Thursday, January 29, 2015

Satu keluarga ditemui mati kerana takut kiamat



Satu keluarga ditemui mati kerana takut kiamat | Lima sekeluarga yang ditemui maut pada 27 September lepas disebabkan oleh kebimbangan 'berlakunya kiamat', kata polis. Keluarga tersebut, Benjamin dan Kristi Strack, bersama-sama anak mereka berumur 11, 12 dan 14 tahun ditemui tidak bernyawa di rumah mereka kerana pengambilan dadah berlebihan. Menurut Yahoo News, polis menjumpai surat-surat lama Kristi Strack yang dialamatkan kepada banduan yang juga sebelum membunuh ahli keluarganya 'atas nama tuhan'.

Dalam sidang media Selasa lepas, Ketua Polis J Scott Finlayson memberitahu, salah seorang ahli keluarga berkenaan, Benson Strack, 14, telah menulis sebuah surat mengucapkan 'selamat tinggal'. Mayat lima sekeluarga berkenaan ditemui oleh Janson Strack, 18, anak sulung keluarga tersebut. -AP




.

Sidang Media #MH370 Gempar Dengan Kehadiran Isteri Mangsa Nahas


Sidang Media #MH370 Gempar Dengan Kehadiran Isteri Mangsa Nahas  | Sidang media Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) untuk memaklumkan maklumat terbaharu kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 gempar dengan kehadiran salah seorang waris mangsa nahas itu. Kehadiran wanita warga China itu menarik perhatian wakil media yang hadir dan kebetulan ketika itu sidang media di pejabat DCA itu belum bermula.

Wanita berusia 29 itu mendakwa dia adalah isteri kepada salah seorang mangsa yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. Dia yang memegang sekeping gambar yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat berkata: "Tolong kembalikan suami saya...." Wanita itu mengeluarkan kenyataan media mewakili Voice370, iaitu kumpulan yang mewakili keluarga dan waris mangsa tragedi itu.

Menurut kenyataan itu, keluarga mangsa MH370 tidak akan menerima sebarang pengumuman atau pengisytiharan berhubung kehilangan pesawat itu sekiranya tiada sebarang bukti kukuh. Selain wanita berkenaan, turut kelihatan isteri kepada pramugara MH370, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, iaitu Intan Maizura Othman yang hadir bersama anak bongsunya, Muhammad yang berusia lapan bulan. -Mstar



.

Ambulans terbalik di Kota Kinabalu, pesakit jantung nyaris maut



Ambulans terbalik di Kota Kinabalu, pesakit jantung nyaris maut | Seorang lelaki dipercayai mengalami sakit jantung nyaris maut apabila kenderaan ambulans dinaikinya dalam perjalanan ke Hospital queen Elizabeth II (HQE II), terbalik selepas dilanggar kereta jenis pacuan empat roda di lampu isyarat Damai, Jalan Tuaran Lama, petang tadi. Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa berusia 43 tahun bagaimanapun hanya mengalami calar di badan manakala pemandu ambulans berusia 34 tahun luka di siku kanan. Sementara itu, pembantu pemandu ambulans berusia 24 dan pemandu kereta pacuan empat roda berusia 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, ambulans dalam perjalanan dari Poliklinik Jalan Pantai menuju ke HQE II untuk menghantar seorang pesakit sebelum dirempuh kereta pacuan empat roda dari arah belakang kanan. Akibat kejadian itu, ambulans terbalik secara mengiring. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Superintendan M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Kaedah 9(1) 166/59. -Metro




.

Remaja 15 tahun tembak mati adiknya yang berusia 13 tahun ketika bermain ‘polis dan Pencuri’ di kediaman mereka



Remaja 15 tahun tembak mati adiknya yang berusia 13 tahun ketika bermain ‘polis dan Pencuri’ di kediaman mereka | Seorang remaja berusia 15 tahun menembak mati adiknya yang berusia 13 tahun ketika bermain ‘polis dan Pencuri’ di kediaman mereka pada Isnin, menurut pihak berkuasa. Memetik laporan dari portal berita Msn.news, pasangan dua beradik itu menemui pistol milik bapa mereka di kediaman mereka di Minnesota sebelum merancang untuk bermain. Polis dan paramedik bergegas ke kediaman mereka sebaik sahaja menerima panggilan daripada remaja berkenaan yang mengatakan adiknya mengalami pendarahan dan tidak sedarkan diri.

“Sebelum tiba di tempat kejadian, remaja itu memberitahu pihak polis adik lelakinya terjatuh dan tertikam dengan pisau di bahagian dada. “Namun sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, dia memberitahu cerita sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya seperti yang dilapor oleh portal berkenaan. Menurut pihak berkuasa, kedua beradik itu berada di rumah bersama seorang adik perempuan mereka yang berusia 11 tahun.

“Kedua mereka menemui pistol ayah mereka yang tidak berpeluru di rumah mereka. Kemudian mereka menemui peluru yang disimpan dibahagian lain. Salah seorang daripada mereka mengisi peluru dalam pistol itu dan mula bermain. “Semasa mengejar adiknya, abangnya melepaskan satu das tembakan ke bahagian dada adiknya, menyebabkan budak lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya lagi. Adik perempuan mereka bagaimanapun tidak menyaksikan kejadian tersebut. Polis menyifatkan insiden ini sebagai kemalangan dan tiada tangkapan dibuat. -AP



.

Ini respon Neelofa mengenai isu Qari yang menyentuh kepalanya



Ini respon Neelofa mengenai isu Qari yang menyentuh kepalanya  | Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara. "Sebenarnya gambar itu tidak ada apa-apa yang pelik pun namun masyarakat terlalu cepat membuat andaian yang tidak menggambarkan keseluruhan apa sebeanrnya terjadi. "Lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudara saya yang datang dari Pakistan dan dia memegang kepala saya secara spontan yang juga budaya masyarakat mereka untuk menyapa dan bertanya khabar," katanya. -Mstar




.

Kim Kardashian akui bapa tiri, Bruce Jenner bakal menukar jantinanya kepada wanita


Kim Kardashian akui bapa tiri, Bruce Jenner bakal menukar jantinanya kepada wanita | BINTANG realiti Kim Kardashian tampil mempertahankan bapa tirinya iaitu Bruce Jenner berhubung laporan mengatakan bekas atlet itu bakal menukar jantinanya kepada wanita. Kim menerusi laporan E! Online bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai dakwaan tersebut dan menjelaskan adalah lebih baik perkara itu datang daripada mulut lelaki itu sendiri. Jelas Kim lagi, sejak Bruce, 65, bercerai dengan ibunya Kris Jenner, bapa tirinya itu kelihatan gembira dan dia akan sentiasa menyokong apa juga keputusan yang hendak dibuat orang tuanya itu.


"Apa yang pasti dia sangat gembira dengan kehidupannya sekarang dan saya sebagai anak sentiasa menyokong dan mendoakannya," kata Kim. Spekulasi mengenai perkara itu timbul apabila penampilan fizikal Bruce dilihat berbeza sehingga menimbulkan tanda tanya peminat. Selain menyimpan rambut panjang dan menipiskan keningnya, Bruce mula mewarnakan kukunya selain dia mengenakan baju dalam wanita.

#QZ8501 : Nelayan menemui mayat tanpa kepala dan tangan, juga ada dompet berisi kad pengenalan bersamanya..



#QZ8501 : Nelayan menemui mayat tanpa kepala dan tangan, juga ada dompet berisi kad pengenalan bersamanya.. | Seorang nelayan menemui mayat tanpa kepala dan tangan milik mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 kira-kira 8 pagi tadi waktu tempatan. Ketua Polis Sulawesi Barat Endi Sutendi berkata, nelayan yang dikenali sebagai Mas'ud, 35, itu menemui mayat mangsa ketika menangkap ikan di laut Pamboang, Sulawesi Barat. Menurutnya, pemeriksaan pada mayat berkenaan mendapati terdapat dompet yang berisi kad pengenalan milik mangsa Saiful Rakhmad, 39, berasal dari Makassar, Jakarta Timur.

"Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Bhayangkara, Makassar untuk proses bedah siasat oleh pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI). "Walaupun, kad pengenalan itu jelas mengesahkan identiti mayat berkenaan tetapi proses autopsi masih perlu dijalankan untuk membantu siasatan menyeluruh kejadian ini," kata Endi kepada Detik News.Com. Menurutnya, selain mayat tanpa kepala dan tangan itu, nelayan juga ada menemui satu beg tangan yang mengandungi pasport milik Andri Wijaya Poo dan tiga telefon bimbit. -AP




.

Wanita alami kemurungan bertindak kelar leher 3 anak kandung agar mereka berhenti menangis



Wanita alami kemurungan bertindak kelar leher 3 anak kandung agar mereka berhenti menangis  | Seorang wanita yang mengalami masalah kemurungan bertindak kejam apabila mengelar leher tiga anak kandungnya supaya kanak-kanak berkenaan berhenti menangis. Wanita tersebut, Christina Booth, 29, mengelar leher anak perempuannya yang berusia dua tahun dan sepasang bayi kembar berusia enam bulan di rumah mereka di sini Ahad lalu. Seorang pegawai penyiasat berkata, Christina hilang sabar selepas ketiga-tiga anaknya itu tidak berhenti menangis ketika mahu menidurkan mereka.

 Katanya, wanita tersebut juga mengadu dia tertekan kerana suaminya, Thomas Booth tidak pernah membantunya menguruskan anak dan akan mengamuk sekiranya tangisan anak-anaknya itu mengganggu tidurnya. “Christina telah didakwa di sebuah mahkamah di sini atas tiga tuduhan cubaan membunuh dan ditawarkan jaminan berjumlah AS$3 juta (RM10.8 juta),” katanya. Menurutnya, kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan parah di leher kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital oleh Thomas yang terkejut melihat anak-anaknyanya berada dalam keadaan berlumuran darah. – Agensi



.

Wanita gagal temui pasangan hidup nekad kahwini diri sendiri dan kemudian merancang berbulan madu di beberapa negara



Wanita gagal temui pasangan hidup nekad kahwini diri sendiri dan kemudian merancang berbulan madu di beberapa negara | Seorang wanita yang gagal menemui pasangan hidup untuk dijadikan suami telah mengambil keputusan dengan mengahwini dirinya sendiri kerana bosan menunggu terlalu lama. Wanita itu, Yasmin Elbey, 40, pernah membuat perjanjian ketika berusia 38 tahun untuk berkahwin dengan dirinya sendiri sekiranya dia gagal mencari calon suami apabila usianya mencecah 40 tahun. Elbey yang kini berusia 40 tahun akhirnya mengotakan janjinya apabila berkahwin dengan dirinya sendiri dalam satu majlis pada awal bulan ini yang turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.


 “Saya benar-benar tidak dapat menggambarkan perasaan saya sejak beberapa minggu lalu,” kata Elbey menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya. Katanya lagi, dia berasa terharu dengan sokongan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga serta rakan-rakannya ketika majlis perkahwinan itu berlangsung. Selepas melangsungkan perkahwinan dengan diri sendiri, Elbey kini sedang merancang untuk berbulan madu di beberapa buah negara seperti Kemboja, Laos dan Dubai tidak lama lagi. – Agensi



.

Lelaki bagaikan dirasuk syaitan tergamak belasah isteri dan curah nasi yang sedang ditanak



Lelaki bagaikan dirasuk syaitan tergamak belasah isteri dan curah nasi yang sedang ditanak | Seorang lelaki bagaikan dirasuk syaitan apabila tergamak mem­belasah isterinya sehingga mengakibatkan mangsa cedera pada badan dan tangan di kediaman mereka di Pujut Adong di sini kelmarin. Tidak cukup dengan itu, dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, lelaki terbabit turut mencurah nasi yang sedang ditanak ke arah badan mangsa. Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 40-an itu sedang menyediakan hidangan makan malam di bahagian dapur rumah.

Bagaimanapun, dia tiba-tiba didatangi suaminya yang berusia 50-an dalam keadaan marah dan terus memukul dan menarik rambut mangsa beberapa kali. “Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suaminya kemudian bertindak menghalang dan me­rayu supaya dilepaskan, namun tidak diendahkan oleh lelaki terbabit. “Tanpa belas kasihan, lelaki itu turut mengambil cat di luar rumah mereka dan melemparnya ke arah mangsa,” katanya ketika ditemui di sini semalam. -Kosmo



.

Kemalangan tragis.. Lelaki menghembuskan nafas terakhir diriba sahabat


Kemalangan tragis.. Lelaki menghembuskan nafas terakhir diriba sahabat  | “Depan mata saya, dia bertembung dengan lori pikap itu, malah hati saya pilu melihat dia menghembuskan nafas terakhir,” kata Mat Ghazali Jusoh, 46. Mat Ghazali rakan baik kepada Muhamad Saidi Hamidun, 26, yang maut dalam kemalangan di Jalan Agropolitan Rantau Manis, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Muhamad Saidi yang juga seorang peserta program agropolitan Majlis Tindakan Ekonomi Pantai Timur (ECER) gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori pikap.

Ketika itu, lori berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an dalam perjalanan mengambil pekerja ladang di bawah program berkenaan. Kata Mat Ghazali, mangsa sebelum itu mengisi minyak di sebuah stesen minyak tidak jauh dari tempat kejadian dan dalam perjalanan itu juga Muhamad Saidi turut memotong motosikal ditunggangnya. “Biasanya apabila dia cuba memotong kenderaan saya, dia akan bunyikan hon namun ketika kejadian dia tidak melakukannya. “Saya juga berada dalam jarak kira-kira 30 meter di belakangnya sebelum melihat dia bertembung lori itu. Saya kemudian memecut untuk melihatnya.

“Sebaik tiba, saya segera riba kepalanya dan dia masih bernafas lagi ketika itu. Saya ajarkan dia mengucap kalimah syahadah beberapa kali sebelum dia menghembus nafas terakhir,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Gua Musang (HGM) di sini, semalam. Sementara itu, isteri arwah Muhamad Saidi, Azlina Ibrahim, 25, berkata, menyedari perubahan suaminya yang kurang ceria dan pendiam sejak malam sebelum kejadian. Katanya, pagi semalam juga arwah suaminya tidak banyak bercakap. “Saya reda dengan pemergiannya,” katanya yang dua tahun menetap di kawasan ECER Agropolitan di situ dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian kemalangan itu dan mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!