Monday, February 2, 2015

3 pelajar kolej maut dirempuh, kerana mahu selfie dengan keretapi



3 pelajar kolej maut dirempuh, kerana mahu selfie dengan keretapi | Gara-gara mahukan 'selfie berani' dan memuat naik gambar ke laman sosial, tiga pelajar kolej maut dirempuh kereta api. Kejadian yang berlaku pada 27 Januari lalu mengorbankan tiga pelajar kolej, lapor The Times of India. Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Takub, Iqbal dan Afzal. Ketiga-tiga mangsa dilaporkan berusia 20-an dan merupakan pelajar sebuah kolej.

Memetik laporan tersebut, rakan mangsa yang maut, Aneesh berkata, beliau bersama tiga rakannya tersebut sedang dalam perjalanan ke Agra untuk melihat Taj Mahal. Menurut pegawai polis, Sanjay Kumar memberitahu, keempat-empat pelajar berkenaan ingin 'selfie' dengan keretapi yang sedang bergerak. Aneesh, yang sedang mengambil gambar memberitahu, mereka tidak sempat mengelak keretapi tersebut. -AP




.

Punca Penuntut UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki?



Punca Penuntut UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki? | Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggal dunia selepas dikelar di bahagian leher oleh teman lelakinya di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang dekat Taiping, Isnin. Susulan kejadian itu, Nursyuhada Johari, 17, segera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supritendan Ismail Che Isa berkata, beberapa saksi yang melihat kejadian itu berkata, pasangan itu dilihat bergaduh di dalam sebuah kereta Proton Perdana di tepi lebuh raya itu pada 12.30 tengah hari. "Gadis itu kemudian dilihat terjatuh dari kereta berkenaan dan terdapat kesan luka pada bahagian lehernya akibat dikelar dengan pisau," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin. Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera menahan lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak polis. Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Mstar




.

Maut! Lelaki warga emas mengidap pelbagai penyakit terjun dari tingkat sembilan Hospital Umum Sarawak


Maut! Lelaki warga emas mengidap pelbagai penyakit terjun dari tingkat sembilan Hospital Umum Sarawak | Seorang lelaki warga emas yang mengidap pelbagai penyakit termasuk kanser ditemui mati selepas dipercayai terjun dari tingkat sembilan Hospital Umum Sarawak, di sini, tengah hari tadi. Lelaki berusia 76 tahun sebelum itu dilaporkan hilang dari katil pesakit ketika seorang daripada cucunya keluar membeli minuman di tingkat bawah hospital terbabit, pada 12.20 tengah hari.


Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, cucunya mendapati lelaki itu tiada sebaik kembali ke katil. "Usaha mencari lelaki itu dilakukan dengan bantuan hospital dan polis sebelum mayatnya ditemui atas bumbung di tingkat empat HUS. "Kami terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengangkat mayat lelaki itu. Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut sehingga bedah siasat dilakukan," katanya. -Metro



.

Kisah dua pengemis yang sanggup melakukan apa saja demi wang



Kisah dua pengemis yang sanggup melakukan apa saja demi wang | Melakukan apa saja demi wang, begitulah kisah dua pengemis Roma yang sanggup duduk dan berdiri sambil membungkam berhadapan dengan cawan kertas di galeri seni Malmo. Pengemis pasangan suami isteri itu dilihat berpakaian nipis dan tidak dibenarkan menuturkan sepatah perkataan apabila pelawat mendekati mereka di Malmo Konsthall, satu daripada pusat pameran seni paling besar. Sebelum itu, Luca Lacatus dan Marcella Cheresi, mengemis di tepi jalan, namun kejadian itu disedari penganjur projek Malmo.

 Sebaik terlihat Lacatus dan Marcella, dia berhasrat menggunakan mereka dalam pameran yang bertujuan menggalakkan rakyat Sweeden lebih peka terhadap ketidaksamaan dalam negara yang bakal dihujani pendatang asing tahun ini. Namun projek itu itu menimbulkan kekecohan selepas dianggap melampau hingga galeri itu dikritik kerana dianggap memanipulasi kemiskinan.

Artis Ioana Cojocariu yang juga aktivis kumpulan hak asasi pendatang di Kesatuan Eropah memberitahu media dia mempunyai harapan yang tinggi, tetapi apabila memasuki bilik itu dia berasa seperti melihat pameran etnologi dengan badan kulit hitam diganti mayat orang miskin.

“Saya berasa artis berniat baik, namun jelas terdapat kesilapan,” katanya. Pegawai media projek itu, Erika Li Lundqvist berkata: “Isu ini sensitif jadi tidak hairan jika menerima kritikan hebat. “Namun saya agak kecewa ramai kritik yang menyelar pameran ini sebenarnya tidak datang sendiri melihatnya,” katanya. - Agensi




.

Bidan pengsan selepas 8 jam tanpa henti bantu lahirkan 11 bayi



Bidan pengsan selepas 8 jam tanpa henti bantu lahirkan 11 bayi | Kepayahan melahirkan bayi lumrah dihadapi seorang ibu, namun lain pula situasi yang berlaku di hospital di Wenling, timur China. Seorang bidan tiba-tiba pengsan dipercayai selepas lapan jam tanpa henti membantu melahirkan 11 bayi di Hospital First People sebelum senja semalam, lapor media.

Kejadian berpunca apabila Xu tidak henti-henti melakukan tugasnya dari pukul 12 pagi hingga 8.30 (waktu Malaysia) dengan lapan proses kelahiran biasa dan tiga pembedahan selain membantu seorang wanita yang kehilangan darah sebelum pengsan akibat hipoglisemia - kenaikan gula dalam darah. -AP




.

Sekumpulan remaja menyebabkan kematian seorang wanita selepas mereka ‘merejam’ mangsa dengan botol arak



Polis sudah mengenal pasti sekumpulan remaja yang menyebabkan kematian seorang wanita selepas mereka ‘merejam’ mangsa dengan botol arak. Jurucakap polis berkata, sekurang-kurangnya dua daripada remaja terbabit dikenali pasti - dikenali dengan nama panggila Ice dan Ble. “Namun identiti sebenar mereka tidak boleh didedahkan kerana masih di bawah umur,” katanya semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, Ranjuan Jongrak, 40, terbunuh akibat dibaling botol arak. Dia dan anak lelakinya, Aye, 19, serta saudara mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pesta buah epal tempatan kira-kira jam 1 pagi. Ketika menunggu suami Ranjuan yang bekerja sebagai sukarelawan keselamatan di pesta itu, mereka tiba-tiba dihampiri 17 remaja menaiki trak pikap.

Mangsa kemudian dilontar dengan botol bir. Ranjuan mengalami kecederaan parah di muka dan dikejarkan ke hospital, namun disahkan mati akibat pendarahan melampau. Sumber berkata, tiga bulan lalu Aye terbabit dalam pergaduhan dengan sekumpulan remaja dan sekali lagi tiga hari sebelum kejadian. Jurucakap polis berkata, semua suspek dinasihat hadir ke balai polis terdekat bagi memudahkan siasatan. “Jika tidak, waran tangkap akan dikeluarkan,” katanya. - Agensi




.

Wanita terkejut temui sejumlah ganja tersorok di dalam pintu van selama 15 tahun



Wanita terkejut temui sejumlah ganja tersorok di dalam pintu van selama 15 tahun | Seorang wanita di sini terkejut selepas menemui sejumlah dadah jenis ganja seberat hampir enam kilogram yang disembunyikan di dalam sebuah van miliknya selama 15 tahun. Wanita tersebut, Melodie Peil berkata, dia membeli van jenis Chevrolet itu kira-kira 15 tahun lalu daripada seorang lelaki dan tidak menyedari ada beberapa ketul dadah di dalam pintu kenderaan itu.

Katanya, pada minggu lalu, seorang rakannya membuka pintu van berkenaan untuk dibaiki tetapi terkejut selepas menemui lima bungkusan ganja mampat yang disembunyikan di dalamnya. “Saya sungguh terkejut dan terus menghubungi polis kerana rakan saya memberitahu, bungkusan berkenaan kemungkinan adalah dadah. “Beberapa anggota polis yang datang membuat pemeriksaan mengesahkan bungkusan tersebut adalah dadah jenis ganja. “Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan dadah itu sudah tidak berguna lagi kerana tersimpan terlalu lama di dalam pintu van berkenaan,” katanya. – Agensi





.

Dae­rah ini mendapat jolokan ibu kota gelandangan kerana memiliki bilangan penduduk tanpa tempat tinggal yang begitu ramai



Dae­rah ini mendapat jolokan ibu kota gelandangan kerana memiliki bilangan penduduk tanpa tempat tinggal yang begitu ramai | Dae­rah Skid Row di sini mendapat jolokan ibu kota gelandangan Amerika Syarikat (AS) kerana memiliki bilangan penduduk tanpa tempat tinggal yang begitu ramai. Bancian terakhir pada tahun 2013 menyatakan bandar raya ini dihuni seramai 39,500 orang gelandangan. Bilangan mereka melonjak kepada 60,000 orang jika mengambil kira penduduk yang berkhemah dan me­numpang kediaman orang lain.

Menurut anggaran terbaharu, terdapat kira-kira 3,000 orang yang tidur di kaki lima jalan raya sekitar daerah itu pada setiap malam Mereka membuat tempat tidur menggunakan kadbod, fabrik atau plastik dan tidur berdekatan satu sama lain. “Kami mengira seramai 24 orang gelandangan di sebatang jalan di Skid Row,” kata seorang sukarelawan bancian, Harry Batt baru-baru ini.

“Kami bernasib baik kerana tidak melihat kanak-kanak atau mereka yang berusia bawah 18 tahun,” tambahnya. Dalam pada itu, isu orang gelandangan turut mendapat perhatian Setiausaha Hal Ehwal Veteran AS, Robert McDonald. Kehadiran beliau di Skid Row membayangkan kesungguhan Presiden Barack Obama untuk mengatasi masalah itu. “Daripada sejumlah 630,000 gelandangan di AS, hampir 50,000 daripada mereka ialah veteran tentera,” menurutnya. – AFP




.

Kejadian rompakan bank disangka sedang berlakon drama



Kejadian rompakan bank disangka sedang berlakon drama | “Saya sangka empat lelaki bertopeng itu sedang berlakon drama di depan kedai emas. Namun saya tergamam apabila mereka (perompak) menjerit sebelum melepaskan tembakan,” kata seorang saksi yang enggan namanya didedahkan. Dalam kejadian jam 11.47 pagi semalam itu, sekumpulan penjenayah merompak kedai emas di sebuah pasar raya di sini, sebelum melarikan barang kemas bernilai antara RM300,000 hingga RM400,000.

Menurutnya, penjenayah melepaskan dua das tembakan ke udara dan satu lagi ke lantai premis. “Pada masa sama, suspek lain sibuk memecahkan cermin ruang pameran barang kemas menggunakan tukul besi,” katanya. Dia berkata, kumpulan penjenayah itu turut dilihat memakai jaket serta sarung tangan selain membawa pistol separa automatik. Sementara itu, sumber polis berkata, suspek mengambil masa kurang tiga minit untuk merompak kedai emas berkenaan sebelum melarikan diri. -Metro




.

Misteri ramai pelajar sekolah histeria sehingga waktu pembelajaran terganggu



 Misteri ramai pelajar sekolah histeria sehingga waktu pembelajaran terganggu | Sesi pembelajaran sebuah sekolah, di sini, terjejas sejak Rabu lalu selepas pelajar dan gurunya dikejutkan dengan kejadian histeria membabitkan kira-kira 40 pelajarnya yang berlarutan sehingga semalam. Difahamkan, kejadian itu bermula sejak minggu lalu sehingga sesi pembelajaran di sekolah itu tidak dapat berjalan seperti biasa. Kejadian histeria itu dianggap terburuk melanda sekolah terbabit hingga mereka terpaksa minta bantuan seorang pengamal perubatan Islam dari sebuah pusat rawatan Islam di Johor Bahru untuk merawat pelajar berkenaan.

Penaung Pusat Rawatan Islam Zahratus Syifa’ Hafsah Ahmad berkata, pihaknya dipanggil seorang guru sekolah itu untuk mendapatkan bantuan rawatan selepas mendakwa beberapa orang pelajar sekolah terbabit terkena gangguan histeria. Menurutnya, dia hadir dengan berbekalkan bacaan ayat al-Quran dan air zam zam untuk mengubati sebagai ikhtiar menghalau makhluk halus yang mengganggu pelajar sekolah itu terutamanya perempuan. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!