu belum dicabut pemiliknya. Pemilik kereta, Stephen B Passmore, mengatakan bahawa dia meninggalkan kunci kereta kerana ingin bertemu anak perempuannya, Pamela A Passmore. ”Dalam waktu sekitar 30 minit, Matthews dibawa kembali ke tahanan dan sekarang dia didakwa kes baru untuk kecurian kenderaan bermotor,” kata jurucakap polis, Brett Myers. -AP




.

Subhanallah.. Banjir telan kedai makan sekelip mata di Rantau Panjang



Subhanallah.. Banjir telan kedai makan sekelip mata di Rantau Panjang | Bencana banjir yang melimpahi pekan Rantau Panjang Khamis lalu menyebabkan seorang pemilik kedai makan hanya mampu melihat segala kelengkapan kedai miliknya dibawa arus dalam sekelip mata. Faezah Kamarudin, 44, berkata semasa kejadian kedainya masih dibuka kira-kira 1 pagi dan beberapa pelanggan yang masih ada sebelum tiba-tiba limpahan air dari Sungai Golok melanda kawasan sekitar. "Ketika itu saya hanya mampu melihat segala kelengkapan perniagaan saya dihanyutkan arus deras banjir. Ia berlaku begitu pantas tanpa sempat saya menyelamatkan barang-barang perniagaan.

 "Kebetulan di belakang kedai saya ada paya. Jadi semua barang dibawa arus banjir, sampai kaunter saya pun dihanyutkan sekali ke paya itu," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, pelanggan yang ada dalam kedai sempat menyelamatkan diri apabila air mula memasuki kedai. "Air masuk kedai dengan pantas dan kedai saya tenggelam terus, memang ini kali pertama berlaku sejak saya berniaga. "Saya dan tiga pekerja diselamatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang lalu di kawasan itu. Nyawa lebih penting dari harta benda," katanya.

Faezah berkata, akibat kejadian itu dia mengalami kerugian lebih RM30,000 selepas peralatan seperti televisyen, kerusi, meja dan lain-lain dihanyutkan air banjir. "Saya hanya mampu berserah dan perlu mengeluarkan modal lain untuk memulakan semula perniagaan. "Banjir kali ini adalah paling buruk, selalunya setiap kali banjir, air tidak masuk ke dalam kedai," katanya. Nasib serupa turut dialami seorang lagi peniaga, Hasnah Yusof, 58, yang menganggarkan kerugian lebih RM20,000 selain kedai yang mengalami kerosakan teruk. "Tidak ada apa yang mampu saya selamatkan, (tetapi) saya reda dengan apa yang berlaku," katanya. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!