Wednesday, January 14, 2015

Malangnya nasib 3 lelaki kerana berwajah hodoh



Malangnya nasib 3 lelaki kerana berwajah hodoh | Tiga lelaki di bandar ini menghadapi masalah rumah tangga serupa apabila ditinggalkan isteri masing-masing atas alasan hodoh. Sejak sebulan lalu, sekurang-kurang tiga wanita baru berkahwin meninggalkan suami masing-masing kerana terlalu hodoh dan dianggap tidak sesuai untuk dijadikan suami. Pada 9 Disember lalu, seorang pengantin perempuan dari daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana kehodohannya selepas lima hari berkahwin, “Saya setuju berkahwin dengan lelaki yang saya tidak pernah temui kerana menjaga perasaan ibu dan bapa.

“Tetapi apabila tiba di rumah mentua dan melihat wajah suami dari dekat, perasaan jijik dan benci terus menerpa fikiran saya. Dia terlalu hodoh. “Saya membuat keputusan untuk meninggalkan dia dan tidak akan kembali kepadanya walau apa berlaku,” katanya kepada polis kelmarin. Kejadian sama dilapor berlaku di daerah Gardanibag awal bulan ini apabila seorang wanita meninggalkan rumah mentuanya, sehari selepas berkahwin. Sejurus selepas kejadian, ibu bapa wanita terbabit membuat laporan anak mereka diculik. Namun, segalanya terbongkar selepas polis menemui wanita itu yang tinggal bersama kekasihnya minggu lalu.

Ketika disoalsiasat, wanita terbabit memberitahu dia enggan pulang kepada suaminya yang sudah tua dan hodoh. Seorang lagi wanita dari kawasan sama meninggalkan suaminya dua minggu lalu atas alasan sama. Polis berkata, wanita itu hilang tiba-tiba dari rumah suaminya menyebabkan ibu bapanya melaporkan dia dibunuh keluarga pihak lelaki. Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, polis berjaya menjejaki wanita terbabit di kawasan Bikram dan menemui dia bersembunyi di rumah kekasihnya. Ketika disoalsiasat, wanita itu mengaku meninggalkan suaminya kerana tidak sanggup hidup dengan lelaki hodoh. - Agensi



.

#QZ8501 : [Gambar] Bahagian badan pesawat malang itu kini di temui



#QZ8501 : [Gambar] Bahagian badan pesawat malang itu kini di temui | Kapal Tentera Laut Singapura menemui bahagian badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas ke laut 28 Disember lalu bersama 162 penumpang dan anak kapal, menurut Menteri Pertahanan negara itu. Ng Eng Hen, dalam catatan Facebooknya, menyatakan beliau dimaklumkan kapal tentera laut Singapura, MV Swift Rescue, "sudah menemui kedudukan badan pesawat AirAsia Indonesia di Laut Jawa".

Menurut Ng, imej yang dirakam Kenderaan Kawalan jauh (ROV) jelas menunjukkan bahagian sayap dan badan pesawat berkenaan. "Ketua Tentera Laut Diraja Singapura, Lai Chung Han baru saja memaklumkan kepada saya MV Swift Rescue sudah mengenal pasti lokasi badan pesawat berkenaan di Laut Jawa. “Kami sudah memaklumkan kepada BASARNAS, pihak berkuasa pencarian Indonesia yang kini boleh memulakan operasi," katanya. -AP



.

Isteri nekad gunting kemaluan suami...dua kali.. selepas mengetahui suami curang


Isteri nekad gunting kemaluan suami...dua kali.. selepas mengetahui suami curang | SEORANG isteri yang tidak dapat mengawal perasaan marahnya bertindak menggunting kemaluan suaminya dua kali selepas mendapat tahu perbuatan curang lelaki itu. Media China melaporkan, bapa kepada lima cahaya mata itu, Fan Lung, 32 dikatakan menggunakan telefon bimbit isterinya untuk menghantar emel kepada kekasihnya, Zhang Hung, 21. Bagaimanapun dia terlupa menutup akaunnya hingga menyebabkan perbuatannya itu terbongkar. Sebaik melihat mesej yang dikirim suaminya itu, isterinya, Feng, 30 terus naik berang. Wanita itu terus mencapai gunting dan masuk ke bilik tidur dan menggunting kemaluan suaminya yang ketika itu sedang tidur.

Berikutan kejadian itu, Fan dikejarkan ke hospital untuk menjahit semula organ berkenaan. Bagaimanapun, Feng yang masih tidak puas hati dengan suaminya itu memasuki wad yang menempatkan Fan dan bertindak menggunting kemaluan lelaki itu untuk kali kedua, malahan lebih tragis lagi kemaluannya dibuat ke luar tingkap. Jurucakap hospital itu berkata, pihaknya mengetahui perkara itu apabila ada pelawat memaklumkan seorang lelaki bogel memukul sesorang wanita di pekarangan hospital. "Sebaik tiba di tempat kejadian, kakitangan hospital menahan lelaki yang berlumuran darah di bahagian kemaluan dan kakinya itu daripada terus memukul wanita itu.

"Wanita itu dibawa untuk mendapatkan rawatan dan ketika itu baru kami tahu, kemaluannya dipotong untuk kali kedua," katanya. Berikutan kejadian itu, Feng ditahan polis, manakala usaha polis dan kakitangan hospital mencari kemaluan Fan yang dibuang isterinya tidak berhasil. Mereka percaya organ itu dimakan anjing atau kucing yang berkeliaran di kawasan itu.Jurucakap hospital itu berkata, Fan kehilangan banyak darah dan terpaksa menjalani pembedahan. "Dia dalam keadaan stabil tetapi emosinya terganggu," katanya. Kekasih Fan yang berada di hospital untuk menemaninya bagaimanapun tetap meneruskan rancangan untuk mengahwini lelaki itu. -AP



.

#QZ8501: Dimana 114 mangsa yang masih belum ditemui?



#QZ8501: Dimana 114 mangsa yang masih belum ditemui? | “Sudah hampir seminggu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan tidak menemui mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang jatuh di Selat Karimata, Pangkalan Bun,” kata Ketua Badan Sar Nasional (Basarnas), Bambang Soelistyo yang reda dengan keadaan itu. Bambang berkata, mayat terakhir yang ditemui pasukan pencari adalah mayat pasangan suami isteri warga Korea Selatan, Seong Beom Park dan isterinya Kyung Hwa Lee pada 9 Januari lalu. Menurutnya, keadaan ini sudah tentu membuat keluarga mangsa lain tertekan kerana sehingga ke hari ini, masih ada 114 penumpang dan krew pesawat berkenaan yang belum diketuai nasibnya.

“Kemungkinan hanya 50 peratus dari 114 orang yang mungkin ditemui dalam pencarian berikutnya. “Mudah-mudahan baki 50 peratus itu semua ditemui,” katanya. Soelistyo berkata, operasi yang dijalankan Basarnas adalah berdasarkan standard yang ditetapkan tetapi keadaan alam di lokasi jatuhnya pesawat berkenaan sangat mempengaruhi hasil operasi. “Cuaca buruk, ombak tinggi dan arus laut yang deras menjadi masalah dan ancaman kepada pasukan.

“Waktu pencarian yang lama juga memungkinkan tubuh mangsa rosak atau hilang. Saya juga sudah sampaikan kepada keluarga supaya mereka turut memahami keadaan ini," katanya. Menurutnya, Basarnas akan tetap melakukan pencarian meskipun pada suatu hari nanti operasi SAR yang rasmi dihentikan. "Tetapi, keluarga jangan berprasangka buruk dulu. Saya dan pasukan akan tetap mencari mayat mangsa melalui operasi harian," katanya. Soelistyo berjanji dia dan pasukan SAR akan berusaha kuat menemui semua mangsa dalam apa jua keadaan. - VIVAnews




.

Budak 9 tahun dikenakan waran tangkap berhubung kes curi gula-gula getah



Budak 9 tahun dikenakan waran tangkap berhubung kes curi gula-gula getah | Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dari Amerika Syarikat (AS) dikenakan waran tangkap ekoran kegagalannya hadir ke mahkamah bagi mendengar kesnya berhubung dakwaan mencuri sebungkus gula-gula getah. Stesen televisyen KHQ-TV melaporkan, perintah mahkamah itu dikeluarkan oleh pendakwa raya, Barry McHugh selepas kanak-kanak yang tidak didedahkan namanya itu gagal menghadiri sesi pendengaran kesnya sebanyak dua kali.

Ketua Polis Ihado, Scott Haug berkata, beliau terkejut kerana ini merupakan kali pertama dalam tempoh 30 tahun beliau menerima perintah untuk menangkap kanak-kanak berusia sembilan tahun. Kanak-kanak itu kini dilaporkan berada di Pusat Tahanan Juvenil. – AGENSI

Kanak-kanak ser­ta remaja dikesan alami kesan sampingan selepas dijadikan ‘tikus makmal’ un­tuk uji keberkesanan vak­sin keluaran syarikat farmasi



Kanak-kanak ser­ta remaja dikesan alami kesan sampingan selepas dijadikan ‘tikus makmal’ un­tuk uji keberkesanan vak­sin keluaran syarikat farmasi | Sebahagian kanak-kanak ser­ta remaja India, dikesan mengalami kesan sampingan aki­bat dadah antibarah serviks, selepas dijadikan ‘tikus makmal’ un­tuk menguji keberkesanan vak­sin keluaran syarikat farmasi, Merck Sharp & Dohme Corp. yang dikenali sebagai Gardasil 9. Portal, Mail Online melaporkan, mereka mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk kehilangan berat badan, keletihan, pening kepala, dan masalah kitaran haid selepas menjalani ujian dadah tersebut.

Lebih memburukkan keadaan, ibu bapa kanak-kanak itu mendakwa, mereka tidak tahu bahawa anak mereka digunakan untuk ujian vaksin Gardasil 9 yang belum pernah dicuba kepada manusia. Seorang mangsa, Aman Dhawan, 16, yang tinggal bersama keluarganya di penempatan setinggan Pancham Ki Phel di negeri Madhya Pradesh berkata, mereka menerima wang untuk uji kaji vaksin sebanyak 1,000 rupee (RM56.95). “Doktor memberitahu, vaksin itu bagus untuk perlindungan dari­pada pelbagai penyakit termasuk malaria. “Saya tidak takut untuk mene­rima suntikan, tetapi selepas itu saya tiada selera makan dan tidak mampu bergerak aktif,” katanya.

Syarikat Merck Sharp & Dohme Corp. berdepan dengan perbicaraan Mahkamah Tinggi India atas dakwaan menggunakan kanak-kanak untuk uji kaji dadah antibarah serviks itu. Kes itu juga membabitkan vaksin, Cervarix yang dikeluarkan syarikat GlaxoSmithKline serta pertubuhan PATH dari Amerika Syarikat (AS). Jawatankuasa kerajaan India yang menjalankan penyiasatan kes tersebut memaklumkan, syarikat itu mencabul amanah dan etika perubatan yang secara jelas melanggar hak asasi kanak-kanak dan remaja terlibat.

[Gambar] Niat lelaki cuba seludup 94 iphone tidak berjaya



Niat lelaki cuba seludup 94 iphone tidak berjaya | Taktik seorang lelaki mengikat 94 buah telefon pintar iPhone di badannya untuk diseludup masuk ke China, ternyata membawa padah apabila perbuatannya itu dikesan oleh pihak kastam di sebuah pelabuhan, di sini.Menurut laporan portal Mail Online, kejadian berkenaan berlaku di pusat pemeriksaan imigresen Pelabuhan Futian yang terletak di sempadan antara Tanah Besar China dan Hong Kong, baru-baru ini. Jelas laporan itu, lelaki yang tidak dinamakan tersebut, ditahan selepas pegawai kastam curiga dengan gaya pelik suspek berjalan.


“Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki itu mengikat kesemua telefon pintar terbabit menggunakan pita pelekat dari bahagian dada sehingga paha. “Taktik berkenaan yang dikenali sebagai ‘perisai telefon’ sering digunakan penyeludup untuk membawa masuk telefon ke China,” tambah laporan itu. Antara model telefon pintar yang sering diseludup adalah iPhone 5S dan iPhone 6 Plus.Mengikut undang-undang Hong Kong, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun dan denda sehingga AS$2 juta (RM6.6 juta) jika disabit kesalahan. -AP




.

Mayat wanita ditemui dalam tangki air sebuah bangunan selepas penduduk mengadu air minuman mereka rasa aneh



Mayat wanita ditemui dalam tangki air sebuah bangunan selepas penduduk mengadu air minuman mereka rasa aneh | Mayat seorang wanita ditemui di dalam tangki air di sebuah bangunan apartmen tempat dia tinggal, setahun selepas dilaporkan hilang. Graduan psikologi Carmen Yarira Noriega Esparza (gambar), 27, dilapor hilang Februari tahun lalu. Rakan dan anggota keluarganya sebelum ini mengesyaki dia diculik dan dijual untuk dijadikan hamba seks. Mayat Carmen yang sudah reput ditemui dalam tangki itu selepas penduduk mengadu air minuman mereka rasa aneh. Polis berkata, mayat Carmen mungkin berada dalam tangki itu sejak dia hilang.

 Carmen yang bercita-cita menjadi pelakon dilihat kali terakhir ketika meninggalkan sebuah gimnasium di Mexico City, Februari lalu. Rakan dan anggota keluarga menubuhkan kempen media sosial untuk mengesan dan mencarinya, termasuk menampal gambar pada tiang lampu di jalan raya. Rakannya, Pal Javier Paz, 30, berkata, Carmen berbakat dan cantik, bercita-cita menjadi pelakon. “Apabila dia tidak muncul di klinik tempat dia kerja, kami menyangka dia diculik dan dijual untuk dijadikan pelacur. “Mungkin selama ini mayatnya berada dalam tangki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis kini menumpukan siasatan mereka terhadap bekas teman lelaki Carmen, ahli perniagaan kaya yang membayar sewa apartmen itu untuknya. Carmen kemudian memutuskan hubungan mereka selepas berkenalan dengan seorang peguam kaya dan hilang seminggu sebelum dia keluar dari rumah itu. Penemuan berkenaan mengejutkan penduduk apartmen itu. Kini baru mereka sedar mengapa air yang mereka minum rasa aneh. Seorang jurucakap polis semalam berkata: “Pegawai bandar raya dipanggil memeriksa tangki berkenaan dan apabila membukanya, mereka menemui mayat reput itu.”-AP



.

Program realiti tv dikritik selepas tawar peluang pada wanita hamil untuk melahirkan anak secara semula jadi dalam hutan



Program realiti tv dikritik selepas tawar peluang pada wanita hamil untuk melahirkan anak secara semula jadi dalam hutan | Sebuah program realiti televisyen dikritik selepas menawarkan peluang kepada wanita hamil untuk melahirkan anak secara semula jadi di dalam hutan. Program realiti yang dikenali sebagai Born in the Wild itu diterbitkan bagi memberi peluang kepada wanita untuk merasai pengalaman melahirkan anak di dalam hutan seperti menusia primitif. Dalam program tersebut, beberapa pegawai perubatan akan membantu wanita itu melahirkan anak mereka sama ada secara terbuka di dalam hutan, gua atau berada di dalam khemah.

 Seorang wanita, Audrey Bird, 25, berkata, dia memilih untuk menyertai program tersebut kerana berasa lebih bebas dan mahu dekat dengan alam ketika melahirkan anak ketiganya. `”Pengalaman melahirkan anak di katil hospital amat teruk dan kakitangan hospital juga melayan saya tanpa rasa hormat,” katanya. Bagaimanapun, beberapa doktor mengkritik program berkenaan kerana wanita dan bayi yang dilahirkan berdepan dengan risiko jangkitan kuman akibat keadaan persekitaran yang tidak bersih. – Agensi




.

Gadis direjam sampai mati dan mukanya dihancurkan selepas dia ditangkap berpacaran dengan seorang lelaki



Gadis direjam sampai mati dan mukanya dihancurkan selepas dia ditangkap berpacaran dengan seorang lelaki | Seorang gadis direjam hingga mati dan mukanya ‘dihancurkan sehingga sukar untuk dicam’ oleh bapa dan abangnya selepas dia ditangkap berpacaran dengan seorang remaja lelaki kampung lain. Mayat Pratibha Khan, 19, ditemui rakannya di ladang berhampiran rumahnya dalam keadaan berlumuran darah di Uttar Pradesh, utara India. Penyiasat berkata, dia diheret ke ladang itu oleh bapanya, Jagpal, 65, dan abangnya Pradeep, 36, yang marah selepas mengetahui dia bercinta dengan lelaki dari kampung jiran.

Gadis itu dipercayai dipukul dengan bata sebelum dicekik hingga mati. Mukanya dipukul begitu teruk oleh bapa dan abangnya bagi mengelak dia dicam. Jurucakap polis berkata, laporan bedah siasat menunjukkan Pratibha mati akibat dicekik. Bagaimanapun, dia juga dihentak dengan bata dan direjam dengan batu. “Pemeriksaan terhadap rekod telefon bimbitnya menunjukkan ahli keluarganya terbabit dalam pembunuhannya.


Mulanya, Pradeep mendakwa Pratibha dibunuh kekasihnya. “Bagaimanapun, kami dapat mengesan kenyataan yang diberikan bercanggah apabila kami menyoal kedua-duanya secara berasingan. “Mereka akhirnya mengaku membunuh Pratibha kerana dia bercinta dengan penduduk kampung sebelah,” kata jurucakap polis itu. Seorang lagi abang mangsa, Prabhat, 33, berkata: “Saya tidak kesal atau terkejut atas kematian adik saya. Kalau apa yang dikata orang lain benar, maka saya tidak terkejut abang dan bapa saya membunuhnya.” -AP



.

Adik beradik bertarung nyawa di tengah samudera dalam satu kejadian di Santubong



Adik beradik bertarung nyawa di tengah samudera dalam satu kejadian di Santubong | Dua beradik terpaksa mengerah kudrat berenang sejauh 800 meter menuju pantai bagi mendapatkan bantuan menyelamatkan seorang saudara kandung mereka selepas bot dinaiki rosak sebelum karam dipukul ombak di Pantai Damai, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Mohd Rapi Maas, 30, sempat berpaut pada bot manakala abang dan adiknya, Suhardi, 34, dan Mahyan, 27, terpaksa berenang ke pantai bagi mendapatkan bantuan kecemasan daripada kakitangan pengurusan sebuah hotel berdekatan.

Difahamkan, sebelum kejadian ketiga-tiga beradik terbabit dalam perjalanan dari Kampung Santubong, di sini, untuk keluar memukat ikan tidak jauh dari pantai, namun secara tiba-tiba enjin bot yang mereka naiki rosak. Sumber berkata, dalam masa beberapa minit selepas insiden itu, bot dinaiki mereka kemudian terumbang-ambing akibat dipukul ombak sebelum terbalik. “Dua daripada mereka kemudian mengambil keputusan berenang ke darat manakala seorang lagi sempat berpaut pada bot sebelum diselamatkan. -Metro



.

#BR1M : Oh patutlah ada yang sudah masuk ada yang belum.. Ini penjelasannya..


#BR1M : Oh patutlah ada yang sudah masuk ada yang belum.. Ini penjelasannya.. | Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diagih mulai 15 Januari ini bagi penerima yang sudah mengemas kini maklumat pada tahun lalu sementara mereka yang lambat berbuat demikian akan menerima bantuan itu pada 12 Februari. Pengagihan pertama pada 15 Januari melibatkan 4.9 juta orang sementara agihan pada 12 Februari dijangka melibatkan 2.9 juta penerima. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pengagihan kedua perlu dilakukan memandangkan tarikh akhir untuk mengemas kini maklumat BR1M telah dilanjutkan kepada 31 Januari ini disebabkan banjir besar yang berlaku di beberapa negeri.

Ahmad pada masa yang sama menjelaskan, maklumat mengenai jadual pemberian BR1M mengikut bank yang disebar melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak tepat dan dipercayai dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab. Beliau berkata, mesej palsu yang memetik nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu antaranya untuk menim­bulkan kemarahan rakyat apabila mereka melakukan semakan di bank dan mendapati BR1M belum masuk ke dalam akaun. “Pemilik akaun Bank CIMB telah menyemak akaun mereka seawal 11 Januari dan mendapati BR1M tidak masuk dan akhirnya memarahi kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas sebaran mesej melalui WhatsApp yang antaranya mendakwa bank tertentu termasuk Bank CIMB dan Bank Rakyat mengagihkan BR1M lebih awal iaitu pada 11 Januari. Dalam pada itu, Ahmad berkata, sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank akan menerima BR1M dalam bentuk baucar dari 17 Januari hingga 31 Mac.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada tahun ini, Skim Khairat Kematian akan menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang dilaksanakan pada 2014 dan keadaan itu memerlukan penerima BR1M mengemas kini dan mengisi maklumat waris. “Waris boleh pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan sendiri dan sijil kematian penerima BR1M mulai 2 Februari ini untuk menerima khairat kematian RM1,000 selain baki BR1M yang belum disalurkan,” katanya. Mengenai i-BR1M yang dilaksanakan pada 2014, Ahmad berkata, pihak berkenaan masih boleh melakukan tuntutan sehingga 31 Mac untuk kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal. -Utusan



.

Lelaki menderita tangan tersepit lebih sejam dalam mesin



Lelaki menderita tangan tersepit lebih sejam dalam mesin | Seorang pekerja kilang membuat batu-bata menderita selama hampir sejam selepas tangannya tersepit di dalam mesin di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, di sini, petang semalam. Dalam kejadian 3.50 petang itu, mangsa Ahmad Nur Iqbal Mat Hasan, 28, dikatakan sedang mengeluarkan pasir di dalam satu mesin sebelum tersepit. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zamri Mohd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tangan seorang lelaki tersepit pada 3.55 petang.

 Menurutnya, bomba terpaksa menunggu ketibaan petugas perubatan bersama ambulans yang memberi mangsa ubat penahan sakit sebelum operasi menyelamat dapat dilakukan. Katanya, tangan kanan mangsa berjaya dikeluarkan pada 4.45 petang dan mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!