Sunday, February 8, 2015

Pembina laluan tangga bergerak gergasi untuk penduduk kaya di satu kawasan perumahan mewah dikutuk sebagai satu pembaziran



Pembina laluan tangga bergerak gergasi untuk penduduk kaya di satu kawasan perumahan mewah dikutuk sebagai satu pembaziran | Tindakan Majlis Bandar Raya Chongqing yang membina laluan tangga bergerak gergasi untuk penduduk kaya di satu kawasan perumahan mewah di sini, dikutuk sebahagian pihak yang menyatakan projek itu satu pembaziran. Majlis bandar raya itu dikritik kerana tunduk kepada permintaan para penduduk di kawasan perumahan baharu itu. Tangga bergerak itu dibina selepas penduduk di kawasan perumahan berkenaan merungut penat menggunakan tangga.

Menurut akhbar Daily Mail, jurutera mengambil masa selama tiga bulan untuk membina laluan tersebut yang menghubungkan kediaman penduduk dengan sebuah stesen kereta api bawah tanah. Bagaimanapun, sebahagian jurutera menyifatkan pembinaan tangga bergerak itu sebagai membazir kerana memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi. “Pada musim luruh, tangga itu akan dipenuhi daun kering, manakala pada musim sejuk pula, salji akan meliputinya.

Tangga bergerak itu turut terdedah kepada hujan. “Saya dapat bayangkan pihak yang menyelia projek itu akan mengalami masalah untuk naik dan turun bukit bagi memastikan tangga tersebut terus berfungsi,” kata seorang jurutera yang enggan dikenali. Seorang jurucakap kerajaan pula berkata, keputusan membina tangga bergerak itu tiada kaitan dengan pengaruh penduduk di atas puncak bukit tersebut, tetapi lebih kepada menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai. -AP




.

Media mendedahkan rupa sebenar Michael Jackson kini jika masih hidup dan tidak melakukan pembedahan kosmetik



Media mendedahkan rupa sebenar Michael Jackson kini jika masih hidup dan tidak melakukan pembedahan kosmetik | Asalnya cuma satu prosedur untuk mecantikkan hidung, namun legenda pop Michael Jackson kemudian menghabiskan 30 tahun usianya melakukan lebih 100 pembedahan kosmetik ‘membetulkan’ wajah yang akhirnya semakin jauh daripada yang asal. Ada yang berpendapat dia mahu kelihatan seperti sahabat dan idolanya, Diana Ross, tetapi tidak kurang juga rakannya menganggap Jackson sekadar tidak ingin menyerupai ayah yang dibencinya.

WAJAH asal Jackson (kiri) dan pada 2009. Gambar kanan, jika masih hidup dan tidak melakukan pembedahan

Semuanya didedahkan dalam dokumentari baru mengenai obsesi Jackson untuk mengubah wajahnya kerana dipercayai menghidap sindrom ‘body dysmorphic disorder’ (gangguan dismorfia badan). Ia memaparkan wajah Jackson sekiranya masih hidup hari ini tanpa melalui sebarang pembedahan kosmetik. Malangnya, pada saat kematian pada 2009 identiti Jackson seolah-olah terus lenyap termasuk sebagai lelaki berketurunan Afrika Amerika. - Agensi



.

Inilah tali yang digunakan untuk mengantung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan kini menjadi rebutan ramai pihak



Inilah tali yang digunakan untuk mengantung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan kini menjadi rebutan ramai pihak | Tali yang digunakan untuk mengantung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein yang dijatuhi hukuman gantung kini menjadi rebutan ramai pihak, dengan ada daripada mereka sanggup membida harga sehingga 4.6 juta pound (RM21.64 juta). Mail Online melaporkan, ketika ini berlaku `peperangan’ antara pembida yang berusaha memiliki tali yang disifatkan sebagai artifak bersejarah itu.

Tali tersebut ketika ini dimiliki oleh bekas penasihat Pasukan Keselamatan Iraq, Dr. Mowaffak al-Rubaie, dan mula menjadi perhatian selepas laman web Al-Araby Al-Jadeed memuat naik gambar Mowaffak bersama tali gantung itu di Internet. “Beberapa orang pembida ada menunjukkan minat untuk mendapatkan bahan bersejarah itu, antara mereka ialah dua orang usahawan dari Kuwait, keluarga hartawan dari Israel dan kumpulan agama yang berpusat di Iran.


“Bidaan tertinggi yang diterima ketika ini adalah 4.6 juta pound (RM21.64 juta),” jelas web Al-Araby Al-Jadeed. Advertisement Bidaan tersebut mendapatkan kritikan daripada seorang anggota kumpulan hak asasi manusia, Ahmeed Saheed yang memberitahu laman web Al-Araby Al-Jadeed, wang hasil bidaan itu perlu diserahkan kepada Jabatan Perbendaharan Iraq dan bukannya menjadi hak milik peribadi. Saddam dijatuhi hukuman gantung pada 30 Disember 2006 selepas Tribunal Khas Iraq mendapati beliau bersalah melakukan jenayah kemanusiaan. -AP



.

#D7172 : Pesawat AirAsia X berlepas semula ke Jeddah


 #D7172 : Pesawat AirAsia X berlepas semula ke Jeddah | Sebuah pesawat AirAsia D7172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah selamat berpatah balik dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) selepas berlepas kira-kira empat jam lepas. Menurut laman web http://emergency.airlive.net/, pesawat yang berlepas pada pukul 12.20 tengah hari itu didapati melakukan beberapa pusingan di ruang udara Selat Melaka tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam akaun Twitter miliknya berkata: “Saya dimaklumkan #D7172 yang mempunyai masalah teknikal berpusing-pusing di Selat Melaka. Pesawat itu mendarat dengan selamat di klia.” Advertisement Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun Twitter miliknya pula berkata: “Tiada yang luar biasa pesawat AirAsia D7172 terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas berlepas.” - Utusan



.

Ibu enggan pelihara bayi yang dilahirkan kerana sindrom Down



Ibu enggan pelihara bayi yang dilahirkan kerana sindrom Down | Seorang ibu di Armenia enggan memelihara anaknya yang baru lahir kerana bayi tersebut dilahirkan dengan sindrom Down, menurut laporan ABC News. Leo Forrest dilahirkan pada 21 Januari lalu di Armenia, negara yang membenarkan ibu bapa memilih untuk terus memelihara anak kurang upaya atau pun menghantarnya ke rumah penjagaan anak yatim.

Keputusan tersebut dibuat tanpa berunding dengan suaminya, Samuel Forrest yang bertekad mahu terus menjaga anaknya itu. Apabila mengetahui dia mahu memelihara Leo, isterinya telah memfailkan penceraian, menurut Samuel.ABC News berjaya menghubungi isteri Samuel yang mengesahkan telah melahirkan bayi tersebut dan memfailkan penceraian namun enggan mengulas lanjut.

Untuk terus memelihara Leo, Samuel telah menjalankan satu kempen bagi mengumpul dana menerusi GoFundMe dengan meletakkan sasaran sebanyak ASD60,000 bagi membawa anaknya ke New Zealand. Setelah 10 hari dilancarkan, kempen tersebut berjaya melebihi sasarannya dan berjaya mengumpul ASD435,445 setakat berita ini ditulis.-AP



.

Pelajar sebuah sekolah bertindak nekad meminum racun kerana dilarang bercinta



Pelajar sebuah sekolah bertindak nekad meminum racun kerana dilarang bercinta | Gara-gara kecewa setelah dilarang bercinta, seorang pelajar perempuan sebuah sekolah bertindak nekad meminum racun di sini baru-baru ini. Sebuah portal melaporkan, pelajar itu, Ni Made Sri Dwiyanti, 16, merupakan seorang pelajar kelas II, sekolah menengah di Bangli nekad meminum racun serangga dan berjaya diselamatkan namun kemudian bertindak melarikan diri bersama teman lelakinya.

Ekoran itu, ibu remaja perempuan tersebut, Ida Ayu Ketut Murniasih, 38, bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kintamani. Advertisement Sementara itu, Ketua Polis Kintamani, Kompol Dewa Gede Mahaputra, berkata, beberapa orang saksi telah disoal siasat. “Anggota polis telah diarahkan untuk mengesan mangsa. Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan andaian, kita cuba lakukan pencarian dahulu,” kata Mahaputra. -AP



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!