Friday, December 26, 2014

Seram! Lelaki hidup semula sejurus sebelum mayatnya dibakar



Seram! Lelaki hidup semula sejurus sebelum mayatnya dibakar | Seorang lelaki hidup semula sejurus sebelum keluarganya membakar 'mayatnya' pada satu upacara pengebumian. Deepak Singh, 72, sebelum itu rebah di rumah di depan keluarganya di Bhilwada, Rajashtan, negeri di barat laut India, sebaik keluar untuk memberi makan haiwan ternakannya. "Dia kelihatan sihat apabila bangun pagi itu dan keluar untuk melakukan kerja hariannya. Tetapi, dia rebah ketika dalam perjalanan ke kandang lembu. Saya bergegas mendapatkannya dan tidak nampak tanda-tanda dia hidup.

Degupan nadi dan jantungnya terhenti sama sekali. "Seluruh keluarga bersetuju datuk saya sudah mati. Seorang doktor yang dipanggil juga mengesahkannya," kata cucu Deepak, Banda Nalwa, 26. Selaras dengan adat agama Hindu, keluarga itu melakukan persiapan untuk membakar mayatnya dan mula membaca mantera, amalan biasa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang sudah mati. -AP




.

[Gambar] Ekin dan Yazer sah bergelar suami isteri



[Gambar] Ekin dan Yazer sah bergelar suami isteri | Pasangan kekasih yang mula dikaitkan bercinta sejak Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Ekin dan Yazer sah bergelar suami isteri sebentar tadi. Majlis diadakan di kampung Ekin di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan. Mereka menjalinkan hubungan cinta selama sembilan tahun dan pernah putus seketika hujung tahun lalu.

Bagaimanapun jodoh kuat antara pasangan kekasih ini. Ahad ini mereka akan diraikan di lokasi yang sama. Ekin sendiri tidak menyangka jodoh mereka panjang biarpun pernah dilanda badai hingga nekad memutuskan hubungan yang sedia terjalin sejak kedua-duanya menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sekitar 2005. "Alhamdulillah jodoh kami kuat. Harap ia berpanjangan hingga ke jannah," katanya ringkas.-BH



.

Pelanggan geram 10 kali kena ambil sendiri barang pos laju, sebab tidak dihantar terus ke rumahnya



Pelanggan geram 10 kali kena ambil sendiri barang pos laju, sebab tidak dihantar terus ke rumahnya | Seorang pelanggan mempersoalkan perkhidmatan pos laju disediakan Pos Malaysia apabila terpaksa mengambil sendiri barangan yang dikirim kepadanya di kaunter Pos Laju Senawang. Abd Rahman Ibrahim, 50, yang merupakan seorang jurukamera TV sambilan sebuah stesen televisyen tempatan berkata, dia kecewa apabila barangan yang dikirim kepadanya menerusi pos laju tidak dihantar ke rumahnya. Menurutnya, sudah lebih 10 kali masalah itu berlaku membuatkan dia hilang sabar. "Kita membayar khidmat pos laju ini untuk memudahkan kita kerana barang akan sampai terus ke rumah.

Tapi, sebaliknya berlaku apabila setiap kali barang dihantar, saya terpaksa ambil sendiri di kaunter pos laju," katanya yang tinggal di Desa Jaya Villa, Tasik Jaya, di sini, semalam. Menurutnya, kejadian terbaharu berlaku Selasa lalu, apabila dia dan isterinya seharian menunggu di rumah untuk memastikan wakil pos laju datang menghantar barang. “Kami terpaksa tunggu sampai malam untuk keluar rumah, takut-takut pos laju akan datang. Bagaimanapun, sampai ke malam, masih tidak muncul," katanya.

Katanya, dia terkilan apabila tiada sebarang notis pemberitahuan diberikan kepadanya, sehinggalah dia sendiri memeriksa rekod pengesanan (tracking record) di pejabat pos. “Kalau saya tidak periksa di kaunter, sampai bila-bila saya tak tahu barang itu sudah sampai atau tidak,” katanya. Abd Rahman berkata, dia percaya pekerja pos tidak menghantar barangan itu ke rumahnya sejak diposkan pada 19 Disember lalu.

"Sebab sehingga semalam (Selasa), memang ada orang di rumah saya. Sebelum ini pun, saya pernah tunggu pos laju sampai sebulan. "Perkara ini telah diadukan kepada pengurus pejabat pos laju di Senawang, namun jawapan diberikan sekadar ‘melepaskan batok di tangga’," katanya. Sementara itu, Pengarah Pos Laju Seremban (penempatan di Senawang), Shahrulbariyah Aziz ketika dihubungi, mendakwa beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan media.




.

Gambar jururawat berpakaian jarang ini menjadi viral di laman sosial



Gambar jururawat berpakaian jarang ini menjadi viral di laman sosial | Gambar seorang jururawat sebuah hospital di Malaysia tersebar di laman Twitter yang kini tersebar pula di laman Facebook. Gambar yang menunjukkan 'seluar dalam' bercorak belang-belang, seorang jururawat jelas kelihatan berikutan kain seluar yang dipakainya itu terlalu nipis sehingga menampakkan benda yang tidak sepatutnya. Pertikaian mengenai uniform jururawat, bukanlah pertama kali dibangkitkan di media sosial. Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan dari pihak Kementerian Kesihatan untuk mengubah uniform jururawat yang dianggap tidak sesuai dan seksi.


Bagaimanapun, sesetengah netizen mendakwa terdapat segelintir jururawat yang sengaja mengetatkan uniform yang sedia ada bagi menampakkan susuk tubuh badan mereka yang ramping. Selain itu, ada yang berpendapat kain standard yang digunakan terlalu tebal dan panas serta tidak selesa menyebabkan ada segelintir jururawat yang terpaksa menggunakan kain jenis yang lain. Ada juga yang berpendapat, uniform jururawat sepatutnya dilabuhkan sedikit di bahagian pinggang agar dapat menutupi aurat.




.

Apa yang orang ramai rebutkan atas jalan tu?



Apa yang orang ramai rebutkan atas jalan tu? | Durian runtuh. Itulah situasi yang dapat digambarkan dalam satu kejadian di Hong Kong apabila orang ramai berebut-rebut untuk mengutip wang kertas lebih HK$1.25 juta (RM6.5 juta) yang bertaburan di jalan raya, selepas pintu sebuah van yang membawa wang itu tidak ditutup dengan kemas.Menurut laporan portal Mail Online yang memetik kenyataan seorang pegawai polis, Wan Siu-hung, pemandu van itu dalam perjalanan untuk menghantar wang berkenaan dan setengah jam kemudian baru dia menyedari pintu belakang kenderaan itu terbuka menyebabkan beberapa kotak wang itu terjatuh dan bertaburan di jalan raya.

 Jelas Siu-Hung, kotak berisi wang itu terjatuh di Jalan Gloucester di tengah Hong Kong menyebabkan berlaku kesesakan trafik apabila ramai pemandu memberhentikan kenderaan untuk mengutip wang yang bertaburan itu. Tambahnya, sepasukan polis yang lengkap bersenjata dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan. Bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan jumlah wang yang dapat dikumpulkan semula.


“Sesiapa yang mengambil atau terjumpa wang tersebut perlu me­mulangkannya semula kepada pihak polis atau mereka akan didakwa atas kesalahan mencuri dan akan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun. “Polis akan menjalankan siasatan dan mencari semula wang yang hilang itu melalui nombor siri yang terdapat pada duit terbabit,” katanya. Bagaimanapun nasib pemandu van itu tidak dapat dipastikan sama ada dia akan didakwa atas kesalah­an kecuaian atau sebaliknya. -AP




.

Penduduk ini diarah segera mengalihkan patung dihadapan rumah.. Apa sebabnya?



Penduduk ini diarah segera mengalihkan patung dihadapan rumah.. Apa sebabnya? | Seorang penduduk di sini terpaksa mengalihkan beberapa patung hantu yang diletakkan sebagai hiasan di depan rumahnya selepas mendapat aduan daripada orang ramai. Penduduk tersebut, Jasen Dixon yang tinggal di kawasan kejiranan Sycamore dekat sini berkata, pihak majlis tempatan memberinya masa selama satu minggu untuk mengalihkan patung-patung berkenaan. “Pihak berkuasa memberitahu terdapat dua aduan dibuat oleh orang ramai yang berasa tidak selesa dengan hiasan patung hantu di depan rumah saya ini.


 “Mereka mengarahkan saya mengalihkan patung-patung ini kerana didakwa diletakkan di luar kawasan rumah dan mengganggu jalan raya berhampiran,” katanya. Ujarnya, dia meletakkan patung-patung hantu itu sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian orang ramai supaya melawat sebuah rumah hantu yang dimilikinya. “Hiasan patung ini tidak mengganggu sesiapa tetapi saya akan mematuhi arahan pihak berkuasa itu,” jelasnya. – Agensi




.

Pemandu teksi ni memandu 
secara mengundur.. kenapa?



Pemandu teksi ni memandu 
secara mengundur.. kenapa? | Seorang pemandu teksi di India menampilkan keunikan tersendiri untuk menarik pelanggan apabila mempamerkan kemahirannya memandu kereta secara mengundur sejak lebih 11 tahun lalu. Pemandu yang dikenali sebagai Harpeet Dev, 30, turut diberikan lesen khas oleh kerajaan yang membolehkannya memandu secara mengundur di mana-mana kawasan di utara negara ini. Malah sejak dia mula me­lakukan perbuatan pelik itu pada 2003, Harpeet mengakui dia tidak lagi percaya pada dirinya un­­tuk membawa kereta secara normal iaitu memandu ke depan. Menurut Harpeet, dia mula memandu secara mengundur apabila teksi kesayangannya jenis Fiat Padmini mengalami kerosakan dan ha­nya boleh dipandu secara mengundur.

“Ketika itu saya berada di kawasan luar bandar dan tidak mempunyai banyak wang, sekali gus memaksa saya untuk memandu secara mengundur sehingga ke Bathinda. “Sejak itu, saya memandu de­ngan cara yang sama dan memperoleh keyakinan untuk meneruskan cara pemanduan mengundur itu,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita unik, Oddity Central.


Bagaimanapun impian Harpeet untuk tersenarai dalam Guinness Book of World Records dengan kemahiran yang dipamerkan tidak kesampaian kerana seorang rakyat Britain, John Smith telah melakukan aksi yang sama. Malah jika Harpeet mahu memecahkan rekod berkenaan, dia perlu menghasilkan video yang merakamkan aksinya memandu secara mengundur tanpa henti, tetapi dia tidak mampu berbuat demikian. Harpeet berkata, tabiatnya memandu secara mengundur memberi kesan buruk kerana dia sering me­ngalami sakit belakang dan leher. “Tetapi saya berpuas hati dengan pencapaian saya kerana untuk melakukan sesuatu yang menakjubkan bukanlah satu perkara yang mudah,” katanya.-AP




.

Mayat bayi lelaki ditemui dalam tandas wanita di kompleks beli belah



Mayat bayi lelaki ditemui dalam tandas wanita di kompleks beli belah | Mayat bayi lelaki yang baru 36 jam dilahirkan ditemui di dalam tandas wanita kompleks membeli-belah di Kepong 3.20 petang tadi. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat itu ditemui tukang cuci yang terhidu bau busuk ketika masuk ke tandas berkenaan. "Dia kemudiannya menemui beg di hujung tandas sebelum memaklumkan kejadian kepada pengawal keselamatan.

Selepas beg dibuka ada mayat bayi di dalamnya. "Siasatan polis di tempat kejadian mendapati mayat bayi ini diletakkan di dalam beg kanvas berwarna merah hitam," katanya. Beliau berkata, pemeriksaan lanjut anggota forensik mendapati bayi berkenaan cukup sifat namun masih belum dapat dipastikan bangsanya. "Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!