Friday, January 30, 2015

Chelsea bakal turun tanpa Diego Costa selepas penyerang itu digantung 3 perlawanan..



Chelsea bakal turun tanpa Diego Costa selepas penyerang itu digantung 3 perlawanan.. | Penyerang Chelsea, Diego Costa digantung tiga perlawanan dan hukuman itu berkuatkuasa serta merta selepas didapati bersalah atas tindakan yang dianggap ganas. Menurut Persatuan Bola Sepak England (FA), penyerang antarabangsa Sepanyol itu digantung selepas didapati memijak pergelangan kaki pemain pertahanan Liverpool, Emre Can pada minit ke-12 perlawanan separuh akhir Piala Liga di Stamford Bridge, Selasa lalu.

Chelsea menang 1-0 dan menang atas agregat 2-1 untuk layak ke final.Hukuman itu tidak boleh dirayu dan Costa kini terlepas aksi apabila The Blues menentang Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di laman sendiri, esok serta dua perlawanan berikut menentang Aston Villa dan Everton. - AFP




.

Stesen tv terkenal alami detik cemas apabila seorang remaja menyerbu masuk studio dan ugut menggunakan pistol


Stesen tv terkenal alami detik cemas apabila seorang remaja menyerbu masuk studio dan ugut menggunakan pistol | SEBUAH saluran televisyen terkemuka Belanda mengalami detik cemas luar biasa pada Khamis apabila seorang remaja menyerbu masuk studio berita berkenaan dan mengugut dengan menggunakan sepucuk pistol untuk bersiaran langsung. Remaja berusia 19 tahun yang merupakan pelajar kimia sebuah universiti itu pada mulanya berjaya masuk ke bangunan berkenaan selepas menyamar sebagai agen risikan.

Suspek yang mengenakan sut hitam kemudian cuba merampas studio yang sedang mengadakan siaran langsung untuk meneruskan agendanya.Terkejut dengan kehadiran remaja bersenjata itu, wartawan yang sedang mengendalikan siaran langsung bersama kru lain bertindak keluar dari studio berkenaan.


Keadaan itu menyebabkan siaran langsung masih diteruskan dengan lelaki bersenjata itu mahu mengendalikan program berkenaan.Bagaimanapun kehadiran sepasukan anggota polis berjaya menahan lelaki itu tanpa sebarang kejadian tembakan berlaku.Polis dalam kenyataan memberitahu, remaja itu turut mengugut bahawa beberapa letupan bom akan berlaku di seluruh Belanda jika permintaannya tidak dipenuhi. -AP




.

Terkini ! Harga baharu minyak mulai tengah malam esok



Terkini ! Harga baharu minyak mulai tengah malam esok | Harga baharu minyak akan diumumkan tengah malam esok sebelum berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam, 1 Februari 2015. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan tidak mengumumkan harga baharu komoditi itu lebih awal kerana keputusan tersebut telah diputuskan oleh Kabinet mulai tahun ini. Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada hak masing-masing untuk membuat spekulasi tentang harga baharu minyak yang akan diumumkan kerajaan nanti. - Utusan




.

Punca wanita ini cukur rambut suami guna kaki



Punca wanita ini cukur rambut suami guna kaki | Bai Aixiang, 49, merupakan penghidap polio sejak kecil. Wanita ini tidak mampu menggunakan kedua-dua belah tangannya dengan sempurna kerana kecacatan yang dialaminya namun, beliau tetap boleh menyempurnakan semua kerja dengan hanya menggunakan kaki. Aixiang mampu memasak, membasuh, menjahit dan juga mencukur rambut suaminya dengan kaki!


 Suaminya, Ma Wanwa, 70, berkata, Aixiang mampu mencukur kepalanya menggunakan pencukur tanpa rasa takut. Selain itu, Aixiang juga amat terkenal di kampungnya kerana kebolehan unik beliau. Menurut laporan China Daily, wanita hebat itu masih berupaya membantu fakir miskin dan penduduk lain yang cacat dengan menjahitkan baju dan mengemas rumah. -AP




.

Polis digantung tugas kerana makan haiwan spesis terancam



Polis digantung tugas kerana makan haiwan spesis terancam | 14 orang polis digantung tugas dan seorang ketua polis disiasat, semalam kerana disyaki memakan haiwan spesis terancam, salamander gergasi. Menurut Reuters, kumpulan polis berkenaan makan haiwan amfibia terbesar dunia tersebut di sebuah restoran makanan laut. Salamander gergasi mampu membesar sehingga 180 cm (6 kaki). Pegawai polis dikatakan merampas kamera dan menyerang wartawan dan jurugambar yang cuba membuat liputan ketika kejadian tersebut berlaku. -AP




.

Bekas pengacara dan wartawan, Aziz Desa kini terlantar di hospital



Bekas pengacara dan wartawan, Aziz Desa kini terlantar di hospital | Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis. Aziz atau nama sebenar Abdul Azid, 50, dimasukkan ke hospital berkenaan kali kedua sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, di sini. Ketika ditemui, Aziz berkata, doktor mengesahkan masalah buah pinggangnya pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani proses heamodialisis dalam tempoh terdekat.-BH




.

Alahai!! Ribuan kucing berjaya diselamatkan dari menjadi hidangan



Alahai!! Ribuan kucing berjaya diselamatkan dari menjadi hidangan | Ribuan kucing yang diseludup dari China untuk dijadikan hidangan berjaya diselamatkan, kata polis semalam. Hidangan daging kucing dianggap istimewa di Vietnam dan penduduk setempat menggelarnya sebagai “harimau kecil.” Jurucakap polis semalam berkata, mereka menahan sebuah lori sedang dalam perjalanan ke ibu negara Vietnam pada Selasa lalu. “Ketika diperiksa kami mendapati bahagian belakang lori berkenaan penuh dengan kucing. “Secara keseluruhan kucing itu seberat 3,000 kilogram,” katanya.

Kerajaan sudah mengharamkan daging kucing untuk dijadikan hidangan di Vietnam, namun ia masih disajikan dengan meluas di beberapa restoran tertentu. Kata jurucakap itu, pemandu lori mengaku dia membawa kucing itu dari wilayah Quang Ninh yang bersempadan dengan China. “Menurut undang-undang, semua kucing ini sepatutnya dilupuskan tetapi kami masih memikirkannya kerana jumlah yang terbabit adalah sangat banyak,” katanya dalam satu kenyataan. Imej yang didedahkan media tempatan menunjukkan kucing itu berada dalam keadaan amat menyedihkan. Ia dikurung dalam sangkar buluh yang sempit dan disusun berhimpit-himpit antara satu sama lain. - AFP




.

Bandar kecil diistihar darurat selepas jalan-jalan utama jadi beku sehingga ke paras pinggang



Bandar kecil diistihar darurat selepas jalan-jalan utama jadi beku sehingga ke paras pinggang |  Kira-kira 22,000 penduduk di bandar ini berhadapan detik cemas selepas bandar kecil di wilayah Krasnoyarsk Krai di tengah Siberia menjadi beku berikutan saluran paip utama pecah ketika ribut salji melanda bandar ini, semalam. Menurut Mail Online, penduduk Dudinka terkejut selepas ribut salji melanda kawasan ini menyebabkan salji di jalan-jalan utama di bandar ini menjadi beku sehingga ke paras pinggang. Beberapa saluran paip utama di bandar ini pecah berikutan ribut salji dengan suhu mencecah -40 celsius pada waktu malam, menyebabkan air menjadi beku dan membanjiri jalan-jalan utama di sini.

Dudinka adalah sebuah bandar kecil yang terletak bersempadan dengan Lautan Artik. Kebanyakan kawasan perumahan di Siberia, air panas disediakan ke blok-blok pangsapuri dari loji di mana ia dipanaskan secara berpusat sebelum disalurkan ke rumah-rumah di bandar ini. Kebanyakan rumah terputus bekalan air dan elektrik, namun perkhidmatan Internet masih beroperasi walaupun jalan-jalan raya diselaputi salji tebal.

Penduduk mengambil kesempatan memuat naik gambar-gambar keadaan di bandar itu ke laman sosial. Jurucakap kerajaan tempatan, Eugene Gerasimov berkata, orang ramai boleh melihat sendiri bagaimana keadaan bandar ini yang sejuk dan jalan-jalan utama di bandar ini diselaputi salji beku. “Paip air panas juga turut beku menyebabkan air banjir membentuk ketulan ais dan memenuhi bandar ini,” ujarnya Beliau turut mengisytiharkan darurat di bandar Dudinka. -AP




.

Apa dah jadi ni? Lelaki berpakaian kostum bergaduh sesama sendiri


Apa dah jadi ni? Lelaki berpakaian kostum bergaduh sesama sendiri | Kerana berebutkan kawasan, lelaki berpakaian watak kartun Mr Incredible membelasah wanita berkostum adiwira Bat girl sebelum pergaduhan itu dileraikan ‘Freddy Krueger’ dan ‘Chewbacca.’ Dalam kejadian di Hollywood Boulevard pada 22 Oktober lalu itu, Muhammet Bilik, 35, mengejutkan orang ramai apabila menumbuk dan membuang mangsa ke lantai di khalayak ramai. Sehubungan itu, ‘Mr Incredible’ dihukum penjara sehari, tiga tahun pemerhatian, kerja pembersihan jalan selama 20 hari dan 36 kelas mengurus kemarahan.

Dia juga dilarang berada di Hollywood Entertainment District sepanjang tempoh pemerhatian itu. Kejadian itu dirakam dan disebarkan di YouTube. Muhammet dilihat memegang ‘Batgirl’ sebelum ‘Chewbacca’ dan ‘Freddy Krueger’ serta seorang lagi watak kartun, ‘Where’s Waldo’ menghampiri mereka. Tiga rakan itu kemudian cuba meleraikan pertengkaran berkenaan, malah ‘Waldo’ berjaya mengheret Muhammet dari situ.

Bagaimanapun, Muhammet kemudian mencari ‘Batgirl’ dan terus menghempaskan wanita terbabit ke jalan sebelum beberapa pelancong menyelamatkan mangsa. Polis tidak dapat mengenal pasti identiti ‘Mr Incredible’ sehingga ‘Batgirl’ kembali di jalan berkenaan beberapa minggu kemudian seterusnya membolehkannya disoal polis. Pegawai Pendakwa Mike Feuer berkata, perselisihan faham itu akibat berebut kawasan antara penghibur terbabit. - Agensi




.

Lihat apa jadi kepada lelaki ini kerana kegilaannya terhadap Manchester United



Lihat apa jadi kepada lelaki ini kerana kegilaannya terhadap Manchester United | Kegilaannya terhadap pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United (MU) menyebabkan dirinya sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli pelbagai koleksi memorabilia yang berkaitan dengan pasukan kegemarannya itu. Malah, sebuah set figura pemain dan jersi pasukan berkenaan turut dijadikan sebagai hadiah hantaran oleh isterinya kepadanya ketika majlis pernikahan mereka. Peminat bolasepak terbabit, Zulhilmi Ahmad Bustami, 31, berkata, dia tidak pernah merasakan hobinya itu sia-sia kerana segala pelaburan terhadap minatnya itu berbaloi.

Malah, jika diteliti daripada segi koleksinya itu, dia bukan hanya berbelanja besar untuk mengumpul jersi kelab bergelar ‘The Red Devils’ terbabit, malah koleksinya juga merangkumi pelbagai aksesori dan barangan kelab berkenaan seperti set figura pemain, DVD, buku, skarf, kad pemain, cawan dan rantai kunci. “Saya adalah peminat setia Manchester United dan jika dihitung, saya berbelanja lebih RM30,000 untuk mengumpul segala koleksi barangan kelab itu dan hobi ini saya mulakan sejak saya belum berkahwin lagi enam tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permata, di sini, baru-baru ini.


Dia yang berkhidmat dalam bidang perniagaan makanan memberitahu minatnya terhadap Manchester United bermula apabila bapanya membelikan sehelai jersi pasukan itu ketika umurnya 11 tahun. “Dua orang kawan saya, Ruhaizad Baharuddin dan Errol Haizi mendorong saya membuat koleksi dengan mengumpulkan barangan kelab berkenaan dan bermula dari situ, saya mula mencari jersi dan memorabilia lain secara dalam talian,” katanya. Menurutnya, sehingga kini dia mempunyai lebih daripada 60 helai jersi Manchester United dari musim 1988 hingga musim sekarang selain beraneka jenis memorabilia. Berlainan pula dengan pasangan adik-beradik, Abu Bakar Abdul Jabar, 48, dan Zulkifli Abdul Jabar, 35, yang turut mempunyai koleksi sama, tetapi lebih memfokuskan koleksi mereka kepada pelbagai pasukan kelab dan negara selain pemain legenda.

“Kami anggarkan kami berbelanja antara RM20,000 hingga RM25,000 kerana kami kumpul barangan sejak Piala Dunia 1994. “Namun, kami tidak tertumpu kepada satu pasukan sahaja, sebaliknya lebih bersifat menyeluruh apabila pasukan yang tidak begitu diminati seperti Olympiakos, Olympique Lyon, Fenerbahce dan Sanfreece Hiroshima turut menjadi hasil koleksi kami,” kata Abu Bakar. Dia adalah peminat Manchester United dan Jerman manakala Zulkifli pula adalah penyokong Chelsea dan Perancis. Kebanyakkan koleksi jersi mereka banyak membabitkan pemain legenda seperti Thierry Henry, David Trezeguet, Samuel Eto'o, Dennis Bergkamp dan David Beckham.


“Pernah juga saya disapa seorang pelancong asing ketika berjalan di ibu kota bertanyakan mengenai jersi Belanda tahun 1996 serta mempunyai nama Dennis Bergkamp di belakang badan. Pelancong terbabit sanggup membayar RM1,000 bagi mendapatkan jersi yang saya pakai itu,” katanya. Namun, dia menolak tawaran itu kerana merasakan jersi berkenaan sangat berharga dan susah untuk diperoleh di pasaran pada waktu sekarang. “Apa yang saya lihat orang mula mengumpul memorabilia bola sepak terutama jersi pasukan sejak kebelakangan ini kerana jersi atau aksesori lain senang untuk didapati sedangkan pada zaman kami, ianya agak sukar dan hanya beberapa kedai di Kuala Lumpur sahaja yang menjual jersi berkenaan,” katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!