Sunday, February 1, 2015

Kehadiran pasangan pelik ini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk



Kehadiran pasangan pelik ini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk | Pasangan lelaki dan perempuan bertopeng dan dipercayai bersenjata diminta menyerah diri kerana menimbulkan kebimbangan penduduk setempat. Pasangan tersebut, yang memakai topeng hoki ais bewarna putih, muncul selama 3 minggu di beberapa tempat di Auckland.


Menurut Dailymail UK, laporan orang awam mengatakan pasangan tersebut membawa senjata yang kelihatan seperti pistol. Polis kemudian memuatnaik gambar pasangan bertopeng berkenaan ke laman sosial Facebook dan meminta mereka menyerah diri.

Kerana seekor lipas, seorang pekerja di sebuah syarikat pembersihan meletupkan seluruh bilik air di pejabatnya



Gara-gara seekor lipas, seorang pekerja di sebuah syarikat pembersihan dilaporkan meletupkan seluruh bilik air di pejabatnya, baru-baru ini. Memetik laporan daripada portal berita Metro.co.uk, kejadian tersebut berlaku apabila wanita tersebut yang mahu membunuh seekor lipas, namun secara tidak sengaja menghasilkan bom buatan sendiri dengan menggunakan bahan pencuci kimia yang disimpan di tandas berkenaan. Menurut laporan tersebut, wanita itu mengambil langkah pertama dengan memukul lipas tersebut dengan menggunakan kasutnya untuk memastikan haiwan itu benar-benar mati.

Kemudian, lipas tersebut dibalut dengan kertas tisu sebelum ‘dihancurkan’ sebelum dibakar. “Wanita itu membuang lipas ke dalam tandas dan terlupa untuk menarik pam tandas. Menyebabkan tisu itu bercampur dengan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci tandas. “Tandas itu meletup tidak beberapa lama kemudian dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat sehingga mengejutkan seluruh pejabat,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut. Lipas dikatakan antara serangga yang mempunyai tahap survival yang tinggi. Serangga itu dikatakan masih boleh hidup dalam masa beberapa minggu walaupun kepalanya dipotong. -AP




.

Apa yang terjadi apabila wad bersalin di Mexico meletup..



Apa yang terjadi apabila wad bersalin di Mexico meletup.. | Satu letupan trak gas memusnahkan wad bersalin sebuah hospital di barat pinggir bandar raya ini kelmarin dengan menyebabkan seorang wanita dan dua kanak-kanak terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi cedera. Pihak berkuasa memberitahu, beberapa orang bayi ditemui masih hidup di celah runtuhan bangunan berkenaan. “Seorang jururawat dan kanak-kanak mati selepas letupan tersebut yang memusnahkan kira-kira 70 peratus hospital berkenaan,” kata Datuk Bandar, Miguel Angel Mancera di sini. Seorang menteri kesihatan ketika ditemu bual sebuah stesen televisyen menyatakan, lebih 70 mangsa cedera dengan hampir 20 orang daripada mereka kritikal.

 Beberapa bayi ditemui di bawah timbunan runtuhan ketika berpuluh-puluh pekerja penyelamat menggali di celah timbunan konkrit bagi mencari mangsa yang masih hidup. Sebahagian mangsa yang cedera dipindahkan dengan helikopter, manakala rakaman dari udara menunjukkan anggota bomba bertungkus-lumus di lokasi kejadian. “Saya amat bimbangkan saudara perempuan saya. Dia sepatutnya telah bersalin.

“Kami membawanya ke hospital ini kelmarin,” kata seorang jururawat berusia 32 tahun, Monserrat Garduno. Menurut seorang pegawai tempatan, sekitar 100 orang berada di hospital berkenaan semasa letupan berlaku. “Letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran pada hos yang digunakan trak berkenaan untuk menyalurkan bahan api ke tangki hospital,” katanya. Banyak kawasan di sini tidak mempunyai saluran bekalan gas dan terpaksa bergantung kepada penghantaran gas menggunakan trak. Menurut Mancera, syarikat gas yang terlibat dalam letupan itu telah beroperasi di sini sejak 2007. – Reuters




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!