Tuesday, January 6, 2015

Antara tempat persaraan paling menarik di dunia ialah Malaysia


Antara tempat persaraan paling menarik di dunia ialah Malaysia | Di sebalik nahas melibatkan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia, Malaysia tetap memiliki daya tarikan istimewa, terutama bagi golongan pesara dari Amerika Utara yang mencari lokasi di luar negara untuk melarikan diri daripada kenaikan kos sara hidup, cuaca sejuk melampau dan tekanan hidup seharian. Malaysia mendapat kedudukan istimewa dalam Indeks Persaraan Global Tahunan 2014 yang menyusun senarai menyeluruh tentang apa yang dikenali sebagai 'best-bang-for-your-buck retirement destinations on the planet'. Malaysia tersenarai sebagai satu daripada lima destinasi persaraan paling disukai, di belakang Ecuador, Mexico dan Panama dan mendahului semua destinasi persaraan lain di Asia.

Negara Asia lain yang tersenarai dalam indeks itu, tetapi jauh di belakang Malaysia, ialah Thailand, Filipina dan Vietnam. Indeks ini disediakan dengan menggunakan input daripada pasukan pewarta 'International Living' yang bertugas di pelbagai bandar raya, di samping data tepat masa tentang iklim, penjagan kesihatan, kos sara hidup, keselamatan diri dan faktor lain. Dengan menggunakan keterangan gambar "Malaysia Great Value for Money in a Cultural Melting Pot", indeks itu menjelaskan bahawa setiap tahun, semakin ramai ekspatriat mengagumi peluang yang ditawarkan Malaysia. "Negara itu merupakan antara ekonomi paling cergas di Asia dan ini terpamer melalui taraf hidup tinggi yang dinikmati penduduk tempatan dan ekspatriat.

"Itu hanyalah satu daripada pelbagai faktor lain yang menyebabkannya diberi ranking tertinggi dalam kalangan negara Asia dalam indeks tahun ini," katanya. Kualiti kehidupan di Malaysia dianggap meliputi kecekapan kos dan hebat. Di lokasi yang selalunya menjadi pilihan utama ekspatriat seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, harta tanah berkualiti tinggi mudah didapati untuk disewa pada kos rendah. "Kenapa perlu membeli sedangkan anda boleh menyewa satu unit pangsapuri seluas 1,600 kaki persegi yang mempunyai kolam renang dengan hanya $850 sebulan?" tanya pengarang indeks itu. Mereka seterusnya berkata seseorang itu boleh menikmati kehidupan mewah di Malaysia dengan bajet sederhana. "Dengan belanja tambahan, anda boleh menikmati pelbagai makanan tempatan yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia.

 "Dengan hanya $5, anda boleh menikmati hidangan lazat dan mendapat sebotol wain pada harga sama. Makanan yang dijual di gerai juga tidak kurang sedapnya," kata mereka. International Living mengambil contoh warga New York, Thomas ONeal, yang tinggal di Pulau Pinang. Mereka memetiknya sebagai berkata: "Saya menyewa satu unit pangsapuri seluas 1,600 kaki persegi, yang mempunyai kolam renang dan mengambil masa hanya lima minit berjalan kaki untuk ke pusat beli-belah Gurney Plaza. "Saya membayar sewa hanya $850 sebulan. Saya tidak perlu memiliki kereta dan oleh itu saya menjimatkan wang. Saya sukakan cuacanya, purata 82 Fahrenheit, serta kemudahan untuk ke Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos. "Jika diambil kira semua ini dengan kos sara hidup $1,500 sebulan, termasuk sewaan, ia sukar ditandingi."

Indeks itu seterusnya berkata Malaysia adalah tempat paling sesuai untuk anda meneroka pelbagai kekayaan alam semula jadi, sejarah dan budaya yang terdapat di Asia Tenggara. Kewujudan semakin banyak syarikat penerbangan tambang rendah Asia kebelakangan ini memudahkan lagi seseorang itu untuk meneroka Thailand, Indonesia, India dan Jepun. Di Malaysia, Asia berada di depan pintu anda. "Mendapatkan penerbangan terus ke Amerika juga tidak menjadi masalah dan ini memudahkan anda untuk pulang bercuti ke negara asal. "Akses internet juga tidak menjadi masalah kerana setiap tahun, internet berkelajuan tinggi semakin menyeluruh di negara ini. Kemudahan ini kini boleh didapati secara meluas dan pada kadar murah di tempat pilihan utama ekspatriat seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

"Hasil daripada peninggalan zaman penjajahan Inggeris, bahasa Inggeris digunakan secara meluas oleh penduduk tempatan dan ini memudahkan anda menyesuaikan diri dan berurusan. "Tempat seperti Pulau Pinang juga mempunyai banyak acara sosial untuk anda berhibur dan mencari peluang untuk bergaul dengan penduduk tempatan dan ekspatriat," kata O'Neal. Tourism Malaysia boleh memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan menarik, terutama dalam kalangan pesara untuk menjana hasil serta memberi kesan limpahan terhadap sektor ekonomi lain di Malaysia. Beberapa pakar Amerika Utara berpendapat Malaysia perlu melancarkan kempen untuk menghebahkan kemudahan yang terdapat di Malaysia kepada golongan pesara. "Tourism Malaysia perlu memanfaatkan indeks ini dengan pantas. Jangan persia-siakan kesempatan yang ada sebelum ia hilang," kata George Richards, seorang ejen pengembaraan tentang indeks itu.



.

Ini pesanan penting dari TNB buat mangsa-mangsa banjir yang kembali ke rumah masing-masing



Ini pesanan penting dari TNB buat mangsa-mangsa banjir yang kembali ke rumah masing-masing | Mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak dinasihatkan supaya tidak terus menghidupkan suis bekalan elektrik apabila kembali ke rumah masing-masing, sebaliknya terlebih dahulu memastikan semua peralatan elektrik dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Pengurus Besar Kanan (Operasi - Wilayah 2) Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Abdul Aziz Abdul Majid berkata, bagi mendapatkan khidmat nasihat, mangsa-mangsa banjir boleh menelefon pusat perkhidmatan pelanggan TNB Careline di talian 15454.

Beliau memberitahu, jika papan suis utama atau papan agihan di rumah mangsa-mangsa banjir ditenggelami air dan rosak, mereka dinasihatkan supaya menghubungi kontraktor pendawaian elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaikinya. Beliau berkata, mereka boleh melayari laman web www.st.gov.my untuk mendapatkan senarai penuh kontraktor tersebut.

“Kerja-kerja pemulihan tenaga elektrik akan dimulakan sebaik sahaja pihak kami mendapat akses ke kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir dan ia dilakukan secara berperingkat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Menurut beliau, sekiranya pencawang elektrik ditenggelami air akibat banjir, pihaknya perlu mencuci dan memastikan tahap keselamatannya terlebih dahulu, yang akan memerlukan masa beberapa jam sehingga sehari. Beliau menjelaskan, setakat ini, 96 peratus daripada 1,960 pencawang elektrik di Kelantan telah dipulihkan, 61 peratus di Perak, di Pahang 86 peratus manakala di Terengganu, kesemua 155 pencawang telah dipulihkan. -Utusan





.

Punca Leya tamat kontrak sebagai penyampai Hot FM



Punca Leya tamat kontrak sebagai penyampai Hot FM | Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad mengumumkan bahawa Sharifah Aleya Binti Syed Zainal Rashid menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu berkuat kuasa pada 31 Disember 2014. Beliau yang lebih dikenali sebagai Leya, berhasrat untuk kembali bekerja secara freelance supaya mempunyai lebih masa dan tumpuan kepada puteri kembarnya dan juga cahaya mata yang bakal dilahirkan dalam masa terdekat.

Leya, sepanjang lapan tahun berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM adalah seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Malah beliau juga amat disenangi oleh rakan sekerja serta pendengar Hot FM. Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Leya sepanjang pembabitan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang. -BH



.

#QZ8501 : Kisah Petugas Pembersih Cairan Jenazah, Kongsi Pengalaman Mencabar Berhadapan Dengan Jenazah Yang Tidak Putus Tiba


#QZ8501 : Kisah Petugas Pembersih Cairan Jenazah, Kongsi Pengalaman Mencabar Berhadapan Dengan Jenazah Yang Tidak Putus Tiba  | Sejak bertugas sebagai pencuci di Hospital Imanuddin di sini, wanita berusia 23 tahun ini tidak pernah berdepan situasi mencabar. Bagaimanapun, selepas tragedi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terhempas hingga mengorbankan 162 nyawa, Sarinah ‘keletihan’ berikutan dia terpaksa melakukan pembersihan setiap kali mayat yang baru tiba di hospital berkenaan. Hospital Imanuddin adalah lokasi transit pertama bagi mayat sebelum diterbangkan ke Surabaya untuk proses DNA.

Sarinah berkata, setiap kali mayat tiba di hospital berkenaan, sudah menjadi tanggungjawabnya dan rakan, Anis Neni Yuliati, 39, untuk mencuci lantai dengan kesan cairan kuning pekat menitis daripada mayat “Kami akan bergilir untuk membersihkan setiap laluan serta salah satu sudut ruangan yang dijadikan pusat Unit Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) untuk mengenalpasti identiti mayat.

 “Keadaan cuaca yang mendung membuatkan suhu di hospital sedikit lembab. “Bau yang kurang menyenangkan menyusuk hidung kami sebaik mayat dibawa keluar dari kenderaan. Namun, bukan kesan roda yang terdapat di lantai, tetapi titisan warna kuning pekat dari tubuh mayat mengalir keluar membuatkan kami agak gentar,” katanya ketika ditemubual di hospital berkenaan.


Menurutnya, kesan cairan kuning pekat yang melekat di lantai menambah bau yang kurang menyenangkan di hospital berkenaan. “Selepas mayat ditempatkan di sebuah bilik khas, tugas saya dan Anis membersihkan sisa cairan yang tinggal. “Kami menggunakan pembasmi kuman dan cairan pemutih untuk menanggalkan kesan kotoran berkenaan,” katanya. Sarinah mengakui bau yang kurang enak itu menyebabkan dia terpaksa meletakkan minyak kayu putih pada topeng muka bagi mengelak dia termuntah. - Kompas




.

Pekerja berani panjat sebuah menara pemancar televisyen setinggi 457 meter



Pekerja berani panjat sebuah menara pemancar televisyen setinggi 457 meter | Sebuah syarikat fotografi merakamkan keberanian seorang pekerja yang memanjat sebuah menara pemancar televisyen setinggi 457 meter di sini baru-baru ini. Pekerja tersebut, Kevin Schmidt memanjat menara pemancar itu semata-mata mahu menukar mentol lampu keselamatan di puncak struktur itu. Menara itu tinggi sedikit berbanding Menara Berkembar Petronas yang mempunyai ketinggian 452 meter. Syarikat fotografi Prairie Aerial menggunakan sebuah dron yang dilengkapi dengan kamera canggih untuk merakamkan setiap aksi Schmidt memanjat menara berkenaan.


Selepas sampai di puncak menara setinggi 457 meter itu, Schmidt dilihat mengikat tali keselamatan yang dipakainya sebelum menukar mentol lampu di puncak binaan berkenaan. Selepas selesai tugasnya itu, Schmidt berehat sebentar sambil menikmati pemandangan menakjubkan dan mengambil gambar selfie di puncak menara. “Ini adalah hari yang indah untuk memanjat menara ini dan pemandangan dari puncak ini sangat menakjubkan,” katanya. – Agensi



.

Pemandu teksi ini memang bernasib baik.. walaupun....



Pemandu teksi ini memang bernasib baik.. walaupun.... | Seorang pemandu teksi dikatakan bernasib baik kerana masih hidup walaupun ditikam di kepalanya ketika bergaduh di sebuah bar. Kejadian berlaku kelmarin, ketika Juancelo Nunes de Oliveira, 39, berparti di bar di Agua Banca. Dia terbabit dalam satu pergaduhan menyebabkan dia ditikam tiga kali di dada dan sekali di kepala. Anehnya, dia hanya menyedari pisau berkenaan tertusuk menembusi tempurung kepalanya hingga ke tulang rahang kira-kira tiga jam selepas kejadian.


Dia dihantar ke sebuah hospital berhampiran tetapi dipindahkan ke sebuah pusat kecemasan di Teresina, 100 kilometer dari tempat kejadian. “Pisau itu tertusuk di kepalanya tetapi dia tidak menyedarinya. Kami percaya dia terkejut dan mungkin kerana mabuk menyebabkan dia tidak menyedari pisau itu berada dalam kepalanya,” kata pakar bedah, Dr Gilberto Albuquerque. Gambar sinar-X menunjukkan pisau itu menembusi kepalanya dan menjulur di belakang mata kirinya. Menurut Albuquerque, pisau itu terhenti pada tulang rahang bawah. “Dia bernasib baik kerana masih hidup,” kata Albuquerque. - Agensi




.

Wanita curi masuk rumah bekas suami, tapi lain pula yang jadi



Wanita curi masuk rumah bekas suami, tapi lain pula yang jadi | Seorang wanita terpaksa diselamatkan selepas tersekat dalam serombong ketika cuba memasuki rumah bekas suaminya dalam keadaan berbogel pada awal pagi. Wanita berusia 35 tahun itu menanggalkan pakaiannya dengan harapan ia akan memuatkannya untuk memasuki serombong berukuran 30.5 x 30.5 sentimeter itu. Bagaimanapun, selepas turun separuh jalan, dia tersekat dan terpaksa meminta bantuan pada jam 5 pagi.


Gambar yang dirakam anggota bomba menunjukkan kaki wanita itu yang kotor terjulur dalam serombong berkenaan sebelum dia diselamatkan. Di rumah itu, Tony Hernandez, bapa tiga anak wanita berkenaan berkata, bekas isterinya cuba memasuki rumahnya itu sejurus sebelum 5 pagi tetapi mendapati pintu berkunci. - Agensi



.

Ngeri! Remaja tersedar ketika pembedahan buang ketumbuhan di otak



Ngeri! Remaja tersedar ketika pembedahan buang ketumbuhan di otak | Seorang remaja yang sedang menjalani pembedahan otak untuk membuang ketumbuhan, tersedar dan dengan selamba menanyakan bagaimana prosedur itu berlangsung. Portal berita metro.co. uk melaporkan, satu siasatan kini dijalankan untuk memastikan bagaimana remaja tersebut, Iga Jasica, 19, boleh bangun secara tiba-tiba semasa pembedahan dijalankan di Hospital Central Clinical di Kawoice, barat daya Poland.

Siasatan itu dilakukan ekoran Jasica terjaga terlalu awal selepas diberikan ubat tidur, namun dia tidak panik atau sakit ketika pembedahan tersebut. Jasica berkata, dia tidak berapa ingat apa yang berlaku, namun doktor memaklumkan mereka berbual mengenai kucing. “Saya tidak dapat menyambut Krismas kerana pembedahan ini, tetapi keadaan kesihatan saya yang kini bertambah baik merupakan hadiah paling baik bagi saya,” katanya.-AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!