Saturday, February 7, 2015

PERFECT MATCH! - WANIEY ZAKARIA




PERFECT MATCH! - WANIEY ZAKARIA | Sudah lama sebenarnya baca novel ni. Tapi baru ada peluang buat review. Novel ini mengisahkan Laila yang mengahwini abang tiri sendiri, Harraz. Walaupun perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta, Laila akur mendirikan rumahtangga selepas lelaki yang dicintainya, Azmir enggan mengahwininya. Menjalani hidup sebagai suami isteri, memang agak janggal bagi mereka berdua. Sikap Harraz yang kaki kutuk dan suka membebel memang agak menjengkelkan Laila.. Namun ada banyak sikap baik Harraz mulai menawan hatinya.

Namun, kemudian Azmir hadir kembali diantara mereka dan menagih semula cinta Laila. Dia yang menyesal mempermainkan hati Laila, kini nekad memujuk Laila menerimanya semula. Adakah Laila akan kembali kepada Azmir? Dan apa tindakan Harraz pula dalam usaha mengekalkan rumahtangga bersama isteri yang dicintai? Benarkah Laila adalah jodohnya??



Tajuk Perfect Match
Penulis : Waniey Zakaria
Halaman : 480 muka surat
Harga : RM22/RM25




.

[Gambar] Permintaan tinggi terhadap batu sisik naga.. Apa sebenarnya fungsi batu pelik ini?



[Gambar] Permintaan tinggi terhadap batu sisik naga.. Apa sebenarnya fungsi batu pelik ini?  | Permintaan yang semakin meningkat terhadap batu sisik naga di Buntu Lamba, di sini membolehkan penduduk setempat yang menjadikannya sebagai pekerjaan sampingan menjana pendapatan mencecah lima juta rupiah sebulan (RM1,427). Portal Kompas.com melaporkan, keunikan corak dan warna batu tersebut menjadi punca utama mengapa permintaannya dalam kalangan pengumpulan batu-batuan unik terus meningkat. “Majoriti penduduk di Buntu Lamba merupakan petani dan pencari batu sisik naga.

Batu ini boleh dijumpai di sungai Baraka dan dijual pada harga 100,000 rupiah (RM28.55) bagi setiap kilogram. “Batu sisik naga kebiasaannya dijadikan sebagai batu cincin dan perhiasan rumah,” kata salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Azis, baru-baru ini.


Azis berkata, pencarian batu sisik naga melibatkan proses yang sukar kerana memerlukan pencarinya menyelusuri arus sungai yang deras untuk mendapatkan batu yang unik dan menarik. Advertisement “Sejak harganya di pasaran me­ningkat, kerja ini bukan sahaja dilakukan oleh orang dewasa, malah turut disertai oleh golongan remaja dan kanak-kanak bagi menjana pendapatan tambahan,” kata seorang pelajar Sekolah Menengah Baraka, Ilham.-AP



.

Popular selepas muat naik 'selfie' dikejar askar Israel.. foto 'selfie' yang dianggap terbaik setakat ini?


Popular selepas muat naik 'selfie' dikejar askar Israel.. foto 'selfie' yang dianggap terbaik setakat ini? | Sebelum ini, populariti kumpulan rap DAM mungkin hanya dirasai di sekitar sempadan Palestin dan Eropah sahaja. Namun hari ini, dunia mula mencari karya-karya terbitan tiga anak muda itu. Semuanya, gara-gara muat naik foto 'selfie' yang dianggap terbaik setakat ini. Sehingga kini, foto itu telah menerima lebih 14 ribu 'retweet' dan hampir lapan ribu favourites.

DAM ditubuhkan pada tahun 1999 oleh pasangan adik-beradik Tamer dan Suhell Nafar bersama rakan baik mereka, Mahmoud Jreri. Melalui karya mereka, DAM banyak menyentuh tentang konflik antara Israel dan Palestin.

Mereka telah menerbitkan lebih daripada 100 singles menggunakan bahasa Arab, English dan Hebrew. Foto 'selfie' yang mereka muat naik hari ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada followers serta peminat yang rata-ratanya menyifatkannya kreatif dan lucu.

Namun begitu, timbul juga rasa bimbang dikalangan peminat tentang keselamatan mereka selepas insiden dikejar askar Israel itu. BuzzFeed melalui twitter rasmi mereka menuduh bahawa foto itu sebenarnya telah dirancang.


Dan sejam selepas itu melalui Facebook rasmi mereka, DAM mengakui bahawa foto itu sebenarnya adalah satu babak filem yang sedang dalam penggambaran. -AP




.

Stesen TV bergelap dilanggar pesawat ringan


Stesen TV bergelap dilanggar pesawat ringan | Stesen televisyen KCBD memuatnaik video liputan awal ketika bekalan tenaga terputus secara tiba-tiba setelah menara kawalannya dilanggar sebuah pesawat ringan. Dalam video berdurasi 32 saat yang dimuatnaik di laman Facebook KCBD NewsChannel 11, wartawan yang membuat liputan ketika itu masih belum dapat mengenal pasti apakah yang menyebabkan stesen tv mereka bergelap.


Badan Penerbangan Amerika Syarikat (FAA) melaporkan pesawat Piper PA-46 terhempas di sebuah menara televisyen setinggi 248 meter ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Preston Smith dalam penerbangan dari Carlsbad, New Mexico. Insiden itu mengakibatkan stesen TV KCBD terputus siaran dan ia turut melibatkan kehilangan bekalan elektrik di kawasan sekitar. Stesen TV itu turut berkongsi gambar di studio ketika kejadian berkenaan.Tiada pekerja stesen tv itu dilaporkan cedera namun juruterbang pesawat berkenaan yang dikenali sebagai Dr. Kenneth Mike Rice, terbunuh. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!