Wednesday, January 28, 2015

Terkini! Tempoh menunggu giliran untuk menunaikan ibadah haji



Terkini! Tempoh menunggu giliran untuk menunaikan ibadah haji | Rakyat negara ini yang berkemampuan dinasihatkan mengerjakan umrah terlebih dahulu sementara menunggu giliran sehingga 65 tahun untuk menunaikan ibadah haji. Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, cadangan itu diberikan kerana jumlah rakyat berdaftar untuk menunaikan haji kini sudah mencecah 1.6 juta orang. "Kuota jemaah haji negara kini adalah kira-kira 27,900 orang dan selepas dikurangkan, ia hanya 22,320 orang sahaja bagi setiap tahun. "Seandainya individu itu mendaftar tahun ini, mereka akan mengambil kira-kira 65 tahun lagi untuk dapat menunaikan haji," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Azeez mengulas tempoh menunggu bagi setiap rakyat negara ini yang berhasrat untuk menunaikan haji seandainya mendaftar pada tahun ini. Pada 2013, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata dari segi teknikal umat Islam di negara ini yang mendaftar untuk menunaikan haji terpaksa menunggu 50 tahun untuk ke Tanah Suci. Kata Jamil Khir, ketika ini terdapat 1.2 juta daripada 8.2 juta pendeposit TH sedang menunggu giliran menunaikan ibadah itu.

Bagaimanapun kata Abdul Azeez, perkara itu akan diteliti dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor kesihatan dan juga umur pemohon. "Faktor umur adalah yang paling utama kerana kami akan bagi peluang kepada individu berumur 65 tahun ke atas yang belum pernah menunaikan haji untuk pergi terlebih dahulu," ujarnya. Dalam pada itu kata Abdul Azeez rekod kategori warga emas berumur 75 tahun ke atas dalam sistem kini berjumlah 17,000 orang. Dari segi caj pula katanya, harga sedia ada setiap jemaah adalah RM16,155 seorang tanpa subsidi. "TH memberi subsidi RM6,175. Maka harga pakej biasa ialah RM9,980 bagi jemaah kali pertama," jelasnya.-Awani



.

Lelaki kantoi lakukan hubungan terlarang bersama haiwan kerana bau haiwan itu melekat dibadannya ketika ditahan polis



Lelaki kantoi lakukan hubungan terlarang bersama haiwan kerana bau haiwan itu melekat dibadannya ketika ditahan polis | Seorang lelaki didakwa mengadakan seks dengan dua kuda malah berpeluh dan bau haiwan itu melekat pada badannya ketika ditahan polis. Alan Barnfield yang dianggap mempunyai nafsu seks songsang ditahan selepas penduduk tempatan menghubungi polis apabila bimbang melihatnya dalam keadaan mencurigakan bersama dua kuda padi.

 Ketika ditahan polis menemui beberapa tin deodoran, kabel elektrik putih, penyembur air, kain, rantai anjing dan dua botol minuman tenaga. Mahkamah Crown Sheffield yang mendengar perbicaraannya diberitahu DNA daripada seekor kuda, Sky, ditemui pada sampel yang diambil daripada badan Barnfield. Gambar seks dengan haiwan juga ditemui dalam telefon bimbitnya. -AP



.

Gambar terkini bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila yang dikenakan hukuman dipenjara 7 hari oleh Mahkamah Syariah



Gambar terkini bekas isteri Jimmy Shanley,  Nursuhaila yang dikenakan hukuman dipenjara 7 hari oleh Mahkamah Syariah | Bekas isteri pengacara dan penyampai radio Jimmy Shanley dipenjara tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana melanggar perintah mahkamah membabitkan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania yang difailkan Jimmy, dua tahun lalu.

Wajah terkini Nursuhaila Eliani Suhaimy

Hakim Syarie, Mawardi Che Man memutuskan demikian terhadap Nursuhaila Eliani Suhaimy, 29, selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan wanita itu. Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan sehingga 4 petang ini untuk peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili Nursuhaila memfailkan permohonan bertulis bagi menggantung pelaksanaan hukuman itu ke atas anak guamnya.

Jimmy dan isteri, Mariam

Pada 7 Mei 2013, Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 35, memfailkan permohonan perintah komital (pemenjaraan) terhadap Nursuhaila Eliani yang didakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah. Jimmy mendakwa masih gagal berjumpa anaknya, walaupun mahkamah pada 8 April 2013 mengeluarkan perintah membenarkan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya. -Metro




.

Kerana tak percayakan bank, wanita rugi selepas wang hangus rumah dipanah petir



Kerana tak percayakan bank, wanita rugi selepas wang hangus rumah dipanah petir | Kerana tidak percayakan bank, seorang wanita rugi AS$30,000 (RM108,000) apabila rumah dan wangnya hangus selepas dipanah petir. Regina Sibanda, 60, berkata dia baru mendapat wang tambahan hasil jualan tujuh lembu dan bercadang membeli rumah di Bulawayo. Dia juga menyimpan wang yang dihantar anak-anaknya yang bekerja di luar negara. Katanya, selain wang, dokumen penting seperti sijil kelahiran, pasport dan kad pengenalan anak serta cucunya turut musnah dalam kebakaran itu.

“Ketika kejadian, saya duduk di pondok yang dijadikan dapur bersama cucu. Cuaca tiba-tiba berangin dan saya menjangkakan hujan akan turun.“Namun tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi kuat sebelum melihat rumah saya terbakar. “Saya menjerit meminta bantuan jiran, namun sudah terlambat. Kami hanya mampu memandang apabila rumah itu terus hangus,” katanya. - Agensi



.

Seorang Doktor terkejut jumpa Spongebob dalam perut budak



Seorang Doktor terkejut jumpa Spongebob dalam perut budak | Seorang doktor di Hospital Universiti di Jeddah, terkejut apabila menemui ‘makhluk akuatik’ berada dalam perut seorang kanak-kanak. Bagaimanapun, setelah diamati menerusi imbasan X-Ray, ‘makhluk akuatik’ yang berada dalam perut kanak-kanak terbabit sebenarnya sekeping pin berukiran kartun animasi ‘Spongebob Squarepants’.

Doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan, Dr Ghofran Ageely Raja Abdulaziz berkata, pin tersebut sebenarnya loket yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut. “Menerusi imbasan X-Ray, apa yang boleh kita lihat adalah sekeping loket kecil yang agak nipis, ia kelihatan seperti pin. Saya hampir menjerit apabila melihat objek tersebut dengan lebih dekat.


“Saya kagum dengan butiran jelas yang boleh kita lihat. Kalau kita teliti dari imbasan tersebut, kita boleh lihat kasut, mata dan wajah Spongebob yang sedang tersenyum; berada dalam perut kanak-kanak ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi sebuah kiriman e-mel. Memetik laporan oleh portal Metro.co.uk, doktor telah berjaya mengeluarkan loket tersebut dan kanak-kanak tersebut dibenarkan pulang ke rumahnya. -AP



.

#QZ8501: Operasi SAR akhirnya ditamatkan selepas hanya 70 mayat ditemui



#QZ8501: Operasi SAR akhirnya ditamatkan selepas hanya 70 mayat ditemui | Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 ditamatkan hari ini selepas hanya 70 mayat mangsa nahas itu ditemukan setakat ini, masuk hari ke-31 misi pencarian. Sebanyak 162 penumpang dan anak kapal berada dalam pesawat itu ketika nahas tersebut berlaku. Menurut laporan portal tempatan Viva yang memetik stesen televisyen tvOne, operasi berkenaan dihentikan selepas tiada lagi mayat ditemukan dalam badan pesawat yang masih gagal dibawa keluar dari dasar Laut Jawa. Jelas laporan itu, pengumum­an tersebut dibuat oleh Panglima Komando Armada Republik Indonesia (RI) Kawasan Barat, Laksamana Muda Widodo dari atas kapal KRI Banda Aceh di Selat Karimata.

“Operasi ini telah berlangsung lebih 30 hari dan akan dihentikan serta-merta. “Kami memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa. Kami telah lakukan yang terbaik untuk mencari baki mayat yang hilang,” katanya. Bagaimanapun, Pengarah Ba­dan SAR (Basarnas) Indonesia, SB Supriyadi ketika dihubungi portal berita Suara Suarabaya, pula berkata, perkara tersebut masih dibincangkan oleh pihak yang terlibat dalam operasi terbabit. Jelasnya, mengikut prosedur standard, tempoh operasi yang dijalankan hanya selama seminggu, tetapi pihaknya telah menjalankan misi SAR selama 31 hari sejak pesawat Airbus A320-200 itu terhempas pada 28 Disember lalu.

“Kami masih berbincang sama ada mahu menghentikan operasi ini dengan serta-merta atau tidak,” katanya. Sementara itu, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) dalam kenya­taannya berkata, laporan awal berhubung nahas tersebut, tidak akan melibatkan keputusan analisis ke atas dua perakam kotak hitam yang merupakan data pen­ting bagi merungkai punca sebenar tragedi itu. Menurut kenyataan itu, laporan tersebut yang akan dihantar kepada Pertubuhan Pe­nerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada minggu ini hanya melibatkan maklumat pesawat, jumlah penumpang dan maklumat lain. NTSC diminta menyiapkan laporan awal itu untuk dihantar kepada ICAO dalam tempoh 30 hari selepas kejadian, bagaimanapun jawatankuasa terbabit tidak akan menyiarkan maklumat tentang hasil siasatan awal tersebut kepada umum. -AP



.

Lelaki ini terkejut melihat keadaan burger dan kentang goreng yang dibeli dari Mcdonald's 6 tahun lalu..



Lelaki ini terkejut melihat keadaan burger dan kentang goreng yang dibeli dari Mcdonald's 6 tahun lalu.. | Seorang lelaki terkejut apabila mendapati burger dan kentang goreng yang dibelinya dari sebuah restoran makanan segera McDonald’s kira-kira enam tahun lalu masih kelihatan segar dan tidak berkulat. Lelaki berkenaan, Hjortur Smarason, 28, membeli hidangan burger dan kentang goreng pada hari terakhir sebuah restoran McDonald’s beroperasi di bandar ini pada Oktober 2009 sebagai kenangan sebelum menyerahkan makanan tersebut kepada sebuah muzium.Katanya, selepas tiga tahun muzium berkenaan menyerahkan semula hidangan berkenaan kepadanya dengan alasan makanan itu tidak sesuai untuk dipamerkan.


“Ketika menerima hidangan itu, burger dan kentang goreng berkenaan dilihat masih segar serta tidak berkulat sebelum saya menyimpannya semula ke dalam satu bekas plastik. “Baru-baru ini saya membuka semula bekas plastik berkenaan dan terkejut apabila mendapati hidangan itu masih lagi kelihatan segar seperti baru dimasak,” katanya. Menurutnya, makanan tersebut merupakan salah satu sejarah Iceland kerana negara itu merupakan antara beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai cawangan restoran McDonald’s. – Agensi




.

Budak peremuan berjaya mencuri seutas rantai berlian bernilai jutaan ringgit di sebuah kedai emas


Budak peremuan berjaya mencuri seutas rantai berlian bernilai jutaan ringgit di sebuah kedai emas | Pihak polis sedang memburu satu kumpulan yang didapati menggunakan seorang budak perempuan berusia 12 tahun untuk mencuri seutas rantai berlian bernilai AS$4.6 juta (RM16.57 juta) di sebuah kedai emas di sini. Kumpulan itu yang dianggotai dua wanita dan seorang lelaki bersama kanak-kanak berkenaan dilaporkan masuk ke sebuah kedai emas di sebuah kawasan beli-belah di Tsim Sha di sini pada Jumaat lalu.

 Tiga suspek tersebut kemudian mengalihkan perhatian pekerja kedai emas berkenaan dengan berpura-pura mahu membeli beberapa barangan kemas sebelum kanak-kanak itu mencuri kunci dan mengambil satu rantai berlian yang dipamerkan. Seorang jurucakap polis berkata, kanak-kanak perempuan tersebut mengambil satu kunci di dalam laci dan membuka satu kabinet kaca sebelum memasukkan seutas rantai berlian ke dalam poketnya.

Katanya, ketiga-tiga suspek berpakaian seperti orang kaya dan kegiatan jenayah itu dilihat sangat terancang. “Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kanak-kanak itu dengan tenang keluar dari premis berkenaan sebelum diikuti oleh ketiga-tiga suspek dewasa. “Pekerja kedai emas itu hanya menyedari rantai berkenaan hilang kira-kira dua jam selepas kumpulan tersebut beredar,” katanya. – Agensi




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!