Thursday, December 25, 2014

Lelaki gantung diri selepas bergaduh dengan isteri



Lelaki gantung diri selepas bergaduh dengan isteri | Seorang lelaki bertindak menggantung diri selepas bergaduh dengan isterinya. Peniaga, Arfandu dilapor mengakhiri hidupnya demikian di tingkat dua rumahnya di Kampung Ciputrat, Kota Tangerang Selatan di wilayah Banten, Jakarta kerana tidak tahan sering dimarahi isterinya. Media tempatan memetik jiran pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lalu sebagai berkata, si isteri setiap hari mengamuk kerana wang yang diberi suaminya didakwa tidak cukup untuk belanja seharian. Mayat Arfandu ditemui keluarganya yang pulang dari masjid semalam. Menurut polis di Jakarta, Arfandu menggunakan kabel elektrik untuk menggantung diri. - Agensi




.

[Gambar] A. Rahman Hassan sah bergelar suami kepada pelakon Fadillah Mansor



[Gambar] A. Rahman Hassan sah bergelar suami kepada pelakon Fadillah Mansor  | Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada dramatis Fadillah Mansor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada malam Khamis. Majlis itu berlangsung kira-kira 9 malam itu disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baharu Kuala Lumpur, Azizi Ab Hamid.A Rahman, 67, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 400 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Anak-anak daripada hasil perkahwinan terdahulu pasangan itu turut hadir pada majlis berkenaan. Antara artis yang turut memeriahkan majlis tersebut adalah Datuk DJ Dave, Datuk Jalaluddin Hassan, Rohana Jalil, Uji Rashid, Hail Amir, Salwa Abdul Rahman, Den Wahab. Pada majlis tersebut, pihak pengantin lelaki turut memberikan lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian.Manakala pihak pengantin perempuan membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan. Kedua-dua mempelai kelihatan berseri dengan persalinan dari rona kuning untuk majlis akad nikah tersebut.


Dalam pada itu, pasangan berkenaan yang ditemui selepas majlis itu berlangsung memberitahu bersyukur dapat disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai bagi meraikan mereka. A Rahmah turut berharap perkahwinan itu dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berjanji akan membahagiakan Fadillah. "Alhamdulillah semuanya selamat dan berharap perkahwinan ini akan kekal ke akhir hayat," katanya. Untuk rekod, Fadilah merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London. Manakala A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser. -Mstar




.

Bob Marley sudah mati lebih 3 dekad.. Namun dia 'bakal' cipta sejarah sekali lagi


Bob Marley sudah mati lebih 3 dekad.. Namun dia 'bakal' cipta sejarah sekali lagi | Sudah lebih tiga dekad selepas kematiannya, namun Bob Marley sedia untuk mencipta sejarah sekali lagi. Sebagai memperingati pemergian dan legasinya, keluarga ikon reggae itu mahu mengingati ulang tahun kelahirannya ke-70 pada 2015 dengan acara menghargai muziknya sepanjang tahun. Menurut portal hiburan Rolling Stones, keluarga Marley memberikan keizinan kepada Universal Music Group untuk meneliti kesemua karya muzik dalam arkib khas mendiang yang tidak pernah diterbitkan sebelum ini untuk tujuan penerbitan semula, penghasilan video dan pembikinan album rakaman langsung baharu.

Projek pertama adalah cakera padat dan cakera video digital (CD/DVD) konsert Easy Skanking di Boston yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini. Ia dijangka berada di pasaran pada 10 Februari 2015.Persembahan Bob Marley dalam konsert tersebut dirakam menggunakan kamera oleh seorang peminatnya. Sebagai satu-satunya kamera yang digunakan, jurukameranya terpaksa menukar gulungan pita filem sewaktu persembahan berlangsung. Menurut Rolling Stones, meskipun audio album live itu lengkap, sela masa antara rakaman tersebut akan diisi dengan video animasi yang dihasil dan diarahkan oleh S77 dan Matt Reed, yang sebelum ini pernah menghasilkan video muzik Pearl Jam, Red Hot Chili Peppers dan Cee Lo Green.

Rakaman konsert Easy Skanking yang bertarikh 8 Jun 1978 itu berlangung di Boston Music Hall ketika ikon reggae itu dalam siri jelajah bagi album Kaya. Persembahan itu turut memuatkan beberapa lagu malar segar seperti “No Woman, No Cry,” “I Shot the Sheriff” dan “Get Up, Stand Up.” Sepanjang tahun 2015, Universal juga bercadang untuk mengumumkan lebih banyak koleksi dan edisi khas LP Bob Marley yang paling popular, dengan material bonus yang belum pernah diperdengarkan. Walaupun Bob Marley sudah tiada selama 34 tahun, namanya kekal sebagai salah seorang daripada tokoh penting dalam budaya muzik dan legasinya bakal dihidupkan semula.-AP




.

Wanita panik bayi baru dilahirkan menangis, sehingga nekad tinggal bayi dimangkuk tandas


Wanita panik bayi baru dilahirkan menangis, sehingga nekad tinggal bayi dimangkuk tandas | Seorang wanita ditahan selepas didakwa membuang bayinya dalam tandas rumahnya. Polis di bandar Shenyang xiazhuang sebelum itu menerima aduan daripada penduduk sebuah apartmen yang mendengar tangisan bayi itu selama beberapa jam. Bayi itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan bogel dalam mangkuk tandas rumah wanita itu. Wanita terbabit ditahan setengah jam kemudian selepas pengurus apartmen membantu mengenal pasti identiti dan membantu polis menjejakinya.


Dia dikejarkan ke hospital selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana kehilangan banyak darah. Wanita berusia 19 tahun itu tinggal bersama teman lelakinya di apartmen berkenaan dan merahsiakan kehamilannya kerana takut dimarahi keluarga. Kerana cemas dan tidak tahu apa hendak dilakukan, wanita itu dan teman lelakinya meninggalkan bayi di tandas berkenaan dan keluar dari apartmen itu. - Agensi




.

[5 Gambar] Media barat melaporkan Perdana Menteri Malaysia sedang bermain golf dengan Obama - ketika rakyat ditimpa banjir



[Gambar] Media barat melaporkan Perdana Menteri Malaysia sedang bermain golf dengan Obama - ketika rakyat ditimpa banjir | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diundang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di Padang Golf Klippers Kanehoe di Pangkalan Marin, kepulauan Hawaii, Rabu. The Washington Post pada Khamis melaporkan, Najib antara empat orang termasuk petugas Rumah Putih, Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama ketika pemimpin nombor satu kuasa besar dunia itu sedang bercuti bersama keluarganya.



Tahun lalu, Obama bermain golf bersama Perdana Menteri New Zealand, John Key. Dilaporkan juga jemputan itu bagi mengukuhkan hubungan kerja yang lebih baik dengan Najib, selepas mengadakan lawatan julung-julung kali ke Malaysia pada April lalu.Kemungkinan juga, kedua-dua pemimpin berkenaan turut mengadakan perbincangan dengan lebih mendalam berhuung dasar luar untuk manfaat kedua-dua negara.



Rumah Putih dalam kenyataan yang dikeluarkan menyebut: "Kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk berbincang bagi mengukuhkan hubungan antara Amerika dan Malaysia. "Presiden juga berharap dapat terus bekerjasama dengan Perdana Menteri Najib pada 2015, semasa Malaysia mempengerusikan Asean." Sepanjang sesi riadah itu, wakil media turut dibenarkan menghampiri lubang ke-18 dimana kedua-dua pemimpin itu dilihat melepasi sasaran ketika melakukan pukulan masing-masing. Kemesraan keduanya jelas kelihatan apabila Obama menepuk bahu Najib seolah-olah menenangkan Perdana Menteri Malaysia itu. -AP




.

Ada yang aneh didalam ‘bongkah batu’ besar yang terdapat di kawasan kaki pergunungan ini



Ada yang aneh didalam ‘bongkah batu’ besar yang terdapat di kawasan kaki pergunungan ini | Sekilas pandang, anda mungkin menyangka bongkah batu besar yang terdapat di kawasan kaki pergunungan Alphine, sebagai batu biasa. Bagaimanapun, ‘batu besar’ itu merupakan sebuah rumah kecil atau kabin yang dikenali sebagai Antoine dibina oleh syarikat arkitek, Bureau A berdasarkan watak utama novel nukilan penulis Switzerland, Charles-Ferdinand Ramuz.

Menurut laporan Yahoo, novel bertajuk Derborence itu menceritakan seorang mangsa kejadian tanah runtuh, Antoine yang berjaya meneruskan hidup selama tujuh minggu di bawah timbunan batu di Lembah Alphine. Jelas laporan itu yang memetik kenyataan firma Bureau A, kabin berkenaan dibina sebagai meniru tradisi pemantauan di Gunung Alps selain memberi peluang untuk tinggal dan bersembunyi di kawasan berkenaan.

“Kediaman tersebut yang hanya boleh memuatkan seorang penghuni sahaja, dibina dalam tempoh enam minggu sebelum diangkut ke satu lokasi strategik di kaki gunung itu. “Kabin terbabit dilengkapi sebuah katil kecil, meja lipat, tingkap, dan pendiangan, manakala bahagian luarannya dicat serta diukir sehingga kelihatan seperti batu,” tambah laporan tersebut. Bagaimanapun, firma itu tidak memaklumkan tujuan sebenar rumah tersebut dibina sama ada untuk disewa atau telah dimiliki oleh seseorang. -AP



.

Reaksi suami selepas lafaz akad nikah sebut nama isteri sepanjang 53 huruf, 7 perkataan..



Reaksi suami selepas lafaz akad nikah sebut nama isteri sepanjang 53 huruf, 7 perkataan.. | Menyebut nama yang mengandungi tujuh perkataan dengan 53 huruf mungkin sesuatu yang menyukarkan terutama ketika melafazkan akad nikah, tetapi seorang pengarah syarikat lulus ujian itu. Kamalrrudin Ahmad, 31, membuktikan dia tidak ‘goyang’ menyebut nama Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri Md Arif, 18, sebelum sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz akad nikah pada 12 Disember lalu. Kamalrrudin berkata, meskipun nama isterinya panjang berjela-jela, dia tidak mempunyai masalah menyebutnya dengan lancar ketika akad nikah.
 
Katanya, dia memanggil isterinya, Puteri. "Ramai juga kenalan yang bertanya bagaimana saya akan menyebut nama isteri dengan sekali lafaz akad nikah. "Bagi saya, itu semua tiada masalah kerana saya berlatih menyebut nama isteri beberapa hari sebelum majlis akad nikah berlangsung," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Sawah Dalam, Pekan Nenas, di sini, semalam. Sebelum ini kad jemputan pasangan berkenaan menjadi ‘viral’ kerana keunikan nama Puteri.


Puteri yang juga anak kempat daripada sembilan beradik berkata, dia bangga kerana nama panjang yang dimiliki itu adalah pilihan ibu bapanya selain setiap daripadanya mempunyai maksud tertentu bagi seorang Islam. Sementara itu, menurut sumber Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tiada halangan untuk mendaftarkan nama yang panjang asalkan nama berkenaan tidak lebih 80 aksara meliputi ruang kosong, bin, binti dan nama bapa. Sebelum ini, JPN pernah memaklumkan nama Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airom Anizam sebagai nama terpanjang di Malaysia. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!