Wednesday, December 24, 2014

Mayat identiti misteri rentung bersama kereta, polis mohon orang ramai beri maklumat



Mayat identiti misteri rentung bersama kereta, polis mohon orang ramai beri maklumat | Polis Diraja Malaysia di sini sedang giat mengenal pasti identiti mayat yang ditemui rentung di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Wira awal pagi Rabu. Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt. Fadzil Mohd Ali berkata pemilik kenderaan, identiti dan waris mangsa belum dapat dikenalpasti. Katanya, kira-kira jam 9.40 pagi kereta dan mayat tersebut telah dikesan oleh Unit Peronda Polis yang melalui laluan simpang Masuk Kuburan Cina, Jalan Cecily, Batu 4,setelah melihat kepulan asap di tempat kejadian.

Pemeriksaan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira telah terbakar sepenuhnya dan pemeriksaan lanjut telah menemui terdapat mayat dipercayai mayat orang dewasa pada bonet kenderaan terbabit katanya ketika dihubungi. Fazil berkata siasatan secara terperinci masih dijalankan dan pihak polis masih menunggu keputusan pemeriksaan patologi daripada pihak hospital untuk mengenalpasti identiti mangsa berkenaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau sesiapa yang menyedari kehilangan ahli keluarga untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi terus pegawai penyiasat kes, ASP Nazri Abd Razak ditalian 012-3925759 bagi membantu siasatan. Polis membuka siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Haikal Jammy Ngali Abdullah berkata pihaknya yang diketuai oleh PBK II Rosmadian bersama tujuh anggota tiba di lokasi kejadian pada jam 9.46 pagi bagi tujuan operasi pemadaman api dan membuka bonet kenderaan terbabit. -Awani




.

Wartawan alami detik memalukan selepas tersilap memilih lokasi ketika membuat liputan



Wartawan alami detik memalukan selepas tersilap memilih lokasi ketika membuat liputan | Seorang wartawan BBC mengalami detik memalukan selepas tersilap memilih lokasi ketika membuat liputan mengenai pemusnahan dadah oleh pihak berkuasa. Quentin Sommerville yang ditugaskan di Baitulmaqdis memuat naik video itu di YouTube semalam sebagai “hadiah Krismas” kepada pengikutnya di Twitter. Video bertajuk Don’t inhale (Jangan tarik nafas) itu menunjukkan Sommerville tidak dapat menghabiskan laporannya kerana khayal akibat menghidu terlalu banyak asap heroin, candu dan hashish yang sedang dibakar.

Sommerville memulakan laporan itu dengan berkata: “Sebanyak lapan setengah tan heroin, candu, hashish dan dadah lain sedang dibakar di belakang saya.” Dia kemudian cuba meneruskan laporannya, namun tergelak, menyebabkan jurukamera turut ketawa. Sommerville kemudian menggesa jurukameranya supaya mencuba merakam laporan itu semula, namun kali ini dia menjadi lebih teruk kerana langsung tidak dapat menghabiskan ayatnya.


Berkali-kali dia cuba menghabiskan liputan itu, namun nyata mereka berdua gagal mengawal diri sehingga akhirnya ketawa terbahak-bahak. “Ssh, cepat satu saja lagi,” kata Sommerville kepada jurukameranya, namun sekali lagi berakhir dengan hilaian tawa. Akhirnya, Sommerville dilihat memegang kepalanya mengaku kalah selepas menyedari liputan itu tidak mungkin dapat diselesaikan. Wartawan berkenaan memuat naik pautan kepada video itu di Twitter dengan ucapan: “Tahun ini dipenuhi pertumpahan darah dan tembakan. Marilah kita ketawa pula sempena sambutan Krismas.” -AP




.

Sekumpulan pakar bedah cetus kontroversi di bilik bedah



Sekumpulan pakar bedah cetus kontroversi di bilik bedah | Biro Kesihatan Xi’an mengumumkan pemecatan tiga pegawai hospital selepas gambar sekumpulan pakar bedah mencetus kontroversi apabila mereka mengambil selfie bersebelahan pesakit yang sedang dirawat. Tiga yang dipecat itu ialah timbalan presiden, dekan dan ketua jururawat di jabatan anestesiologi Hospital Xi’an Fengcheng. Ketua pegawai eksekutif dan pekerja perubatan di dalam gambar berkenaan juga dikenakan demerit dalam rekod mereka - satu daripada hukuman dalam pentadbiran di China. Mengikut biro berkenaan, gambar itu diambil pada 15 Ogos lalu di dalam bilik pembedahan yang akan ditutup. Disebabkan itu, petugas terbabit sengaja mengambil gambar kenang-kenangan di bilik berkenaan.

Selfie itu kemudian dimuat naik ke Sina Weibo - Twitter versi China - Sabtu lalu oleh seorang pengguna yang mendakwa rakan kepada doktor terbabit. Ekoran penyiaran gambar itu, ramai pengguna Weibo yang berang. Seorang daripada mereka menulis: “Apa yang kamu lakukan ketika pembedahan? Patutlah banyak kes perubatan dipertikaikan pesakit.” Walaupun gambar itu dipadamkan, ia terlewat kerana tersebar di media sosial.


Pada Isnin, gambar berkenaan dilihat 9.9 juta kali dan mendapat lebih 12,000 komen. Ada pengguna Weibo menyelar perbuatan doktor terbabit sebagai tidak profesional. “Perbuatan itu salah. Pesakit belum sedar dan doktor bergembira tanpa mengendahkan privasi pesakit,” kata pengguna bernama Youma. Namun ada juga yang memandang perkara itu dengan positif. Baiyishanmao yang dikenal pasti seorang pakar bedah menganggap tidak ada salahnya mengambil gambar selepas selesai melakukan pembedahan yang berjaya. Komennya itu mendapat lebih 10,000 ‘like.’-AP




.

Oh gadis jual jajan ini jadi viral di laman sosial.. Apa sebabnya?



Oh gadis jual jajan ini jadi viral di laman sosial.. Apa sebabnya? | Kemunculan gadis penjual jajan di jejantas di Jalan HR Rasuna Said di Kuningan pada awalnya tidak begitu diendahkan, sehinggalah gambarnya tersebar di media sosial baru-baru ini.


Tanpa disangka, nasib Ninih berubah mendadak. Tidak seperti kebanyakan penjaja jalanan, Ninih memiliki wajah ayu dan menggoda. Sejak gambarnya tersebar di Internet, gadis berusia 18 tahun dari Indramayu itu bagaikan selebriti kerana sering diperhatikan.


Sebelum ini Ninih-atau nama sebenarnya Turinih-menjual jajan bersama kakaknya. Antara produk dijaja mereka ialah getuk (kuih tradisional diperbuat daripada ubi) untuk sarapan. -AP




.

Wanita bunuh diri selepas ketahui suami cabul budak



 Wanita bunuh diri selepas ketahui suami cabul budak | Seorang wanita membunuh diri di landasan kereta api selepas tidak dapat menerima perbuatan suaminya mencabul budak perempuan berusia sembilan tahun. Jenny Mullinger, 62, mengambil tindakan drastik itu selepas suaminya, David, mengaku ‘menyentuh’ budak terbabit dua kali - masing-masing sekali di atas dan di dalam seluar dalam mangsa. Mullinger, 64, pada mulanya menafikan tuduhan cabul itu namun kemudian menghubungi polis mengakui perbuatan itu dan dipenjara tiga tahun.

Hakim Mahkamah Crown Bristol Martin Picton menyifatkan kes itu sebagai “amat menyedihkan.” “Saya pasti kamu kini dihantui akibat perbuatan itu,” katanya ketika menjatuhkan hukuman. Mullinger juga mendapat perintah melarangnya daripada berhubung dengan budak di bawah usia 16 tahun tanpa pengawasan. Mahkamah sebelum ini diberitahu, kejadian berkenaan terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibunya yang terus menghubungi polis.

Pendakwa Kenneth Bell turut membacakan kenyataan ibu mangsa kepada mahkamah. “Sebelum kejadian ini dia periang dan tidak tahu apa-apa mengenai seks. Semua itu kini berubah. “Dia menyimpan marah yang mendalam dan mungkin tidak akan mempercayai lelaki lagi. “Saya sedih mengenangkan betapa sukar untuk dia mengatasi serangan seksual ini,” katanya. Jenny, 62, yang kecewa dengan perbuatan suaminya membiarkan dirinya dirempuh kereta api dan diisytiharkan mati di tempat kejadian pada 16 September lalu. - Agensi




.

Punca kanak-kanak 5 tahun maut dipukul dan dicekik oleh sepupu sendiri



Punca kanak-kanak 5 tahun maut dipukul dan dicekik oleh sepupu sendiri | SEORANG kanak-kanak 5 tahun, Kenneth White maut selepas dipukul dan dicekik hingga mati oleh sepupunya Tiffany Vanalstyne, 19, sebelum mayatnya dicampak ke dalam parit dan ditutupi dengan salji. Vanalstyne, yang juga pengasuh Kenneth kemudian didakwa menghubungi polis dan ibunya serta mereka cerita bahawa Kenneth diculik dua lelaki bertopeng bagi menutup jenayah yang telah dilakukan lapor Mail Online.

Difahamkan, mangsa dibunuh dengan kejam ketika kakak kembarnya Cheyenne dan adiknya Christine sedang bermain di dalam sebuah bilik lain di dalam treler tempat mereka tinggal di Knox, New York. Pegawai polis Craig Apple berkata, polis negeri, marsyal Amerika Syarikat, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mula menjalankan siasatan sekitar jam 1.30 petang (waktu tempatan) sebelum mula menyoal siasat suspek dan mengesyaki dia terlibat selepas terdapat banyak percanggahan maklumat.

Beberapa jam selepas pencarian dilakukan, anjing polis menemui mayat Kenenth, dan Vanalstyne didakwa melakukan pembunuhan darjah kedua. Ibu suspek, Brenda Vanalstyne memberitahu hakim anaknya mengalami gangguan bipolar. Kenneth dan dua adiknya tinggal bersama ibu saudara Brenda sejak lebih setahun lalu selepas ibu dan bapa kandung mereka hilang hak penjagaan anak. -AP




.

Aneh! Lelaki sedar dari koma dan boleh cakap Perancis kerana sangka dirinya aktor terkenal



Aneh! Lelaki sedar dari koma dan boleh cakap Perancis kerana sangka dirinya aktor terkenal | Seorang tukang gunting rambut bangsa Inggeris, yang koma setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, tersedar daripada koma dengan kebolehan bercakap dalam bahasa Perancis serta menyangka dirinya aktor terkenal Hollywood, Matthew McConaughey. Portal berita ibtimes melaporkan Rory Curtis, 25, yang berasal dari Redditch, Worcestershire mengalami cedera parah selepas berlanggar dengan sebuah lori sebelum dirempuh enam buah kereta di Tamworth, Staffordshire.

 Ketika kemalangan itu beberapa orang anggota bomba mengambil masa 40 minit untuk mengeluarkan Curtis yang tersepit dicelah kenderaan sebelum dia dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth di Birmingham dan disahkan mengalami pendarahan dalam otak. “Dalam fikiran saya. Saya fikir saya Matthew McConaughey. Apabila saya ke tandas, saya lihat cermin dan terkejut kerana wajah saya tidak kelihatan seperti McConaugher. Saya tidak tahu apa yang saya lihat,” kata Curtis.

“Kemudian perlahan-lahan saya kembali pulih dan mengenal diri saya. “Ketika di hospital saya rasa tidak sabar untuk keluar dari hospital dan kembali menjalani pengambaran filem. Saya sangat yakin saya adalah dia (Matthew McConaughey) dan saya juga mempunyai penampilan yang baik. Saya berasa sangat yakin dengan apa yang saya fikir,” katanya. Curtis telah dibenarkan keluar dari hospital selepas dua bulan menjalani rawatan.

Sejurus tersedar daripada koma, Curtis juga didapati sangat fasih berbahasa Perancis walaupun dia tidak pernah memperlajari bahasa itu semasa di kolej. “Saya tidak ingat bila perkara itu berlaku, tapi keluarga saya memberitahu saya, saya bersembang dengan seorang jururawat Afrika dalam bahasa Perancis mengenai perkembangan diri saya. “Saya tidak pandai semasa belajar di sekolah, jadi saya tidak tahu bagaimana saya mampu melakukannya. Saya hanya buat sahaja,” kata Curtis. -AP




.

Cara paling berkesan tangani bayi merengek dalam pesawat?



Cara paling berkesan tangani bayi merengek dalam pesawat?  | DUDUK berdekatan dengan bayi yang merengek di dalam pesawat merupakan pengalaman buruk yang terpaksa dihadapi setiap penumpang pada ketinggian 30,000 kaki. Bagaimanapun, ibu bapa kepada seorang bayi berusia 12 bulan mengambil keputusan untuk memberikan beg cenderahati kepada beberapa penumpang yang duduk di kawasan berdekatan dengan anak mereka. Pemberian beg itu bertujuan untuk mengambil hati penumpang lain sekiranya anak kecil mereka membuat bising di dalam penerbangan, awal minggu ini. Seorang penumpang mendedahkan tentang pengalamannya itu di laman sosial Reddit.com selepas menerima beg berisi hadiah bagi menggelakkannya berasa tidak puas hati akibat gangguan bunyi bising daripada bayi itu di dalam penerbangan.

Selain gula-gula, beg berkenaan yang diberikan sebelum pesawat berlepas mengandungi penyumbat telinga yang boleh digunakan sekiranya bayi itu, Madelina menangis. Penumpang tersebut yang menggelarkan dirinya sebagai Ninjashares, memuat sekeping gambar beg cenderahati yang diterimanya itu dengan keterangan: "Seorang bayi baharu sahaja menyerahkan beg ini kepada saya di dalam penerbangan. Saya tidak marah." Beg itu turut disertakan dengan nota yang berbunyi: "Hi orang yang tidak dikenali! Nama saya Madeline. Usia saya akan genap setahun pada 17 Disember dan ini merupakan penerbangan pertama saya."


Nota itu menambah: "Saya akan menjaga tingkah laku saya, tetapi saya memohon maaf terlebih dahulu sekiranya saya berada dalam keadaan tidak tenteram, rasa takut atau telinga saya sakit. "Ibu dan bapa saya saya ada menyediakan beg cenderahati yang mengandungi beberapa barang. "Turut ada penyumbat telinga... yang boleh digunakan sekiranya saya membuat bising yang boleh menyakitkan telinga kamu. "Selamat menaiki penerbangan!" - mirror





.

Gadis 23 tahun bertindak gila cuba rompak bank di Jln Gombak kerana beban hutang


Gadis 23 tahun bertindak gila cuba rompak bank di Jln Gombak kerana beban hutang | Tertekan dengan beban hutang menyebabkan seorang gadis berusia 23 tahun bertindak ‘gila’ cuba merompak sebuah bank di Jalan Gombak di sini, dengan bersenjatakan pisau pemotong daging. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, suspek bertindak masuk ke dalam bank sebelum melompat masuk ke bahagian kaunter pekerja dan mengacukan parang. Suspek kemudian memaksa pekerja bank terbabit menyerahkan wang tunai sebanyak RM300 juta. Sumber polis berkata, suspek memaksa pekerja itu menyerahkan wang tunai segera jika tidak mahu dicederakan.

 “Bagaimanapun seorang pelanggan bank itu bertindak pantas merampas pisau pemotong daging itu dari tangan suspek. “Beberapa individu membantu menahan suspek yang meronta-ronta mahu melepaskan diri. Pengurus bank itu segera menghubungi polis,” katanya. Menurutnya, anggota polis yang tiba jam 5 petang di lokasi kejadian menahan suspek bersama beg galas serta pisau milik suspek.

“Suspek pada mulanya hanya berdiam diri dan enggan bekerjasama. Namun sebaik tiba di Balai Polis Setapak di sini, dia akhirnya memberitahu mempunyai masalah beban hutang. “Siasatan mendapati mangsa mengalami tekanan perasaan dan dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.-Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!