Thursday, January 1, 2015

[Gambar] Ruang Bersolat Di Atas Kapal Terbang Arab Saudi Dan Iran



[Gambar] Ruang Bersolat Di Atas Kapal Terbang Arab Saudi Dan Iran | Solat ialah tiang agama dan seorang Muslim wajib menunaikan solat mengikut waktu. Apabila anda menaiki pesawat bersolat adalah agak sukar. Untuk mengambil wuduk bahagian kaki sukar untuk disapukan air dan kalau nak bersolat pula kena bersolat secara duduk dengan qiblat yang diagak.


Tetapi sekiranya anda menaiki pesawat Saudi Arabian Airline dan Iran Air, ada ruang bersolat yang selesa disediakan di dalam pesawat perjalanan jauh. Ianya lengkap dengan arah qiblat yang dipaparkan pada skrin LCD dan ruang yang cukup selesa untuk bersolat.




.

Lelaki yang juga penjawat awam terjun hotel elak dari dicekup kerana khalwat



Lelaki yang juga penjawat awam terjun hotel elak dari dicekup kerana khalwat | Seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga penjawat awam cedera di kaki dan kepala selepas terjun dari tingkat satu hotel bagi mengelak daripada dicekup pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), 5.30 pagi tadi. Ketua Bahagian Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, beberapa pegawai melakukan pemeriksaan menyedari tindakan lelaki itu sebelum cuba menghalangnya. "Namun lelaki yang panik selepas menyedari kehadiran kami itu terus memanjat tingkap bilik hotel sebelum terjun ke atas khemah.

 "Tindakan itu hanya mengundang padah apabila dia tergelincir sebelum terjatuh," katanya. Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Sambutan Tahun Baru 2015, seramai 44 individu berusia 17 hingga 50 tahun ditahan selepas disyaki berkhalwat. Turut ditahan dalam operasi 1 hingga 6.30 pagi itu ialah wanita berusia 50 tahun yang juga isteri orang bersama pasangan berusia 45 tahun. -Metro




.

Klinik haiwan khusus untuk orang miskin



Klinik haiwan khusus untuk orang miskin | Di Sao Paolo Brazil, dianggarkan terdapat 3 juta haiwan peliharaan yang kebanyakkannya dipunyai oleh penduduk berpendapatan rendah. Ini adalah kerana pemilik haiwan peliharaan ini tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghantar haiwan mereka ke klinik haiwan. Oleh sebab itu kerajaan tempatan Sao Paolo membuka klink haiwan rakyat dimana pemilik haiwan boleh mendapatkan rawatan untuk haiwan peliharaan mereka secara percuma. Sejak dibuka 2 bulan yang lalu klinik haiwan ini mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk Sao Paolo. Hebat kan..





.

Pelajar maut selepas jadi mangsa buli rakan sekelas



Pelajar maut selepas jadi mangsa buli rakan sekelas | Seorang remaja Rusia maut selepas menjadi mangsa buli rakan sekelasnya yang dikatakan kurang senang dengan hasrat pelajar itu untuk membuat persembahan di atas pentas. Sergei Casper, 17, maut di dalam kelasnya selepas mengalami ma­salah kesukaran bernafas setelah dia terjatuh dan lehernya mengenai sebuah meja, menyebabkan saluran makanannya tersekat. Lebih menyedihkan, pembuli Cas­per hanya ketawa ketika melihatkan keadaannya yang sedang nazak sehinggalah kumpulan pembuli itu sedar bahawa remaja tersebut mengalami masalah yang serius.

Namun, semuanya sudah terlewat apabila pelajar malang Kolej Politeknik Nombor 8 di Jalan Dmitrov Shosse itu didapati tidak bernyawa sebelum ambulans sempat dihubungi. Tambah menyedihkan, kejadian itu berlaku di hadapan seorang guru kelas yang difahamkan langsung tidak berbuat apa-apa bagi menghalang insiden berkenaan. Satu klip video berdurasi kira-kira 50 saat yang disiarkan portal Mail Online menunjukkan Casper diikat sehingga dia tidak boleh menggerakkan kaki dan tangannya selepas kepalanya dimasukkan ke dalam mangkuk tandas sebelum itu.


Casper seorang pelajar yang terkenal dan rajin di sekolah lamanya sebelum dia memasuki kolej tersebut yang menyaksikan dia mula dibuli kerana minatnya kepada seni dan keinginannya untuk membuat persembahan dalam satu konsert. Seorang rakannya yang dikenali sebagai Alexander berkata, Casper merupakan pelajar yang baik dan tidak pernah melakukan perkara buruk kepada rakannya, namun rakan-rakan sekelas sering membulinya. Sementara itu, penyiasat yang melihat video itu menyatakan geng pembuli itu bertanggungjawab dalam kejadian tersebut, dan mendakwa siasatan berhubung kes itu masih dijalankan. Pihak kolej dalam pada itu menafikan mereka sedar berlaku masalah buli di institusi berkenaan, namun menegaskan kesemua pelajar yang terlibat dengan kes buli tersebut telah dibuang.-AP




.

Lelaki bunuh anak dan campak mayat dalam lubang najis



Lelaki bunuh anak dan campak mayat dalam lubang najis | Seorang lelaki berusia 52 tahun membunuh anaknya menggunakan kuku kambing sebelum mencampakkan mayatnya ke dalam lubang najis. Menurut laporan, si anak yang berusia 26 tahun sering mengugut bapanya kerana enggan memberinya wang. Dalam kejadian itu, kedua-duanya minum teh bersama sebelum mereka bertengkar apabila si anak sekali lagi meminta wang daripada bapanya. Marah kerana tidak memperoleh wang yang diminta, si anak menyimbah minuman itu pada muka bapanya.

Lelaki itu yang hilang sabar memukul mangsa dengan kuku kambing sehingga mati. Dia kemudian mengheret mayat anaknya ke dalam lubang najis di belakang rumah dan menimbusnya dengan tanah. Apabila ditanya anggota keluarga lain, lelaki itu berkata, anaknya keluar bersama-sama rakannya. Bagaimanapun, seorang adik mangsa berusia 22 tahun mengesyaki sesuatu dan membuat laporan polis. Ketika disoal siasat, lelaki itu mengaku membunuh mangsa dan mayatnya ditemui 25 hari selepas kejadian. - Agensi




.

Pelajar trauma dakwa dicabul oleh pengajar


Pelajar trauma dakwa dicabul oleh pengajar | Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun trauma selepas mendakwa dicabul tenaga pengajarnya di dalam rumah warden, minggu lalu. Bapa saudara mangsa mahu dikenali sebagai Zali, 40, berkata, anak saudaranya telah membuat satu laporan berkaitan kejadian di balai polis berhampiran. Menurutnya, kejadian berlaku apabila anak saudaranya merupakan pelajar di pusat pengajian itu telah disuruh tenaga pengajar terbabit untuk membersihkan rumah warden. “Anak saudara saya memberitahu sebelum ini tenaga pengajar itu pernah cuba melakukan perkara itu kepada dirinya dan pelajar lain, namun tidak berjaya.

“Sebagai seorang tenaga pengajar yang diberi amanah menyampaikan ilmu, tak wajar dia melakukan perkara ini pada anak muridnya,” katanya. Tambahnya lagi, dia terkilan ketika kejadian, merupakan hari terakhir anak saudaranya di pusat pengajian itu. “Kejadian ini pasti menjadi detik hitam hidupnya. Ia menyebabkan anak saudara saya kini trauma. Apa yang kami harapkan agar individu bertanggungjawab dapat diberkas dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika dihubungi berkata, hasil siasatan pada 30 Disember jam 4.15 petang, suspek berjaya ditahan. “Kes disiasat di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan. “Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu,” katanya. -SH



 P/S - Sekadar gambar hiasan




.

Wanita warga emas ditemui mati, pisau terpacak di leher



Wanita warga emas ditemui mati, pisau terpacak di leher | Seorang wanita warga emas ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dengan sebilah pisau masih terpacak di lehernya di Flat Jalan Hospital di sini malam tadi. Mangsa yang berusia 79 tahun, ditemukan dalam keadaan telentang di atas lantai salah sebuah bilik di rumahnya kira-kira pukul 11.30 malam oleh adik lelakinya. Sumber polis berkata, wanita itu dijumpai dalam keadaan tanpa berseluar dengan baju tersingkap.

“Wanita ini tidak pernah berkahwin dan tinggal bersendirian. Adik lelakinya yang bekerja di Pengkalan di sini singgah di rumah mangsa dan mendapati pintu rumah tidak berkunci. “Ketika itu rumah dalam keadaan gelap dan mayat mangsa ditemukan terbaring di atas lantai di dalam bilik dengan pisau masih terpacak di leher,’’ katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.



.

Tragedi menyayat hati ketika pergi memburu



Tragedi menyayat hati ketika pergi memburu  | Seorang pengawal keselamatan bertindak membunuh diri selepas tersilap melepaskan tembakan menggunakan senjata bekakuk sehingga adiknya yang berusia 22 tahun terbunuh, manakala rakannya, 33, cedera ketika memburu babi di hutan Ulu Meligan, di sini, semalam. Dalam kejadian 12 tengah hari itu, pengawal keselamatan terbabit dipercayai membunuh diri selepas menyesali tindakannya yang menyebabkan adik lelakinya terbunuh dan rakan lelakinya cedera.


Pemangku Ketua Polis Daerah Sipitang Asisten Superintenden Mohamad Zulkiflee Mohd Yaacob berkata, mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sipitang. "Siasatan awal mendapati mereka memburu babi di hutan berkenaan dan berpecah kepada dua kumpulan dengan pengawal keselamatan itu bergerak bersendirian manakala adik dan rakannya bergerak di laluan lain. "Mereka berhenti rehat untuk makan sebelum terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan itu yang kemudian turut ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dada,” katanya.




.

Dua remaja maut dalam keadaan tragis di Kajang



Dua remaja maut dalam keadaan tragis di Kajang | Hasrat dua remaja untuk mencari rezeki ketika cuti sekolah tidak kesampaian apabila maut digilis lori tanah di Kajang, Selangor pagi semalam. Mangsa Muhamad Fais Mohamad Daud, 16 tahun dan rakannya Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15 tahun. Ketika kemalangan jam 9.30 pagi di Batu 12 1/2, Jalan Kajang Hulu Langat, mereka dalam perjalanan mengecat masjid di Sungai Besi.

Bagaimanapun ketika cuba mengelak sebuah motosikal yang keluar secara tiba-tiba dari sebelah kanan - motosikal mangsa dirempuh lori tanah dari arah belakang. Akibatnya, Muhammad Fais dan Muhammad Khairul tercampak dan terperosok di bawah lori. Kedua-dua mangsa parah di kepala akibat digilis lori. Pemandu lori bagaimanapun melarikan diri.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!