Wednesday, December 31, 2014

Mangsa banjir hilang dokumen penting akan diberi gantian percuma



Mangsa banjir hilang dokumen penting akan diberi gantian percuma | Mangsa banjir yang kehilangan sijil kelahiran, kad pengenalan atau lain-lain dokumen pengenalan diri akibat bencana itu akan diberikan gantian secara percuma. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka boleh membuat gantian itu di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negera (JPN), apabila keadaan banjir pulih kelak. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, orang awam boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam, JPN di talian 03-88807077, 03-88807067, 03-88807069 dan 03-88808206 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kementerian menerusi jabatan serta agensi di bawahnya telah mengambil tindakan segera membantu mangsa banjir yang berhadapan situasi sukar akibat bencana alam itu. Katanya, ia dilakukan menerusi gerak kerja Jabatan Pertahanan Awam, penglibatan sukarelawan Jabatan Imigresen, penyelarasan dan kawal selia oleh Polis Diraja Malaysia serta khidmat sokongan dan bantuan jabatan dan agensi lain.-Awani



.

11 Gambar perkahwinan pasangan superstar Filipina, Dingdong Dantes dan Marian Rivera



11 Gambar perkahwinan pasangan superstar Filipina, Dingdong Dantes dan Marian Rivera | Jom tengok foto-foto menarik sekitar majlis perkahwinan pasangan superstar Filipina, Dingdong Dantes dan Marian Rivera yang berlangsung pada Selasa lalu di Immaculate Conception Cathedral di Cubao, Quezon City. Majlis ini telah dihadiri oleh ahli keluarga, sahabat handai dan rakan selebriti kedua-dua pengantin ini.






Malah, peminat juga membanjiri perkarangan gereja di mana mereka berpeluang melihat majlis bersejarah ini melalui skrin besar yang disediakan. Dalam pada itu, majlis resepsi yang berlangsung secara gilang-gemilang telah berlangsung di Mall of asia Arena. Sekali lagi, majlis ini telah dihadiri oleh rakan-rakan selebriti dan pembesar negara tersebut.

















.

Euww.. Lori tangki bawa najis meletup menyebabkan ramai dihujani najis



Euww.. Lori tangki  bawa najis meletup menyebabkan ramai dihujani najis | Beberapa orang dihujani najis apabila sebuah lori tangki membawa bahan itu meletup berhampiran bangunan kedai di sini, semalam. Mangsa yang berlumuran dengan najis terpaksa mendapatkan rawatan perubatan. Nasib seorang pemilik kedai lebih buruk apabila bukan saja dia dihujani najis, bahkan hampir semua barang dalam kedainya dilitupi bahan berbau busuk itu. Katanya, dia mungkin terpaksa mengambil masa seminggu untuk membersihkan kedainya. Saksi, Dong Tang memberitahu televisyen tempatan: "Saya melihat orang ramai berkumpul di jalan raya. Mulanya saya menyangka ia kemalangan jalan raya. Tiba-tiba bau amat busuk menyengat hidung saya. -AP




.

#QZ8501 : Inilah 3 identiti mayat yang telah dikenal pasti



#QZ8501 : Inilah 3 identiti mayat yang telah dikenal pasti | Identiti tiga daripada tujuh mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah dikenal pasti. Perkara itu dimaklumkan oleh komandan kapal perang Indonesia, KRI Bung Tomo, Kolonel Yayan, sebentar tadi. Mayat yang sudah dikenal pasti adalah:

1) Hayati Lutfiah berasal dari Tegalsari, Surabaya
2) Khairunisa Haidar Fauzi, pramugari
3) Kevin

Khairunisa Haidar Fauzi, Pramugari

Sementara itu, Yayan berkata, dua daripada tujuh mayat berkenaan sudah diterbangkan ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah manakala empat lagi masih berada di dalam KRI Bung Tomo sementara satu lagi mayat sedang dibawa naik. Setakat ini, anggota SAR menemui tujuh mayat tiga semalam dan empat hari ini - dipercayai penumpang dan kru pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang Ahad lalu, dengan satu mayat berpakaian pramugari dan satu lagi dengan jaket keselamatan. - Detik.com



.

#QZ8501 : 3 mayat ditemui, salah satunya berpakaian pramugari



#QZ8501 : 3 mayat ditemui, salah satunya berpakaian pramugari | Pencarian mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 pada hari keempat berjaya menemui tiga lagi mayat, di mana salah satunya berpakaian pramugari, lapor metrotvnews.com. Ketua pasukan SAR Indonesia (Basarnas) FHB Soelistyo berkata selain mangsa wanita yang berpakaian pramugari, dua lagi mangsa yang ditemui adalah lelaki.

“Dengan penemuan ini, enam jenazah berjaya dipindahkan,” katanya dalam suatu sidang media tadi. Menurut beliau, jenazahmangsa itu masih berada di dalam kapal kerana cuaca buruk. Mayat akan dibawa ke Pengakalan Bun apabila cuaca kembali baik, tambahnya lagi. Pesawat AirAsia QZ8501 yang membawa 162 penumpang hilang daripada radar pada Ahad. Semalam, pasukan SAR telah menemui tiga mayat nahas pesawat itu.



.

#QZ8501 : [Gambar] Bangkai pesawat sudah ditemui


#QZ8501 : [Gambar] Bangkai pesawat sudah ditemui  | Bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Indonesia menggunakan peralatan sonar. Memetik laporan CNN.com, bangkai pesawat itu dipercayai berada di dasar Laut Jawa dan sehingga kini masih tidak dapat dipastikan ia berkecai sepenuhnya atau tidak.


Pengarah SAR, SB Supriyadi berkata, peralatan sonar itu mampu mencapai kedalaman 40 hingga 50 meter di dasar laut dan usaha mengesan kotak hitam pesawat juga giat dijalankan. Dalam pada itu, seorang pegawai SAR Indonesia , Hernanto berkata, pasukan penyelam, kapal dan juga pesawat dari pasukan SAR sudah ke lokasi bangkai pesawat itu ditemui.




.

#Viral : [Gambar] Pesawat Boeing 737 digunakan untuk hantar bantuan bekalan kepada mangsa banjir



#Viral : Pesawat Boeing 737 digunakan untuk hantar bantuan bekalan kepada mangsa banjir | Malaysia Airlines menggunakan pesawat Boeing 737 untuk menghantar bekalan dalam misi bantuan banjir ke pantai timur. Istimewanya, pesawat yang digunakan ialah pesawat Boeing ke-100 yang baru diterima pada 22 Disember lepas.


MAS melalui laman Facebook rasmi berkongsi gambar-gambar bantuan bekalan yang diterbangkan ke kawasan yang terjejas. Usaha ini mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memuatkan bekalan ke dalam pesawat dan mengagihkannya kepada mangsa banjir. Pesawat Boeing 737 itu diterbangkan oleh Kapten Shafrul Affendy dan Kapten Ezaddin.




.

Lelaki tetapkan syarat paling pelik untuk mengahwini seorang wanita



Lelaki tetapkan syarat paling pelik untuk mengahwini seorang wanita | Seorang bapa terkejut apabila seorang lelaki yang melamar anaknya menetapkan syarat yang dianggapnya memalukan - anaknya mesti membayarnya SR500,000 (RM47,000) jika mengambil keputusan untuk bercerai. Si bapa bertambah terkejut apabila anaknya bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan.

“Si anak bersetuju dengan tuntutan itu selepas lelaki berkenaan menerangkan syaratnya,” lapor akhbar Al Watan. Lelaki itu berkata, dia menetapkan syarat berkenaan selepas tiga perkahwinannya gagal kerana ketiga-tiga isterinya menuntut diceraikan. “Dia menetapkan syarat berkenaan bagi memastikan isteri barunya itu tidak meminta cerai,” lapor akhbar berkenaan. - Agensi




.

Luluh hati suami lihat isteri bersekedudukan dengan lelaki ‘Mat Afrika’ dalam bilik hotel mewah


Luluh hati suami lihat isteri bersekedudukan dengan lelaki ‘Mat Afrika’ dalam bilik hotel mewah | Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kontraktor dilapor menyerbu bilik hotel bersama dua anak saudara dan diiringi anggota polis. Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dan sering datang ke ibu kota untuk bertemu lelaki warga Nigeria itu. “Susulan itu lelaki berusia 50-an terbabit mengatur jerat dengan berpura-pura mahu pergi ke selatan tanah air atas urusan perniagaan.

 “Lelaki itu bagaimanapun menggunakan kenderaan lain untuk memantau rumah sebelum mengekori isterinya itu yang didapati meninggalkan rumah,” katanya. Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya mengekori wanita itu sehingga ke ibu kota. Sumber itu berkata, lelaki terbabit yang yakin isterinya mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, di sini, bergegas ke balai polis berhampiran meminta bantuan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan.

“Telahan lelaki itu terhadap kecurangan isterinya ternyata tepat apabila serbuan mendapati wanita itu sedang bersekedudukan dengan lelaki warga Nigeria. “Malah ketika ditemui, wanita itu dilapor dalam keadaan tidak berpakaian lengkap,” katanya. Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut. Dalam laporannya, lelaki terbabit yang juga ahli perniagaan menegaskan wanita terbabit masih isterinya. Sementara itu, sumber Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah-Jenayah Syariah 1997). -Metro





.

#QZ8501 : Reaksi sanak saudara selepas penemuan mayat begitu meruntun hati



#QZ8501 : Reaksi sanak saudara selepas penemuan mayat begitu meruntun hati | Sanak saudara penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia gempar apabila berita tentang penemuan beberapa mayat di Laut Jawa disiarkan di televisyen. Kaum keluarga mangsa pesawat QZ8501 mula menangis seperti orang diserang histeria dan ada yang pitam selepas televisyen Indonesia menyiarkan rakaman satu mayat ditemui terapung di laut semasa rakaman itu diambil dari udara ketika usaha mencari dan menyelamat dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia dengan dibantu negara-negara jiran.

Dua orang keluarga penumpang pesawat tersebut dibawa keluar menggunakan pengusung dari bilik menunggu di lapangan terbang Juanda di Surabaya, sekali gus menamatkan misteri kehilangan pesawat itu sejak ia terputus hubungan dalam cuaca buruk, kelmarin. “Jantung saya luluh jika berita itu betul. Saya akan kehilangan anak lelaki saya,” kata Dwijanto, 60, kepada AFP. Selepas lebih 48 jam pesawat Airbus A320-200 membawa 162 penumpang dan anak kapal putus perhubungan dengan menara kawalan udara ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, kelmarin, pasukan mencari dan menyelamat mula mengesan serpihan kapal terbang di Laut Jawa yang didakwa 95 peratus adalah rangka pesawat yang hilang itu.


Tidak lama kemudian pasukan mencari dan menyelamat mula menemui berpuluh-puluh mayat. Mayat pertama ditemukan terapung di laut dan ketika penemuan mayat itu disiarkan di televisyen, sanak saudara penumpang dan anak kapal itu mula menangis dan berpeluk-pelukan antara satu sama lain. Ketika itu ambulans tambahan dipanggil bagi menghadapi sebarang kemungkinan, lapor wartawan AFP di lapangan terbang itu. Seorang lelaki menutup mukanya dan ditenangkan oleh dua orang lelaki sebelum dia pengsan dan dibawa keluar dari bilik itu menggunakan pengusung. Seorang wanita tiba-tiba menjerit dan menangis teresak-esak dan ditenangkan oleh Datuk Bandar Surabaya.

Sementara itu, seorang pegawai wanita AirAsia menjerit ke arah wartawan televisyen kerana menyiarkan mayat yang terapung di laut itu, manakala kira-kira 200 wartawan dilarang memasuki bilik menunggu yang menempatkan sanak-saudara mangsa nahas pesawat itu. “Tidak bolehkah kamu tidak menyiarkan gambar orang yang sudah meninggal? Tolonglah jangan siarkan gambar mayat orang yang sudah mati,” kata pegawai wanita itu, sambil menambah kata: “Ini kerja gila”. Munif, 50, yang menemani Siti Rahmah yang mempunyai adik lelaki bongsu di dalam pesawat itu berkata, dia cuba menenangkan sanak saudara yang lain selepas berita penemuan mayat itu disiarkan.


“Tetapi keadaan berubah serta-merta dan menjadi tidak terkawal apabila berita penemuan mayat pertama itu disiarkan di televisyen. Sanak-saudara mangsa pesawat itu seperti diserang histeria,” katanya. “Ini kerana semua orang terlalu terkejut dan sedih, Saya tidak mampu berbuat apa-apa, lalu saya keluar dari bilik menunggu itu,” katanya. Di Malaysia, kaum keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Mac lalu mendoakan supaya mayat-mayat penumpang dan anak kapal AirAsia QZ8501 dapat ditemui dan dikebumikan. “Sekurang-kurangnya kaum keluarga penumpang dan anak kapal AirAsia QZ8501 kini boleh berasa tenang kerana sudah menerima berita penemuan pesawat itu,” kata Selamat Omar, yang kehilangan anak lelakinya berusia 29 tahun yang merupakan salah seorang penumpang MH370 yang masih tidak ditemui hingga sekarang. -Utusan





.

Al-Fatihah.. Tan Sri Abdul Hamid meninggal dunia



Al-Fatihah.. Tan Sri Abdul Hamid meninggal dunia | Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brigadier Jen (B) Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 70 tahun, malam tadi. Bekas Ahli Parlimen Parit Buntar itu disahkan meninggal dunia akibat daripada komplikasi jantung, pada 9.52 malam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang ditemui di IJN memberitahu arwah dimasukkan ke IJN, pada kira-kira 5 petang semalam.

Menurutnya, jenazah Allahyarham sudah dibawa balik ke rumahnya di Bandar Tun Hussien Onn oleh ahli keluarga. “Jenazah dijangka dikebumikan pada jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussien Onn, Cheras, 11 pagi, esok (31 Disember)," katanya.-Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!