Sunday, January 4, 2015

Kenali anak Malaysia yang dilantik sebagai Penasihat Khas PBB



Kenali anak Malaysia yang dilantik sebagai Penasihat Khas PBB  | Setelah 36 tahun memberi pelbagi sumbangan penting kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), akhirnya wanita Malaysia berasal dari Pulau Pinang, Datuk Judy Cheng-Hopkins, dilantik sebagai penasihat khas kepada University for Peace (UPEACE) oleh Setiausaha Agung badan dunia itu mulai September 2014. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Cheng-Hopkins yang, mendapat gelaran Datuk daripada negeri kelahirannya itu pada September 2014, adalah seorang yang memainkan peranan penting dalam pasukan pengaman PBB, yang lebih dikenali sebagai pasukan 'Helmet Biru' kerana helmet biru yang dipakai anggota pasukan itu.

Pelantikan beliau berkuatkuasa mulai September 2014. Dalam temu bual dengan Bernama di pejabatnya di ibu pejabat PBB di sini, beliau menjelaskan sedikit sebanyak tentang objektif dan misi universiti yang terletak di Costa Rica itu. Katanya misi UPEACE adalah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi keamanan antarabangsa yang kaya dengan sifat-sifat perikemanusiaan bagi memupuk dalam diri umat manusia semangat saling memahami, bertolak ansur dan berkongsi kehidupan secara aman, menggalakkan kerjasama dalam kalangan manusia serta membantu mengurangkan rintangan dan ancaman terhadap keamanan dan kemajuan dunia, sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam Piagam PBB. Setiausaha Agung PBB adalah presiden kehormat majlis universiti itu dan beliau diwakili Cheng-Hopkins dalam majlis berkenaan.

"Saya juga bekerjasama dengan majlis itu serta kepimpinan akademik dan pengurusan universiti berkenaan dalam memajukan dan melaksanakan satu program pembaharuan secara komprehensif yang melibatkan bidang akademik, pentadbiran dan pengurusan," katanya. Sebelum pelantikan terkini beliau, Cheng-Hopkins menyandang jawatan Penolong Setiausaha Agung bagi Sokongan Pembinaan Keamanan di badan dunia itu. Sebelum itu pula, beliau berkhidmat sebagai Penolong Pesuruhjaya Tinggi bagi Orang Pelarian, Pengarah Biro Asia dan Balkans bagi Program Makanan Dunia dan berkhidmat dengan Program Pembangunan PBB (UNDP) di Afrika selama 10 tahun.


Cheng-Hopkins mendapat pendidikan awal di St. George's Girls' School dan St. Xavier's Institution di Pulau Pinang sebelum memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang hal ehwal antarabangsa daripada Columbia University, New York pada 1978. Pada 2013, beliau menerima anugerah kepimpinan global dari universiti itu dan diisytiharkan sebagai 'seorang daripada alumni paling cemerlang' oleh Dekan pengajian. Beliau mendirikan rumah tangga dengan warga Amerika, Dr. Thomas J. Hopkins. Ibu kepada dua anak perempuan ini berkata ketika berkhidmat dengan Program Pembangunan PBB, beliau pernah bertugas di Kenya dan Zambia, termasuk berurusan dengan gerakan pembebasan.

 Ditanya sama ada beliau akan kembali menetap di Malaysia suatu hari kelak, Cheng-Hopkins berkata: "Malaysia masih menjadi sebahagian daripada diri saya. Saya berkunjung ke Malaysia dua tiga kali setahun. Mungkin orang boleh keluarkan saya dari Malaysia, tapi mereka tidak boleh hapuskan Malaysia dalam diri saya!" Wanita ini berkata beliau adalah cicit kepada Leong Fee, bekas pekerja di sebuah lombong bijih timah di Ipoh, yang kemudian membeli lombong berkenaan.

Selepas itu, datuk neneknya berpindah ke Pulau Pinang. "Malah datuk saudara saya membawa seorang arkitek dari Itali untuk membina sebuah rumah agam di Pulau Pinang dan rumah ini amat dekat di hati saya," katanya. Cheng-Hopkins membayangkan hasratnya untuk berkhidmat kepada masyarakat apabila kembali ke tanah air suatu hari kelak, tetapi menegaskan ia bukan peranan melalui politik. "Saya adalah anggota Penang Heritage Trust (PHT) dan diminta menyumbang sesuatu kepadanya," kata beliau.




.

SUAMIKU PALING SWEET - ANJELL




SUAMIKU PALING SWEET - ANJELL | Siyes tak sangka novel ni best sangat.. Memang sesuai sangatlah dengan tajuknya.. Novel ni mengisahkan mengenai Qisha Iris yang secara tak sangka menjadi mummy dan isteri dalam usia yang sangat muda. Sesuai dengan umurnya, dia memang geram sangat dengan keadaan tu, sehinggakan sikapnya pada suami dah tak serupa sikap seorang isteri. Tahu sajalah, dia beranggapan suaminyalah yang merancang dan membuatkan dia terperangkap dalam perkahwinan itu. Tapi si suami, Izz Haikal memang sentiasa tenang dan bijak berhadapan isterinya yang masih remaja itu.

Izz Haikal yang punya pakej lengkap dan sempurna itu akhirnya membuatkan hati si isteri tertawan, dan tak segan-segan mengaku bahawa suaminya lah yang paling sweet dan sempurna. Apatah lagi apabila dia mengetahui rahsia besar suaminya yang membuatkan dia harus memohon keampunan pada Izz Haikal. Sebuah novel yang harus dimiliki..


Tajuk : Suamiku Paling Sweet
Penulis : Anjell
Halaman : 791 muka surat
Harga : RM29/RM32




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Pengantin perempuan nekad tinggal suami selepas lihat suami hodoh



Pengantin perempuan nekad tinggal suami selepas lihat suami hodoh | Dunia sudah terbalik, itulah yang terjadi di Patna, apabila kuasa ‘cerai’ beralih tangan kepada golongan wanita. Wanita dari Bihar di India dilaporkan akan meninggalkan suami masing-masing dek kerana pasangan mereka ‘hodoh’ dan tidak ‘sepadan’, lapor Agensi. Sejak sebulan lalu, sekurang-kurangnya tiga pasangan pengantin perempuan telah meninggalkan suami mereka ekoran ‘kehodohan’ pasangan masing-masing. Sementara pada 9 Disember tahun lalu, seorang pengantin perempuan dari Daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana hodoh, hanya selepas lima hari berkahwin.

“Saya bersetuju mengahwini suami yang tidak pernah dilihat wajahnya demi menggembirakan ibu bapa, tetapi sebaik sampai di rumah mentua selepas berkahwin dan melihat wajah suami secara dekat, saya rasa benci dan jijik. “Dia terlalu hodoh. Akhirnya, saya memutuskan untuk meninggalkannya. Saya tidak akan kembali kepadanya walau apa pun yang berlaku,” kata wanita itu kepada polis di Patna. Sementara kejadian sama dilaporkan di ibu negeri wilayah itu, Gardanibag iaitu awal bulan ini di mana pengantin perempuan melarikan diri daripada rumah mentua sehari selepas berkahwin. Saintis tempatan percaya kejadian seperti ini berlaku kerana kehendak generasi muda (wanita Bihar) terlalu mencari kesempurnaan. -AP



.

AirAsia Indonesia sekali lagi dilanda masalah besar..


AirAsia Indonesia sekali lagi dilanda masalah besar.. | AirAsia Indonesia sekali lagi dilanda masalah apabila enjin salah sebuah pesawatnya bagi laluan Surabaya-Bandung tiba-tiba mati di landasan ketika hendak berlepas. Menurut laporan Metrotvnews.com, pesawat yang membawa 120 penumpang itu mengalami masalah tersebut sewaktu hendak berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda. Kejadian itu mencetuskan suasana panik kepada penumpang yang telah bersiap sedia berada di tempat duduk masing-masing. Menurut seorang penumpang, Yusuf Fitriadi, terdapat bunyi yang kuat pada enjin pesawat sebelum ia tiba-tiba mati, dan pesawat mula berundur sendiri.

"Kami terkejut dan panik. Sayapun turut ketakutan. Pesawat tersebut akhirnya berundur ke posisi asal semasa kami menaikinya dan kru kabin meminta kami turun waktu itu juga," katanya. Pesawat itu dijadualkan bertolak pada jam 9.00 malam, namun mengalami masalah enjin yang dikatakan berpunca daripada ‘monitor starter’. Juruteknik pesawat bagaimanapun berjaya membaiki kerosakan tersebut.

Meskipun telah dibaiki, hampir kesemua penumpang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan kerana bimbang akan mengalami masalah sama di udara. Susulan itu, AirAsia telah mengembalikan wang kepada penumpang yang tidak meneruskan perjalanan dengan pesawat tersebut. Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia dilaporkan hilang sebelum disahkan terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura. Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan selain usaha menjejaki bangkai pesawat serta alat perakam data penerbangan bagi mengenal pasti punca kemalangan. -Mstar



.

Kejam! Lelaki penggal kepala ibunya sebelum tahun baru kerana bosan sering dileter



Kejam! Lelaki penggal kepala ibunya sebelum tahun baru kerana bosan sering dileter | Seorang lelaki memenggal ibunya dengan kapak sehari sebelum tahun baru kerana bosan sering dileter oleh mangsa. Christian Jose Gomez, 23, ditangkap dan dituduh membunuh dengan niat selepas mengaku membunuh ibunya, Maria Suarez-Cassagne. Polis di bandar Oldsmar dikejarkan ke rumah wanita berkenaan selepas menerima laporan mengenai kejadian itu. Selepas memenggal ibunya, Gomez mencampakkan mayat mangsa di tong sampah berhampiran kediaman mereka sebelum melarikan diri dengan basikal. ia bagaimanapun berjaya ditangkap tidak jauh dari tempat kejadian.

“Dia hanya membiarkan mayat terlantar di sebelah tong sampah dan kembali ke rumah itu untuk cuba membersihkan tempat kejadian. “Apabila menyedari dia tidak mampu membersihkan kawasan itu, dia melarikan diri,” kata syerif Pinellas County Bob Gulatieri. Pihak berkuasa tempatan berkata, Gomez tidak siuman. Gualtieri memberitahu wartawan, lelaki itu membunuh ibunya kerana berang selepas mangsa meminta dia menyusun kotak di loteng rumah mereka. “Kerana marah, dia merancang pembunuhan itu selama dua hari,” kata Gualtieri. Polis menemui kapal yang digunakan dalam kejadian itu di tempat kejadian. -AP



.

[Gambar] Lori satu tan bawa ikan toman dan katak terbalik dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)



[Gambar] Lori satu tan bawa ikan toman dan katak terbalik dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) | Sebuah lori satu tan yang membawa ikan toman dan katak terbalik dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada kira-kira jam 4 petang tadi. Kejadian berlaku di kilometer 274.5 itu menyebabkan keadaan di arah laluan itu sesak sepanjang kira-kira 1.5 kilometer. Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan tiada kemalangan jiwa dan pemandu lori terbabit dilaporkan selamat. -BH




.

Perkhidmatan tandas terbuka oleh Majlis Perbandaran dikritik oleh penduduk tempatan



Perkhidmatan tandas terbuka oleh Majlis Perbandaran dikritik oleh penduduk tempatan | Perkhidmatan tandas terbuka yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Gold Coast dikritik oleh penduduk tempatan sebagai memalukan. Laman web Oddity Central melaporkan, majlis perbandaran tersebut menyediakan tandas mudah alih itu ekoran lelaki-lelaki mabuk sering membuang air kecil di me­rata-rata tempat terutama di premis perniagaan dan lorong-lorong kecil sehingga menimbulkan suasana tidak menyenangkan di kawasan peranginan berkenaan.


Menurut ahli majlis perban­daran, Lex Bell, tandas itu merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi masalah pembuangan air kecil di lokasi awam di Cavill Mall dan Orchid Avenue di Suerfer’s Paradise, tenggara Queensland. “Pihak berkuasa tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menangkap mereka yang membuang air kecil di merata-rata tempat, selain tidak mempu­nyai bidang kuasa untuk menahan mereka,’’ katanya. Justeru, pada 19 Disember lalu, majlis perbandaran berkenaan membina dua blok tandas yang direka untuk digunakan oleh tiga lelaki pada satu-satu masa. Sejak itu, majlis perbandaran menerima pelbagai kritikan daripada penduduk tempatan Gold Coast.-AP



.

Punca Indonesia Gantung Laluan AirAsia Surabaya-Singapura



Punca Indonesia Gantung Laluan AirAsia Surabaya-Singapura  | Kementerian Pengangkutan Indonesia telah menggantung laluan AirAsia Surabaya-Singapura, berkuat kuasa Jumaat, kerana melanggar waktu operasi laluan yang dibenarkan. Kompas.com pada Sabtu melaporkan bahawa syarikat penerbangan itu telah melanggar surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam bertarikh 28 Oktober 2014, yang menyatakan bahawa syarikat penerbangan itu hanya dibenarkan untuk berulang alik menggunakan laluan itu pada hari Isnin, Selasa, Khamis, dan Sabtu.

Walau bagaimanapun, AirAsia Indonesia telah didapati melanggar permit dengan menggunakan laluan itu pada 28 Disember hari di mana penerbangan QZ8501 yang membawa 162 penumpang dengan pesawat telah hilang. "Oleh itu, laluan itu digantung sementara," kata Ketua Komunikasi Awam kementerian JA Batara dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa larangan itu boleh dipertimbangkan semula selepas selesai penyiasatan oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia. Penumpang yang telah membeli tiket bagi laluan Surabaya-Singapura telah dinasihatkan untuk menukar jadual penerbangan mereka.

Sementara itu, Pengarah Keselamatan dan Keselamatan Air Asia Indonesia Kapten Ahmad Sadikin berkata pada Jumaat bahawa beliau masih belum maklum mengenai penggantungan itu dan mengulangi bahawa syarikat penerbangan itu tidak pernah mengendalikan laluan tanpa permit. "Saya tidak boleh menjawab secara terperinci, kerana saya tidak pernah mendengar mengenai penggantungan itu lagi. Tetapi jika kita tidak mempunyai kebenaran, maka pasti kita tidak akan terbang," Sadikin dipetik sebagai berkata.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!