Saturday, January 24, 2015

ISTERI TAK DIJANGKA - S.N HIDAYAH HARON




ISTERI TAK DIJANGKA - S.N HIDAYAH HARON | Sedihnya nasib Mya yang terpaksa mengahwini suami kakak angkat sendiri demi menjaga maruah diri. Sedar perbuatannya akan melukakan hati kak Natrah, Mya akur menyembunyikan status perkahwinan itu dan rela dipindahkan jauh demi menutup aib yang bila-bila masa sahaja akan terdedah. Mya benar-benar tidak sanggup melukakan hati kak Natrah yang terlalu baik padanya.

Sejujurnya, selama ini Mya langsung tidak terfikir akan menjadi isteri kedua. Apatah lagi bila tidak ada sekelumit pun perasaan cinta dan kasih sayang antara dia dan Zaliff. Namun kehadiran anak yang dikandungnya, membuatkan Zaliff berubah sikap dan mula ambil berat terhadap Mya. Entah bagaimana, Zariff mula risau dengan keadaan Mya yang berjauhan dengannya.

Apa yang terjadi selepas rahsia itu terbongkar? Bagaimana reaksi Natrah bila dapat tahu suaminya sudah kahwin lain, malah dengan adik angkatnya sendiri? Kemana pula arah hubungan Mya dan Zaliff seleppas itu? Sebuah kisah yang berjaya digarap dengan begitu baik oleh penulis. Alhamdulillah, memang berbaloi untuk dimiliki.. Syabas penulis..



Tajuk : Isteri Tak Dijangka
Penulis : S.N Hidayah Haron
Halaman : 512 muka surat
Harga : RM21/RM24



P/S - Recommended By Lulu Caldina




.

Selena Gomez jumpa ‘bomoh’ untuk bantu dia lupakan bekas kekasih, Justin Bieber



Selena Gomez jumpa ‘bomoh’ untuk bantu dia lupakan bekas kekasih, Justin Bieber | Penyanyi pop terkenal, Selena Gomez dilaporkan mendapatkan khidmat psikik bagi membantu dia melupakan bekas kekasihnya, Justin Bieber, baru-baru ini. Menurut laman web femalefirst.co.uk, penyanyi berusia 22 tahun itu mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya, Oktober tahun lalu selepas menjalinkan hubungan selama empat tahun.

Gomez kemudian mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar psikik. Menurutnya, khidmat psikik itu sangat luar biasa kerana menggunakan kuasa ajaib dan dia kini menjalani sesi tersebut pada setiap minggu. Bagaimanapun, lokasi khidmat psikik yang dijalani penyanyi muda itu tidak dinyatakan. Gomez sebelum ini, dilihat bercuti dengan DJ Zedd, yang merupakan penerbit muzik di parti anugerah Golden Globe baru-baru ini, teruja selepas pakar psikik itu meramalkan penyanyi Who Says itu akan menemui cinta sejati tidak lama lagi.

Satu sumber memberitahu majalah OK!, pakar psikik berkata, Gomez akan menemui cinta baharu pada musim panas tidak lama lagi. Sebelum ini, Gomez mengakui dia masih menyintai Bieber walaupun berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang mereka bercinta. “Saya sentiasa menyokong dia dan tidak mahu perkara buruk berlaku kepadanya,” ujarnya. -AP




.

Pemergian wira paralimpik, Mohamad Azlan suatu kehilangan besar buat negara - Khairy


Pemergian wira paralimpik, Mohamad Azlan suatu kehilangan besar buat negara - Khairy | Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar cukup terkesan dengan kehilangan wira paralimpik olahraga negara, Mohamad Azlan Mat Lazim yang maut akibat kemalangan jalan raya, hari ini. Khairy jelas tidak mampu menahan sebak ketika berhadapan media dengan arwah Mohamad Azlan yang juga pemenang tiga pingat emas Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan digambarkan bintang sukan yang berpotensi cerah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Malah pemergian atlet kelahiran Kemaman, Terengganu itu dianggap satu kehilangan yang besar buat sukan di Malaysia.

"Azlan adalah idola bagi sukan negara terutama sukan paralimpik. Sekalipun arwah baru saja masuk dalam sistem MSN (Majlis Sukan Negara) pada 2012, tapi kita sudah kenal pastinya sebagai bintang harapan dan sedang dilatih untuk Kejohanan Dunia tahun ini serta Sukan Olimpik di Rio, Brazil tahun depan. "Negara kehilangan atlet yang hebat, yang mempunyai masa depan yang cerah," kata Khairy yang menjadi antara kenamaan pertama yang hadir ke hospital. Pada kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 tengah hari tadi, Mohamad Azlan, 24, dikatakan membonceng motosikal bersama rakan yang juga atlet paralimpik negara, Farisan Jasna dalam perjalanan pulang dari makan tengah hari sebelum terbabit nahas itu.

Farisan, 25, dalam pada itu mengalami kecederaan patah tulang lengan kanan dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital. Dalam pada itu, Khairy turut menyifatkan arwah Mohamad Azlan sebagai ceria, ramah dan sentiasa tersenyum ketika mengimbas kali terakhir dia bertemu arwah Azlan sebelum kontinjen negara bergerak ke Incheon. "Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah ialah sebelum ke Sukan Asia dan seperti biasa, perwatakannya ceria, ramah dan sentiasa senyum.

"Arwah juga berjanji kepada saya yang dia akan membawa pulang tiga pingat emas. Menurut ibu saudaranya, dia juga anak yang baik dan sentiasa membantu ibu dan bapanya di kampung," katanya. Pada temasya di Incheon, arwah meraih tiga pingat emas pada temasya itu menerusi acara 100 meter lelaki, 200 meter lelaki dan 400 meter lelaki dalam kategori kecacatan T38. Selain itu, Mohamad Azlan juga dinobatkan pemenang Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2013/2014 kategori Anugerah Khas Paralimpiad. Difahamkan, arwah Mohammad Azlan Akan dikebumikan malam ini di negeri kelahirannya, Terengganu. -BH



.

Penduduk kampung berdepan hukuman penjara kerana ‘terbunuh’ pencuri



Penduduk kampung berdepan hukuman penjara kerana ‘terbunuh’ pencuri | Keghairahan tiga penduduk kampung - termasuk seorang remaja - berdepan hukuman penjara gara-gara ‘terbunuh’ pencuri. Mereka ditangkap polis Ampenan kelmarin. Sebelum itu, mereka yang berusia 21, 19 dan 16 tahun sedang menuju sebuah warung apabila ternampak seorang pencuri melarikan barang penduduk kampung. Mereka mengejar suspek terbabit yang panik memanjat tembok sebuah rumah.

Suspek kemudian dibaling dengan batu sehingga jatuh. Seorang daripada mereka cuba menangkap suspek namun lelaki terbabit menyerang menggunakan pisau. Suspek kemudian dibelasah dengan kayu sebelum diserahkan kepada polis. Sumber berkata, keadaan menjadi rumit apabila suspek yang berusia 21 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian leher. - Agensi




.

#QZ8501 : Ini yang terjadi kepada pesawat malang itu sebelum terhempas



#QZ8501 : Ini yang terjadi kepada pesawat malang itu sebelum terhempas | Data Automatic depedent surveilance-broadcast (ADS-B) yang dirakam pada QZ8501 yang terhempas Disember lalu menunjukkan pesawat malang itu berputar sebelum terhempas. Menurut laporan Kompas.com, data surveilance yang mempunyai laporan longtitud itu menunjukkan di titik ketika pesawat mula menambah ketinggian, pesawat dilihat membelok ke kiri 310 darjah arah barat laut sehingga 270 darjah. Pada ketinggin 37 6000 kaki, pesawat sekali lagi membelok ke kiri.

Pesawat kemudiannya dilihat berputar balik dari arah itu ke kedudukan 130 darjah ke arah tenggara. Pertukaran arah itu disertai dengan pesawat mula kehilangan ketinggian atau jatuh dengan kelajuan mendadak iaitu 11,000 kaki hingga maksimum 24,000 kaki per minit. Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Pengangkutan Indonesia dilaporkan masih menganalisis data yang diperoleh perakam suara penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR). Analisis data tersebut akan mendedahkan punca sebenar pesawat malang tersebut terhempas. -AP



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!