Monday, January 26, 2015

Subhanallah.. Singa betina ini masih ingat penyelamatnya



Subhanallah.. Singa betina ini masih ingat penyelamatnya | SELEPAS tiga tahun, Sirga, seekor singa betina masih ingat kepada penyelamatnya, Valentin Gruener. Gruener, pengasas kepada Modisa Wildlife Project mengambil Sirga di bawah jagaannya selepas menjumpai binatang tersebut terbiar dan berisiko untuk mati di Botswana.

Sebuah video yang menarik perhatian hampir 10 juta pelayar laman YouTube menunjukkan Sirga sungguh teruja apabila berpeluang bertemu dengan Gruener. Sirga, singa betina yang beratnya 140 kilogram kini, melompat dan memeluk Gruener. Hilang sifat buas seekor singa apabila bertemu dengan penyelamatnya. -AP



.

Tindakan Lisa Surihani ini membuatkan spekulasi kehamilannya bertiup semakin kencang



Tindakan Lisa Surihani ini membuatkan spekulasi kehamilannya bertiup semakin kencang | Pelakon terkenal Lisa Surihani menolak tawaran mengacarakan karpet merah Anugerah Akademi yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari depan. Khabar terbaru yang diterima ini menguatkan lagi spekulasi pelakon yang juga isteri kepada pengarah Yusry Abdul Halim itu sedang hamil anak pertama mereka. Lisa bagaimana pun tidak menjawab panggilan telefon daripada Astro AWANI, manakala ibunya pula enggan memberikan sebarang komen.

Lisa dan Yusry dijadualkan muncul dalam satu acara pelancaran trailer filem terbaru terbitan KRU Studios, “Cicakman 3” di Pavilion Kuala Lumpur pada 28 Januari depan. Terdahulu, Lisa dikhabarkan sedang hamil menerusi laporan media pada Ahad sekaligus mengundang ucapan tahniah daripada peminatnya di media sosial. Lisa mengikat tali perkahwinan bersama Yusry pada 23 Februari 2012. Lisa Surihani memegang watak utama bersama Aaron Aziz dalam filem terbaharu 'Suamiku Encik Perfect 10' terbitan Astro Shaw yang mula ditayangkan sejak 22 Januari lalu.-Awani



.

Mahkamah perintah Aidil Zafuan bayar nafkah dua anak lelakinya bersama bekas isteri, Rita Rudaini, RM3000 sebulan



Mahkamah perintah Aidil Zafuan bayar nafkah dua anak lelakinya bersama bekas isteri, Rita Rudaini, RM3000 sebulan | Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, hari ini, memerintahkan pemain pertahanan skuad Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, 28, membayar nafkah dua anak lelakinya sebanyak RM3,000 sebulan. Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah memutuskan demikian selepas meneliti tuntutan dan keterangan serta dokumen yang dikemukan Zafuan dan bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini atau Rita Rudaini Mokhtar, 39, di mahkamah.

Abdul Halim juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar jumlah itu ke dalam akaun bank milik bekas isterinya itu selewat-lewatnya sebelum 5 haribulan bermula Februari ini. Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua pihak membayar kos. Terdahulu, dalam penghakimannya, mahkamah menolak tuntutan Rita, selaku plaintif berkaitan dengan bayaran susu, lampin pakai buang, makan minum serta pengasuh berikutan ia tidak selari dengan dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati terdapat kewajaran untuk tuntutan perubatan yang dikemukakan plaintif kerana ia adalah keperluan asas walaupun plaintif gagal membuktikan anak-anaknya mendapat rawatan secara konsisten setiap bulan. Mahkamah juga mendapati menjadi kewajaran untuk defendan membayar sewa rumah RM3,000 sebulan untuk rumah yang didiami plaintif dan anak-anaknya kerana tiada tindakan diambil oleh defendan untuk memindahkan mereka daripada rumah itu. -Metro



.

Gambar Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang sanggup jadi pengemis kerana peminat



Gambar Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang sanggup jadi pengemis kerana peminat | Bintang bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata mahu memberikan kejutan buat peminat ciliknya. Cristiano Ronaldo yang memilih untuk menjadi seorang pengemis telah menyarungkan baju yang menampakkan dia sedikit berisi dan juga memakai jambang palsu serta berambut panjang. Sudah pasti penampilannya berbeza dan tidak seorang pun yang mengenali dirinya.

Menurut laporan Mirror.UK, Kapten Portugal itu juga turut mempamerkan aksi bermain bola sebelum memberikan kejutan kepada seorang budak lelaki dengan memberikan sebiji bola yang ditandatanganinya. Kehadiran Ronaldo mula disedari orang ramai apabila dia mula menanggalkan jambang dan juga rambut palsunya itu di hadapan peminat cilik tersebut.


Aksi Ronaldo itu dirakamkan oleh seorang penyanyi terkenal Sepanyol, Juan Pena yang turut berada di tempat kejadian. Peminat yang begitu gembira dengan kehadiran pemain bola sepak kesayangan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan Ronaldo juga begitu sabar melayan karenah mereka. Ronaldo atau lebih dikenali dengan panggilan CR7 sebelum ini cukup terkenal dengan sikap peramah dan sering memberikan kejutan untuk peminat tersayang. -AP




.

Bekas tentera British cari tunangnya orang Malaysia selepas 47 tahun



Bekas tentera British cari tunangnya orang Malaysia selepas 47 tahun  | Bekas Koperal Tentera British Kor Pergigian berusia 69 tahun kembali ke negara ini untuk mencari tunangnya yang ditinggalkan lebih 47 tahun lalu. "Kali terakhir saya berhubung dengan Wan Jamilah Wan Hussein (Fiona) pada 24 Januari 1968 apabila saya menerima sepucuk surat daripadanya mengatakan bapanya bersetuju dengan perkahwinan kami. "Ia adalah kali terakhir saya menerima berita daripadanya. Dia adalah cinta hati saya," kata Warren Holbrook. Mengimbas kembali detik pertemuan dengan Wan Jamilah, Holbrook berkata mereka bertemu dalam satu majlis perpisahan di Hotel Mount Pleasure pada Jun 1967.

 "Ia adalah majlis untuk rakan seangkatan saya yang berpindah semula ke United Kingdom. Kemudian dia berjalan bersama kakaknya Nora dan tiga lagi lelaki lain. Dia memikat hati saya. Saya terpukau. "Mereka kemudiannya menari dan saya dapati dia (Wan Jamilah) duduk berseorangan. Saya mempelawanya untuk menari dan kami serasi. "Kami menari mengikut rentak lagu Wooly Bully, nyanyian Sam the Sham & Pharaohs. Holbrook, yang kembali ke England pada 1968 selepas khidmatnya tamat berkata, kesilapan terbesarnya adalah tidak mengahwini Wan Jamilah.

"Ketika itu, perkahwinan campur jarang berlaku kerana ia tidak disukai. Juga, saya dilihat pentingkan diri sendiri sekiranya melanggar tradisi itu," katanya. Holbrook, yang masih belum berkahwin berkata, mereka berkenalan selama lima bulan dan mengikat tali pertunangan pada Oktober 1967. "Namun sebaik sahaja pegawai atasan saya mengetahuinya, mereka menghantar saya ke kem tentera lain di Kluang, Johor. Seorang lelaki di dalam Tentera British tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat tempatan pada waktu itu," katanya. Ketika ditanya mengapa beliau mengambil masa yang lama untuk mencari Wan Jamilah,


Holbrook berkata, beliau pergi ke rumah lama yang didiami keluarga tersebut di Jalan Tanjong Tokong, sembilan tahun lalu tetapi mereka tidak lagi menetap di sana. "Saya benar-benar mahu bertemu dengannya semula," katanya. Holbrook berkhidmat sebagai tentera sehingga 1972 dan kemudiannya memulakan tugas sebagai wakil jualan di England sehingga 1979. Beliau kemudiannya berhijrah ke Scotland dan mengajar teknik menangkap ikan selama 20 tahun sehingga 1999. Selepas itu Holbrook menjadi pengurus padang golf sehingga beliau bersara dua tahun lalu. Beliau akan meninggalkan Pulau Pinang pada 23 Mac ini. Sesiapa yang mengenali Wan Jamilah atau kakaknya Nora boleh hubungi Holbrook di talian 011-2375 1132. -Awani




.

Terkini! Surcaj bahan api dihapuskan, harga tiket AirAsia serendah RM19



Terkini! Surcaj bahan api dihapuskan, harga tiket AirAsia serendah RM19 | Harga tiket syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dijangka akan turun susulan pengumuman surcaj bahan api berkuat kuasa hari ini. Pemansuhan ini melibatkan semua penerbangan dalam kumpulan AirAsia termasuk AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X. Ia dilakukan sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dunia. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan berkata sebagai syarikat penerbangan tambang murah, usaha digiatkan untuk memberikan harga yang berpatutan kepada para penumpang.

“Keputusan ini dibuat pada bulan November 2014, sejajar dengan penurunan harga minyak global. “Walau bagaimanapun, kita hanya mampu untuk melaksanakannya sekarang. Kami percaya menghapuskan surcaj bahan api dan mengurangkan kos perjalanan akan menjadi dorongan besar kepada industri pelancongan. "Ini akan menjadi satu kelebihan kepada pengguna, tetapi ekonomi juga akan mendapat manfaat daripada ini kerana industri pelancongan dapat memberikan peluang pekerjaan yang besar," katanya. Dengan penghapusan surcaj bahan api dari tambangnya, penumpang dapat tiket domestik dari serendah RM19 sehala, dan penerbangan antarabangsa daripada RM49 sehala.-Awani




.

Laman web Malaysia Airlines digodam.. Apa jadi pada data peribadi pelanggan?



Laman web Malaysia Airlines digodam.. Apa jadi pada data peribadi pelanggan? | Laman web rasmi syarikat penerbangan Malaysia Airlines digodam pada kira-kira jam 10 pagi tadi. Pengguna internet yang melayari URL www.malaysiaairlines.com dibawa ke satu laman web yang mempuyai imej pesawat Malaysia Airline. Laman berkenaan turut bertulis, “404 – Plane Not Found. Hacked by Cyber Caliphate. Follow Cyber Caliphate on Twitter.” Laman web berkenaan kembali pulih seperti biasa namun pada jam 10.25 pagi, laman web berkenaan digodam sekali lagi.

Kali ini, tertera di laman web berkenaan satu imej menunjukkan gambar seekor cicak bersut hitam dan bertopi. Sementara itu, Malaysia Airlines dalam Twitter rasmi syarikat itu menyatakan ia sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu.Ketika menghubungi talian pertanyaan Malaysia Airlines, pihak Astro AWANI disuruh tunggu sehingga dua hingga tiga jam sebelum membuat tempahan dalam talian.


Apa jadi pada data peribadi pelanggan? 

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines memberi jaminan insiden laman webnya yang dipercayai digodam awal pagi Isnin tidak akan memberi impak negatif terhadap tempahan tiket yang telah dilakukan oleh pelanggannya. Dalam satu kenyataan media ringkas yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, MAS memberi jaminan data peribadi pelanggan tidak terdedah dan berada dalam keadaan selamat ekoran kejadian tersebut. Kenyataan itu turut menyatakan, 'server' laman web MAS masih beroperasi dan syarikat penerbangan itu telah menangani masalah tersebut dengan syarikat pembekal servis dan sistem dijangka akan dibaik pulih dalam masa 22 jam.

Insiden tersebut telah dilaporkan kepada Cybersecurity Malaysia dan Kementerian Pengangkutan. Buat masa ini, tidak diketahui sama ada pihak yang menamakan diri mereka “Cyber Caliphate"”itu dikaitkan dengan rangkaian kumpulan militan Negara Islam (IS) yang mendakwa perjuangan mereka atas semangat khalifah. Laman web rasmi syarikat penerbangan itu digodam pada kira-kira jam 10 pagi tadi. Pengguna internet yang melayari URL www.malaysiaairlines.com dibawa ke satu laman web yang mempuyai imej pesawat Malaysia Airline.-Awani



.

Penerbit video ditangkap kantoi curi identiti selepas suka tayang kekayaan di media sosial



Penerbit video ditangkap selepas suka tayang kekayaan yang diraih dari kegiatan curi identiti di media sosial | Seorang penerbit video muzik dari Cuba ditangkap kerana 'terlampau cerdik' menayangkan kekayaan diraih hasil kegiatannya mencuri identiti pelbagai mangsa di media sosial. Gilberto Martinez, 28, memuat naik pelbagai gambar serta video ke laman web seperti Facebook dan YouTube menunjukkan kereta serta motosikal mewah, pakaian berjenama dan gajet terkini termasuk iPhone. Dia juga memulakan kerjaya muzik menggunakan nama 'Gilbertman.' Dua minggu lalu segalanya berakhir apabila rumahnya diserbu polis Cuba dan dia ditangkap. Jirannya yang enggan dikenali berkata, penahanan Martinez amat dramatik. -AP



.

Sadis.. 3 maut dan 6 cedera ditembak semasa berparti di sebuah kediaman



Sadis.. 3 maut dan 6 cedera ditembak semasa berparti di sebuah kediaman | Dua orang wanita dan seorang lelaki mati ditembak, manakala enam lagi ce­dera semasa berparti di sebuah kediaman di sini kelmarin, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS). Polis mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung insiden tembakan tersebut di sebuah rumah kecil dekat sini tetapi tidak menyatakan sama ada suspek telah dikenal pasti. Menurut polis, pihaknya bertindak setelah menerima laporan berlaku tembakan di rumah itu menje­lang pukul 2 pagi (waktu tempatan) dan menemui mayat dua wanita berumur dalam lingkungan 20-an dan beberapa orang yang cedera di lokasi kejadian.

Tiga mangsa yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Nebraska de­ngan ambulans. Polis percaya kira-kira 50 orang berada di rumah itu semasa kejadian. “Seorang kritikal dan dua lagi me­ngalami kecederaan serius,” kata polis. Tiga mangsa lain dibawa ke hospital menggunakan kenderaan awam.

Menurut polis, Jakela Foster dan Latecia Fox yang masing-masing berumur 19 dan 24 tahun mati di lokasi kejadian, manakala mangsa ketiga berusia 26 tahun, Cameron Harris meninggal dunia beberapa jam kemudian. Ibu kepada seorang mangsa ber­kenaan, Kristina Young menyatakan, teman lelakinya menerima panggilan telefon yang memberitahu bahawa anaknya, Jakela Foster terlibat dalam insiden tembakan. Menurut Young, mangsa mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun. “Saya kini mempunyai seorang cucu yang kehilangan ibunya,” kata Young. – Agensi




.

Kekerapan nahas pesawat buatkan aplikasi khas elak fobia naik pesawat dicipta



Kekerapan nahas pesawat buatkan aplikasi khas elak fobia naik pesawat dicipta | Kekerapan nahas membabitkan pesawat penumpang komersial sejak kebelakangan ini, membuatkan sebuah syarikat di London mencipta sebuah aplikasi yang mampu mengatasi rasa gugup penumpang. Aplikasi diberi nama Am I Going Down? itu dilapor mampu meramal potensi sesebuah pesawat untuk terhempas dengan menggunakan statistik penerbangan sebenar bagi menganalisis keselamatan penerbangan. Am I Going Down? dicipta oleh Nic Johns, seorang pereka program daripada syarikat Vanilla Pixel.

Ketika diminta mengulas mengenai aplikasi itu kepada Mail Online Travel, Johns menerangkan, dia mendapat ilham mewujudkan Am I Going Down? daripada isterinya yang juga pengasas bersama syarikat, Julie. “Ketakutannya untuk terbang menyukarkan urusan kami. Oleh itu saya mewujudkan sebuah aplikasi yang mampu memberi fakta jelas bahawa anda sebenarnya selamat selepas memasuki pesawat,’’ katanya dalam satu e-mel. Menurut Johns, dia telah mengakses lebih 10 juta laluan penerbangan menggunakan data daripada sumber seperti Biro Arkib Kemalangan Pesawat, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, dan Pertubuhan Penerbangan Awam.


Pelancaran aplikasi yang dibuat tidak lama selepas nahas membabitkan pesawat AirAsia QZ8501, membuatkan Johns tidak menyenaraikan syarikat tambang murah itu daripada senarai penerbangan dalam aplikasinya buat sementara waktu. “Di sebalik musibah itu, reaksi yang saya terima tentang aplikasi ini agak positif terutamanya dalam kalangan mereka yang takut untuk menaiki pesawat,’’ katanya. Am I Going Down? kini terdapat di kedai iTunes dan boleh diakses pemilik gajet iPhone, iPad, dan iPod Touch, sementara untuk versi Android, aplikasi itu akan dilancarkan tidak lama lagi. -AP




.

Penipuan terdedah! Bank palsu beroperasi dan gelapkan wang pendeposit sebanyak RM19.6 juta



Penipuan terdedah! Bank palsu beroperasi dan gelapkan wang pendeposit sebanyak RM19.6 juta | Sebuah bank palsu sempat beroperasi lebih setahun di Nanjing dan menggelapkan wang deposit sebanyak 200 orang pelanggan yang bernilai 21 juta pound (RM19.6 juta). Portal berita Mail Online melaporkan, penipuan itu terdedah apabila seorang ahli perniagaan yang menyimpan lebih 12.14 juta yuan (RM6.9 juta) di bank tersebut, tidak mendapat dividen sebanyak 2 peratus seminggu seperti yang dijanjikan institusi kewangan terbabit.

Ahli perniagaan itu memberitahu, dia mula merasa curiga selepas pihak bank tidak menepati janji dan membayar kadar faedah seperti yang dijanjikan. Menurut akhbar Southern Metropolis Daily, siasatan polis mendapati bank itu sebenarnya adalah sebuah koperasi luar bandar yang tidak mempunyai kuasa beroperasi sebagai bank. Pelanggan dikatakan terpedaya dengan premis itu yang kelihatan sama seperti bank-bank lain, malah turut menggaji pekerja beruniform.

 Siasatan polis membawa kepada penahanan lima individu termasuk seorang wanita yang dilapor berjudi di Macau menggunakan duit pendeposit wang bank palsu itu. Kes itu turut mencetuskan kemarahan penduduk China di laman sosial yang mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tempatan mengambil masa terlalu lama untuk membongkar kegiatan bank tersebut. -AP



.

Wanita terkejut jumpa kepala haiwan misteri di dalam tin tuna yang dibeli dari pasaraya


Wanita terkejut jumpa kepala haiwan misteri di dalam tin tuna yang dibeli dari pasaraya | Seorang wanita terkejut apabila menemui satu kepala haiwan misteri yang lengkap dengan dua mata di dalam satu tin tuna yang dibelinya di sebuah pasar raya di sini baru-baru ini. Wanita tersebut, Zoe Butler, 28, berkata, dia membuka satu tin tuna bagi membuat sandwic untuk anak-anaknya dan terkejut melihat satu objek ganjil berbentuk bulat di dalam tin berkenaan.


“Apabila saya membuka tin tuna itu, saya melihat ada satu objek berwarna ungu dan berbentuk bulat di dalamnya sebelum mengambil sudu untuk meneliti objek tersebut dengan teliti. “Selepas mengambil objek berkenaan saya terkejut dan menjerit apabila melihat ia menyerupai kepala haiwan kecil dan matanya seolah-olah sedang memandang saya,” katanya.


Menurutnya, dia merakam gambar objek berkenaan dan telah menghantar aduan kepada syarikat pengeluar tuna tersebut untuk tindakan lanjut. “Saya tidak menunjukkan objek berkenaan kepada anak-anak saya kerana bimbang mereka tidak mahu makan tuna lagi selepas itu,” jelasnya. – Agensi



.

Derita.. Seluruh badan dan muka melecur dan melepuh selepas ambil pil dari klinik swasta



Derita.. Seluruh badan dan muka melecur dan melepuh selepas ambil pil dari klinik swasta | "Seluruh badan dan muka saya pedih seolah-olah 'terbakar' akibat melecur serta melepuh selepas mengambil dua jenis pil dari sebuah klinik swasta di Perlis, minggu lalu. "Akibatnya, saya kini menanggung penderitaan apabila seluruh badan sakit dan hanya mampu terlantar di atas katil sejak Khamis lalu disebabkan masalah kulit ini," kata pesakit yang dipercayai alah dengan pengambilan ubat berkenaan.

Wanita berusia 35 tahun yang enggan identitinya didedahkan itu dikatakan mendapatkan rawatan di klinik berkenaan Selasa minggu lalu dan diberi dua jenis pil itu untuk membantu meredakan masalah kebas yang dialaminya. Dia yang menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu dikatakan baru pertama kali mendapatkan rawatan di klinik berkenaan walaupun sebelum ini sering ke hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan. Akibat masalah itu, seluruh wajahnya membengkak dan melecur yang disertai air bisa, kulit badannya berbintik di seluruh badan. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!