Thursday, January 22, 2015

Tanggung derita untuk kelihatan cantik dengan buat pembedahan plastik, peha bekas ratu cantik mula reput



Tanggung derita untuk kelihatan cantik dengan buat pembedahan plastik, peha bekas ratu cantik mula reput | Bekas ratu cantik dari Brazil terpaksa bertarung nyawa dan menanggung derita sepanjang hayat hanya kerana untuk kelihatan cantik. Andressa Urach, 27, mengakui apa yang berlaku telah mengubah hidupnya, sekaligus memberikan pengajaran paling pahit untuk dikenang sepanjang masa. “Saya ketagihan pembedahan plastik. Pada masa itu, saya hanya mahu orang lain memandang saya dengan penuh rasa cemburu,” katanya.

Menurut Urach, keinginan yang begitu tinggi untuk mencantikkan lagi pehanya membuatkan dia mengambil keputusan untuk menjalankan rawatan kaedah menyuntik pehanya dengan (filler) bahan kimia, hidrogel dan polymethylmetacrylate (PMMA). Namun bentuk peha yang diidamkan tidak kesampaian apabila doktor mengesahkan bahan kimia yang disuntik ke dalam paha mula mereputkan tisu kulitnya. “Rawatan kecantikan yang dijalankan mula mereput dan memakan tisu peha saya. -AP




.

Ini bukti, kerana facebook ramai pasangan bercerai



Ini bukti, kerana facebook ramai pasangan bercerai | Tidak dinafikan lagi pengguna untuk berkongsi apa sahaja, tidak terkecuali luahan perasaan yang menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap orang lain di sekeliling mereka. agi pengguna aktif aktif laman sosial seperti Facebook, Twitter atau blogger, kebanyakan mereka cenderung untuk memiliki tabiat ini. Bagaikan trending, laman sosial seperti Facebook kini dijadikan sebagai punca peningkatan jumlah perceraian antara pasangan suami isteri masa kini.

Menerusi statistik terbaru yang dikeluarkan sebuah firma guaman di Leeds menunjukkan data bahawa lebih 66 daripada 200 pasangan di England bercerai berpunca daripada Facebook. Rakan kongsi firma undang-undang Lyn Ayrton, seperti yang dipetik menerusi portal berita Metro.co.uk menjelaskan, selain menjadi faktor perceraian, Facebook juga boleh dijadikan sumber bagi mendedahkan aktiviti atau maklumat peribadi yang dipaparkan oleh pasangan masing-masing.

 “Sosial media bagaikan buku log kehidupan kita. Sebarang perkongsian, catatan, gambar serta rekod aktiviti boleh diambil daripada laman itu dan digunakan di mahkamah. “Jika individu itu tidak berterus-terang dengan pasangannya mengenai kedudukan kewangannya. Kami boleh mengesan dan menjejak apa sahaja maklumat peribadi khususnya berkaitan kewangan untuk menjejaskan kredibilit pasangan di mahkamah,” katanya lagi. Sehubungan dengan itu, pengguna Facebook seharusnya lebih berhati-hati dalam mengawal selia privasi akaun sosial dari diceroboh oleh mana-mana pihak. -AP



.

Jurulatih tentera terkejut dengan apa yang dilakukan oleh salah sorang rekrutnya



Jurulatih tentera terkejut dengan apa yang dilakukan oleh salah sorang rekrutnya | Seorang jurulatih tentera yang berang apabila rekrut baru tidak membersihkan tandas ke tahap yang dimahukannya terkejut apabila seorang daripada mereka menjilat lantai tandas berkenaan. Sarjan Cai Peng mengarah rekrut berkenaan membersihkan asrama dan bilik air mereka, termasuk mangkuk tandas.


Dia mahu memastikan tidak ada sebarang kesan kotor apabila datang untuk memeriksanya. Bagaimanapun, jurulatih di Kolej Vokasional dan Tenik Komunikasi Sichuan di bandar Chengdu itu berang apabila hasil kerja yang diarahnya tidak memuaskan hatinya. Dia menjerit ke arah rekrut berkenaan sambil mengancam mengenakan hukuman terhadap mereka apabila seorang rekrut bersuara. -AP



.

Ini reaksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) diatas penyebaran video artis Zamani yang tersebar menyanyi dalam keadaan bergari



Ini reaksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) diatas penyebaran video artis Zamani yang tersebar menyanyi dalam keadaan bergari | Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penyebaran video artis Zamani yang tersebar dalam keadaan bergari. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan kepada individu yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman itu. "PDRM akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang memuat naik video Zamani nyanyi semasa bergari," katanya menerusi laman Twitter tadi.


Video berdurasi 1 minit 23 saat itu menunjukkan artis terbabit duduk dalam keadaan bergari dan dipaksa menyanyi dalam balai polis. Video itu mula menjadi viral pada hari ini dan kebanyakkan orang ramai mengkritik tindakan mengaibkan itu. Semalam, penyanyi terbabit ditahan polis bersabit kesalahan memiliki dadah dan sudah direman selama empat hari bermula semalam. -Metro



.

Nelayan jumpa sesuatu yang mengejutkan ketika menangkap ikan



Nelayan jumpa sesuatu yang mengejutkan ketika menangkap ikan | Sejenis ikan yu yang dikategorikan sebagai ikan pra-sejarah telah dibawa ke darat oleh seorang nelayan. Ikan yu tersebut atau frilled shark mempunyai badan seperti belut dan mempunyai 300 batang gigi. Menurut ABC News, ikan tersebut yang wujud semenjak 80 juta tahun lampau dan boleh dijumpai pada ke dalaman laut 1,500 meter.


Ikan tersebut pada mulanya diberikan kepada Organisasi Penyelidikan Industri dan Saintifik (CSIRO) namun CSIRO memberitahu mereka sudah mempunyai spesimen ikan tersebut. Ikan tersebut dipercayai sudah dijual. -AP



.

Bukti kewujudan seorang kanibal yang sangat ganas di Kalimantan Tengah, Indonesia



Bukti kewujudan seorang kanibal yang sangat ganas di Kalimantan Tengah, Indonesia | Muncul lagi seorang kanibal di Indonesia - dan kali ini dia dikhabarkan lebih kejam berbanding orang terdahulu. Bertempat di Kotawaringin Timur, Kalimantan Tengah, Budi Santoso didakwa menyembelih dua pekerja ladang kelapa sawit sebelum membelah dada mangsa dan memakan hati seorang daripada mereka. Media melaporkan, kejadian berlaku di ladang kelapa sawit di Desa Pundu, Cempaga Hulu. Mangsa dikenali sebagai Mukada dan Sutono.

Kalteng Pos melaporkan, Budi bertindak kejam kerana berdendam dengan dua lelaki terbabit yang pernah bekerja bersamanya di ladang kelapa sawit berkenaan. Budi dipercayai dibuang kerja dari situ gara-gara tindakan Mukada dan Sutono. Seorang daripada mereka dipercayai mandur dan seorang lagi pengawal keselamatan. Media melaporkan, berlaku pergaduhan antara Budi dengan dua mangsanya.

Dalam pergaduhan itu Budi bersenjatakan pisau pemetik buah kelapa sawit. Sebelum itu Budi dilaporkan menahan sebuah bas sekolah membawa anak-anak pekerja ladang dan mengamuk di situ. Melihat keadaan berkenaan, Mukada dan Sutono cuba menghalangnya, namun tindakan itu sebaliknya menambah kemarahan suspek. Sehingga semalam, polis belum mengetahui motif Budi bertindak begitu ganas. -AP



.

Banduan larikan diri dari penjara kerana ingin menemui isterinya yang minta cerai



Banduan larikan diri dari penjara kerana ingin menemui isterinya yang minta cerai | Seorang banduan ditangkap semula selepas memboloskan diri dari Penjara Banyuwangi dalam tempoh kurang dari 24 jam. Puncanya - dia pulang ke rumah isterinya sejurus selepas melarikan diri. Jurucakap polis, Tri Bisono Soemiharso berkata, Agus Sudiono, 38, ditangkap tepat jam 12 tengah malam kelmarin di Jember. Apabila disoal siasat, kata Tri, Agus mengaku perlu menemui isterinya kerana wanita terbabit meminta cerai daripadanya.

“Kami sedang menyiasat bagaimana Agus boleh terlepas dari penjara dan melihat kemungkinan ada wader yang bersubahat dengan dia,” katanya. Agus menunggang motosikal dari penjara untuk pulang menemui isterinya. Sementara itu, Agus berkata, dia dimaklumkan mengenai permohonan cerai itu melalui mesej pesanan ringkas diberi isterinya. “Saya kecewa kerana saya masuk penjara pun demi dia. “Sejak di sini, dia juga jarang datang melawat saya,” katanya. Sebelum ini Agus sudah enam kali keluar masuk penjara kerana kes mencuri motosikal. - Agensi




.

Wanita cantik ini maut kerana jalani proses pembuangan lemak



Wanita cantik ini maut kerana jalani proses pembuangan lemak | Seorang ratu cantik tempatan, maut selepas dipaksa menjalani prosedur pembuangan lemak oleh seorang doktor walaupun pada hakikatnya mangsa sudah cukup berpuas hati dengan bentuk badannya.Berikutan kematian Ratu Cantik Duran, Catherine Cando pada Sabtu lalu, pihak berkuasa Ecuador kini memburu Dr Gustavo Berh selepas mangsa meninggal dunia minggu lalu akibat pengumpulan cecair pada otak. Mail Online melaporkan, prosedur itu merupakan satu daripada hadiah dimenangi Cando, 19, semasa dinobatkan sebagai Ratu Cantik Duran, namun dia tidak berhasrat menjalani pembedahan tersebut.

Dr Berh yang juga berperanan sebagai juri dalam pertandingan itu pada Oktober lalu bagaimanapun, terus memujuk gadis tersebut menjalani prosedur menyedut lemak yang boleh mengecilkan pinggang Cando daripada 60 sentimeter kepada 57 sentimeter. Keluarga Cando kelmarin, menuntut jawapan daripada pihak perubatan berhubung prosedur itu yang diadakan di Guayaquil.


“Dia tidak pernah mengalami masalah berat badan. Namun, doktor itu menghubunginya banyak kali dan mendesaknya,’’ kata abang Catherine, Daniel Zavala. Tambah malang, ketika keluarga Cando cuba mencari jawapan di sebalik kisah kematian ahli keluarga mereka, Dr. Berh menghilangkan diri. Sementara itu, pihak polis Ecuador dengan pejabat Peguam Negara sedang bekerjasama bagi menyiasat punca kematian sebenar ratu cantik tersebut. -AP



.

Pengemis licik ni ambil kesempatan keatas golongan selebriti



Pengemis licik ni ambil kesempatan keatas golongan selebriti | Seorang pengemis licik dari Lancashire, Britain mengambil kesempatan ke atas kemewahan golongan selebriti dan elit apabila dia meminta sedekah menggunakan kad kredit.Menurut laman web, odditycentral.com, Damien Preston-Booth, 37, membawa alat pembaca kad kredit dan berpura-pura menjadi fakir untuk meminta derma daripada golongan kaya yang tidak membawa wang tunai bersama mereka. Preston-Booth mengemis setiap hari Rabu sejak lima tahun lalu dan dia berulang-alik dari rumah sewanya di Preston ke London di mana dia meluangkan masa selama tiga hari tidur di tepi jalan dan mengemis .

Semua derma yang diterima menggunakan kad kredit dipindahkan ke akaun dalam taliannya, PayPal dan penderma turut menerima resit pemberian sedekah. Menurut seorang rakan, Preston-Booth menerima beribu-ribu pound setahun dan mampu pergi bercuti ke luar negara beberapa kali. Bagaimanapun, kelicikan Preston-Booth diketahui rakannya yang memaklumkan, dia berkawan dengan orang kaya di bar dan restoran yang membolehkan dia melakukan kegiatan tersebut. “Apabila ada majlis sambutan selebriti, dia tidak segan meminta sedekah di hadapan kamera kerana dia tahu selebriti berkenaan tidak akan menolak untuk memberinya wang.


“Dia pernah menerima banyak wang di luar Hotel Dorchester apabila Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menghadiri satu majlis dan orang memberinya wang kertas 50 pound (RM274.90) dan 20 pound (RM109.97) kepadanya,” kata rakan tersebut. Ditanya tentang kegiatannya itu, Preston-Booth mengaku tentang hal tersebut sambil berkata, dia tidak menggunakan wang tersebut untuk dadah atau arak, sebaliknya untuk keperluan hariannya. -AP



.

Penderitaan dialami kanak-kanak lelaki menghidap penyakit kulit misteri, bukan penghalang untuk berjaya di alam persekolahan



Penderitaan dialami kanak-kanak lelaki menghidap penyakit kulit misteri, bukan penghalang untuk berjaya di alam persekolahan | Penderitaan yang dialami seorang kanak-kanak lelaki di China kerana menghidap penyakit kulit misteri, bukan penghalang buat dirinya untuk berjaya di alam persekolahan. Kanak-kanak terbabit, Siong Lichen menderita penyakit Epidermolysis bullosa (EB) atau penyakit yang menyebabkan kulitnya mudah mengelupas dan tertanggal sejak dilahirkan lapan tahun lalu, sekali gus dinasihati doktor agar berehat di rumah. Malah doktor memaklumkan ibu bapanya, Wang Xiaying, 39, dan Song Zhongmin, 43, bahawa anak mereka itu tidak akan hidup lama.


Walaupun Xiaying dan Zhongmin cuba merawat anak mereka di hospital pakar di Zhengzhou, wilayah Henan, tetapi penyakit yang dialami Lichen sangat jarang berlaku dan doktor tidak tahu cara untuk merawatnya. Kini selepas hampir sedekad berlalu, kekurangan pada diri Lichen tidak melemahkan semangatnya untuk menjadi pelajar cemerlang di kelasnya apabila dia mengabaikan nasihat doktor dan menghadiri sesi persekolahan se­perti biasa.


Lichen turut digelar sebagai rama-rama kecil dalam kalangan kawan-kawannya kerana keadaan kulitnya yang mudah pecah seperti sayap seekor rama-rama, selain menyebabkan rasa sakit yang teruk. Bagaimanapun di sebalik semangat yang ditunjukkan Lichen, Xiaying berkata, keadaan anaknya itu semakin teruk dan dia tidak mahu menjamah makanan termasuk nasi. “Saya cuba tabahkan hati demi nasib Lichen, tetapi ada kalanya saya akan menangis sendirian apabila mengenangkan penderitaan yang dialaminya. “Jarinya selalu terlekat dan dia tidak mempunyai kuku kerana se­ring gugur akibat penyakit misteri itu,” katanya.-AP



.

Pemandu nyaris maut treler bawa pengorek lubang langgar papan tanda setinggi 5 meter


Pemandu nyaris maut treler bawa pengorek lubang langgar papan tanda setinggi 5 meter | Seorang pemandu nyaris maut apabila treler membawa pengorek lubang yang dipandunya melanggar papan tanda setinggi lima meter di KM 2.4 Persiaran Timur, di sini. Kejadian kira-kira 2.40 petang itu menyebabkan papan tanda jatuh menghempap kepala treler berkenaan.


Pemandu treler Rafi Udin, 40 berkata, ketika itu dia dalam perjalanan membawa mesin pengorek lubang dari Presint 16 untuk ke tapak projek di Presint 17. "Saya sudah menekan brek selepas didapati mesin pengorek yang dibawa mungkin tidak dapat lepas dari papan tanda berkenaan, tetapi disebabkan keadaan jalan yang menurun treler terus bergerak.


"Akibatnya mesin pengorek yang dibawa merempuh papan tanda dan menghempap kepala lori. Saya terkejut dan terus keluar dari lori untuk menyelamatkan diri,"katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Selepas kejadian, kerja mengalihkan papan tanda sedang giat dilakukan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!