Sunday, December 28, 2014

APA SAJA UNTUKMU, SAYANG - ZYA ZA




APA SAJA UNTUKMU, SAYANG - ZYA ZA | Novel ini mengisahkan mengenai Darriz yang terpaksa menerima jodoh yang dipilih oleh datuknya, sedangkan dia sudah ada pilihan tersendiri. Gadis yang menjadi pilihan datuknya, adalah Humaira, seorang gadis yang luhur budi bahasanya dan tidak kurang cantiknya, sehinggakan ada lelaki yang menyimpan perasaan padanya.

Sejujurnya, Humaira menerima jodohnya bersama Darriz dengan rela hati, walaupun tidak mengenali lelaki itu. Sikap kasar dan acuh tak acuh Darriz terhadap Humaira, adalah semata-mata kerana dia yakin, gadis itu patut dihukum kerana bersetuju dengan perkahwinan yang dirancang itu. Kerana hasad dengki seseorang, Humaira dirogol sehingga hamil, dan Darriz malah menghina dan merendah-rendahkan maruah isteri sendiri. Sungguh pun Humaira sayang dan cintakan Darriz, dia nekad meninggalkan lelaki itu. Ketika itulah Darriz sedar dia juga ada perasaan terhadap isteri sendiri. Humaira dipujuk, kasih sayang dihulur dan mereka mulai menyulam bahagia.

Malangnya, kebahagiaan itu diragut selepas rahsia besar yang disimpan oleh Darriz terbongkar, dan Humaira yang terluka segera meninggalkan rumah, sehinggalah berlaku peristiwa yang malang dan mengejutkan seluruh keluarga mereka..



Tajuk : Apa Saja Untukmu, Sayang
Penulis : Zya Za
Halaman : 947 muka surat
Harga : RM30/RM33





.

Ada khabar angin pesawat #QZ8501 lalu ruang udara Sarawak



 Ada khabar angin pesawat #QZ8501 lalu ruang udara Sarawak | Polis menafikan khabar angin yang disebarkan melalui laman sosial, termasuk Facebook, mendakwa pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501, dilihat terbang di ruang udara bandaraya ini dan Santubong.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek, ketika membuat penafian itu, berkata penyebaran maklumat yang tidak tepat boleh menjejaskan usaha pihak berkuasa mengesan pesawat berkenaan yang dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi tadi. -BH




.

Warga Malaysia penumpang pesawat #QZ8501 adalah ahli perniagaan dari Kuching



Warga Malaysia penumpang pesawat #QZ8501 adalah ahli perniagaan dari Kuching | Warga Malaysia yang menjadi penumpang pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501, dikenal pasti sebagai Sii Chung Huei, seorang ahli perniagaan berasal dari bandaraya ini dan berpangkalan di Jakarta.


Ia disahkan ahli keluarga ahli perniagaan itu selepas dimaklumkan mengenai kejadian pesawat berkenaan itu terputus hubungan dengan pusat kawalan udara sejurus berlepas dari Surabaya ke Singapura berhampiran Pulau Belitung, Indonesia pagi tadi. Difahamkan, keluarga ahli perniagaan itu dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan oleh petugas pejabat cawangan AirAsia di bandaraya ini. -BH




.

AirAsia #QZ8501: Kronologi kehilangan pesawat



AirAsia QZ8501: Kronologi kehilangan pesawat | Kementerian Pengangkutan Indonesia mengeluarkan kenyataan mengenai kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 dalam sidang akhbar di pejabat Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini hari ini, lapor Kompas.com. Pesawat dengan muatan 155 penumpang itu dipercayai jatuh di perairan Tanjung Pandang dan Pontianak.

Berikut kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 seperti yang dinyatakan Pengarah Perhubungan Udara, Djoko Murjatmodjo:

- 05.36: Pesawat berlepas dari Surabaya menuju Singapura dengan ketinggian 32,000 kaki. Pesawat dilaporkan mengikuti jalur biasa Surabaya- Singapura, M635.


- Pesawat berhubung kali terakhir dengan menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Jakarta pukul 06.12. Dalam perhubungan itu, juruterbang meminta menghindar ke arah kiri dan meminta izin untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki. Permintaan juruterbang disetujui oleh pihak ATC.

- 06.16: Pesawat masih ada di layar radar

- 06.17: Pesawat hanya tinggal signal dalam radar ATC

- 06.18: Pesawat hilang dari radar. Yang ada, di radar tinggal data jadual terbang. Sepatutnya, di dalam radar ada data lain yakni realisasi terbang namun data itu hilang.


- 07.08: Pesawat dinyatakan INCERFA, yakni tahap awal hilangnya komunikasi. Pihak Ketua Pengarah Perhubungan melakukan komunikasi ke Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).

- 07.28: Pesawat dinyatakan ALERFA, tahap berikut dalam menyatakan pesawat hilang kontak

- 07.55: pesawat dinyatakan DETRESFA atau rasmi hilang.


“Lokasi hilang komunikasi yakni antara Tanjung Pandang dan Pontianak agak ke selatan. Basarnas masih mencari posisinya itu,” kata Djoko. Pesawat AirAsia ini membawa 155 orang penumpang yang terdiri daripada 138 orang dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Pesawat juga membawa dua orang juruterbang dan empat krew. Juruterbang bertugas ialah Kapten Irianto dan pegawai penerbangan, Remi Emmanuel Plesel. - Kompas.com





.

Ini reaksi Tony Fernandes atas insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501



Ini reaksi Tony Fernandes atas insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 | “Inilah mimpi paling ngeri saya. Tetapi tiada ada yang terhenti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun Twitternya, pukul 7.06 minit malam ini. Kenyataannya itu merujuk insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara (ATC) pukul 6.17 pagi waktu Indonesia ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Dalam tweet yang sama, beliau berkata: “Saya amat tersentuh dengan sokongan ramai terutama daripada syarikat penerbangan lain.”

Tiga minit kemudian, Fernandes menghantar satu lagi tweet, kali ini khusus untuk semua staf AirAsia berbunyi: “Kepada semua staf AsiaAsia saya, tabahkan hati teruskan melakukan yang terbaik. Berdoalah bersungguh-sungguh. Teruskan melakukan yang terbaik untuk tetamu-tetamu kita. Sampai jumpa lagi.” Ini diikuti satu lagi tweet beliau juga ditujukan kepada staf AirAsia, dua minit selepas itu: “Saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (AirAsia) anda akan berada di sana ketika waktu yang sukar ini. Kita akan menempuh keadaan dahsyat ini bersama-sama, dan saya akan cuba menemui seberapa ramai daripada kalian.” - Utusan




.

Wanita terkejut temui semula kereta miliknya yang dicuri 28 tahun lalu



Wanita terkejut temui semula kereta miliknya yang dicuri 28 tahun lalu | Seorang wanita tidak menyangka dapat menemui semula kereta Ford Mustang 1967 miliknya yang dicuri 28 tahun lalu. Lynda Alsip yang tinggal di Hollister berkata, kereta itu dicuri dari kompleks pangsapurinya di sini ketika dia bercuti selama seminggu pada 1986. “Polis Peronda Lebuh raya California datang ke rumah saya kelmarin dan memaklumkan bahawa kereta saya itu telah ditemui semula.


“Saya tidak menyangka dapat melihat kereta itu semula,’’ katanya kepada akhbar Monterey Herald. Wanita itu berkata, dia akan mengunci kereta itu di garaj. Polis berkata, kereta itu ditemui selepas seorang lelaki cuba mendaftarkan kenderaan itu. “Lelaki itu memberitahu bahawa dia membeli kenderaan itu pada 1991 dan baharu hendak mendaf­tarkan kereta itu,’’ katanya.-AP



.

Punca lelaki hadapi hukuman mati kemuka saman tuntut ganti rugi sebanyak RM8.37 juta



Punca lelaki hadapi hukuman mati kemuka saman tuntut ganti rugi sebanyak RM8.37 juta | Seorang lelaki rakyat China yang dibebaskan selepas menunggu pelaksanaan hukuman mati selama enam tahun atas kesalahan membunuh dua orang kanak-kanak, bertindak mengemukakan saman di mahkamah menuntut kerajaan membayar pampasan berjumlah 15 juta yuan (RM8.37 juta). Nian Bin yang merupakan seorang pemilik gerai makan telah menjalani hukuman penjara selama lapan tahun dan menunggu hukuman mati selepas dia didapati bersalah meracun sehingga mati dua kanak-kanak pada 2008. Dia kemudian dibebaskan selepas sebuah mahkamah memba­talkan keputusan hukuman mati terhadap Bin pada Ogos lalu.

Kes Bin melalui beberapa permohonan rayuan di mahkamah dengan peguamnya mendakwa, bukti yang ada tidak mencukupi untuk mensabitkan kesalahannya dan polis menyeksa anak guamnnya itu untuk mendapatkan pengakuannya. Akhbar China Daily yang memetik kakak Bin sebagai berkata, melaporkan Bin semalam memfailkan tuntutan ganti rugi berjumlah 15 juta yuan di mahkamah wilayah Fujian di timur China yang menangguhkan hukuman mati ke atasnya sebanyak tiga kali. Lelaki itu juga menuntut mah­kamah membuat permohonan ma­af terbuka di media.

“Kesengsaraan yang ditanggung selama lapan tahun (meringkuk di penjara) tidak boleh dibayar de­ngan wang,’’ kata kakaknya, Nian Jianlan, merujuk kepada penahanan adiknya sejak 2006. “Kami berharap dengan me­minta ganti rugi dan permohonan maaf... hakim-hakim terbabit akan lebih menghormati kehidupan dan undang-undang,’’ katanya. Nian, 38, semasa perbicaraan memberitahu mahkamah bahawa polis telah menggantungnya di si­ling dan memukulnya sehingga dia mengaku bersalah, lapor akhbar itu. – AFP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!