Tuesday, February 3, 2015

Wanita tutup akaun facebook selepas muat turun anak dera kucing di laman sosial itu


Wanita tutup akaun facebook selepas muat turun anak dera kucing di laman sosial itu | SEORANG wanita di Mexico terpaksa menutup akaun Facebooknya selepas tindakannya memuat naik video anak perempuannya bermain dengan kucing menimbulkan kemarahan pengguna laman sosial itu. Persatuan kebajikan haiwan mengkritik Molina Tapia, 31, kerana video anaknya itu dianggap sebagai mendera kucing dan ia mungkin boleh menjadikan kanak-kanak itu seorang yang ganas apabila dewasa kelak.

Polis di Mexico City berkata, mereka bagaimanapun tidak boleh mengambil tindakan terhadap Tapia kerana kekejaman haiwan tidak bertentangan dengan undang-undang di negara itu. Awal bulan lalu, Tapia memuat naik video berjudul ‘Anak perempuan kesayangan saya dengan kucing kesayangan kami’.


Menurut laporan Mirror, Video berdurasi 1.21 minit itu menunjukkan kanak-kanak terbabit duduk di atas badan kucing yang jelas menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu, sebelum memusingkannya di sekitar ruang tamu rumah mereka. Seorang ahli kumpulan hak asasi haiwan Justicia para Callejerit berkata, terdapat perbezaan antara melayan haiwan dengan buruk dan melayan manusia dengan buruk, dan kanak-kanak yang sering mendera haiwan berkemungkinan membesar sebagai orang yang ganas.

Ini penjelasan bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar mengenai kejadian tragis itu



Ini penjelasan bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar mengenai kejadian tragis itu | Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima. Johari Hashim berkata, pemuda tersebut merupakan rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya. Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah. "Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lepas. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya kepada pemberita. Anaknya Nursyuhada, 20, yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak semalam. Johari berkata, namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih menganggunya.Beliau berkata, keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini.

Katanya, pemuda tersebut pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula. "Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu. "Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya," kata Johari.

Beliau berkata, bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya telah mengelar leher Nursyuhada. Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental. Johari berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus. Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi tadi.- Bernama




.

Lelaki iklan cuba jual bangkai Lamborghini Huracan



Lelaki iklan cuba jual bangkai Lamborghini Huracan | Seorang lelaki mengiklankan sebuah kereta Lamborghini bernilai £186,000 (RM1.01 juta) untuk dijual pada harga cuma £4,000 (RM21,859.46) di sebuah laman web di Hungary baru-baru ini. Bagaimanapun, apa yang sebenar dijual oleh Csapo Joska, 35, itu merupakan bangkai sebuah kereta Lamborghini milik rakannya dari Republik Czech yang remuk dan hangus terbakar selepas satu kemalangan di sini pada September tahun lalu.


Joska menulis iklan: “Lamborghini Huracan, hanya satu pemilik terdahulu, dijual seperti yang dilihat.” Dia menyiarkan iklan itu sebagai usaha mendapatkan sebanyak mungkin duit untuk membayar ganti rugi kepada rakannya selepas syarikat insurans enggan membayar sebarang pampasan. Joska yang memandu pada kelajuan 336 kilometer sejam pada tahun lalu melanggar besi penghadang di tepi jalan. Selain memusnahkan kenderaan itu, dia turut disaman kerana pelbagai kesalahan termasuk memandu secara berbahaya. – Agensi




.

Alahai.. Kura-kura dijadikan burger oleh pemiliknya..



Alahai.. Kura-kura dijadikan burger oleh pemiliknya.. | Dek kerana takut kura-kura peliharannya disita petugas lapangan terbang, seorang lelaki yang dikenali sebagai Li telah ‘menukar’ kura-kura tersebut menjadi burger. Memetik laporan daripada News.com.au, Li bertindak sedemikian bagi memastikan kura-kura tersebut dapat ‘terbang’ bersamanya. Li dilaporkan hendak berlepas dari bandar raya Guangzhou Baiyun ke Ibu kota Beijing China.

Pada awalnya, Li berjaya mengaburi petugas ketika bagasinya melintasi pemeriksaan sinar X meskipun petugas tersebut seperti mengesyaki sesuatu. Petugas tersebut sempat mengatakan bahawa beliau melihat satu ‘benjolan’ keluar daripada bagasinya. Namun Lli membantah dakwaan petugas itu dan meyakinkannya, bahawa benda yang ia lihat bukan kura-kura.

"Tidak ada kura-kura, hanya burger dan tidak ada sesuatu yang istimewa di dalam bagasi ini untuk dilihat," kata Li seperti dilapor media China. Walaupun lolos dalam pemeriksaan pertama, namun rahsia Li akhirnya terbongkar pada pemeriksaan berikutnya. Akhirnya Li mengaku dia telah membawa haiwan peliharaanya itu dari rumah, kerana berharap dapat menikmati penerbangan bersama kura-kuranya itu. -AP



.

Orang ramai gempar, kereta warga emas rempuh stesen minyak



Orang ramai gempar, kereta warga emas rempuh stesen minyak | Orang ramai yang sedang mengisi minyak dan membeli barangan di premis stesen minyak Petronas Ara Damansara, di sini, gempar apabila kereta jenis Proton Wira Aeroback merempuh pintu cermin hadapan premis kira-kira 9 pagi tadi. Menurut pekerja stesen minyak itu, dalam kejadian terbabit terdapat beberapa pelanggan di dalam premis yang sedang membeli barangan dan berurusan di kaunter sebelum sempat menyelamatkan diri apabila kereta yang dipandu seorang wanita warga emas berusia 61 tahun merempuh pintu hadapan premis berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan membabitkan pelanggan stesen minyak itu dan wanita terbabit juga selamat. Difahamkan wanita berkenaan secara tidak sengaja menekan pedal minyak kenderaannya secara kuat ketika hendak meninggalkan stesen minyak terbabit sebelum merempuh premis berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih diteruskan.




.

Penjual sayur berdepan hukuman mati tanam pokok ganja yang disangkanya hanyalah sejenis sayur



Penjual sayur berdepan hukuman mati tanam  pokok ganja yang disangkanya hanyalah sejenis sayur | Seorang penjual sayur di Pasar Panorama, Kota Bengkulu berdepan hukuman mati selepas didapati menanam 58 pokok ganja secara tidak sengaja di kebun sayur miliknya. Hanya dikenali sebagai RS, dia ditahan polis antidadah Bengkulu semalam. Kata RS, dia memperoleh biji tanaman itu daripada seorang kenalan lamanya.

“Dia memberitahu ia benih sayur. Saya tidak mengesyaki apa-apa dan menanamnya begitu saja,” katanya. Tidak itu saja, RS turut mengaku menerima bungkusan kecil dadah itu dan menggunakannya tanpa mengetahui ia menyalahi undang-undang. Ganja itu ditemui polis tertanam dalam pasu bersama sayuran lain. Kata RS, dia merancang untuk memindahkan ganja itu ke kebun miliknya apabila besar. -AP




.

Pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas kerana kapten pesawat terperangkap di luar kokpit selepas dia ke tandas






Pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas kerana kapten pesawat terperangkap di luar kokpit selepas dia ke tandas | Seorang kapten pesawat Delta Air Lines terperangkap di luar kokpit selepas dia pergi ke tandas, ekoran pintu kokpit tidak boleh dibuka kerana mengalami masalah teknikal, menyebabkan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas setibanya di Las Vegas. Kapten tersebut yang tidak didedahkan identitinya, bagaimanapun berjaya menenangkan para penumpang dan memaklumkan bahawa pesawat tersebut akan melakukan pendaratan cemas sebaik-baik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Mc­Carran.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat itu dalam penerbangan dari Minneapolis ke Las Vegas pada Khamis lalu. “Tuan-tuan dan puan-puan, saya kapten pesawat ini dan saya terkunci di luar kokpit!” katanya selepas menyedari pintu kokpit mengalami masalah teknikal dan tidak boleh dibuka. Portal, Mail Online melaporkan, ekoran kejadian itu, menyebabkan anak kapal pesawat itu membuat panggilan kecemasan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran. Bagaimana pun, pesawat yang membawa 168 orang penumpang itu berjaya mendarat dengan selamat dengan dikemudi oleh pembantu juruterbang.


Saksi kejadian, Curry Russell yang merekodkan kejadian itu berkata, keadaan dalam pesawat agak `gila’ tetapi pada masa sama dia berasa teruja. Seorang lagi penumpang, Jesse Dougherty memberitahu agensi ABC News, pada separuh perjalanan yang mengambil masa lebih dua jam itu, dia melihat kapten pesawat itu berada di luar kokpit. “Orang ramai berasa panik dan keliru dengan situasi tersebut,” katanya. Pembantu juruterbang pesawat Md-90 itu menggunakan kawalan di tempat duduknya untuk mengemudi pesawat itu kerana dia lebih cekap menggunakan sistem susun atur kawalan di tempat duduknya. -AP




.

Subhanallah.. Isteri koma sejak 4 bulan lahirkan anak menerusi pembedahan



Subhanallah.. Isteri koma sejak 4 bulan lahirkan anak menerusi pembedahan | “Saya akan terus berulang-alik sejauh 90 kilometer untuk menjaga isteri dan anak di hospital,” kata Ruslili Usof, 35, suami kepada Noor Laila Razak, 33, yang koma sejak empat bulan lalu kerana radang otak. Nelayan yang tinggal di Kampung Tengah, Merang, Setiu berkata dia menunggang motosikal setiap hari berulang alik ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk menjaga isterinya yang masih berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).


Bapa kepada empat anak itu berkata, isterinya koma ketika lima bulan mengandung anak bongsunya dan penyakit radang otak itu baru diketahui selepas doktor menjalankan rawatan dan pemantauan sejak Oktober tahun lalu. Katanya, dia dan ahli keluarga resah kerana bimbang penyakit isterinya mampu mengancam nyawa anak dalam kandungan. “Hasil pemantauan dan kerja keras doktor akhirnya berjaya menyelamatkan nyawa bayi menerusi pembedahan yang dijalankan pada 15 Januari lalu. -Metro



.

Inilah identiti dan wajah sebenar pelajar UiTM yang mati selepas dikelar teman lelakinya



Inilah identiti dan wajah sebenar pelajar UiTM yang mati selepas dikelar teman lelakinya  | Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

 Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan. Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti. “Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan. “Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya.

Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta. Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis. Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan. “Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.


“Kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan. Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya, Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta. “Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap. “Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya. Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu. Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai. -Utusan




.

Orang ramai dinasihati berhati-hati beli ikan keli di pasaran -Pengarah Perikanan



Orang ramai dinasihati berhati-hati beli ikan keli di pasaran | Orang ramai di Terengganu dinasihatkan supaya supaya lebih berhati-hati ketika membeli ikan keli di pasar-pasar negeri ini bagi mengelak mendapatkannya daripada sumber yang diragui kehalalannya. Pengarah Perikanan Terengganu, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, ketika ini terdapat banyak lambakan ikan keli dari pantai barat yang dijual di sini dengan harga yang murah tanpa diketahui sumber halal dan haramnya ikan itu.

"Biarlah kita tahu dari mana ikan-ikan itu, halal haramnya dan tahap kebersihannya. Ini kerana kita sedia maklum terdapat ikan keli yang dipasarkan bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang status halal haramnya ikan berkenaan," katanya kepada Bernama.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-73 yang bersidang pada April 2006 memutuskan bahawa ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seupamanya adalah haram dimakan sekiranya ikan itu sengaja dipelihara dalam air najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

Abdul Khalil berkata, kesan dari lambakan ikan keli itu menyebabkan penurunan harga ikan keli di pasaran negeri ini serta menjejaskan kehidupan penternak hidupan itu yang turut mengalami kerugian. Advertisement Sebelum ini, seorang pengusaha ikan keli terbesar di Terengganu, Zakaria Harun, yang memiliki sijil halal ternak keli, mendakwa banyak penternak ikan keli di negeri ini mengalami kerugian ekoran lambakan ikan itu yang dijual dengan harga serendah RM3 sekilogram. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!