Saturday, December 27, 2014

Lagi masalah besar bagi mangsa banjir



Lagi masalah besar bagi mangsa banjir | Malang bagi mereka yang lewat menerima gaji bulanan apabila mendapati wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sudah kehabisan. Pengguna, Idris Abdullah, 45, dari Pasir Puteh tertekan apabila hasratnya untuk mengambil wang tidak kesampaian. "Saya singgah di 10 ATM bermula dari Pasir Puteh, Melor, Pasir Tumboh dan Kubang Kerian, namun usaha untuk mengambil wang tidak berhasil. "Saya harap pihak bank menyediakan wang yang mencukupi kerana keadaan banjir dan keperluan anak sekolah perlu diuruskan," katanya ketika ditemui di kawasan bank di Kubang Kerian, di sini. Sementara itu, pengguna, Zamilah Harun, 48, berkata, kehabisan wang di ATM bank menyukarkan pengguna.

 "Banyak keperluan dapur dan masih ada yang belum membeli kelengkapan untuk anak-anak memulakan persekolahan awal Januari ini. "Tambahan pula sekarang ini banjir di Kelantan dan kami perlu ada bekalan makanan. Jadi wang sangat diperlukan," katanya. Bagi Mohd Faris Syahmi Mohd Yusof, 23, dari Kedai Lalat berkata, dia boleh membuat urusan pemindahan wang memandangkan menggunakan sistem. "Masalah paling kritikal di ATM bank musim banjir ini apabila pengguna tertekan kerana tidak dapat mengeluarkan wang yang disimpan di bank berkenaan. Kebanyakan ATM terputus bekalan elektrik dan sistem tergendala ," katanya. -SH




.

Isteri Chef Riz, Shikin Maembong Hamil Dua Minggu



Isteri Chef Riz, Shikin Maembong Hamil Dua Minggu | Cef Riz meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Shikin Maembong, 31, kini sedang mengandung dua minggu selepas bernikah pada 5 Disember lalu. Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, menyifatkan ia sebagai satu rezeki besar buat keluarganya kerana dia tidak menyangka isterinya hamil dalam masa terdekat. "Pada minggu lalu, Shikin sering tidak sihat, lemah dan kerap muntah. Hati saya terdetik juga adakah dia mungkin mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia mengandung.

"Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apapun, ini rezeki yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur," katanya.Tambah Chef Riz, berita gembira itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk bekerja bagi membuat persiapan kelahiran anak sulungnya nanti. Anak kepada Datuk Chef Wan itu turut berharap kandungan tersebut adalah anak lelaki, namun tidak kisah sekiranya dikurniakan anak perempuan.

Sementara itu, Chef Riz berkata, sejak mendirikan rumah tangga pada 5 Disember lalu di Bora Ombak, Ampang, dekat sini, dia dapat merasakan perubahan dalam kehidupannya yang semakin terurus. "Alhamdulillah, daripada segi jadual kerja, makan dan pakai semuanya isteri yang uruskan dan ia membuatkan susun atur aktiviti harian saya lebih mudah.


"Memandangkan kami menjalani perniagaan bersama, maka agak susahlah nak berenggang. Rasa seronok dan apatah lagi berita gembira mengenai kehamilan Shikin membuatkan hidup kami lebih bermakna," tuturnya. Shikin merupakan anak kepada pelukis terkenal tanah air, Ismail Embong dan kakak kepada aktres Emma Maembong. Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak
kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012. -Mstar





.

Pemain Arsenal, Diperbodohan Rakan Senegara



Pemain Arsenal, Diperbodohan Rakan Senegara | PEMAIN Arsenal, Alexis Sanchez didakwa telah diperbodohkan oleh rakan senegara dari Chile ketika mengambil sepakan penalti dalam perlawanan melibatkan Arsenal menentang QPR pada Jumaat. Dakwaan itu menjadi topik utama dalam berita Liga Perdana Inggeris apabila Eduardo Vargas yang mewakili QPR dilapor berjaya membaca gerakan Sanchez ketika menyempurnakan penalti. Vargas dirakam memberi arahan kepada penjaga gol QPR, Rob Green supaya menyelamatkan bola disebelah kanan.

Ramalan Vargas itu kemudian membuahkan hasil apabila Sanchez turut menolak bola ke kanan sebelum ia diselamatkan Green. Walaupun gagal menyempurnakan penalti, namun Arsenal berjaya menewaskan QPR 2-1. Sanchez dan Vargas merupakan pemain utama skuad kebangsaan Chile dalam saingan Piala Dunia di Brazil pada Julai lalu. -AP




.

NASA temui sesuatu yang aneh di planet Marikh



NASA temui sesuatu yang aneh di planet Marikh | Sebuah robot penjelajah Marikh, Curiosity berjaya menemui gas metana yang biasanya dihasilkan oleh kehidupan biologi, sekali gus menjadi bukti pertama kewujudan kehidupan luar dari Bumi. Kewujudan gas metana yang dikesan oleh robot penjelajah milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) itu mungkin terhasil daripada bakteria berbanding kebanyakkan gas metana di bumi yang wujud dari pelbagai sisa dihasilkan oleh orga­nisme hidup. Curiosity sebelum ini menemui kewujudan air dalam tanah halus di Marikh yang merupakan sumber penting kepada kehidupan.

 “Apa yang menariknya disini ialah kewujudan gas metana itu berlaku secara berterusan,” kata Dr. Paul Mahaffy dari NASA. Ujarnya, para saintis belum boleh membuat sebarang kesimpulan berhubung penemuan tersebut tetapi mereka yakin satu bukti yang kukuh akan dijumpai nanti. “Kami masih terbuka dengan semua kemungkinan. Penemuan ini mungkin menunjukkan adanya kehidupan atau bukti gas metana yang terperangkap yang dihasilkan oleh kehidupan terdahulu.

“Lebih menarik lagi, penemuan ini menunjukkan gas mentana ini berasal daripada sumber di planet itu,” jelasnya. Menurutnya, NASA perlu menjalankan kajian yang lebih terperinci untuk menguji tahap isotop bagi membuktikan bahawa gas metana itu terhasil daripada sumber biologi yang wujud di planet tersebut. Curiosity yang dilancarkan pada November 2011 berjaya mendarat di Marikh pada Ogos 2012 dalam misi mencari bukti kehidupan di planet merah berkenaan. – Agensi




.

Demi selamatkan suami, wanita rela jual bayi perempuannya di jalan raya



Demi selamatkan suami, wanita rela jual bayi perempuannya di jalan raya | Seorang wanita cuba menjual bayi perempuannya di jalan raya dalam usaha mengumpul wang untuk membayar kos rawatan suaminya yang cedera parah. Wanita berkenaan, Ni Qiong, dilihat melutut berhampiran perhentian bas sebuah hospital di sini sambil memegang poster kecil berbunyi: "Saya ingin jual anak saya: Majikan menghilangkan diri selepas suami saya cedera ketika bekerja. Kami tidak mampu membayar kos rawatan. Saya berharap untuk menjual anak saya untuk menyelamatkan bapanya."

Orang ramai yang lalu-lalang di depannya memberinya wang. Ada juga yang memberinya makanan, tetapi Ni masih menangis sambil menggendong bayi itu di belakangnya sementara dua lagi anak perempuannya berdiri berhampiran. Suaminya, Zhou Guixing jatuh dari bangunan tiga tingkat ketika bekerja Khamis lalu. Majikannya memberikannya wang berjumlah 7,000 yuan (RM3,940) sebelum menghilangkan diri. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!