Saturday, January 31, 2015

Wanita tikam suami dengan pemutar skru angkara WhatsApp



Wanita tikam suami dengan pemutar skru angkara WhatsApp | Aplikasi WhatsApp menjerumuskan seorang wanita ke penjara selama setahun atas tuduhan menikam suaminya dengan pemutar skru. Kejadian tercetus apabila Mella Manatsi leka menghantar pesanan melalui aplikasi telefon mudah alih itu kepada bekas suaminya. Masalah timbul apabila tindakan Mella itu disedari suaminya. Daripada pertengkaran, konflik suami isteri Mella - Gabriel Madara itu berlarutan sehingga ke keganasan fizikal.

Dalam prosiding mahkamah, hakim diberitahu Mella menggigit dagu Madara apabila lelaki terbabit merampas telefon dan mengancam untuk menggunakannya sebagai bukti curang. Mella juga menikam suaminya dengan pemukar skru serta memukul kepala lelaki terbabit dengan batang besi dalam kejadian 14 Januari lalu itu. Namun, Mella bernasib baik kerana hakim bersetuju menangguhkan pelaksanaan hukuman itu semalam. - Agensi

Kenali Jeraldine Macapar Aboy, gadis yang hidupnya bekerja sebagai buruh sejak berumur 6 tahun



Kenali Jeraldine Macapar Aboy, gadis yang hidupnya bekerja sebagai buruh sejak berumur 6 tahun | Tubuhnya kurus dan kelihatan lemah. Justeru tiada sesiapa menyangka gadis berusia 14 tahun itu sebenarnya sudah biasa mengangkat bertan-tan tebu untuk dimuatkan ke dalam lori. Dia Jeraldine Macapaar Aboy, atau lebih dikenali dengan panggilan Pitang. Kata Pitang, kerjanya begitu sukar, tetapi disebabkan sudah terbiasa, tubuhnya menerima keadaan itu perlahan-lahan.


 "Saya bekerja di ladang tebu itu sejak berusia enam tahun," katanya menceritakan hidupnya sebagai buruh di sebuah ladang di Don Carlos, wilayah Bukidnon. Pitang bermula sebagai pembantu bapanya di ladang tebu itu dan dua tahun kemudian, mula bekerja sebagai buruh sepenuh masa. Ketika itu, kata Pitang, bapanya sering uzur dan dia tidak ada banyak pilihan, kecuali menggantikan lelaki terbabit. Untuk kerja seharian, Pitang dibayar 120 peso (RM9.90). -AP




,

Gadis maut ditembak empat kali oleh dua anggota polis di sebuah balai polis



Gadis maut ditembak empat kali oleh dua anggota polis di sebuah balai polis | Seorang gadis maut dilaporkan ditembak empat kali oleh dua anggota polis di sebuah balai polis, Khamis lepas. Menurut laporan The Guardian, Kristiana Coignard, 17, didakwa menyerbu pegawai polis di stesen berkenaan menggunakan sebuah pisau pemotong daging. Sebuah rakaman yang merakam aksi Coignard juga disiarkan selepas kejadian menimbulkan persoalan mengenai penggunaan senjata api oleh pihak berkuatan itu.

Menurut ibu saudara Coignard, Heather Robertson, anak saudaranya mempunyai masalah mental bi-polar dan pernah cuba untuk membunuh diri, namun tidak pernah bertindak ganas ataupun mengancam orang lain. Ketua Polis Texas, Don Dingler pula memberitahu, tindakan anggota polis tersebut adalah bersesuaian dengan situasi kejadian. Polis masih lagi menyiasat kejadian tersebut. -AP




.

Subhanallah.. Anjing menangis selepas kembarnya mati


Subhanallah.. Anjing menangis selepas kembarnya mati | Reaksi Brutus, seekor anjing jenis Rottweiler yang menangis apabila kembarnya, Hank, mati menarik perhatian ratusan pelayar laman video YouTube. Dalam video tersebut, keadaan Brutus menyayat hati apabila dia menangis dan tidak berganjak walaupun ditenangkan tuannya, Brett Bennett.


Menurut laporan Dailymail UK, Hank, kembar kepada Brutus, mati ketika tidur dan punca kematian haiwan berkenaan tidak diketahui. Hank disahkan mati 20 Januari lepas. Brutus dilihat jelas menitiskan air matanya ketika baring di atas kepala Hank dan reaksi anjing berkenaan menarik simpati pencinta haiwan anjing dan seumpamanya. -AP




.

Lagi budak maut terjatuh dari tingkat lapan kediamannya



Lagi budak maut terjatuh dari tingkat lapan kediamannya | Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut terjatuh dari tingkat lapan kediamannya di Taman Nirwana Kampung Pandan, 8 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa tinggal bersama ibu bapa, dua adik beradiknya dan seorang pembantu rumah warga Indonesia. Menurutnya, ketika kejadian ibu bapa mangsa bersama kakak dan abangnya tiada di rumah kerana ke tempat kerja dan sekolah.

“Pembantu rumah terbabit meninggalkan kediaman itu untuk membeli telur di kedai sebelum kejadian. “Bagaimanapun, sebaik pulang dia mendapati orang ramai berkumpul dan melihat mangsa parah terbaring atas jalan,” katanya. Khairuldin berkata, siasatan awal dipercayai mangsa tersedar dari tidur dan memanjat basikal yang terletak di balkoni tingkat lapan sebelum terjatuh. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak dan pembantu rumah kini sedang disoal siasat. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!