Friday, February 6, 2015

#TransAsia : Mayat juruterbang masih memegang kemudi ketika ditemui



#TransAsia : Mayat juruterbang masih memegang kemudi ketika ditemui | Juruterbang nahas pesawat TransAsia masih memegang kayu kemudi di dalam kokpit ketika mayatnya ditemui, lapor media pada Jumaat. Juruterbang yang dikenal pasti oleh TransAsia sebagai Liao Chien-tsung, 42, menerima pujian daripada Datuk Bandar Taipei kerana berjaya mengemudi pesawat di antara blok apartmen dan bangunan komersial sebelum pesawat terjunam ke dalam sebuah sungai. Liao dijulang sebagai wira susulan tindakannya di saat-saat akhir sebelum nahas yang mengorbankan 31 orang pada Rabu.

 Liao dan pembantu juruterbang dilaporkan cedera parah di kaki ketika mayat mereka dikeluarkan dari kokpit pesawat ATR 72-600 itu, kata penyiasat. "Mereka cuba untuk menyelamatkan pesawat ini sehingga ke saat akhir," media Taiwan memetik kata seorang pendakwa yang tidak mahu dikenali yang terlibat dalam penyiasatan kemalangan itu. Pegawai dewan bandar raya dilapor berkata jumlah kematian akan menjadi lebih dahsyat jika pesawat itu merempuh ke dalam mana-mana bangunan. -AP




.

#TransAsia : Usaha pelik telah dilakukan untuk meneruskan usaha mencari 12 orang yang masih hilang



#TransAsia : Usaha pelik telah dilakukan untuk meneruskan usaha mencari 12 orang yang masih hilang | Pasukan penyelamat Taiwan berusaha mencari 12 orang yang masih hilang dalam tragedi pesawat TransAsia yang terhempas, kelmarin. Ratusan anggota penyelamat termasuk penyelam dan askar mempertingkatkan usaha mereka dalam keadaan cuaca serta air sejuk. Pesawat malang itu terhempas tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Songshan, kelmarin selepas mengelak beberapa bangunan dan melanggar sisi jambatan serta sebuah teksi. Dalam operasi yang berjalan sepanjang malam, sebahagian besar fiuslaj dikeluarkan dari sungai membolehkan mayat yang terperangkap di dalam juga dibawa keluar.

Penyelam meredah arus kuat untuk mencari mangsa yang dihanyutkan air. Penyelam, Cheng Ying-chih berkata, penyelam menghadapi kesukaran disebabkan tidak dapat melihat di dalam air yang sejuk dan keruh, memaksa mereka hanya mampu bertugas selama sejam. Sementara itu, keluarga mangsa berhimpun di tepi sungai sambil menangis serta memanggil nama orang tersayang manakala sami membacakan mantera dengan mengibas baju mangsa yang dipercayai dapat membawa roh mereka pulang. Siasatan kini dijalankan terhadap punca kejadian, dengan pakar penerbangan dari Perancis serta Kanada dijangka tiba di Taiwan minggu ini.

Pada masa sama pelbagai kisah mula tersebar yang diceritakan mangsa terselamat. Seorang ayah yang berjaya menyelamatkan bayinya berkata, dia menukar tempat duduk sebelum berlepas kerana rasa tidak sedap hati. Tindakan itu mungkin menyelamat mereka apabila kemalangan menyebabkan badan pesawat di tempat duduk baru itu retak seterusnya membolehkan keluarga itu keluar selepas terhempas. Lelaki warga emas Huang Chin-shun, 72, berkata, dia rasa ada sesuatu tidak kena dengan enjin pesawat sebaik berlepas jadi terus mengikat tali pinggang dan menyuruh gadis di sebelahnya melakukan perkara sama. - AFP




.

Ratusan ibu bapa panik terima mesej anak hilang selepas pihak sekolah salah hantar sms



Ratusan ibu bapa panik terima mesej anak hilang selepas pihak sekolah salah hantar sms | Beratus-ratus ibu bapa di sebuah sekolah rendah di Britain, panik apabila pihak pengurusan sekolah salah menghantar laporan menyatakan anak mereka hilang menerusi perkhidmatan mesej automatik. Menurut laporan portal berita The Telegraph, kejadian itu berlaku di Sekolah Wadebrigde di Cornwall, England, pada Isnin lalu apabila sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), dikenali sebagai Truancy Call yang digunakan oleh sekolah berkenaan, memaklumkan kepada setiap ibu bapa bahawa anak mereka tidak hadir ke kelas.

Malah, selepas mendapat mesej tersebut kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia), semua ibu bapa berasa panik kerana menyangkakan anak mereka terlibat dalam kemalangan atau ponteng kelas. Ibu kepada seorang murid lelaki, Sharon Meehan, 42, berkata, suaminya seperti orang hilang arah apabila menerima mesej itu.

“Kejadian itu sangat membimbangkan kerana anak saya pada waktu itu sepatutnya sudah tiba di sekolah. “Apa yang lebih buruk, insiden berkenaan membuatkan saya berasa takut selama setengah jam dan kejadian ini sudah berlaku dua kali,” kata Meehan sambil menambah, dia mahu pihak sekolah mengatasi masalah berkenaan. Sementara itu, Guru Besar Sekolah Wadebrigde, Tina Yardley berkata, pihaknya telah memohon maaf kepada semua ibu bapa ekoran kesilapan tersebut dan menjelaskan bahawa pihak pengurusan tidak menyedari mesej berkenaan disebarkan secara automatik. -AP




.

2 episod terakhir Istikharah Cinta disiar serentak malam ini



 2 episod terakhir Istikharah Cinta disiar serentak malam ini | Drama Istikharah Cinta yang mula bersiaran menerusi slot Akasia pada 23 Disember bakal berakhir malam ini, 6 Februari. TV3 akan menyiarkan tayangan eksklusif 2 episod terakhir Istikharah Cinta pada jam 9 malam hingga 11 malam ini. Istimewa dengan tayangan dua episod terakhir pada malam ini, satu majlis tayangan eksklusif dan sesi ramah mesra bersama pelakon utama seperti Zul Ariffin, Faye Kusairi, Falisha Crossley, Azizul Ammar, Lia Natalia, Nizen Ayob dan ramai akan berlangsung di Rasta TTDI. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi tayangan eksklusif episod akhir Istikharah Cinta.

Drama terbitan Orangetree Production 28 episod ini mengisahkan mengenai Airil (Zul Ariffin) yang gagal dalam perkahwinan pertamanya bersama Aiza (Nonny) selepas Aiza keguguran. Airil kembali membuka hatinya apabila bertemu Dina (Faye Kusairi). Kesetiaan mereka diuji apabila Aiza, kembali menagih cinta Airil dan Hanafis, bekas teman lelaki Dina turut Aiza menyesal kerana meninggalkan Airil apabila dia tidak merasa bahagia dengan perkahwinannya bersama Dr. Rizal (Nizen Ayob). Aiza turut berpakat bersama Hanafis, bekas teman lelaki Dina yang dipaksa untuk berkahwin dengan pilihan keluarganya untuk menggagalkan perkahwinan mereka.

Aiza turut menjadikan Aiman sebagai umpan untuk berbaik semula dengan Airil dengan menyatakan Aiman adalah anak kandung Airil. Taufik (Azizul Ammar) telah menasihatkan Airil untuk berbincang dengan Dr Rizal mengenai status Aiman. Dia tidak mahu nanti Airil menjadi orang yang memisahkan perhubungan seorang anak dan bapa kandungnya yang sebenar. Taufik sememangnya tidak percaya yang Aiman adalah anak Airil.

Dina pula terperangkap dengan ugutan Hanafis yang ingin menyebarkan gambar-gambar lama mereka sewaktu di UUM dahulu. Dina terpaksa menurut kemahuan Hanafis dan membelakangkan Airil. Aiza turut berjumpa Dina dan menyatakan bahawa dia dan Airil akan kembali rujuk dan sanggup untuk menjadi isteri kedua. Adakah perancangan jahat Aiza dan Hanafis untuk memisahkan Airil dan Dina akan berjaya? Mungkinkah mahligai yang dibina Airil buat kali kedua ini akan turut musnah? Segalanya bakal terjawab malam ini!. Selamat menonton. -BH



.

Pekerja rumah mayat buat pengakuan mengejutkan dalam satu rancangan siaran langsung di sebuah ste­sen tv



Pekerja rumah mayat buat pengakuan mengejutkan dalam satu rancangan siaran langsung di sebuah ste­sen tv | Seorang pekerja sebuah rumah mayat di Ghana membuat pengakuan mengejutkan dalam satu rancangan yang disiarkan secara langsung di sebuah ste­sen televisyen, apabila mendakwa dirinya menjalinkan hubungan intim dengan mayat. Lebih memeranjatkan, Sharkur Lucas dalam temubual itu mengaku mengadakan hubungan seks dengan mayat wanita selepas diarahkan oleh pegawainya, kononnya sebagai latihan supaya dia tidak lagi takut dengan mayat.

Katanya, dia melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah mayat Hospital Pelatih Perubatan Korle Bu di ibu negara Ghana selepas pekerjaannya itu membuatkan wanita menjauhkan diri daripadanya. Ketika pengacara rancangan televisyen vibeghana.com meminta Lucas menjelaskan maksud tidur dengan mayat, lelaki itu dengan bersahaja menjawab dia melakukan hubungan seks dengan mayat. “Apabila anda pertama kali belajar tentang pekerjaan di rumah mayat, pegawai atasan akan meminta anda melakukan perkara-perkara sedemikian kerana dengan perbuatan itu anda tidak lagi akan takut,’’ kata Lucas sebagaimana lapor Mail Online.

Dalam temubual kedua dengan stesen televisyen Adom TV, Lucas mendakwa dia sukar untuk mendapat teman wanita selepas pekerjaannya itu membuatkan golongan berkenaan menjauhinya. “Saya ingin berkahwin, tetapi wanita sering menjauhi saya kerana saya bekerja di rumah mayat. Saya boleh memuaskan diri saya di rumah mayat kerana gadis-gadis tidak mahu membuat janji temu dengan saya,’’ katanya. Sementara itu, Lucas dilaporkan telah dipecat oleh majikannya dan mendakwa dia juga turut diburu oleh polis. -AP




.

Apakah.. Lelaki putuskan hubungan hanya kerana kekasih tidak bersolek



Apakah.. Lelaki putuskan hubungan hanya kerana kekasih tidak bersolek | Sepasang kekasih bergaduh di stesen kereta api bawah tanah sebelum si lelaki memutuskan hubungan dan meninggalkan temannya menangis hanya kerana wanita itu tidak bersolek. Dalam gambar yang tersebar di Weibo, semalam, saksi berkata berdasarkan pertengkaran mereka, lelaki itu berang kerana teman wanitanya tidak menggunakan alat solek.

Wanita itu didengar menjerit: “Adakah saya memalukan kamu? Jadi kamu memutuskan hubungan hanya kerana saya tidak memakai mekap?” Lelaki itu bagaimanapun tidak menjawab, sebaliknya terus meninggalkan tempat itu. Wanita berkenaan kemudian dilihat mencangkung dan menangis di sebelah sejambak bunga menyebabkan ada yang membuat spekulasi mungkin kejadian itu sekadar satu lakonan. - Agensi




.

Berhati-hati dengan lelaki yang merupakan majikan hidung belang ini



Berhati-hati dengan lelaki yang merupakan majikan hidung belang ini  | Seorang gadis berjaya menyelamatkan diri selepas hampir diperkosa majikan hidung belang di dalam kereta berhampiran pusat peranginan Genting Highlands, Pahang, Jumaat lalu. Mangsa berusia 25 tahun itu dikatakan cuba dirogol seminggu selepas bekerja di sebuah syarikat di Sentul, di sini. Sumber berkata, suspek yang berusia 30-an itu kerap mengambil kesempatan ke atas pekerja baru kononnya mahu mengajar mereka selok-belok tugas di pejabat.

Mangsa dikenali sebagai Ema, 25, berkata, dia tidak menyangka cuba diperkosa berikutan suspek kerap menghantarnya pulang ke rumah sewa selepas tamat bekerja. Menurutnya, suspek turut kerap menghantar seorang lagi rakan serumahnya setiap petang. “Bagaimanapun, rakan saya mengalami sakit gigi menyebabkan dia pulang awal bersendirian pada hari kejadian,” katanya. Ema berkata, suspek meminta dia menemaninya bertemu pelanggan di Jalan Ampang.

“Dia enggan menghantar saya pulang ke rumah di Shah Alam dengan memberi alasan jalan sesak sebelum mengajak saya makan terlebih dahulu,” katanya. Dia yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju sebelum suspek membawanya makan di restoran makanan segera berhampiran Plaza Tol Gombak. “Saya terkejut apabila dia membawa saya ke kawasan peranginan Genting Highlands sebelum memberhentikan kereta di tepi jalan. -Metro




.

Lelaki cedera ditikam bekas teman wanita disebabkan dendam dan cemburu



Penduduk Kampung terkejut dengan pengedaran ‘kitab’ agama Kristian yang dipercayai dilakukan oleh sebuah NGO ketika men­yampaikan bantuan banjir | Dendam dan cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki cedera ditikam bekas kekasih teman wanitanya di Jalan Haji Hussein di sini. Dalam kejadian jam 3 petang semalam, mangsa berusia 39 tahun dikatakan sedang menunggang motosikal bersama teman wanitanya. Mangsa bagaimanapun dirempuh suspek yang memandu sebuah kereta menyebabkan pasangan terbabit terjatuh dari motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 47 tahun dipercayai sengaja melanggar motosikal itu selepas melihat bekas teman wanitanya membonceng bersama mangsa. “Suspek kemudiannya meluru keluar dari kereta sebelum menikam dada kiri mangsa dipercayai menggunakan pisau atau gunting. “Suspek kemudian melarikan diri selepas mendapati mangsa rebah berlumuran darah,” katanya. Beliau berkata, mangsa yang cedera parah kemudian diberi bantuan oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurutnya, siasatan mendapati suspek pernah tinggal bersama bekas teman wanita mangsa selama lima tahun di Gombak, Selangor. “Suspek pernah terserempak mangsa dan teman wanitanya itu di bangunan Baitulmal, Jalan Haji Hussein di sini, sebelum berlaku pertengkaran. “Bagaimanapun pergaduhan itu berjaya dileraikan kakitangan Baitulmal yang turut menghubungi polis,” katanya. Zainuddin tidak menolak kemungkinan suspek merancang serangan hendap ke atas mangsa. Menurutnya, polis sudah mengenal pasti identiti suspek dan usaha menjejaki penjenayah itu sedang dilakukan. -Metro




.

Ayah belasah anak dengan kejam hanya kerana gagal membeli dua batang rokok



Ayah belasah anak dengan kejam hanya kerana gagal membeli dua batang rokok | Kedua-dua pipinya ditumbuk, pinggangnya dipukul dengan tali pinggang dan dadanya ditendang hanya kerana gagal membeli dua batang rokok. Demikian nasib yang menimpa seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa belasahan dipercayai oleh bapa kandungnya sendiri yang sebelum itu menyuruhnya ke kedai membeli rokok di Taman Jujur, Sikamat, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, suspek yang berusia 36 tahun tidak memberikan wang kepada mangsa menyebabkan kanak-kanak itu gagal membeli rokok seperti yang diminta oleh suspek.

“Suspek kemudian menumbuk kedua-kedua pipi, memukul pinggang menggunakan tali pinggang dan menendang dada mangsa. Selepas itu, suspek menghalau mangsa lalu dia melarikan diri ke rumah pengadu,” katanya di sini hari ini. Menurutnya, suspek ditahan polis di hadapan rumahnya pada malam tadi dan kini direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan. Kata beliau, suspek juga sering mengarahkan anak keduanya itu membeli rokok, meminta wang daripada penduduk sekitar termasuk dikerah membeli minyak motosikal.


Mangsa yang juga murid sebuah sekolah di Sendayan dekat sini kini menerima rawatan di wad kanak-kanak, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Difahamkan, bapa mangsa tidak bekerja manakala isteri suspek meninggal dunia pertengahan tahun lalu. Menurut Muhamad Zaki, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun penjara atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Sementara itu, pengadu kes itu yang juga jiran mangsa, Razak Yusof, 52, berkata, kanak-kanak malang itu adalah anak kedua daripada tiga beradik dan abangnya berusia sembilan tahun manakala adiknya berumur tiga tahun.

Walau bagaimanapun, katanya, hanya mangsa yang dipercayai sering didera bapa kandungnya. “Semasa saya berada di rumah sekitar pukul 10.50 pagi semalam, seorang kanak-kanak lelaki muncul, sambil menangis dan memberitahu dipukul oleh bapanya. Beberapa jam kemudian saya membuat laporan polis,” katanya. Menurutnya, suspek seorang yang panas baran dan sering meminjam wang daripadanya sejak empat tahun lalu. “Dia pernah meminta bantuan saya agar menghantar tiga anaknya di bawah jagaan Pusat Dakwah Islamiah, Paroi selepas kematian isterinya. Bagaimanapun, dia mengambil semula anak-anaknya itu,” katanya. -Utusan




.

Penduduk Kampung terkejut dengan pengedaran ‘kitab’ agama Kristian yang dipercayai dilakukan oleh sebuah NGO ketika men­yampaikan bantuan banjir



Penduduk Kampung terkejut dengan pengedaran ‘kitab’ agama Kristian yang dipercayai dilakukan oleh sebuah NGO ketika men­yampaikan bantuan banjir  | Penduduk Kampung Slow Machang di sini dikejutkan dengan pengedaran ‘kitab’ agama Kristian yang dipercayai dilakukan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika men­yampaikan bantuan banjir kepada mereka pada 21 Januari lalu. Kedua-dua buku berbahasa Melayu dalam bentuk komik itu berjudul Isa Al-Masih Kalimatullah dan Kisah Tentang Yesus Kristus. Difahamkan kedua-dua buku itu ditemukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Suhaimi Mustafa sebaik sahaja membuka plastik bantuan banjir yang mengandungi barangan makanan dan keperluan harian.

Menyedari perkara tersebut boleh menggugat akidah umat Islam, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas bersama beberapa NGO tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, petang semalam. Ketuanya, Noor Azmawi Abd. Rahman berkata, tujuan laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung pengedaran buku tersebut. Menurutnya, kedua-dua buku berbahasa Melayu itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam di kampung berkenaan. “Jadi, saya bersama dengan beberapa buah NGO membuat laporan polis di IPD Pasir Mas berhubung pengedaran kedua-dua naskhah buku ini.

“Sehubungan itu, saya menggesa pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara tersebut dan mencari dalang sebenar. Bukan itu sahaja, kita juga mahu tahu apa tujuan mereka menyebarkan ‘kitab’ Kristian kepada orang Islam,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung pengedaran ‘kitab’ tersebut yang disertai hampir 100 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Mas.

Selain Pergerakan Pemuda UMNO dan Biro Agama UMNO Bahagian, turut serta membuat laporan polis berhubung isu tersebut ialah Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Pasir Mas (SRCC), Majlis Belia Jajahan (MBJ) Pasir Mas, Gerakan Belia 4B Pasir Mas dan Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pasir Mas. Sementara itu, seorang penduduk, Abdul Hamid Awang mendakwa, dia menerima buku itu bersama dengan bantuan daripada sebuah NGO yang dipercayai dari Sabah. “Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya pihak yang terlibat perlu menjaga sensitiviti dan menghormati agama orang yang mereka ingin bantu,” katanya. -Utusan




.

Gambar wad hospital swasta di Kuching terbakar, pesakit segera dipindahkan



Gambar wad hospital swasta di Kuching terbakar, pesakit segera dipindahkan | Kebakaran di wad neurologi sebuah hospital swasta di Taman Timberland, Jalan Rock memaksa 59 pesakit dipindahkan ke luar bangunan, malam tadi. Kebakaran jam 8.40 malam itu dipercayai berpunca daripada litar pintas pada sistem pendawaian elektrik. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii, berkata kebakaran di tingkat dua itu hanya membabitkan 10 peratus bilik rawatan dalam klinik berkenaan.Katanya, ketika kejadian klinik itu tidak beroperasi.


 Bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan, seramai 59 pesakit yang dirawat di hospital berkenaan dibawa keluar. "Satu jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam. "Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.24 malam dan siasatan lanjut mengenai punca kebakaran masih dijalankan," katanya.-BH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!