Monday, February 9, 2015

Euww.. 'Cacing alien' keluar dari labah-labah



Euww.. 'Cacing alien' keluar dari labah-labah | SAAT anda ternampak suatu makhluk asing keluar dari badan labah-labah yang anda baru sahaja bunuh, anda ada dua pilihan; lari atau lari. Dalam sebuah video yang dimuatnaik ke Youtube, seekor 'cacing alien' keluar dari badan seekor labah-labah yang dibunuh perakam video tersebut, Baskwith2. Cacing tersebut berukuran 15 kali ganda panjang dan sama besar dengan saiz abdomen labah-labah berkenaan. Seramai 4.5 juta pelayar melihat video tersebut dan salah satu maklum balas ialah "Bunuh ia dengan api!"


Menurut Dailymail UK, cacing tersebut adalah parasit Mermithid Nematode, yang sering ditemui di dalam badan serangga 'Anthropod' seperti labah-labah dan ketam. Parasit tersebut kebiasaannya akan memakan isi dan organ perumahnya dan menjadi semakin besar.-AP




.

Pihak berkuasa tempatan temui 60 mayat yang diawet sempurna dalam sebuah rumah pembakaran mayat..


Pihak berkuasa tempatan temui 60 mayat yang diawet sempurna dalam sebuah rumah pembakaran mayat.. | Pihak berkuasa tempatan menemui sekurang-kurangnya 60 mayat yang diawet sempurna di sebuah rumah pembakaran mayat yang terletak di Acapulco, Mexico. Memetik laporan daripada Metro.co.uk, rumah mayat itu telah ditutup sejak dua tahun lalu dan tidak pernah digunakan sehingga kini. Menurut pihak berkuasa, pihaknya melakukan serbuan ke rumah tersebut pada Khamis lalu dan antara yang ditemui termasuk mayat wanita, lelaki dan kanak-kanak.

“Walaupun mereput, kesemua mayat ditemui masih dalam keadaan sempurna. Ketua Pendakwa Guerrero, Miguel Angel Godinez berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi persekutuan dan Interpol untuk mencari pemilik rumah mayat tersebut, Guillermo Estua Zadai. “Ini mungkin satu penipuan yang dilakukan oleh Gullermo terhadap saudara mara si mati.

Mereka semua mungkin menyangka si mati telah dibakar, namun sebenarnya mayat mereka tidak dibakar dan ditinggalkan di sini untuk tujuan tertentu,” katanya lagi. Kesemua mayat yang ditemui berbungkus dengan kain putih dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Polis melakukan serbuan ke atas rumah berkenaan berikutan laporan aduan daripada jiran yang mengadu menghidu bau busuk sejak dua hari sebelumnya. -AP




.

Bayi perempuan ini alami keadaan ganjil dan misteri ketika lahir..



Bayi perempuan ini alami keadaan ganjil dan misteri ketika lahir.. | Seorang bayi perempuan ditemui mengalami keadaan ganjil dan misteri apabila didapati hamil anak kembar ketika lahir. Bayi yang dilahirkan pasangan di Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong itu dilaporkan harus menjalani pembedahan selepas berusia tiga minggu untuk membuang ‘anaknya.’ Janin kembar yang dikandung dari lapan hingga 10 minggu itu didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus.

Jurucakap hospital berkata, kedua-duanya anak bayi itu dilitupi kulit, dengan satu mempunyai berat 14.4 gram dan satu lagi 9.3 gram. Bagaimanapun, kedua-dua janin mempunyai tali pusat berasingan. Pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil, malah dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian. Secara purata, keadaan seperti itu dilaporkan berlaku satu bagi setiap 500,000 kelahiran di dunia, tetapi 200 kes daripada itu saja yang didedahkan.

Sehingga kini doktor masih belum berjaya merungkai misteri punca bayi terbabit menghamilkan anak kembar itu. Menurut pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Yu Kai-man, ia hampir tidak boleh dikesan ketika pemeriksaan pranatal kerana saiz embrio dalam bayi itu amat kecil. “Mustahil seorang bayi hamil. Persenyawaan mungkin hasil benih ibu bapanya yang pergi ke salah tempat,” katanya. - Agensi




.

Wanita lahirkan bayi seberat 6.4kg secara normal , malah bayi itu dikatakan sangat comel..



Wanita lahirkan bayi seberat 6.4kg secara normal , malah bayi itu dikatakan sangat comel.. | Seorang wanita melahirkan bayi secara normal seberat 6.4 kilogram di Hospital Bersalin St Joseph di Tampa, Florida. Lebih mengejutkan, wanita berkenaan tidak mengetahui yang dia sebenarnya mengandung selama ini! Maxxandra Ford, 26, tidak menyangka berat badannya yang naik secara mendadak rupanya kerana berbadan dua.

Bayi itu, Avery Denton, dicatatkan sebagai bayi terberat yang pernah dilahirkan di hospital berkenaan, lapor Tampa Bay Times. Apabila ditanya mengenai berat badan bayinya yang berat itu, Ford tidak banyak merungut. “Saya sayangkan bayi saya. Dia sangat comel,” katanya lagi. -AP




.

[Gambar] Inilah dia lukisan termahal di dunia RM1.06 bilion



[Gambar] Inilah dia lukisan termahal di dunia RM1.06 bilion | Lukisan yang dihasilkan Paul Gauguin pada abad ke-19 berjaya memecahkan rekod karya seni paling mahal apabila dijual pada harga mencecah £197 juta (RM1.06 bilion) pada satu lelongan di sini baru-baru ini. Lukisan yang diberi nama Nafea faa ipoipo itu memaparkan dua wanita Tahiti selepas Paul menghabiskan masa di pulau tropika itu pada penghujung abad ke-19. Bekas pemiliknya, Rudolf Staechelin yang merupakan seorang pengumpul hasil seni dan berasal dari sini mengesahkan penjualan tersebut.

Dia menyatakan, lukisan itu dijual berikutan harga yang ditawarkan cukup lumayan. “Persoalannya, mengapa sekarang? Ia adalah kerana harga yang ditawarkan kepada kami cukup lumayan,” katanya kepada New York Times. Rudolf bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut, namun ada dakwaan yang mengatakan lukisan itu dibeli oleh kerajaan Qatar.

Jika laporan mengenai jualan tersebut disahkan, ia sekali gus akan memadam rekod sebelum ini yang dipegang artis seni Paul Cezanne selepas lukisannyayang bertajuk The Card Players dilelong pada harga £170 juta (RM918 juta). Gauguin dan Cezanne merupakan sebahagian daripada pelukis kelahiran Perancis yang melonjak reputasi selepas kematian mereka.– Agensi




.

Pelakon terkenal, Johny Depp diserang haiwan mistik?



Pelakon terkenal, Johny Depp diserang haiwan mistik? | BINTANG filem Lone Ranger ini akhirnya mendedahkan sebab mengapa dia tidak hadir di sebuah sidang media yang diadakan di Tokyo baru-baru ini. Kata Johny Depp, dia sebenarnya terlibat dengan insiden yang hampir meragut nyawanya. "Saya telah diserang seekor binatang buas yang menyebabkan saya terpaksa bertarung beberapa jam dengan haiwan tersebut. "Bagaimanapun saya lega kerana berjaya menyelamatkan diri," katanya. Difahamkan aktor ini diserang sejenis haiwan mistik yang dikenali sebagai Chupacabra. Malah haiwan jenis itu pernah dilaporkan mengganas di Barat. -AP




.

Aneh! Air perigi ini cetus kehairanan



Aneh! Air perigi ini cetus kehairanan | Meskipun jaraknya hanya 15 meter dari pantai, namun sebuah perigi dekat Kampung Humusu C, mukim Insana Utara di daerah Timor Tengah Utara (TTU) di sini didapati tidak berasa masin seperti perigi-perigi lain yang terletak berhampiran pantai. Tambah unik, perigi bersaiz kecil milik Matheus Fui, 36, itu mempunyai jumlah air yang banyak meskipun hanya sedalam dua meter. Kelebihan yang dimiliki perigi itu yang terletak berhampiran balai polis Insana Utara sekali gus membolehkan pemilik dan orang ramai menggunakan air itu untuk kegunaan seharian.


Matheus ketika ditemui Kompas.com di kediamannya berkata, perigi itu digalinya pada tahun 2013 semasa berlangsung acara Sail Komodo menggunakan cangkul. “Ketika berlangsung acara Sail Komodo, saya membuka gerai di sini. Oleh kerana saya mengalami kesulitan untuk mendapatkan air, saya pun mencuba nasib menggali tanah di belakang gerai dengan harapan boleh mendapatkan air. “Biarpun masin, tetapi bagi saya itu bukanlah masalah. Ketika baru saja menggali pada kedalaman satu meter, air sudah memancut keluar dengan banyak dan lebih mengejutkan saya, air itu berasa tawar,’’ katanya.


Matheus berkata, dia langsung tidak menyangka perigi di belakang balai polis itu berasa tawar kerana sebuah lagi perigi yang letaknya kira-kira 100 meter dari premis itu mempunyai rasa masin termasuk perigi lain milik penduduk kampung di situ. Air tawar itu kata Matheus digunakan penduduk kampung untuk mandi, mencuci pakaian, dan membasuh pinggan mangkuk. Bagaimanapun, penduduk masih belum berani menggunakan air dari perigi tersebut untuk di minum. Matheus menambah, dia bercadang mengekalkan perigi itu dan membawa sampel air untuk analisa makmal bagi mengetahui sama ada air itu selamat diminum atau sebaliknya. -Kompas




.

Sebuah kedai gunting rambut mempunyai kaedah tersendiri bagi mendidik kanak-kanak nakal


Sebuah kedai gunting rambut mempunyai kaedah tersendiri bagi mendidik kanak-kanak nakal | Sebuah kedai gunting rambut di sini mempunyai kaedah tersendiri bagi mendidik kanak-kanak nakal dengan memotong rambut mereka sehingga hampir botak, menjadikan mereka kelihatan seperti seorang datuk. Menurut laman web odditycentral.com, potongan gaya ‘Benjamin Button Special’ itu melibatkan kaedah cukur di bahagian tengah kepala dan meninggalkan rambut di bahagian kiri dan kanan kepala menjadikan kanak-kanak itu menyerupai orang tua yang botak.

Perkhidmatan itu ditawarkan tiga kali seminggu secara percuma oleh Russell Fredrick dan pekerjanya di kedai gunting rambut miliknya di kawasan pinggir bandar di A-1 Kutz, Snellville. Menurut Fredrick, dia menyedari gaya rambut tersebut mampu mengubah tingkah laku kanak-kanak nakal selepas memotong rambut anak lelakinya, Rushwan, 12, yang tidak mendengar tegurannya. Dia kemudian mengiklankan perkhidmatan itu di Internet menyebabkan ramai ibu bapa lain mahu mencuba kaedah tersebut. Fredrick juga memuat naik gambar anaknya ‘sebelum’ dan ‘selepas’ memotong rambut gaya ‘Benjamin Button Special’ bersama iklan itu.


Gambar-gambar tersebut turut tersebar di laman sosial Facebook dan Instagram. Menurut Fredrick, dia menerima respon positif daripada ibu bapa dan menyatakan tindakan memotong rambut itu adalah hukuman yang paling sesuai kepada kanak-kanak yang mahu berlagak seperti orang dewasa. “Tetapi ada juga ibu bapa yang berpendapat tindakan itu adalah penderaan emosi kepada kanak-kanak,” ujarnya. -AP




.

Kanak-kanak 3 tahun maut selepas dilanggar kereta yang dipandu ibunya di pekarangan sebuah rumah



Kanak-kanak 3 tahun maut selepas dilanggar kereta yang dipandu ibunya di pekarangan sebuah rumah | Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas dilanggar kereta yang dipandu ibunya di pekarangan sebuah rumah di Kampung Lahar, Malau di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Nur Umairah Salaiman mengalami kecederaan parah di kepala.

Insiden menyayat hati itu berlaku ketika ibu mangsa, Rasikhah Nik Nyan, 48, cuba mengalih kedudukan kereta jenis Ford Lancer di rumah ibu saudara mangsa. Nur Umairah dan kakak tirinya, Nurul Syuhada Amir Nasuridin, 21, dikatakan turun dari kereta terlebih dahulu sebelum Rasikhah menga­lih kedudukan kenderaannya dan tidak menyedari mangsa berlari ke hadapan kereta lalu merempuhnya. Sepupu mangsa, Nurul Hanisah Johari, 19, berkata, ketika kejadian, ibu Nur Umairah datang ke rumah untuk mengambil tiga lagi anaknya yang lain.


“Ketika itu saya tengah bermain tele­fon bimbit di dalam rumah, apabila mendengar bunyi enjin kereta, saya terus buka pintu dan melihat kereta yang dipandu mak cik terus berlalu pergi. “Selepas itu, baru saya ternampak kesan darah yang banyak dan daripada situ saya menyedari mak cik menuju ke Hospital Jitra,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Hanisah berkata, ibu saudaranya yang bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Jitra itu masih terkejut dengan kejadian tersebut.

“Saya masih terkejut dengan kejadian ini dan mak cik saya masih trauma dan enggan berjumpa dengan sesiapa pun,” jelasnya. Menurut Nurul Hanisah, ibu saudaranya itu tinggal di Taman Cermai di sini. “Saya jaga tiga anaknya dan menjemput mereka dari sekolah. Mereka akan tinggal bersama saya sementara menunggu ibu mereka pulang bekerja,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd. Rahim Abdullah mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana dengan cuai memandu sehingga menyebabkan kematian. -Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!