Sunday, January 18, 2015

Unik! Jurutera cipta sebuah sampan kertas yang boleh manusia naiki selama 2 jam untuk bersiar di tasik



Unik! Jurutera cipta sebuah sampan kertas yang boleh manusia naiki selama 2 jam untuk bersiar di tasik | Sepasukan jurutera di Britain mencipta sebuah sampan diperbuat daripada kertas yang boleh dinaiki oleh seorang manusia selama dua jam. Sampan seberat sekitar 100 kilogram itu dihasilkan daripada segulung kertas khas sepanjang 93 meter yang dicantumkan dengan menggunakan 10 liter gam dan 150 meter pita pelekat. Sampan berkenaan kemudiannya digunakan untuk bersiar-siar di sebuah tasik di selatan bandar raya ini. Sampan unik itu terapung selama dua jam sebelum tenggelam.


Seorang jurutera, Morwenna Wilson berkata, dia dan rakan-rakannya menggunakan kertas yang lebih kuat dan lebih kalis air untuk memastikan sampan itu mampu kekal lama dalam air. “Kami membina sampan ini kerana mahu menarik minat kanak-kanak mengenai sains dan memberi inspirasi kepada mereka,” katanya. Ujarnya, sampan itu juga merupakan salah satu promosi untuk acara tahunan Bing Bang Fair yang mempromosi kerjaya dalam bidang sains, teknologi dan matematik. – Agensi




.

[Gambar] Spesis Cacing Gergasi Ditemui Di Pergunungan Cardamom



[Gambar] Spesis Cacing Gergasi Ditemui Di Pergunungan Cardamom  | SPESIS amfibia gergasi menyerupai cacing tanah yang dikenali sebagai Ichthyophis Cardamomensis ditemui di kawasan terpencil Pergunungan Cardamom di Kemboja. Spesis yang dipercayai kehilangan habitat ini boleh menjangkau 1.5 meter, tetapi ia bukan seekor ular. | Penemuan ini telah disahkan oleh ahli herpatologi (amfibia dan reptilia) Flora Dan Fauna Antarabangsa (FFI) Kemboja, Neang Thy awal bulan ini. "Penemuan ini sangat penting dan membuktikan Kemboja mempunyai banyak lagi spesis tumbuhan dan haiwan yang tidak ditemui oleh ahli sains.


"Malah banyak lagi tempat perlu dikaji," jelasnya yang telah membuat kajian mengenai amfibia dan reptilia sejak 2003. Spesis ini tergolong dalam keluarga 'caecilian'- menyerupai ular atau cacing tanah dan hidup di bawah tanah. Pergunungan Cardamom merupakan kubu rejim Khmer Rouge suatu ketika dahulu, namun kini ia menjadi habitat pelbagai haiwan yang jarang ditemui termasuk gajah Asia. Namun ia bakal pupus kerana berlakunya pencerobohan hutan tanpa kawalan. -AP



.

Penemuan menggemparkan pada sebatang pokok di Taman Negara



Penemuan menggemparkan pada sebatang pokok di Taman Negara  | Selaras senapang berusia 133 tahun mungkin milik seorang cowboy telah ditemui tersandar pada sepohon pokok Juniper di Taman Negara Nevada, Amerika Syarikat oleh ahli-ahli arkeologi yang sedang membuat penyelidikan di taman berkenaan. Senapang itu adalah dari model Winchester yang dikeluarkan pada tahun 1882 dan masih dalam keadaan baik serta sempurna melainkan ia telah berkarat kerana terdedah kepada cahaya matahari dan cuaca.

Ia ditemui November lalu dan kini akan dipamerkan untuk tontonan awam di taman negara tersebut, demikian menurut jurucakap Taman Negara Nevada, Nichole Andler. Bagaimana senapang tersebut boleh berakhir di situ masih lagi menjadi misteri. Menurut Andler, senapang itu mungkin sukar ditemui apabila ia telah bertukar warna menjadi warna coklat kerana karat dan itu menyebabkan warnanya seakan-akan sama dengan warna batang kayu pokok Juniper tersebut.


Pada laras senapang berkenaan terukir perkataan “Model 1873” sekaligus membuktikan yang ia adalah salah satu jenama senapang paling popular pada zamannya. Winchester diketahui mengeluarkan lebih 700,000 unit senapang berkenaan yang mana menurut Andler dijual pada harga yang berpatutan serta dikenali sebagai “senapang yang memenangkan wilayah Barat untuk Amerika”. Winchester mengeluarkan senapang ini dari tahun 1873 sehingga 1916. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!