Tuesday, January 20, 2015

Anjing berusia 5 bulan terpaksa melompat seperti kanggaru untuk bergerak



Anjing berusia 5 bulan terpaksa melompat seperti kanggaru untuk bergerak | Seekor anjing berusia lima bulan yang kudung kedua-dua belah kaki hadapannya terpaksa melompat seperti seekor kanggaru untuk membantunya bergerak. Anjing yang dikenali sebagai Roo itu, dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki hadapan menyebabkan ia terpaksa menggunakan kaki belakangnya untuk melompat seperti kanggaru. Haiwan tersebut diselamatkan oleh sebuah badan kebajikan haiwan di sini sebelum diserahkan kepada seorang jururawat, Nikki Dick untuk dipelihara.

Dick, 50, berkata, Roo merupakan seekor anjing yang istimewa kerana ia berjalan tidak ubah seperti kanggaru. Katanya, walaupun hanya menggunakan dua kaki belakang untuk berjalan tetapi ia mampu bergerak dengan pantas tanpa sebarang masalah. “Sekali imbas pasti ramai menyangka Roo adalah seekor kanggaru kerana cara ia berjalan dan melompat hampir menyerupai haiwan berkenaan,” katanya. – Agensi




.

Majlis persaraan guru besar berakhir tragis dan menyayat hati apabila dia meninggal dunia di majlis itu



Majlis persaraan guru besar berakhir tragis dan menyayat hati apabila dia meninggal dunia di majlis itu | Majlis persaraan seorang guru besar sepatutnya berjalan baik tetapi berakhir dengan tragis dan menyayat hati apabila dia meninggal dunia di majlis berkenaan pada Selasa. Cheah Hock Hin, merupakan guru besar SK Tanah Kebun di Parit Buntar.

Ketika kejadian, Cheah, 60, masih berada di atas pentas sedang menonton persembahan muzikal selepas menyampaikan ucapannya pada tengah hari, sebelum jatuh pengsan. Beberapa guru cuba untuk menyedarkannya kembali tetapi gagal. Dia dipercayai meninggal dunia kerana serangan jantung. -Mstar



P/S - Sekadar gambar hiasan




.

Gambar Nuha, penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2014 ini jadi kontroversi



Gambar Nuha, penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2014 ini jadi kontroversi | Gara-gara dia memuat naik sekeping gambar menunjukkan keadaan terlebih mesra dengan penyanyi Ewal, namanya terpalit kontroversi. Dalam gambar yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya, @nuhaaf2014official, jelas kelihatan Nuha mengambil gambar dalam keadaan posisi badannya begitu rapat dengan badan Ewal. Lantas dia dikecam hebat kerana bergambar dengan lelaki bukan muhrim dalam keadaan yang keterlaluan dan tidak menjaga batas sebagai seorang wanita berhijab. Memetik kenyataan penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) ini berkata, tujuan dia memuat naik gambar itu hanyalah untuk mempromosikan rancangan yang saya sertai iaitu Karok La Kau yang disiarkan di Astro Ria.

Namun dia tidak menyangka pula gambar itu mencetuskan buah mulut orang. Katanya, perkara itu berlaku dalam keadaan spontan dan ketika gambar tersebut diambil, kedudukan kami tidaklah serapat seperti yang terlihat dalam gambar itu. "Bagi saya, perkara ini bukan masalah besar sebab saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Ketika gambar tersebut diambil, kedudukan kami tidaklah serapat seperti yang terlihat dalam gambar itu. "Segalanya terjadi dengan tidak sengaja dan dalam keadaan spontan. Masing-masing sedang sibuk dengan penggambaran sebuah program pada waktu itu dan secara tiba-tiba ada rakan yang mahu mengambil gambar kami. Jadi, secara pantas kami berdua menunjukkan pose masing-masing.

"Dengan keadaan bilik yang kecil, jadi saya terpaksa menundukkan sedikit bahagian badan. "Pada waktu mahu memuat naik gambar itu, saya tidak fikir apa-apa yang tidak betul pada gambar tersebut. Selepas memuat naik, saya menyambung semula kerja yang dilakukan. Kalau orang di luar sana masih mahu bercakap buruk tentang saya, saya tidak kisah, sebab saya tahu saya tidak salah. Apa yang penting, saya tahu siapa diri saya, itu sudah cukup. Kata Nuha lagi, sebagai seorang artis dan gadis yang berhijab, dia tahu batas-batas pergaulan. Tidak mungkin dia tidak terfikir tentang perkara seperti itu. Cuma, mungkin keadaan mereka pada waktu itu tidak disengajakan, itu sahaja.


"Orang boleh bercakap apa sahaja. Terpulang kepada semua kalau masih mahu bangkitkan lagi isu gambar itu. Sejujurnya, saya sudah penat mahu menjelaskan perkara sebenar kepada khalayak. Makin dilayan makin ramai yang bertanya. "Jadi, saya ambil pendekatan untuk tidak ambil kisah lagi dengan isu tersebut. Untuk meredakan keadaan, saya juga sudah buang gambar itu daripada akaun Instagram saya. "Bukan sebab takut tetapi saya tidak mahu perkara ini menjadi lebih besar dan risau juga kalau ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan gambar itu. Jadi, lebih baik saya buang awal-awal," katanya. -Kosmo!

Video kanak-kanak ditampar pengasuh kerana makan tak habis tersebar



Video kanak-kanak ditampar pengasuh kerana makan tak habis tersebar | Sebuah video yang menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan ditampar oleh pengasuhnya telah dimuatnaik ke laman video popular Youtube, baru-baru ini. Kanak-kanak tersebut juga ditumbuk selepas gagal menghabiskan makanan yang diberikan pekerja pusat jagaan bayi berkenaan. Kejadian tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pusat pengasuhan kanak-kanak. Menurut straitstimes.com, suspek juga membuat ugutan bunuh terhadap kanak-kanak berkenaan. Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek wanita berusia 33 tahun berkenaan pada Sabtu lepas. -AP



.

Kejadian ini betul-betul menggemparkan dunia



Kejadian ini betul-betul menggemparkan dunia | Mengejutkan dan menyedihkan apabila seorang bapa bertindak di luar kewarasan apabila sanggup menanam anaknya sendiri dek kerana anaknya seorang perempuan. Kejadian yang dilaporkan berlaku di India ini benar-benar mengejutkan dunia. Memetik laporan New Delhi Television Limited Is An India (NDTV) berkata, lelaki itu cuba menguburkan anak perempuananya yang berusia 10 tahun hidup-hidup tanpa alasan logik.

Jelas laporan itu, alasan lelaki itu bagi ‘membenarkan’ perbuatannya itu adalah kerana anaknya adalah perempuan. Menurut polis, beberapa saksi melihat ‘aksi’ tertuduh yang menggali sebuah lubang di taman belakang rumahnya ‘bagi tujuan pengebumian tersebut’ tatkala isterinya keluar. Dia dikatakan meletakkan anaknya dalam lubang dengan tangannya diikat dan mulut ditutup. Lantas menimbus tanah sehingga paras dada.

Namun usaha tersebut gagal apabila sebaik sahaja isterinya pulang, isterinya mula mempersoalkan di mana anak mereka, dan perbuatannya mula dibongkarkan oleh jiran-jiran yang melihat kejadian terbabit. Pada mulanya, suspek cuba menyembunyikan kegiatannya dengan meletakkan bakul buluh di atas kepala anak perempuan mereka, dengan niat untuk meneruskannya perbuatan tersebut selepas itu namun sudah diketahui awal oleh jirannya. Mereka dikatakan telah memukul suspek sebelum memanggil polis. -AP




.

Seorang lelaki selamat walaupun terbabit dengan kemalangan ngeri



Seorang lelaki selamat walaupun terbabit dengan kemalangan ngeri | Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di dalam pikapnya yang tersepit di antara dua buah treler dalam satu kemalangan di Lebuh Raya I-84 di bandar Baker, di sini, kelmarin.Portal Mail Online melaporkan, Kaleb Whitby, 27, bagaimanapun selamat dan tidak mengalami kecederaan serius. “Kemalangan itu berlaku ketika cuaca berkabus dan saya cuba mengelak daripada sebuah trak tetapi keadaan menjadi lebih teruk, apabila pikap saya bertembung dengan sebuah treler lagi,” ujarnya.


Katanya, secara tiba-tiba datang sebuah lagi treler dari arah belakang menghimpit, menyebabkan dia tersepit di antara dua kenderaan besar itu. “Saya cuba menyelamatkan diri serta meminta pertolongan sebelum pasukan penyelamat mengeluarkan saya,” ujar Whitby yang merupakan seorang petani dari Pasco, Washington. Selepas diperiksa pasukan penyelamat, mereka mendapati Whitby tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Kemalangan dahsyat itu turut dirakam dan dimuat naik ke laman sosial. -AP




.

Wanita 44 tahun nekad gugur kandungan kerana anak 13 tahunnya tidak mahu adik



Wanita 44 tahun nekad gugur kandungan kerana anak 13 tahunnya tidak mahu adik | Seorang wanita berusia 44 tahun yang hamil dilapor menggugurkan kandungannya selepas anaknya berusia 13 tahun mengugut membunuh diri minggu lalu. Menurut akhbar Wuhan Evening News, wanita itu, Xiao, dan suaminya, pemilik sebuah syarikat, mengambil keputusan untuk mendapatkan anak kedua selepas China melonggarkan dasar satu anak yang membolehkan pasangan untuk memiliki dua anak jika seorang daripada mereka anak tunggal.

“Selepas anak pertama kami Wen Wen mengetahui saya hamil, dia sering mengancam untuk terjun dari bangunan jika kami meneruskan rancangan untuk mempunyai anak kedua. “Dia juga sering menghempaskan barang untuk melepaskan kemarahannya,” kata Xiao. Wen Wen juga mengancam melarikan diri dari rumah, tidak menduduki peperiksaan kemasukan sekolah menengah dan cuba membunuh diri. Selepas Xiao menyedari kesan torehan pada lengan anaknya itu, dia dan suaminya lebih berwaspada. Kerana bimbang kehilangan anak pertama mereka, dia diiringi suaminya pergi ke hospital dan mengugurkan kandungannya yang sudah berusia 13 minggu. - Agensi



.

Penduduk gempar melihat kawasan perairan mereka yang berbeza daripada sebelumnya



Penduduk gempar melihat kawasan perairan mereka yang berbeza daripada sebelumnya | Penduduk di sekitar pantai di wilayah Queensland, Australia digemparkan dengan kehadiran sekumpulan besar ubur-ubur berwarna biru menawan kawasan perairan peminat luncur air popular di Gold Coast, semalam. Laman web Daily Mirror melaporkan, ribuan ubur-ubur itu dilihat memenuhi setiap sudut perairan di pantai Gold Coast yang menjadi syurga para peluncur air tersebut. Seorang jurugambar dan ang­gota penyelamat pantai, Grahame Long tidak melepaskan peluang merakamkan beberapa imej ubur-ubur yang terapung di Narrowneck berdekatan Brisbane.


Kumpulan besar ubur-ubur itu terapung kira-kira 400 meter dari pesisir pantai. Grahame Long berkata, dia pernah melihat kawanan ubur-ubur sebelum ini di kawasan itu, namun kali ini bilangannya lebih banyak. “Kawanan ubur-ubur itu hanya berhimpun di satu kawasan sahaja,” ujarnya lagi. Namun, kawanan ubur-ubur itu kini semakin menghilang dan mula bergerak dari kawasan tersebut ke Gold Coast Seaway. Ubur-ubur itu dilaporkan bergerak ke perairan Gold Coast sepanjang perayaan Krismas kerana tiupan angin kuat dari timur laut dan sering kali dijumpai terpijak, mengganggu para perenang dan peluncur air yang acap kali di­sengat. -AP




.

Remaja rancang berkahwin hadapi masalah kerana bakal suami adalah bapa kandungnya sendiri



Remaja rancang berkahwin hadapi masalah kerana bakal suami adalah bapa kandungnya sendiri | Seorang remaja yang merancang untuk berkahwin mungkin menghadapi masalah untuk meminta ibunya hadir di majlis itu kerana yang akan menjadi suaminya ialah bapa kandungnya sendiri. Remaja berusia 18 tahun yang tidak dinyatakan identitinya itu baru-baru ini mendedahkan secara terperinci mengenai hubungannya selama dua tahun dengan bapanya dalam wawancara dengan Science of Us, bermula dari detik mereka jatuh cinta dan pertama kali melakukan seks hinggalah rancangan masa depan mereka. Satu daripada rancangan itu yang pasti berlaku ialah kedua-duanya akan mempunyai anak.

Remaja yang berasal dari wilayah Great Lakes itu bertemu semula bapanya ketika berusia 16 tahun, selepas 12 tahun berpisah. Dia dilahirkan selepas bapa dan ibunya mengadakan seks selepas satu majlis tarian, dan sejak itu dibesarkan oleh ibunya. Bapanya menjejakinya menerusi Facebook ketika dia masih bersekolah dan selepas bertemu buat pertama kali, dia tinggal bersama bapanya selama seminggu. Hubungan mereka bertambah erat dan pada minggu itu juga, mereka mengadakan seks buat kali pertama. Ayah dan anak itu tidak menyembunyikan hubungan mereka, malah ramai yang rapat dengan mereka mengetahui hubungan itu. “Keluarga sebelah ibu saya melihat kami sebagai bapa dan anak. Mereka mengetahui dia bapa saya dan tahu kami sudah bertunang, termasuklah datuk dan nenek saya.

“Mereka dapat melihat kami bahagia bersama dan tidak sabar untuk melihat kami mempunyai anak. Mereka melayan kami sama seperti pasangan lain,” katanya. Majlis perkahwinan sudah dirancang dan gadis berkenaan bercadang memberitahu ibunya selepas mereka berpindah ke New Jersey. “Kami merancang berpindah ke New Jersey kerana di sana tidak ada undang-undang melarang perkahwinan hubungan anak dan bapa. Sebaik tiba di sana, saya akan memberitahu ibu saya bahawa kami bercinta dan akan mempunyai anak. Jika dia berminat untuk melihat cucunya, kami akan mengirimkan wang dan dia boleh datang melawat kami,” katanya. -AP



.

Wanita yang juga masih isteri orang dicekup bersama lelaki dipercayai teman lelakinya dalam sebuah rumah



Wanita yang juga masih isteri orang dicekup bersama lelaki dipercayai teman lelakinya dalam sebuah rumah | Seorang wanita berstatus isteri orang yang lari dari rumah sejak empat bulan lalu akhirnya ditemui apabila dicekup bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya dalam sebuah rumah di Durian Tunggal, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 3 pagi itu, wanita berusia 23 tahun dari Gemas, Negeri Sembilan tidak bekerja dan mempunyai tiga anak dipercayai tinggal bersama seorang lelaki berusia 27 tahun di sebuah rumah yang baru disewa minggu lalu.

Bagaimanapun, hubungan terlarang pasangan yang mendakwa suami isteri itu dihidu pegawai syarak, anggota polis serta penduduk di taman perumahan terbabit. Sumber berkata, wanita berkenaan meninggalkan suaminya yang berusia 36 tahun serta tiga anak berusia antara setahun hingga tujuh tahun pada pertengahan Oktober tahun lalu dipercayai keluar sehelai sepinggang kerana mengikut teman lelaki. “Wanita terbabit dipercayai terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki yang baru dikenali dengan menyewa rumah di beberapa tempat sepanjang menghilangkan diri sebelum mereka tinggal di taman perumahan berkenaan. -Metro



.

Remaja yang juga merupakan anak anggota polis maut terjatuh tingkat enam kuarters



Remaja yang juga merupakan anak anggota polis maut terjatuh tingkat enam kuarters | Seorang remaja lelaki yang juga anak anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat enam kuarters Unit Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Padang Tembak, Air Itam, 1.15 petang semalam. Mangsa, Mohd Hizri Jaafar, 18, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa maut lima minit sebelum ambulan tiba di lokasi kejadian. "Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. "Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!