Thursday, February 5, 2015

Gambar suai kereta kabel menjadi sebuah bilik hotel mewah yang tergantung pada ketinggian 2,743 meter



Gambar suai kereta kabel menjadi sebuah bilik hotel mewah yang tergantung pada ketinggian 2,743 meter | Sebuah laman web sewa rumah persinggahan terkemuka di Perancis, mengubah suai kereta kabel di sini menjadi sebuah bilik hotel mewah yang tergantung pada ketinggian 2,743 meter dari paras laut. Kereta kabel yang diubahsuai oleh syarikat Airbnb itu terletak berhampiran puncak Gunung Sommet de la Saulire di Banjaran Alps di Perancis, lapor portal odditycentral.com. Rumah persinggahan menyamai sebuah pangsapuri itu mempunyai sebuah bilik tidur dan boleh memuatkan sehingga empat orang pelawat.


Ubah suai itu merupakan sebahagian daripada pertandingan A Night At anjuran laman web ter­se­but yang menghadiahkan pengguna percutian 24 jam di lokasi eks­klusif tersebut. Pememang pertandingan itu akan dibawa ke gunung tersebut dengan kenderaan salji dan selepas satu makan malam istimewa, Savoyard yang ditemani kerlipan bintang, tetamu akan menghabiskan malam mereka dengan tenang di dalam pangsapuri berkenaan. Oleh kerana angin kencang di kawasan pergunungan itu, pangsapuri terbabit akan terhuyung-hayang sepanjang malam mengakibatkan anda sama ada menjadi resah atau tidur lena sepanjang malam. Sepanjang menginap di dalam bilik istimewa itu, pengunjung ‘disajikan’ dengan pemandangan memukau sejurus bangun dari tidur pada waktu pagi. -AP




.

#TransAsia: Sebab juruterbang pesawat malang ini dijulang sebagai hero



#TransAsia: Sebab juruterbang pesawat malang ini dijulang sebagai hero | Juruterbang pesawat TransAsia yang terlibat dalam nahas di Taiwan dijulang sebagai seorang wira atas usaha dan kemahirannya mengelak daripada melanggar bangunan tinggi di kawasan perumahan berdekatan lapangan terbang bangunan tinggi sebelum merempuh teksi pada Rabu. Juruterbang tersebut dikatakan bergelut bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku dalam nahas pesawat malang itu sejurus membuat panggilan kecemasan.

Memetik laporan dari The Guardian, kemalangan tersebut telah mengorbankan sejumlah 31 orang setakat ini dengan lebih banyak mayat ditemui, termasuk mayat juruterbang tersebut dan pembantunya.Ketika ini, pasukan penyelamat Taiwan masih meneruskan pencarian ke atas 12 mangsa yang masih hilang. Pesawat TransAsia ATR 72-600 itu terhempas tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang di utara Songshan, Taipei. Pesawat yang dilaporkan menghadapi masalah enjin itu miring ke sisi sebelum melanggar sebuah teksi dan jambatan sebelum terjunam ke Sungai Keelung. -AP




.

Selepas 13 tahun curi piza, lelaki itu kembali untuk buat pembayaran


Selepas 13 tahun curi piza, lelaki itu kembali untuk buat pembayaran | SEORANG pelanggan yang terdesak dengan bertindak mencuri piza untuk memberi makan kepada anaknya membuat bayaran balik kepada restoran tersebut selepas 13 tahun insiden itu berlaku. Tindakannya membuat bayaran bagi piza yang dicuri lebih sedekad itu selepas lelaki tersebut menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Lelaki berkenaan berkongsi sepucuk surat yang dihantar kepada restoran berkenaan di laman sosial Reddit, dengan meluahkan rasa bersalahnya kerana menggunakan cek tendang untuk 'membayar' makanan itu.

Hidangan piza yang dicuri itu berharga AS$20 (RM71.59) tetapi dia menebus kesalahannya itu dengan membuat bayaran beserta faedah sebanyak AS$54.39 (RM194.69). Antara yang dinyatakan di dalam surat itu: "Pada 2002, saya menggunakan cek tendang untuk mendapatkan piza di kedai anda. Saya menempuh waktu yang amat sukar ketika itu dengan bebanan masalah kewangan dan tidak dapat menyelesaikannya. "Saya tidak mempunyai wang dan mempunyai anak yang lapar di rumah."

Permohonan maafnya diteruskan dengan kenyataan: "Saya telah bekerja keras dan membangunkan sebuah perniagaan sejak lebih sedekad lalu dan meraakan ia adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk menangani keadaan yang saya hadapi. Saya harap tiada yang terasa hati. Pemilik kedai piza itu memberikan reaksi positif apabila membaca beberapa komen berhubung kenyataan di Reddit, mengenai tindakan lelaki itu. "Lelaki itu tidak berbuat apa-apa, tetapi jelasnya telah menunjukkan keperibadiannya. Ini termasuk kemurahan hatinya untuk memasukkan sekali faedah dalam bayaran itu," menurut salah satu komen. - metro

#QZ8501: Misteri bangkai monyet dalam pesawat?? Kenapa ada monyet dalam pesawat malang itu?



#QZ8501: Misteri bangkai monyet dalam pesawat?? Kenapa ada monyet dalam pesawat malang itu? | PETUGAS di Unit forensik (DVI) polis Jawa Timur, Indonesia terkejut sebaik mendapati mayat nahas pesawat QZ8501 yang disangka manusia adalah seekor monyet. Memetik laporan dari Kompas, Ketua pasukan DVI Jawa Timur, Komisaris Besar Budiyono berkata, penemuan tersebut disahkan menerusi ujian DNA yang dilakukan ke atas mayat itu.

“Jenazah dilabelkan B077 yang tiba di Hospital Bhayangkara Polis Daerah Jawa Timur ternyata bukan manusia tetapi sejenis primat. Ia mungkin dari spesis monyet,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan portal tersebut. Menurut Budiyono, ciri-ciri fizikal haiwan itu juga berbeza dengan ciri-ciri fizikal seorang manusia. “Kulit bahagian belakangnya sangat tebal, keras dan kasar. Ia bukan menunjukkan ciri-ciri fizikal manusia,” katanya lagi. Siasatan awal itu diperkuat dengan ketinggian tubuh bangkai itu yang hanya sepanjang 30-35 sentimeter. -AP




.

Gadis bertindak simbah asid ke kemaluan kekasih selepas berang video aib mereka tersebar



Gadis bertindak simbah asid ke kemaluan kekasih selepas berang video aib mereka tersebar | Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakinya menyebarkan video seks mereka telah bertindak nekad mencurah asid ke atas zakar lelaki tersebut. Mangsa, Humphrey Khoza, 25, dikatakan menggunakan komputer ribanya untuk merakam aksi hubungan seks mereka sebelum video tersebut tersebar di laman sosial dan menjadi viral di internet. Gadis berusia 17 tahun itu kemudian menemui Khoza di sebuah pub dan membaling asid bateri ke di celah paha lelaki berkenaan.

“Semuanya berlaku dalam sekelip mata kerana semasa dia datang saya nampak dia memegang sebiji botol, namun tidak menjangka botol tersebut berisi asid,” kata Khoza. Ujarnya, dia tidak tahu bagaimana video tersebut boleh tersebar dalam laman sosial dan kini zakarnya tidak akan berfungsi lagi selain perlu membuang air kecil melalui tiub. “Jika saya mendakwa dia di mahkamah sekalipun, ia tidak membawa apa-apa makna kerana tidak mungkin boleh mengembalikan kejantanan saya. Jika dia dipenjara, itu akan memusnahkan masa depannya dan saya juga tidak berupaya untuk berulang-alik ke mahkamah,” katanya. – Agensi




.

Dunia kritik uniform krew pener­bangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia



Dunia kritik uniform krew pener­bangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia | Uniform krew pener­bangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia, dikatakan tidak sesuai untuk industri itu terutamanya apabila berdepan situasi kecemasan dan boleh mencetuskan masalah lain. Menurut laporan portal berita Mail Online, syarikat penerbangan Skymark dari Jepun, Cathay Pacific (Hong Kong) dan Qantas (Australia) dikritik kerana memperkenalkan uniform skirt mini kepada staf wanita, tetapi pakaian tersebut menyebabkan mereka terdedah kepada gangguan seksual kerana berpakaian seksi dan ketat.

Bekas atendan penerbangan pesawat komersial yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan peribadi, Carolyn Paddock berkata, selain pakaian, kasut tinggi yang dipakai oleh krew wanita juga tidak sesuai kerana boleh mengakibatkan kecederaan akibat terjatuh selain menghalang pergerakan apabila berlaku kecemasan. “Kasut tinggi boleh menyebabkan gelongsor atau rakit kecemasan yang diperbuat daripada getah bocor,” katanya. Paddock berkata, syarikat penerbangan terkemuka seperti Virgin Atlantic dan British Airways juga menerima kritikan daripada staf mereka walaupun uniform firma itu dihasilkan oleh dua pereka terkemuka dunia, Vivienne Westwood dan Julien MacDonald.

Staf Virgin Galatic mendakwa, kolar baju terlalu ketat sehingga menyebabkan leher mereka berdarah, manakala kakitangan British Airways membangkitkan bantahan apabila mereka tidak dibenarkan memakai seluar, sama seperti peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan Etihad. Syarikat penerbangan di Asia seperti Singapore Airlines, Malaysia Airlines, Thai Airways, Malindo, dan Garuda Indonesia turut dikritik kerana mengenakan kebaya sebagai uniform rasmi. Menurut Paddock, meskipun kebaya yang direka oleh pereka Perancis, Pierre Balmain, nampak elegan, tetapi uniform itu boleh mencetuskan masalah besar apabila berlaku kecemasan. “Adakah saya akan memakai kebaya ketika kecemasan? Sudah tentu tidak kerana pakaian itu menyukarkan pergerakan saya,” katanya. -AP




.

Remaja bertindak kejam, diatas usaha menyembuhkan ketagihannya melayari internet



Remaja bertindak kejam, diatas usaha menyembuhkan ketagihannya melayari internet | Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikejarkan ke hospital selepas memotong tangannya sendiri akibat mahu ‘menyembuhkan’ ketagihannya melayari Internet. Remaja dari Nantong di wilayah Jiangsu itu meninggalkan pesanan untuk ibunya di bilik tidurnya sebelum menyelinap keluar dari rumah keluarganya sambil membawa pisau diambil dari dapur.

Dia yang hanya dikenali dengan gelaran ‘Little Wang’ kemudian memotong pergelangan tangan kirinya sebaik berada agak jauh dari rumahnya. Tangan itu kemudian dibiarkan di tanah sebelum dia menahan teksi untuk ke hospital berhampiran bagi mendapat rawatan. Ibunya yang enggan dikenali terkejut dengan tindakan drastik anaknya. “Kami sekeluarga tidak dapat menerima kejadian ini. “Perbuatannya sungguh tidak disangka-sangka. Padahalnya, dia sangat bijak,” katanya.

Menurut wanita itu, dia menyedari kehilangan anaknya sekitar jam 11 malam dan menemui nota yang mengatakan: “Mak, saya ke hospital sebentar.” Ajaibnya, pakar bedah berjaya menyambungkan tangannya selepas ditemui polis, namun tidak dapat menjamin ia dapat digunakan seperti sediakala. Negara Asia dilaporkan mengalami ‘wabak’ ketagihan Internet yang teruk dengan 24 juta yang digelar ‘web junky’ di China saja. Malah kem khas turut diadakan untuk membantu mengatasi ketagihan berkenaan. Simptom ketagihan Internet termasuk ponteng sekolah untuk hidup hampir sepenuhnya dalam dunia maya dan jarang meninggalkan bilik tidur. -AP



.

Warga emas malang bertimpa apabila tidak dipedulikan selepas jatuh di tengah jalan sehingga dilanggar kereta



Warga emas malang bertimpa apabila tidak dipedulikan selepas jatuh di tengah jalan sehingga dilanggar kereta | Seorang lelaki warga emas menerima malang bertimpa apabila tidak dipedulikan selepas jatuh di tengah jalan sehingga dilanggar kereta. Dalam kejadian di daerah Yuhuan, wilayah Zhejiang itu, warga emas terbabit terbaring di atas jalan selama lapan minit sebelum dilanggar sebuah kereta. Sepanjang kejadian itu, empat kereta dan 23 orang lalu di situ tanpa menghiraukan mangsa. Rakaman kamera litar tertutp (CCTV) menunjukkan hanya seorang wanita warga emas yang juga jiran mangsa berhenti untuk bertanyakan keadaannya.

Wanita itu kemudian beredar untuk mendapatkan bantuan keluarga mangsa selepas melihatnya tidak memberi sebarang tindak balas. Namun dua jam kemudian, sebelum wanita terbabit sempat kembali ke situ, sebuah kereta datang merempuh mangsa malah mengheretnya untuk beberapa meter tanpa menyedari lelaki terbabit masih melekat di bawah kenderaannya. Pemandu itu hanya berhenti selepas dimaklumkan orang ramai. Keadaan mangsa tidak diketahui dan kes itu kini dalam siasatan. - Agensi




.

Pelajar maut dirempuh kereta mengakibatkan dia tercampak ke atas bumbung



Pelajar maut dirempuh kereta mengakibatkan dia tercampak ke atas bumbung | Seorang pelajar tidak sempat menjamah makanan selepas motosikal ditungganginya dirempuh kereta mewah mengakibatkan mangsa tercampak di atas bumbung kedai runcit dalam kejadian di Batu 3, Jalan Alor Setar-Sungai Petani, Tandop di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 3.30 pagi, mangsa Mohamad Azrul Abdul Razak, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Wan Mohd Saman di sini, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. Difahamkan, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda dikatakan mahu ke kedai berhampiran membeli makanan sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Abang mangsa, Mohd Bakri, 30, berkata, adiknya keluar rumah untuk membeli makanan di kedai berhampiran kerana lapar walaupun sudah awal pagi. “Arwah anak bongsu daripada empat beradik menunggang motosikal seorang diri untuk membeli makanan. “Yang menyedihkan arwah tidak sempat menjamah makanan apabila terbabit dalam kemalangan itu. “Kebiasaan arwah pergi ke kedai itu membeli makanan jika lapar, tetapi pagi tadi (semalam) nasibnya kurang baik apabila dirempuh kereta menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian. “Kali terakhir saya berjumpa arwah bulan lalu dan dia seperti biasa tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana arwah seorang yang ceria dan manja,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Telok Bagan, semalam.


Sementara itu, pemilik kedai runcit Shah Ali Jamal, 43, berkata, dia terkejut dimaklumkan penduduk arwah tercampak di bumbung kedainya ketika mahu menunaikan solat Subuh di Masjid Tandop, kira-kira jam 6 pagi. “Sepanjang berniaga sejak 20 tahun lalu, saya tidak pernah mengalami kejadian mengerikan apabila mayat ditemui di atas bumbung,” katanya. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja Salim Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.34 pagi dan bergegas ke lokasi bersama lima anggota. “Pihak hospital memaklumkan pihaknya memerlukan bantuan untuk menurunkan mangsa kemalangan yang tercampak di atas bumbung sebuah kedai,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dikatakan cuba menyeberangi jalan ke arah Alor Setar-Sungai Petani. “Ketika cuba memasuki laluan itu, kereta jenis BMW merempuh mangsa menyebabkannya tercampak setinggi tiga meter di atas bumbung kedai runcit berkenaan. Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Telok Bagan selepas solat Zuhur, semalam. -Metro




.

Misteri sebuah bangunan menyerupai rumah ibadat didapati cuba mengelirukan masyarakat Islam



Misteri sebuah bangunan menyerupai rumah ibadat didapati cuba mengelirukan masyarakat Islam | Sebuah bangunan menyerupai rumah ibadat bukan Islam di Taman Paya Rumput Jaya, Cheng, di sini, didapati cuba mengelirukan masyarakat Islam setempat apabila menempatkan senaskhah al-Quran dan menggantung dua ayat Kursi dalam premis berkenaan. Naskhah al-Quran dan dua bingkai ayat Kursi itu ditemui dalam bangunan yang belum dapat dipastikan pemiliknya oleh anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang bertindak bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang melakukan pemeriksaan pagi, semalam.

Malah, lebih mengejutkan apabila bangunan itu seolah-olah menjadi lokasi aktiviti pemujaan dengan wujudnya struktur kubur dan enam batu dibalut kain kuning selain colok dan tempat membakar lidi yang kebiasaannya digunakan penganut bukan Islam. Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di bangunan itu kira-kira jam 8.30 pagi, semalam. "Bangunan seluas kira-kira 3.048 meter x 2.438 meter persegi itu mempunyai pintu pagar untuk ke ruang yang mempunyai struktur seperti kubur dan pihak kami menemui dua bingkai ayat Kursi dengan salah satunya mengandungi terjemahan dalam bahasa Melayu tergantung di dinding. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!