Wednesday, January 7, 2015

Syarikat penerbangan yang paling selamat untuk 2015 - Agensi penarafan


Syarikat penerbangan yang paling selamat untuk 2015 - Agensi penarafan | Syarikat penerbangan Australia, Qantas sekali lagi diumumkan sebagai syarikat penerbangan paling selamat untuk dinaiki di dunia bagi tahun 2015. Pemilihan itu dibuat menerusi AirlineRatings.com, sebuah laman web yang membuat penarafan aspek keselamatan dan operasi syarikat-syarikat penerbangan dari seluruh dunia. Menerusi laman webnya, AirlineRatings.com turut menyenaraikan sepuluh syarikat penerbangan paling selamat dan sepuluh syarikat penerbangan kos paling rendah bagi tahun 2015 daripada sejumlah 449 syarikat penerbangan yang dinilai.

Sepanjang 94 tahun dalam sejarah penerbangan, Qantas dikatakan mempunyai rekod luar biasa dalam ciri-ciri keselamatan dan operasinya. Ketika ini juga Qantas merupakan syarikat penerbangan paling berpengalaman di dunia. Sistem penarafan AirlineRatings.com mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan dengan audit-audit oleh badan-badan pentadbiran syarikat penerbangan dan rekod kematian dicatatkan daripada syarikat-syarikat penerbangan tersebut. Qantas sekali lagi mempertahankan kedudukan teratas penilaian tersebut dengan rekod sifar kadar kematian di sepanjang sejarah penerbangan syarikat itu.

Antara syarikat penerbangan lain yang turut menduduki senarai syarikat penerbangan paling selamat selepas Qantas adalah: Air New Zealand, Cathay Pacific Airways, British Airways, Emirates, Etihad Airways, EVA Air, Finnair, Lufthansa dan Singapore Airlines. (tanpa mengikut kedudukan) Kumpulan editorial AirlineRatings.com yang paling disegani di dunia juga memeriksa sejarah operasi syarikat-syarikat penerbangan itu dan kecemerlangan operasi untuk mencatatkan sepuluh syarikat penerbangan yang paling selamat. Menurut editor AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas, “ Sepuluh syarikat penerbangan teratas yang paling selamat kami senaraikan, selalunya menjadi perintis inovasi keselamatan penerbangan.

“Syarikat-syarikat penerbangan ini sinonim dengan kecemerlangan,” tambah beliau. Thomas juga menyatakan bahawa jelas Qantas menyerlah dalam ciri-ciri keselamatan dan merupakan penanda aras untuk amalan terbaik industri. Selain daripada sepuluh syarikat penerbangan yang paling selamat , laman web ini juga menyenaraikan sepuluh syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat. Syarikat-syarikat penerbangan tersebut mengikut abjad: Aer Lingus, Alaska Airlines, Icelandair, Jetstar, Jetblue, Kulula.com, Monarch Airlines, Thomas Cook, TUI Fly dan Westjet.

" Tidak seperti beberapa syarikat penerbangan tambang murah , penerbangan ini telah lulus semua peraturan ketat Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa Audit Keselamatan Operasi ( IOSA ) dan mempunyai rekod keselamatan yang paling cemerlang," kata Thomas . Daripada 449 syarikat yang dikaji , hanya 149 yang memperoleh kedudukan keselamatan tujuh bintang dengan hampir 50 lagi mempunyai hanya tiga bintang atau kurang. Manakala, lima syarikat penerbangan dengan hanya satu bintang untuk keselamatan dari AirlineRatings.com ; Agni Air, Kam Air, Nepal Airlines, Scat and Tara Air. -AP



.

Pelanggan sebuah stesen minyak shell terkejut ketika masuk kedalam tandas



Pelanggan sebuah stesen minyak shell terkejut ketika masuk kedalam tandas  | Reaksi seorang pelanggan di sebuah stesen minyak Shell di sini sungguh teruja selepas beliau masuk ke tandas yang disediakan pengusaha stesen berkenaan. Beliau telah merakam video tentang kecantikan tandas tersebut dan berjaya menarik hampir 5 juta tumpuan pelayar, Youtube walaupun hanya dimuatnaik pada awal Disember 2014. “Tandas tersebut kelihatan lebih cantik dari rumah jiran saya. Saya tak akan sangka ini sebuah tandas stesen minyak kerana tandas hotel taraf lima bintang sekalipun akan kelihatan seperti tandas,” katanya.


Dalam video berkenaan, terdapat gambar yang digantung di dinding, rak buku dan bahan bacaan, kemasan diperbuat daripada kulit dan beberapa perhiasan di lantai dan dinding. “Saya juga ternampak pelita dan tandas tersebut ada kemasan plaster di siling. Rumah saya sendiri pun tiada,” katanya. Beliau bersangka baik bahawa pengusaha stesen minyak berkenaan mahu menggalakkan orang ramai menjaga kecantikan tandas seperti menjaga sebuah hotel. -AP



.

#QZ8501 : Keadaan dua mayat wanita mangsa nahas yang baru di temui



#QZ8501 : Keadaan dua mayat wanita mangsa nahas yang baru di temui | Dua mayat wanita mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang tiba Bandara Juanda Surabaya hari ini untuk proses pengecaman semakin sukar. "Mayat yang kami terima kira-kira 3 pagi tadi dengan nombor kod 039 adalah wanita dewasa tetapi ciri-ciri fizikalnya sudah sukar dikenalpasti. Bahagian tubuh yang tidak ditutup pakaian juga sudah rosak," kata Penyelaras DVI, Dr Hariyanto.

Menurutnya, bagi memastikan mayat tidak rosak, pasukan DVI meletakkan mayat yang tiba di dalam bilik hawa dingin hospital dan mereka juga lebih berhati-hati ketika memasukkan mayat ke dalam keranda supaya tidak rosak sepanjang penerbangan menuju Surabaya. "Kebanyakan organ sudah rosak dan ada juga tulang yang hilang. Kini proses pengecaman adalah bersandarkan kepada ujian DNA,” katanya. - Metrotvnews




.

#QZ8501: Lain yang dicari, lain pula yang ditemui


#QZ8501: Lain yang dicari, lain pula yang ditemui | Pasukan penyelam yang ditugaskan mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di tiga titik koordinat dasar laut dipercayai jatuhnya pesawat itu bukan saja belum menemui sebarang hasil, malah kini mereka menemui bangkai milik kapal yang sudah karam. Komandan komando pasukan angkatan laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari kapal KRI Banda Aceh, Wido Dwi berkata, pasukannya sudah melaksanakan tugasan menyelam di dasar laut, namun bangkai pesawat masih belum lagi ditemui. "Kami sudah menyelam hingga ke dasar, ternyata air sangat keruh dan banyak lumut, yang ditemui bangkai kapal, bukan pesawat," katanya.

Titik koordinat kedua adalah pada kedudukan 03.54.41 arah selatan dan 110.31.07 ke arah timur berdasarkan sonar yang diterima dari kapal KRI Bung Tomo. Sementara itu, titik koordinat ketiga adalah di kedudukan 03.55.52 arah selatan dan 110.33.80 arah timur yang diperoleh kapal perang Amerika Syarikat, US Sampson 102. Sehingga kini, pasukan penyelam masih menunggu koordinat baru daripada kapal pencari yang memiliki alat pengesan dan sebaik titik koordinat baru diperoleh, penyelam akan terjun semula menjejaki posisi pesawat.


"Kami ini ibarat tangan saja, mata yang mencari adalah kapal-kapal lain. Kalau ada arahan kami ikut saja," katanya. Pasukan penyelam sudah melakukan aktiviti pencarian di dasar laut sejak Ahad lalu dengan pasukan pertama yang diterjunkan adalah terdiri daripada 17 penyelam. Selepas titik koordinat baru ditemukan, pasukan kedua dengan jumlah yang sama akan menggantikan pasukan pertama. Keseluruhan penyelam yang ditugaskan dalam misi pencarian pesawat itu adalah 57 orang. - Kompas



.

Gambar ekor pesawat AirAsia #QZ8501 yang telah ditemui


 Gambar ekor pesawat AirAsia #QZ8501 yang telah ditemui | Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Indonesia, SAR, hari ini mengesahkah bahawa objek yang ditemui oleh kapal pencari dan penyelamat Geo Survey adalah bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak 28 Disember lalu. Detik.com melaporkan bahawa Ketua BASARNAS Bambang Soelistyo dalam satu sidang media pada Rabu berkata huruf A,X dan tulisan ‘Air’ pada objek ditemui menyakinkan BASARNAS bahawa ia adalah serpihan ekor pesawat.


“Saya diberitahu pada jam 10 pagi kemudian saya mengarahkan mereka untuk ambil foto serpihan berkenaan. 10:30 pagi laporan dan gambar tiba. "Hasilnya, kita dapati ada tulisan A,X dan tulisan ‘Air’. Dapat saya sahkan ini adalah bahagian ekor pesawat”, kata Bambang di ibu pejabat BASARNAS di Jakarta Pusat pada Rabu.


Dalam sidang media tersebut, Bambang turut menunjukkan foto objek yang ditemui serta perbandingan dengan pesawat sebenar AirAsia. Foto objek tersebut dirakam oleh penyelam SAR dari kapal GeoSurvey yang menemuinya pada jam 5 pagi. Ia berukuran panjang 10 meter, lebar lima meter dan tinggi tiga meter. Posisinya dilaporkan menjunam ke laut. Metro TV Indonesia turut menyiarkan gambar yang dikatakan ekor pesawat terbabit. -Awani




.

Penduduk terpaksa minum air kotor selepas banjir menyebabkan air bersih terputus



Penduduk terpaksa minum air kotor selepas banjir menyebabkan air bersih terputus | Penduduk Kampung Sikun dan Oan Mane di Malaka Barat, Nusa Tenggara Timur, terpaksa minum air kotor selepas banjir akibat bekalan air bersih terputus. Penduduk kampung terbabit, Yuliana Klau berkata, air yang diminum tidak terjamin kebersihannya. Namun, kata Yuliana, mereka tiada pilihan lain. “Kami terpaksa,” katanya. Yuliana berkata, simpanan air bersih di setiap rumah penduduk sudah habis, manakala perigi di tengah kampung yang selama ini menjadi tempat mereka mendapatkan bekalan ditenggelami lumpur.

Untuk mengatasi masalah ketiadaan bekalan air, penduduk kampung berkenaan menggali lubang di sekitar sungai dan menyaring aliran yang masuk untuk dijadikan minuman atau memasak. Namun, katanya, keadaan akan menjadi lebih sukar jika banjir berlaku semula dan melimpahi lubang itu. “Kami sudah mengadu kepada ketua kampung tetapi belum ada bantuan tiba,” katanya. Seorang penduduk, Anastasia berkata, untuk mengalas perut mereka memakan pisang dan ubi. - Agensi




.

Remaja lelaki punya ketagihan melampau


Remaja lelaki punya ketagihan melampau | Usia baru mencecah 16 tahun, namun seorang remaja lelaki yang ketagihan seks dikesan menjadikan kawasan tangga sebuah flat sebagai lokasi bermesra dengan kekasihnya. Difahamkan pasangan remaja itu melakukan perbuatan terkutuk itu berulang kali di kawasan tangga tingkat tujuh flat di Jalan Anggerik Perdana, di sini, sejak lapan bulan lalu. Bagaimanapun, remaja lelaki itu bertindak lebih gila apabila turut merogol adik teman wanitanya berusia 16 tahun ketika mereka bertemu di lokasi sama.

 Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada November lalu, namun mangsa tidak pernah menceritakan kepada ibu bapanya. “Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang di tepi tangga tingkat tujuh flat berkenaan. Suspek mengajak mangsa berbual-bual sebelum dia mula meraba, seterusnya merogol mangsa,” katanya. Beliau berkata, mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat awal pagi Jumaat lalu. “Susulan itu, polis menahan suspek pada hari sama dan dia kini direman tujuh hari. “Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan baru dan lama pada alat sulit mangsa,” katanya. -Metro



.

Inilah rakaman komunikasi antara #QZ8501 dan ATC Juanda pada hari kejadian



Inilah rakaman komunikasi antara #QZ8501 dan ATC Juanda pada hari kejadian | KompasTekno pada Selasa mendedahkan salinan rakaman komunikasi antara Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Lapangan Terbang Juanda, Surabaya dengan pesawat AirAsia QZ8501. Rakaman komunikasi itu memuatkan kebenaran ATC kepada pesawat itu untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura. Pada awalnya, rakaman tersebut diperolehi oleh KompasTekno melalui laman Soundcloud oleh pengguna dengan identiti "digitizing" pada 3 Januari 2014, setelah Kementerian Perhubungan Indonesia membekukan kebenaran terbang AirAsia laluan Surabaya-Singapura. Sumber dalaman KompasTekno yang enggan namanya disiarkan mengesahkan bahawa rakaman tersebut adalah rakaman sebenar ATC Juanda pada Ahad (28/12/2014).

Perkara tersebut disahkan berdasarkan lalu lintas pesawat lain yang dikawal pada pagi itu. Fail tersebut dirakam dalam format UTC atau waktu Zulu (GMT +0) sehingga tarikh yang tercatat masih 27 Disember 2014 pukul 22.25 GMT, yang membawa maksud, Ahad 28 Disember 2014 pukul 05.25 Waktu Indonesia Barat (WIB). Dalam rakaman audio berdurasi sekitar 20 minit tersebut, pada minit ke-10 terdengar suara dari AirAsia QZ8501 (dengan callsign Wagon Air 8501) yang memberitahukan posisinya di ruang parkir A9, dengan pendaftaran PK-AXC (Alpha X-ray Charlie), jumlah penumpang, dan tujuan Singapura. Percakapan tersebut kurang lebih seperti berikut:

AWQ8501: "Tower, Wagon Air eight five zero one good morning..."
Tower: "Wagon Air 8501 good morning Juanda Tower, go ahead..."
AWQ8501: "Eight five zero one (registrasi) alpha x-ray charlie parking stand Alpha Niner (A9) destination Singapore POB (passenger on board) one six one, request push and start, wagon air eight five zero one..."
Tower: "Wagon Air eight five zero one parking stand number Alpha niner Pushback and start approved heading west runway one zero, exit sierra two... 

Tidak lama kemudian, pada minit ke-4, QZ8501 meminta kebenaran dari ATC untuk menuju ke landasan pacu. ATC kemudian mengarahkan QZ8501 ke landasan 10 yang sedang digunakan di saat itu. Pada minit ke-07.07, ATC kemudian memberikan kebenaran penerbangan kepada QZ8501 melalui laluan udara M635 dengan ketinggian awal 24.000 kaki.

 "Wagon Air eight five zero one clear to Singapore, mike six three five level two four zero initial, RAMPY one alpha departure squawk number seven zero zero five," demikian kata petugas ATC yang bersuara wanita tersebut. Logiknya, jika ATC telah memberikan kebenaran, flight plan atau perancangan terbang tersebut telah dipersetujui dan flight plan hanya boleh dibuat dan dipersetujui sekiranya sudah ada kebenaran dan slot di kedua-dua lapangan terbang berlepas dan destinasi. Secara prosedur, jika ATC telah memberikan kebenaran, tentunya AirAsia sudah memiliki kebenaran terbang, sebagaimana yang diungkapkan oleh pihak di Singapura sebagai negara dituju.

Civil Aviation Authority of Singapore (CAAS) menerusi laman rasminya mengatakan bahawa AirAsia QZ8501 memiliki jadual penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad (28/12/2014). Menurut CAAS, keizinan laluan Lapangan Terbang Juanda Surabaya di Indonesia ke Lapangan Terbang Changi di Singapura bagi pesawat AirAsia pada hari nahas tersebut merupakan kesepakatan kedua-dua negara. CAAS menegaskan, persetujuan Indonesia-Singapura terhadap jadual penerbangan tersebut bermula sejak 26 Oktober 2014 sehingga 6 Mac 2015. Perkara ini dibangkitkan apabila ketua pihak berkuasa Lapangan Terbang Juanda, Praminto Hadi sebelum ini menegaskan bahawa AirAsia tidak memiliki kebenaran terbang pada hari Ahad.

"AirAsia tidak mengajukan perubahan izin terbang dari Sabtu ke Minggu (ahad) kepada Dirjen Perhubungan Udara sehingga penerbangan Minggu ilegal (tidak dibenarkan)," ujar Praminto di Kompleks Mapolda Jawa Timur, pada Isnin. QZ8501 membawa 162 penumpang dan anak kapal berlepas dari Surabaya pada 28 Disember 2014 jam 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari sama sebelum dilaporkan hilang. Penumpang pesawat terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (3) dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom. Krunya pula terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang Perancis. Sehingga Selasa, 39 mayat telah berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat.-Awani




.

Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang



Pendedahan mengejutkan keatas sebuah kilang | Sebuah kilang memproses bebola dan kek ikan diarahkan tutup selama 14 hari kerana gagal mematuhi aspek kebersihan dalam operasi di Jalan Paya Terubong di sini, pagi semalam. Operasi jam 9.30 pagi itu membabitkan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia Daerah Timur Laut dan pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai papan tanda syarikat di luar premis.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati pekerja premis berkenaan tidak mematuhi aspek kebersihan ketika mengendalikan dan memproses makanan termasuk tidak memakai sarung tangan dan membiarkan makanan terdedah pada serangga tanpa ditutup dengan plastik.

Beliau berkata, selain itu, pemeriksaan mendapati minyak masak yang digunakan untuk menggoreng kek gulungan yang mengandungi ikan itu dipercayai sudah digunakan beberapa kali tanpa ditukar dan berwarna hitam selain tempat menggoreng terletak di tepi longkang. “Turut dikesan, apron pekerja kotor dan pekerja menggunakan tangan untuk menggaul ikan yang sudah dikisar di dalam mesin manakala isi ikan siap dikisar diletakkan di dalam beberapa bekas tin yang sudah berkarat dan ia amat membahayakan pengguna. -Metro




.

Kejadian pelik selepas musibah banjir



Kejadian pelik selepas musibah banjir  | "Ini semua kuasa Allah yang ada hikmah tersendiri di sebalik penemuan itu," kata suri rumah Norliyusnita Kamarul Jaeh, 41. Semalam, dia sekeluarga terkejut apabila mendapati satu bakul baju yang turut mengandungi dua baju Melayu sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk anaknya seperti tidak disentuh air banjir yang menenggelamkan rumahnya di Taman Sri Desa di sini. Ajaibnya, semua pakaian lain dalam rumahnya habis dibasahi air lumpur berikutan bah besar, namun hanya satu bakul itu yang tidak 'tercuit' langsung dengan kekotoran.


Ibu kepada lima anak itu berkata, kediamannya ditenggelami air setinggi lebih dua meter sejak 23 Disember lalu menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau dekat sini. Bagaimanapun, Norliyusnita berkata, selepas air surut sejak lima hari lalu dan penduduk kampung mula pulang ke rumah masing-masing untuk melihat keadaan rumah, dia berasa sesuatu yang pelik dan mengejutkan berlaku. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!