Monday, January 19, 2015

Inilah perasaan dan luahan hati penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat selepas diberi peluang menyanyikan lagu Romancinta di AJL 29



Inilah perasaan dan luahan hati penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat selepas diberi peluang menyanyikan lagu Romancinta di AJL 29 | Penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, 28, terharu dan €˜'takut' apabila diberi peluang oleh Mojo untuk menyanyikan lagu Romancinta di malam kemuncak Anugerah Juara Lagi ke-29 (AJL29) di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi. Azmi berkata, dia bagaimanapun lega apabila banyak dibantu anggota Mojo. "Menyanyi di AJL pastinya berbeza kerana sebelum ini saya hanya menyanyi di jalanan saja. Biasanya saya tahu siapa penonton saya, tetapi di AJL saya tidak tahu berapa ramai yang menonton. Saya cuma mendengar penonton menjerit-jerit.

"Saya hanya tahu penonton sukakan persembahan kami selepas diberitahu Edry sebaik persembahan tamat," katanya yang sudah setahun '€˜busking'€™ di sekitar Kuala Lumpur. Azmi berkata, dia memang minat menyanyi dan '€˜buskingâ€' sejak dulu. "€œSaya memang suka menyanyi. Suara saya ini anugerah Tuhan," katanya. Ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim berkata, dia mendapat idea untuk menampilkan Caliph Buskers selepas menyaksikan persembahan kumpulan pemuzik Orang Kurang Upaya (OKU) itu di depan pusat beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, baru-baru ini.

"€œSaya jatuh hati selepas menonton persembahan mereka ketika mendendangkan lagu Romancinta dengan baik ketika itu,"€ katanya. Percaturan Edry menampilkan Caliph Buskers yang semua ahlinya cacat penglihatan itu menjadi kerana persembahan mereka bukan saja mendapat tepuk sorak gemuruh oleh barisan juri serta lebih 15,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil sekali gus diangkat sebagai pemenang Persembahan Terbaik. -Metro




.

Gambar viral Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa terbaring kerana uzur.. Ini penjelasannya..


Gambar viral Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa terbaring kerana uzur.. Ini penjelasannya.. | Gambar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa terbaring kerana uzur dan kini tersebar secara meluas di laman sosial adalah gambar lama. Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi hari ini. "Saya tidak pasti itu gambar bila, tapi saya tahu itu gambar lama. Dia sakit (tua) tetapi tidaklah sentiasa terbaring seperti di dalam gambar tersebut," katanya.

Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Abdul Aziz, 83, yang dilihat sedang terbaring sambil dikelilingi dan ditemani anggota keluarga di dalam bilik. Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui bekas Menteri Besar Kelantan itu adalah sebelum berlakunya bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaan beliau ketika itu, cuma sakit biasa.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau mengetahui tentang keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz yang sedang uzur sejak dua minggu lalu, namun keadaannya beransur baik dan tidak seperti dipaparkan dalam gambar. Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilapor berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Terdapat juga laporan dan khabar angin pada Oktober tahun lalu yang mengatakan Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung, namun ia tidak benar. - Bernama




.

Wah kagum! Aplikasi emoji boleh buat macam tu??



Wah kagum! Aplikasi emoji boleh buat macam tu?? | Seorang artis menggunakan simbol emoji untuk menghasilkan beberapa potret selebiriti terkenal yang menakjubkan. Artis berkenaan, Yung Jake menghasilkan gambar potret tersebut menggunakan aplikasi Emoji.Ink yang membolehkan pengguna melukis gambar dengan simbol emoji.


Kebiasaanya pengguna menggunakan aplikasi berkenaan untuk menghasilkan gambar-gambar yang ringkas seperti padang rumput atau menulis nama mereka tetapi potret yang dihasilkan Jake dianggap sangat luar biasa.


Jake mampu menghasilkan potret yang bukan sahaja sangat terperinci tetapi imej selebiriti yang dilukisnya dilihat hidup. Antara potret selebriti yang dihasilkan beliau termasuklah penyanyi terkenal, Miley Cyrus, model popular, Kim Kardashian dan pelawak, Jerry Seinfeld. Jake memuat naik potret-potret berkenaan di laman Twitter miliknya dan mendapat pujian daripada pengguna di laman sosial. – Agensi

Kenapa lagu Apa Khabar menang AJL 29? Ini sebabnya menurut salah seorang juri profesional AJL 29



Kenapa lagu Apa Khabar menang AJL 29? Ini sebabnya menurut salah seorang juri profesional AJL 29 | Menepati ramalan, lagu Apa Khabar dendangan Joe Flizzow menampilkan SonaOne diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL)ke-29 yang berlangsung malam tadi di Stadium Putra Bukit Jalil. Lagu berkenaan sebelum ini pernah dinobatkan sebagai pemenang kategori Lagu Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21 yang diadakan tahun lalu. Lagu Dayang Nurfaizah yang disebut-sebut sebagai saingan sengit lagu Apa Khabar berada di tempat ketiga. Menurut Datuk Mokhzani Ismail yang bertindak sebagai salah seorang juri profesional pertandingan karya lagu kebanggaan TV3 itu, menghuraikan pandangan kenapa lagu Apa Khabar mengungguli AJL 29 di akaun laman Facebook miliknya.

Beliau juga sejujurnya amat berpuas hati dengan keputusan penuh AJL 29. "Pemilihan lagu Apa Khabar sebagai juara amat tepat kerana ia mempunyai ciri-ciri bertaraf antarabangsa selain condong kepada bentuk lagu aliran terkini yang cukup kreatif daripada segi melodi yang bersahaja. "Malah tag line lagu ini yang senang kita ingat iaitu aku tanya apa khabar. Keseluruhan melodinya juga mesra. Kalau dikupas liriknya satu persatu dapat dilihat dengan lebih jelas maksud yang Joe Flizzow rapkan. "Ia bukan sekadar rap biasa yang tidak ketahuan biji butir tapi ia punya isi dan kekuatan . Lagu ini melarikan terus aliran lagu ala-ala percintaan dan bentuk yang stereotype. Bagi saya, mereka telah melonjakkan satu dimensi muzik baru dalam arena industri muzik Malaysia. Yang mampu diletakkan di arena muzik global," katanya.

Mokhzani berkata, memilih lagu terbaik dapat dilihat pada kreativiti melodinya dengan kupasan lirik dalam penyampaiannya. "Impak lagu ini nampak hidup dalam genre yang dipilih. Penyanyi hanya sebagai penyampai. Apapun lagu yang baik datang dengan pakej yang melengkapi segala-galanya. "Perlu diingat segala yang kita tengok atas pentas daripada aspek lain termasuk gubahan, set dan kreatif persembahan adalah nilai tambah semata-mata. "Kesimpulannya walau genre apa sekalipun yang mereka pilih, kualiti tetap menjadi perkara utama. Karya seni ini tidak terbatas pada muzik mood ala-ala Melayu. Muzik Malaysia ini kalau boleh kita mahu ke pasaran antarabangsa . "Kalau tak dia hanya berlegar-legar dari Perlis ke Sabah saja. Sebelum ini lagu balada lebih mendominasi AJL sedari dulu. Biasalah kebanyakan lagu balada terutamanya cepat meresap ke dalam jiwa pendengar. Melodinya balik-balik akan ke arah situ juga," katanya.

Mokhzani turut menjelaskan kebanyakan lagu balada cepat sampai ke jiwa terutamanya pendengar Melayu kerana jiwa Melayu dengan terma minor tak dapat dilarikan. Ia cepat menangkap telinga dan jiwa tetapi perlu kita sedar cabang atau genre muzik ini luas. Katanya, kreativiti ini tidak terbatas pada satu genre dan peluang sama rata kepada yang terbaik daripada genre yang berbeza perlu diberikan. Lagu Apa Khabar katanya menyerlahkan bagaimana sesebuah lagu bentuk baru menjadikan ia unik kekuatannya dan lain dari yang lain. "Yang balada ini kalau ia boleh melarikan dari kebiasaan, baru akan nampak kelainan. Bukan tak bagus. Kualitinya ada tetapi banyak sangat lagu sedemikian di pasaran. Malah kalau dipanggil juri luar negara pun pasti mereka melihat dari persepsi yang sama.

"Lagu terbaik perlulah kalau boleh mempunyai ciri standard pasaran antarabangsa. Sudah sampai masa kita ubah aliran. Menerima sesuatu yang luar dari kebiasaan mungkin susah tapi kalau tak dimulakan dari sekarang bila lagi kita akan berada di takuk lama. "Ubah aliran kepada yang lebih baik sekurang-kurang ia sebagai satu anjakan atau lonjakan. Kadang-kadang apa yang kita minat itu sebenarnya kita menjurikan berdasarkan naluri kita sendiri dan tidak bolehlah kita memaksa semua hendak mengikut kehendak kita," katanya yang cukup terkesan dengan persembahan Mojo menampilkan penyanyi cacat penglihatan mendendangkan RomanCinta. Mokhzani di akhir catatannya turut mengucapkan tahniah kepada pihak produksi AJL 29 dan TV3 atas penganjuran yang cukup gemilang itu.

"Tak lupa tahniah diucapkan kepada Dayang Nurfaizah. Tiada yang lebih layak untuk merangkul kategori Vokal Terbaik selainnya. Daripada awal buka mulut sampai akhir susah nak jumpa salah Dayang. "Pitching, penghayatan dan keyakinan di atas pentas tidak goyang. Tahniah juga kepada pemuzik orkestra pimpinan Datuk Ramli MS yang sangat hebat dan juga pemenang lain. Semua komposer dan penyanyi yang bertanding amat saya kagumi bakat kalian," katanya. Selain Mokhzani, persembahan 12 finalis AJL 29 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Faizal Tahir, Acis, Loque, Cat Farish, Azlan Abu Hassan dan Moots (Pop Shuvit) dan Azmeer bertindak sebagai ketua juri. -BH




.

Penemuan mengejutkan pada rambut seorang wanita


Penemuan mengejutkan pada rambut seorang wanita | Seorang ibu muda ditahan selepas dituduh cuba menyeludup kokain bernilai RM270,000 dalam rambut palsu. Polis berkata, wanita Portugis itu menyembunyikan 880 gram dadah kelas A dengan menyilangkannya antara rambut asal dengan rambut palsunya.


 Pihak berkuasa di Lapangan Terbang Barajas Adolfo Suarez di sini mengesyaki seuatu yang tidak kena pada wanita itu yang tiba dari Sao Paulo, Brazil, apabila dia berkelakuan mencurigakan. Polis juga berkata wanita itu turut menggunakan anak perempuannya berusia tiga tahun sebagai umpan untuk mengelirukan pihak berkuasa. Polis antinarkotik terpaksa menggunting rambut wanita itu sebelum menemui kokain berkenaan.

Penerbangan terpaksa ditangguhkan kerana jurutera dan juruterbang penerbangan bergaduh



Penerbangan terpaksa ditangguhkan kerana jurutera dan juruterbang penerbangan bergaduh  | Gara-gara pergaduhan antara juruterbang dan jurutera, satu penerbangan syarikat Air India dari Chennai ke Paris terpaksa ditangguhkan selama tiga jam, awal pagi semalam. Menurut laporan portal Mail Online, pesawat terbabit tiba dari Mumbai dan dijadualkan berlepas pada pukul 9.45 pagi (1.15 waktu Malaysia) tetapi mengalami masalah teknikal. Jurucakap syarikat Air India, G.P Rao mengesahkan juruterbang yang dikenali sebagai Kapten Manik Lal menyerang jurutera pesawat, V.T Kannan di dalam kapal terbang penumpang yang bersedia untuk berlepas.

Advertisement Jelas Rao, pergaduhan tersebut tercetus dipercayai akibat pertikaian antara kedua-dua lelaki berkenaan apabila Manik menyuarakan rasa tidak yakin masalah teknikal penerbangan AI 143 itu telah selesai, sekali gus enggan meneruskan penerbangan. “Manik tidak gembira melihat ramai orang (jurutera) di dalam kokpit dan menghalau mereka keluar.

“Namun tindakan Kannan kemudiannya memasuki kokpit untuk cuba memberi penjelasan berakhir dengan pergaduhan apabila Manik didakwa menumbuk jurutera itu,” kata Rao. Bagaimanapun Rao berkata, pesawat yang membawa 122 penumpang itu hanya berlepas selepas tiga jam kemudian apabila pihak syarikat mengarahkan Manik diganti dengan juruterbang lain. “Siasatan berhubung insiden berkenaan telah dijalankan dan Kannan dilaporkan mengalami kecederaan kecil di bahagian dagu,” katanya. -AP



.

Mimpi ngeri seorang buruh binaan di China yang hampir maut selepas



Mimpi ngeri seorang buruh binaan di China yang hampir maut selepas | Seorang buruh binaan di sini hampir maut selepas mukanya ditembusi sebatang pancang besi selepas terjatuh di sebuah tapak pembinaan di bandar Chongqing di wilayah Yongchun, barat daya China baru-baru ini. Kejadian tersebut berlaku ketika lelaki berkenaan terjatuh di atas sebatang pancang besi ketika menuruni tangga di sebuah tapak pembinaan. Beberapa pekerja terpaksa memotong pancang besi berkenaan yang menembusi dari bahagian bawah rahang sehingga ke hidung mangsa sebelum membawanya ke sebuah hospital berhampiran.

Ketika di hospital doktor terpaksa meminta bantuan bomba untuk sekali lagi memotong lebihan pancang besi berkenaan sebelum mengeluarkan besi itu melalui pembedahan. Seorang doktor berkata, lelaki itu yang terpaksa menahan kesakitan ketika pancang besi dipotong sangat bernasib baik kerana besi tersebut tidak mengenai saluran darah utama. "Pesakit ini berada dalam keadaan stabil dan dia dijangka sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan,” katanya. - Agensi




.

Air Asia akui, pramugarinya disaman oleh penumpang pesawat itu



Air Asia akui, pramugarinya disaman oleh penumpang pesawat itu | Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X mengesahkan saman seorang jururawat dari Melbourne, Australia, Erin Crocker, 36, kerana insiden pramugari yang terjatuh keatasnya ketika pesawat melanggar kawasan berawan di Thailand. Bagaimanapun menurut jurucakap syarikat itu, mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan susulan kerana kes itu sudah dirujuk ke mahkamah di Australia.


 "Kita menerima saman itu dan mengesahkan kes itu. "Bagaimanapun kita tidak akan memberi sebarang kenyataan kerana peguam Crocker sudah membawa kes itu di mahkamah di sana," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini. Memetik laporan akhbar Australia Herald Sun, Crocker memberitahu, kejadian yang dialaminya tahun lalu itu menyebabkannya mengalami keretakan tulang kaki dan ligamen terkoyak yang memerlukan pembedahan.


Crocker bagaimanapun menolak penyelesaian dari AirAsia dan mahu penyelesaian di mahkamah selain mahu menuntut hak terhadap insiden berkenaan. Peguam Crocker, Nancy Yonan Arnold Thomas dan Becker berkata, Crocker turut menuntut ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan, kehilangan kesenangan hidup, perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan. -AP




.

Pekerja kilang terbunuh selepas motosikal terlibat kemalangan menyebabkan dia terseret dan dirempuh kereta



Pekerja kilang terbunuh selepas motosikal terlibat kemalangan menyebabkan dia terseret dan dirempuh kereta | Seorang pekerja kilang terbunuh selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Tahana, Tampoi di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6.45 petang, mangsa Saiful Nizam Sukaji, 20-an, meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai turut terseret sebelum dilanggar kereta dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila motosikal mangsa hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan. Menurutnya, mangsa yang bekerja di Kawasan Perindustrian Tampoi dipercayai terseret sebelum dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan. "Mangsa yang berasal dari Kampung Tahana parah di kepala dan badan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya. -Metro



.

Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemui lemas di tasik universiti itu



Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemui lemas di tasik universiti itu | Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemui lemas di tasik universiti itu kira-kira jam 8 malam tadi. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Amirul Haqim Ishak, 24, berasal dari Pokok Sena Kedah ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 8 malam. Katanya, pihaknya menerima panggila kira-kira jam 5.33 petang yang memaklumkan terdapat seorang lelaki dipercayai lemas di tasik berkenaan.

 "Setibanya di tempat kejadian komander operasi mendapati terdapat seorang lelaki telah lemas di tasik berkenaan. "Pasukan penyelamat kemudian menjalankan operasi mencari dan mengenalpasti lokasi mangsa sehingga mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 8. malam," katanya. Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Rahim Shaari tamat kira-kira jam 8.10 malam. -BH



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!