Wednesday, February 4, 2015

Sekumpulan saintis berjaya menemui bakteria yang berguna



Sekumpulan saintis menemui spesies baharu bakteria yang membersihkan alam sekitar dan menghasilkan hidrogen, iaitu elemen yang mungkin dapat mengurangkan kebergantungan dunia terhadap minyak. Bakteria Halanaerobium hydrogeninformans ditemui di Soap Lake Washington secara tidak sengaja oleh sepasukan penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Missouri. Menurut Dr Melanie Mormile, ia boleh menghasilkan hidrogen alkali dalam jumlah sama seperti organisma yang diubah suai secara genetik. Mormile kini memberi tumpuan terhadap hydrogeninformans kerana ia berupaya untuk hidup dalam keadaan atau tapak sisa tercemar. - Straits Times




.

Pemandu teksi terselamat selepas kenderaannya terkena pesawat yang terhempas ke sungai



Pemandu teksi terselamat selepas kenderaannya terkena pesawat yang terhempas ke sungai |  Seorang pemandu teksi terselamat selepas kenderaannya terkena kepak pesawat TransAsia yang terhempas ke sungai, pagi tadi. Menerusi sebuah rakaman video, pesawat berkenaan dilihat melanggar teksi tersebut sebelum terhempas ke dalam sungai. Beberapa keping gambar yang menunjukkan kerosakan pada teksi tersebut telah dimuatnaik ke laman mikro Twitter. Pesawat TransAsia ATR 72-600 berkenaan dalam penerbangan domestik dari lapangan terbang Songshan, ke Pulau Kinmen sebelum ia melanggar jambatan dan terjunam ke dalam sungai. -AP




.

Fanatik gym hampir maut akibat kegagalan jantung kerana pengambilan steroid



Seorang pengguna gym hampir maut akibat kegagalan jantung kerana penggambilan steroid. Jantung Ryan Harriss, 22, dilaporkan membengkak dan membesar dari kadar biasa, malah mempunyai tekanan darah terlalu tinggi. Menurut laporan Daily Mail UK, Harriss mula mengambil steroid selepas hasil latihan gym tidak memberikan kesan memuaskan.

"Saya mula menambah dos steroid selepas badan bertambah berotot," kata Harriss. Selain itu, Harriss juga menggunakan pelbagai jenis steroid, atau dikenali sebagai stacking. "Ramai orang menggunakan steroid, saya nasihatkan supaya tidak menyalahgunakannya," tambah Harriss selepas berjanji untuk tidak menggunakan steroid lagi. -AP




.

Juruterbang asyik berselfie dengan GoPro punca nahas pesawat malang ini



Juruterbang asyik berselfie dengan GoPro punca nahas pesawat malang ini | SELFIE ketika mengendalikan pesawat mungkin menjadi punca kematian seorang juruterbang dan penumpang pesawat ringan di Colorado baru-baru ini. Hal ini kerana, siasatan terhadap bangkai pesawat mendapati, kapal terbang ringan itu tidak mengalami kerosakan yang menyebabkan ia terhempas. Sebaliknya pasukan penyiasat menemui kamera GoPro di ruang juruterbang yang telah rosak.

Penyiasat daripada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Awam (NTSB) mendedahkan, rakaman dari GoPro yang diperolehi mendapati juruterbang itu, Amritpal Singh sibuk berselfie dengan penumpangnya ketika berada di altitud merbahaya. Malah, siasatan juga menunjukkan juruterbang tidak mengetahui ketika mereka berada di sudut merbahaya dan boleh terhempas. -AP




.

Lelaki bertindak bunuh teman wanita dengan kejam kerana tidak diberi kata laluan Facebook



Lelaki bertindak bunuh teman wanita dengan kejam kerana tidak diberi kata laluan Facebook | Seorang lelaki bertindak kejam membunuh teman wanitanya apabila memijak kepala kekasihnya itu hanya kerana berang enggan diberi kata laluan Facebook. Kane Boyce, 34, dituduh membunuh Paula Newman, 20, di kediaman mereka di Croydon, London selepas mengesyaki wanita itu menipunya. Dia menafikan tuduhan itu dan mendakwa Paula mati akibat terjatuh dari kereta ketika memandu. Jiran mendakwa mendengar mangsa menjerit ketika pasangan itu bertengkar malah Boyce didengar menggertak mangsa supaya memberi kata laluan akaun Facebooknya.

Dalam kejadian 13 November 2013 itu, pasangan berkenaan menaiki kereta Boyce dan pulang seketika kemudian. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan nampak ‘tidak sihat.’ Paramedik dipanggil ke kediamannya keesokannya selepas mangsa tidak sedarkan diri, namun gagal menyelamatkannya. Laporan bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala. Malah, ketika paramedik merawat mangsa, Boyce sibuk memeriksa telefon bimbit dan pesanan suara mangsa.

Pegawai Pendakwa Gillian Etherton memberitahu mahkamah, Boyce menjadi taasub dengan akaun Facebook mangsa beberapa minggu sebelum kematiannya dan sering memaksa wanita berkenaan memberikan kata laluan. “Lelaki ini suka mengawal mangsa, cemburu dan bersifat ganas sehingga sanggup membelasah dan memijak serta menendang kepala Paula,” katanya. Sebelum ini mangsa pernah memberitahu rakannya dia merancang meninggalkan teman lelakinya dan meminta dia membantu keluar dari rumah kerana sutidak tahan dengan sikapnya. Malah, Boyce didakwa pernah memberitahu rakannya, dia sudah meminta kata laluan Facebook Paula, namun wanita terbabit enggan mendedahkannya. Dia juga kerap menuduh mangsa curang. -AP




.

Gambar pesawat yang terjunam ke dalam sungai di Taipei menyaksikan berpuluh-puluh penumpang masih terperangkap dalamnya



Gambar pesawat yang terjunam ke dalam sungai di Taipei menyaksikan berpuluh-puluh penumpang masih terperangkap dalamnya | Sebuah pesawat dengan 58 penumpang terjunam ke dalam sungai di luar Taipei pada Rabu. 10 orang berjaya diselamatkan manakala berpuluh-puluh lagi masih terperangkap di dalamnya, lapor berita televisyen tempatan. Pesawat TransAsia ATR 72-600 ini sedang terbang dalam satu perjalanan domestik apabila ia terlanggar sebuah jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai, menurut laporan itu.


Kumpulan penyelamat sedang cuba menyelamatkan penumpang yang terperangkap. Rakaman televisyen menunjukkan pasukan penyelamat berdiri di atas serpihan bangkai pesawat yang besar cuba untuk menarik penumpang keluar dari fiuslaj dengan tali. Mereka yang telah diselamatkan - termasuk dua kanak-kanak - dibawa ke pantai. Kesemua 17 mangsa yang terselamat dibawa ke hospital, menurut laporan.


Kemalangan pada kira-kira jam 11:00 pagi (0300 GMT) itu berlaku sejurus selepas pesawat malang tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Songshan di Taipei dalam perjalanannya ke Pulau Kinmen. Julai lalu, 48 orang terbunuh dalam satu lagi nahas melibatkan pesawat domestik TransAsia yang terhempas ke kawasan perumahan semasa ribut di Pulau Penghu di Taiwan.-AP



.

Mungkinkah anak perempuan Whitney Houston bakal menerima nasib yang sama seperti mendiang ibunya?



Mungkinkah anak perempuan Whitney Houston bakal menerima nasib yang sama seperti mendiang ibunya? | Anak perempuan Whitney Houston pengsan dalam tab mandi di rumahnya pada Sabtu, mengimbas kematian tragis ibunya tiga tahun lalu. Jurucakap Polis Bahagian Roswell, Lisa Hollan, melaporkan Bobbi Kristina Brown, 21, ditemui suami dan rakannya dalam rumah di Roswell, kira-kira 35 kilometer di utara Atlanta. “Beliau masih hidup dan bernafas buat masa ini, seperti yang dimaklumkan kepada saya,” kata Lisa dalam satu sidang media.

Beliau berkata pasukan penyiasat masih di lokasi kejadian dan juga di hospital. Portal hiburan TMZ.com melaporkan suami Bobbi, Nick Gordon dan kawannya telah melakukan CPR ketika kejadian berlaku. Bantuan kecemasan juga telah dihubungi sebelum Bobbi dikejarkan ke Hospital North Fulton untuk rawatan. TMZ juga melaporkan sumber terdekat dengan keluarga berkata, Bobbi berada dalam keadaan koma berikutan bengkak pada otak. Diva muzik soul Whitney Houston meninggal pada Februari 2012 apabila dia ditemui mati di tab mandinya di Hotel Bervely Hilton, Los Angeles pada malam tahunan acara gemilang Anugerah Grammy.

Koroner menyimpulkan kes kematian itu sebagai lemas dengan penggunaan kokain dan serangan jantung turut menjadi penyumbang kepada kes itu. Pelbagai jenis minuman keras turut ditemui di bilik hotel penyanyi itu dan 12 jenis ubat yang diberikan doktor, termasuklah ubat penenang Xanax. Penyanyi lagu I Will Always Love You telah menjual lebih 170 juta album dalam tempoh 30 tahun kerjayanya sebagai penyanyi dalam masa yang sama berjuang melawan penyalahgunaan dadah. -AP




.

Bahaya perbuatan mengambil gambar 'selfie' yang telah menjadi fenomena dunia


Bahaya perbuatan mengambil gambar 'selfie' yang telah menjadi fenomena dunia | Perbuatan mengambil gambar 'selfie' telah menjadi fenomena dunia tetapi terdapat juga pihak yang mengecam perbuatan tersebut. Pemimpin-pemimpin dunia juga sering melakukannya seketika semasa bermesyuarat, sama ada untuk kenangan atau tujuan publisiti semata-mata. Bagaimanapun, ketika pertandingan Miss Universe baru-baru ini, Miss Lebanon terpaksa mempertahankan diri terhadap tuduhan bahawa beliau bergaul dengan musuhnya, selepas muncul dengan gambar selfie bersama Miss Israel.

 Dalam satu laporan terkini baru-baru ini, seorang ulama Indonesia dikatakan telah mempersoalkan kesucian 'wanita yang mengiklankan gambar selfie mereka yang memalukan.' Walaupun golongan-golongan tertentu boleh mempunyai pandangan peribadi mereka mengenai selfie, nyata kemungkinan terdapat beberapa kesan psikologi terhadap selfie yang dilihat sebagai satu hobi yang tidak berbahaya ini. Pada Ogos lalu, seorang warga Britain berusia 19 tahun menerima terapi intensif di hospital selepas disahkan sebagai penagih selfie, dengan mengambil sehingga 200 gambar selfie sehari.

"Ia merupakan teknologi yang disukai oleh kebanyakan orang dan tidak salah untuk orang ramai berhubung dengan teknologi terkini. "Selfie merakamkan saat-saat manis untuk kenangan yang boleh dilakukan diri sendiri," kata Timbalan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) Datuk Dr Andrew Mohanraj. Bagaimanapun, beliau berkata selfie yang berlebihan telah menjadi masalah sejak akhir-akhir ini, terutamanya di kalangan remaja yang asyik mengambil gambar selfie yang sempurna dalam usaha mendapatkan 'penerimaan orang lain' atau supaya posting mereka di Facebook mendapat 'like' yang banyak.

Dr Mohanraj menjelaskan bahawa di sesetengah negara barat, selfie yang berlebihan telah menunjukkan hubungan yang kuat dengan 'personaliti narcissistic' dan juga gangguan imej pada badan yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kurus dan anoreksia. Dalam beberapa kes anoreksia nervosa, mengambil gambar diri sendiri juga boleh menjadi sebahagian daripada penegasan bahawa seseorang itu adalah kurus, kata beliau. "Setiap manusia mahukan penerimaan daripada orang lain tetapi itu tidak bermakna kita narcissistic.

Narsisisme atau personaliti narcissistic didiagnosis hanya apabila seseorang telah membesar-besarkan harga diri, membesar-besarkan keperluan untuk dirinya diterima orang lain, membesar-besarkan perasaan keunggulan diri dan kekurangan empati untuk orang lain. "Semua ini boleh membawa kepada beberapa kemerosotan fungsi kerja atau sosial," jelasnya. Pada Mac tahun lepas, satu berita menjadi viral di internet mendakwa bahawa Persatuan Psikiatri Amerika mengkalisifikasikan 'selfiitis' sebagai gangguan klinikal.

Walaupun cerita itu ternyata palsu, Dr Mohanraj bagaimanapun menasihatkan bahawa sebarang bentuk ketagihan perlu diteliti dan dirawat. "Jika anda ketagih untuk mengambil selfie dan tidak dapat mengawal keinginan untuk menahan ketagihan ini, maka anda mungkin memerlukan bantuan psikologi, sama seperti orang yang mencari bantuan pakar untuk ketagihan internet," katanya. Dr Mohanraj menjelaskan bahawa mengambil gambar diri sendiri secara berlebih-lebihan bermaksud tingkah laku yang membawa kepada kemerosotan atau kesusahan untuk berkerja atau bersosial.

Bagi kes kanak-kanak dan gajet, beliau menasihatkan ibu bapa supaya membiasakan diri dengan media sosial dan memantau penggunaan telefon pintar oleh anak-anak sekerap yang mungkin. "Ibu bapa tidak perlu memberikan telefon pintar untuk kanak-kanak sebagai satu cara untuk menenangkan mereka atau untuk bersaing dengan jiran-jiran mereka yang kaya.

"Mereka juga perlu memberikan galakan kepada anak-anak mereka dan memberikan komen positif apabila anak-anak mereka berkelakuan baik atau mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan. "Ini akan mengurangkan keperluan untuk kanak-kanak melihat tentang diri mereka sendiri dengan komen dan pandangan positif melalui gambar selfie mereka ," katanya. "Ibu bapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik dalam penggunaan telefon pintar. Jika ibu bapa tidak bertanggungjawab, mereka tidak boleh mengharapkan anak-anak mereka untuk bertanggungjawab, " katanya.




.

Tragis! Pekerja pusat pengumpulan balak maut selepas ​ditimpa kayu itu



Tragis! Pekerja pusat pengumpulan balak maut selepas ​ditimpa kayu itu | Seorang pekerja di pusat pengumpulan balak maut selepas​ ditimpa kayu tersebut dalam kejadian yang berlaku di di Intan Suraya,​ ​Karai, di sini, ​semalam. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Wan Jamil Wan Chik​ ​berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Mior Zaki Hamzah, 38,​​dari Sungai Sejuk, di sini, sedang melakukan kerja mengikat rantai di​atas lori sebelum satu daripada kayu balak jatuh dan menimpanya. Menurutnya, kejadian itu disedari penyelia mangsa yang kemudian​​bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

 “Mangsa bagaimanapun mati di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke​ ​Hospital Sungai Siput untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli​ ​keluarga,” katanya. Beliau berkata, setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati​ ​mengejut namun siasatan masih diteruskan. Sementara itu, Adun Lintang, Datuk Zolkafly Harun menzahirkan rasa sedih dan takziah di atas pemergian arwah yang dianggap sebagai seorang lelaki bertanggungjawab.


Menurutnya, Mior Zaki juga dijangka melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya pada 28 Disember nanti namun hajatnya tidak kesampaian. Beliau berkata, Allahyarham menjadi ketua keluarga selepas pemergian bapanya beberapa tahun lepas dan kehilangannya pasti dirasai keluarganya. “Selepas arwah ayah Mior Zaki meninggal dunia, dia yang menjaga keluarga hinggakan dia kahwin lambat kerana menjaga ibunya dan adik-adiknya yang lain.

“Saya agak mengenali arwah kerana dia juga merupakan anak buah saya. Pada saya, arwah merupakan seorang yang baik dan bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi selepas melawat keluarga mangsa, semalam. Zolkafli juga sempat melawat keluarga mangsa di Kampung Sungai Sejuk, semalam, dan menyalurkan sedikit sumbangan kepada keluarga arwah. “Kita ada memberikan sedikit wang kepada keluarga arwah sebagai tanda simpati dan kita juga bersedih dengan kehilangan arwah. “Saya harap keluarga mangsa bersabar dan reda dengan apa yang terjadi. Saya faham dengan kesedihan mereka apatah lagi kehilangan ketua keluarga," katanya. -SH




.

Keadaan pendaki Jepun yang tergelincir di Gunung Kinabalu pagi semalam



Keadaan pendaki Jepun yang tergelincir di Gunung Kinabalu pagi semalam | Seorang pendaki warga Jepun tergelincir ketika sedang turun dari puncak Gunung Kinabalu kira-kira jam 7.45 pagi semalam. Menurut kenyataan Taman-Taman Sabah, mangsa Yoshimasa Maekawa, 65, cedera di kepala dan muka ketika sedang turun 7.3 kilometer dari puncak gunung setinggi 4,095 meter itu.

Kakitangan Taman-Taman Sabah dengan bantuan beberapa orang Malim Gunung atau pemandu pelancong memberi rawatan awal kepada mangsa dan mengusungnya turun ke Laban Rata iaitu pada ketinggian 3,272 meter gunung berkenaan. Sebuah helikopter Sabah Air kemudian membawa Yoshimasa ke pekan Kundasang sebelum dia dibawa ke Hospital Ranau menaiki ambulans.

Menurut kenyataan itu, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut. Sehubungan itu, pihak Taman-Taman Sabah memohon kerjasama pendaki lain supaya sentiasa mengambil langkah berhati-hati sepanjang pendakian. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!