Thursday, January 8, 2015

Brunei keluar larangan sambut Krismas



Brunei keluar larangan sambut Krismas | Brunei mengharamkan perayaan hari Krismas kerana bimbang umat Islam di sana akan terpesong akidah, kata Kementerian Hal Ehwal Ugamanya pada Khamis. Larangan tersebut diwartakan berikutan sambutan Krismas bulan lalu yang memperlihatkan ramai rakyatnya memakai pakaian menyerupai ‘Santa Claus’. Fenomena ini menimbulkan kebimbangan kepada negara itu sekali gus memperkenalkan undang-undang baharu tersebut. Pada April tahun lepas, Brunei turut mengumumkan pelaksanaan undang-undang hudud.

Jurucakap negara itu enggan mengulas secara langsung mengenai larangan tersebut, tetapi menyebut satu kenyataan yang dikeluarkan pada 27 Disember oleh kementeriannya yang berkata perbuatan meniru ritual atau perayaan bukan Islam boleh dilihat sebagai penyebaran agama selain agama Islam." "Sebagai contoh, pada sambutan Krismas, kanak-kanak Islam, remaja dan orang dewasa dilihat memakai topi atau pakaian yang menyerupai Santa Claus. "Mengikut ajaran Islam, penganut agama lain yang hidup di bawah pemerintahan sebuah negara Islam, boleh menjalankan amalan agama mereka atau meraikan perayaan agama mereka dalam kalangan masyarakat mereka dengan syarat sambutan tersebut tidak didedahkan atau dipaparkan secara terbuka kepada umat Islam.

"Umat Islam perlu berhati-hati untuk tidak meniru perayaan seperti ini yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Islam, kerana tanpa disedari boleh merosakkan akidah umat Islam," kata kenyataan itu lagi. Menurut kenyataan itu lagi, perniagaan yang mempamerkan hiasan Krismas sebelum ini telah diarah untuk diturunkan dan mereka yang terlibat memberikan kerjasama. -Awani




.

Pelanggan terkejut jumpa gigi dalam hidangan McDonald's



Pelanggan terkejut jumpa gigi dalam hidangan McDonald's | Seorang pelanggan McDonald’s Jepun terkejut apabila menemui sebatang gigi di dalam hidangan kentang gorengnya. Munurut laporan AFP, ibu kepada seorang anak itu memberitahu sebuah stesen televisyen bahawa pengurus kedai yang datang melawatnya telah memberitahunya bahawa gigi itu telah ‘digoreng’, selepas aduan dibuat mengenainya. Pelanggan itu mendakwa bahawa McDonalds hanya meminta maaf melalui lawatan pengurus kedai terbabit, di dalam kejadian yang berlaku tahun lepas itu.

“Pengurus itu tidak bercakap banyak mengenai bagaimana ia (gigi) masuk ke dalam (kentang goreng) dan apa tindakan susulan yang akan diambil. “Saya mempunyai anak kecil dan ia amat menakutkan untuk memikirkan ada kebarangkalian dia boleh termakan gigi itu dan tercekik,” kata pelanggan itu. Satu siasatan bebas yang diarahkan oleh McDonalds ekoran aduan itu mendapati gigi itu tidak ‘digoreng’.

“Kami tidak dapat memastikan bagaimana ia masuk ke dalam makanan,” kata Naib Presiden Kanan McDonald Jepun, Hidehito Hishinuma memberitahu sebuah sidang media di Tokyo dan memohon maaf di atas insidennya. McDonald’s juga berkata tiada pekerjanya yang kehilangan gigi di dalam kedai di mana gigi itu ditemui. McDonald’s berkata kemungkinan pencemaran yang berlaku di kilang Amerika Syarikat yang menghantar bahan makanan tersebut.

Sebelum ini, terdapat beberapa kes pencemaran makanan yang dilaporkan di beberapa kedai syarikat itu termasuk penemuan sekeping plastik vinil di dalam seketul nugget ayam di Misawa. Turut ditemui adalah plastik keras di dalam ais krim sundae di Koriyama pada bulan Disember. Mereka juga mengesahkan di sidang akhbar itu bahawa seorang kanak-kanak yang mengunyah plastik itu mengalami luka di dalam mulut . Presiden Kanan McDonald’s Holdings Jepun, Takehiko Aoki, telah meminta maaf di atas kejadian-kejadian itu.-AP




.

Kenali sebuah kampung terpencil di Asola-Fatehpur Beri yang punya keunikkan tersendiri



Kenali sebuah kampung terpencil di Asola-Fatehpur Beri yang punya keunikkan tersendiri | SEBUAH kampung terpencil di Asola-Fatehpur Beri, berdekatan dengan New Delhi di India mempunyai keunikan tersendiri di mana boleh dikatakan semua lelaki di kampung itu mahu menjadi bouncer. Kira-kira 90 peratus daripada penduduk berusia 18 dan 55 tahun berjaya mencapai pekerjaan impian mereka dan semua kanak-kanak lelaki di kampung itu digalakkan membina badan sejak masih kecil menurut Mirror.


Ketua jurulatih Vijay Pahelwan berkata, tiada seorang pun kanak-kanak lelaki di kampung berkenaan yang tidak pergi ke gimnasium dan tiada seorang pun yang mahu menjadi jurutera atau doktor kerana semuanya mahu menjadi bouncer. “Semua lelaki di sini tidak mengambil alkohol, merokok dan kebanyakan mereka adalah vegetarian. "Terdapat juga beberapa orang mempunyai peluang cerah untuk ke Sukan Olimpik,”katanya. Antara latihan di gimnasium itu adalah mengangkat motosikal dan traktor selain mengamalkan yoga tradisional.-AP




.

Ada cara baru panggang marshmallow



Ada cara baru panggang marshmallow  | Dua lelaki bertindak berani turun ke kawah sebuah gunung berapi di Vanuatu dan memanggang gula-gula marshmallow berhampiran lava panas yang mencecah suhu sehingga 1,100 darjah Celsius. Lelaki tersebut, Simon Turner dan rakannya, Brave Bradley Ambrose turun sejauh 400 meter untuk menghampiri kawah lava di gunung berapi Vanuatu yang terletak di wilayah Ambrym di Vanuatu baru-baru ini. Kedua-dua mereka yang berasal dari New Zealand kemudiannya merakamkan gambar di penjuru kawah berkenaan yang hanya berada beberapa meter daripada lava yang sedang mendidih.


Lebih berani lagi Turner turut berehat di tebing kawah berkenaan dan memasak sebungkus marshmallow. “Kami berasa seronok melihat pemandangan yang menakjubkan ini sambil menikmati gula-gula marshmallow yang dipanggang dengan sempurna. “Kami tidak perlu memanggang gula-gula marshmallow ini terlalu lama kerana suhu di atas kawah ini sangat panas,” kata Turner. – Agensi




.

Lagi pesawat terhempas.. Kali ini di Sydney



Lagi pesawat terhempas.. Kali ini di Sydney | Seramai 13 orang penerjun udara termasuk seorang juruterbang berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan payung udara selepas pesawat yang mereka naik terhempas di sebuah tasek di New Zealand, hari ini. Saksi yang dikenali sebagai Be­van Johnhill berkata, dia menyaksikan bagaimana kesemua penerjun berkenaan melompat dari pesawat dengan mudah tanpa sebarang masalah ketika dalam perjalanan ke Tasek Taupo, 280 kilometer selatan Auckland untuk melakukan aktiviti terjun udara. “Saya lihat semua penumpang keluar dari kapal terbang dan beberapa minit kemudian mereka berada di dalam tasek.

“Saya rasa juruterbang merupakan orang yang terakhir keluar kerana dia mendarat berhampiran sebuah ladang buah-buahan,” jelas Johnhill. Rakaman yang disiarkan di te­levisyen memaparkan bagaimana sebuah kapal terbang ringan terdampar di kawasan air cetek. “Ini adalah satu keajaiban. Semua penumpang berjaya mendarat dengan selamat,” kata Ketua Eksekutif Skydive Taupo yang juga merupakan juruterbang pesawat ber­kenaan, Roy Clements. – REUTERS





.

Ini reaksi Ustaz Zul mengenai cara Hanis Zalikha dilamar oleh kekasihnya, Hairul Azreen



Ini reaksi Ustaz Zul mengenai cara Hanis Zalikha dilamar oleh kekasihnya, Hairul Azreen | Pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat, 41, berkata cara aktor Hairul Azreen melamar kekasihnya Hanis Zalikha pada Ahad lalu bertentangan dengan nilai Islam dan budaya masyarakat Melayu. Zulkefli atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zul Hamat berkata, cara tersebut boleh menjatuhkan maruah wanita yang dilamar itu jika perhubungan tersebut terputus di tengah jalan. "Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia sepatutnya dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

"Sekiranya hubungan tersebut putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah," ujarnya. Zulkefli berkata demikian apabila diminta pendapatnya mengenai trend muda-mudi ketika ini membuat lamaran terhadap pasangan masing-masing dengan cara diamalkan oleh bukan Islam.

Amalan "will you marry me" (sudikah anda mengahwini saya) sering dilakukan oleh kebanyakan artis ketika ini yang mana ia boleh menjadi ikutan kepada generasi akan datang. Terbaharu pelakon Hairul Azreen mengejutkan peminat dunia hiburan tanah air apabila membuat kejutan melamar Hanis Zalikha dalam rancangan Gegar Vaganza siaran Astro Ria pada Ahad lalu yang mendapat kritikan orang ramai. Kejutan untuk mengadakan lamaran dilakukan juga atas persetujuan saluran televisyen berkenaan selepas kedua-dua pihak membuat perancangan selama tiga bulan.

Sementara itu, Zulkefli turut menegur lamaran tersebut apabila Hairul melafazkan ayat will you marry me terhadap Hanis kerana ia menyerupai budaya agama lain selain perbuatan itu boleh memesongkan akidah umat Islam. Katanya, banyak cara lain yang boleh dilakukan oleh pelakon itu bagi membuktikan rasa cinta untuk melamar kekasihnya. "Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja. "Kalau dalam agama Islam... seseorang itu perlu melakukan solat hajat sebelum melamar dan bukan dengan tarian seperti dalam program itu. Saya takut perkara ini akan disalah anggap oleh penganut agama lain yang beranggapan cara perkahwinan Islam sama dengan cara agama mereka," ujarnya.

Ustaz Zulkefli Hamat

Jelas Zulkefli lagi, selebriti tersebut seharusnya meminta pendapat dan nasihat daripada mana-mana ahli agama sebelum membuat tindakan yang berkaitan dengan hukum-hakam agama Islam.Beliau juga kesal tindakan sedemikian menjadi trend oleh selebriti tempatan yang mahu mendirikan rumah tangga. "Saya lihat ramai selebriti yang menjadikan lamaran seperti ini sebagai trend dan masyarakat pula menganggap ia sebagai sesuatu yang baik. "Namun begitu, ia seharusnya dilakukan dengan landasan dan cara yang betul agar menjadi contoh kepada masyarakat," ujarnya.

Walau bagaimanapun, Zulkefli berkata, daripada sudut pandangan lain, lamaran tersebut menggalakkan pasangan kekasih untuk 'membina masjid'. Zulkefli merupakan Ketua Unit Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya dan Sarjana dalam bidang Sumber Manusia Dan Pembangunan di Universiti Putra Malaysia (UPM) selain sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat doktor falsafah (PhD). Beliau juga hos Pencetus Ummah musim kedua siaran Astro Oasis selain mengendalikan segmen Bersama Ustaz pada setiap Jumaat di portal mStar Online. -Mstar




.

Cara paling mudah mengetahui lokasi restoran halal di seluruh dunia



Cara paling mudah mengetahui lokasi restoran halal di seluruh dunia | Sebuah syarikat tempatan semalam melancarkan perkhidmatan aplikasi telefon genggam yang membolehkan pengguna Muslim berkongsi lokasi restoran halal di seluruh dunia. Aplikasi HalalTrip yang disediakan secara percuma untuk peranti Apple iOS dan Android itu memberi ruang kepada pengguna memuat naik gambar hidangan halal, menulis komen dan mengongsinya melalui media sosial. Sesiapa yang mengklik gambar itu pula boleh mengetahui butiran hidangan berkenaan serta lokasi ia disediakan.

Aplikasi menggunakan bahasa Inggeris dan Arab itu juga menggunakan maklumat lokasi penggunanya bagi memaparkan gambar hidangan halal sesebuah restoran. Ketua Eksekutif HalalTrip, Fazal Bahardeen berkata, makanan halal memainkan peranan penting kepada aktiviti pelancongan di kalangan Muslim. “Apabila melancong, antara faktor penting difikir umat Islam ialah bagaimana mendapatkan makanan halal. “Apa yang kami lakukan ialah membawa elemen media sosial bagi mendedahkan maklumat mengenai makanan halal dan menjadikan ia lebih menyeronokkan,” katanya. - AFP




.

#QZ8501: Pasukan penyelam dedah apa yang di temui pada bahagian ekor pesawat


#QZ8501: Pasukan penyelam dedah apa yang di temui pada bahagian ekor pesawat | Pasukan penyelam gabungan Tentera Nasional Indonesia pagi ini menemui kotak, topeng oksigen dan serpihan dari bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dalam misi mencari kotak hitam, lapor portal KOMPAS.com. "Kesemua barang itu ditemui di ruang belakang bahagian ekor pesawat," kata salah seorang penyelam, Serma Marin Bofen Sirait . Kotak yang ditemui pasukan penyelam berwarna kelabu itu terdapat tulisan "AirAsia.com" dan "Crew Water" di bahagian atasnya.

Di dalamnya ada dua botol air mineral yang juga bertuliskan "AirAsia". Serpihan yang ditemui pula merupakan kayu berukuran 1x1 meter, bersalut cat putih yang mula mengelupas yang merupakan sebahagian dari kabin pesawat yang biasa digunakan untuk meletakkan beg pakaian dan barang-barang penumpang . Cuaca buruk sekitar kawasan penemuan ekor pesawat AirAsia memaksa pasukan penyelam menghentikan sementara waktu operasi memandangkan arus laut yang kuat dan jarak penglihatan terbatas. - Agensi




.

Gadis kolej tak sangka aksi mandi bogel dalam bilik air dirakam rakan lelaki



Gadis kolej tak sangka aksi mandi bogel dalam bilik air dirakam rakan lelaki | Sekumpulan tujuh gadis kolej tidak menyangka 'aksi' mereka sedang mandi bogel di dalam bilik air dirakam rakan lelaki mereka menggunakan kamera tersembunyi berbentuk pen. Kamera tersembunyi itu yang boleh merakam video dengan jelas sengaja diletakkan di dalam bekas berus ubat gigi bagi mengelak ia dikesan.

Salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 24, berkata, kejadian berlaku ketika mereka semua mengikut suspek pulang ke kampung halaman di Sibu, Sarawak. Menurutnya, suspek berusia 24 tahun itu mempelawa rakan sekelas pulang bercuti ke kampung halamannya sempena cuti semester pada 24 Disember lalu. "Kami mengenali suspek sejak lima tahun lalu berikutan kami menuntut di kolej sama di ibu kota. -Metro




.

Suami kejam, simbah asid pada isteri yang membuatkan seluruh badan wanita itu melecur. Apa puncanya?


Suami kejam, simbah asid pada isteri yang membuatkan seluruh badan wanita itu melecur. Apa puncanya? | Seorang wanita melecur seluruh badan selepas disimbah asid oleh suaminya, dalam kejadian di sebuah rumah kongsi. Dalam kejadian kira-kira 11 malam, mangsa berusia 30 tahun yang juga warga Indonesia mengalami kecederaan parah di badan dibantu jiran sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan. Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian, pasangan itu dipercayai bertengkar kerana masalah peribadi yang gagal diselesaikan dengan baik.


"Suspek yang juga warga Indonesia kemudian mengambil sebotol cecair mengandungi asid dan mengarahkan mangsa meneguk namun isterinya enggan berbuat demikian," katanya. Beliau berkata, suspek dan mangsa bergelut sebelum lelaki itu mencurah cecair berkenaan ke seluruh badan mangsa mengakibatkannya menggelupur menahan kesakitan. Katanya, suspek yang turut cedera melarikan diri sebelum berjaya ditahan di Raub. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!