Tuesday, February 10, 2015

Tragedi berdarah ketika tonton bola di stadium



Tragedi berdarah ketika tonton bola di stadium | Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila beribu-ribu peminat bola cuba merempuh masuk ke dalam sebuah stadium di sini tanpa membeli tiket, semalam. Tindakan peminat bola tersebut menyebabkan polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan tembakan ke udara. Akhbar News Nation melaporkan, Kementerian Dalam Negeri berkata, kejadian itu berlaku di luar Stadium Pertahanan Udara tersebut, sebelum perlawanan Liga Perdana Mesir antara kelab Zamalek dan ENPPI berlangsung.

Pihak berkuasa Mesir berkata, semua mangsa terbunuh akibat dipijak kerana mereka berasak-asak memasuki stadium dan bukan dibunuh polis. Katanya, para penyokong kelab bola sepak Zamalek yang dikenali sebagai Ultras White Knights cuba merempuh masuk ke dalam stadium tanpa tiket. “Lebih daripada 10,000 penyokong yang tidak mempunyai tiket perlawanan cuba merempuh masuk ke dalam stadium Mesir. “Sejumlah daripada mereka didapati terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera kerana dipijak,” kata Kementerian Dalam Negeri Mesir dalam satu kenyataan.


Pasukan keselamatan cuba menyuraikan peminat selepas mereka menyekat jalan raya dan membakar kenderaan polis. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Hani Abdel Latif, berkata, berbelas-belas peminat kelab bola sepak Zamalek ditahan kerana mencetuskan keganasan. Abdel Latif berkata, seramai 22 anggota polis turut cedera dalam pertempuran itu dan 18 penyokong kelab bola sepak Zamalek ditahan.

Kerajaan Mesir mengehadkan bilangan penonton perlawanan bola sepak di stadium di negara ini sejak rusuhan tercetus di sebuah stadium di Port Said, pada tiga tahun lalu yang menyaksikan lebih 70 orang terbunuh. Sementara itu, Kabinet memutuskan untuk menggantung perlawanan Liga Perdana Mesir selama-lamanya ekoran kejadian itu. Keputusan itu dibuat selepas satu sidang tergempar antara Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mahlab dan beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri, Menteri Sukan dan Menteri Kesihatan. – AFP/Agensi




.

Wanita terharu dilamar kekasih di atas puncak gunung setinggi 2,740 meter



Wanita terharu dilamar kekasih di atas puncak gunung setinggi 2,740 meter | Shannon Sabourin mungkin boleh dianggap antara wanita paling bertuah di dunia apabila dilamar kekasihnya di atas Gunung Little Crawfoot pada ketinggian 2,740 meter dari paras laut. Rossel Sabourin yang kini telah bergelar suaminya berjaya merancang kejutan dalam suasana paling romantik untuk melamar kekasihnya itu. “Sambil menikmati makan malam yang dilengkapi kain linen putih dan sebotol Champagne serta berlatar belakang pergunungan di sini dan Tasik Bow yang sungguh indah, Rossel tiba-tiba melamar saya.

“Sudah pasti saya terkejut, namun bibir pantas mengucapkan ‘ya’ tanda menerima lamaran tersebut,” ujar Shannon. Lamaran itu dilakukan pada Jun 2012 sewaktu kedua-dua pasangan berkenaan melakukan pendakian selama dua jam setengah untuk sampai di puncak gunung. Kelengkapan kerusi, meja dan makanan istimewa sempena lamaran itu pula disediakan oleh kakitangan rumah penginapan yang membantu membawa barangan tersebut ke puncak gunung. Pasangan yang berasal dari Winnepeg, Kanada itu baru sahaja mendedahkan gambar mereka mengenai lamaran tersebut sebagai inspirasi kepada pasangan lain untuk menjadikannya sesuatu yang istimewa. – Agensi



.

Pelik melihat keadaan pasangan warga emas ini, yang menjadikan lapangan terbang sebagai ‘rumah’ dan berlakon sebagai pelancong



Pelik melihat keadaan pasangan warga emas ini, yang menjadikan lapangan terbang sebagai ‘rumah’ dan berlakon sebagai pelancong | Sepasang pesara warga emas kini terpaksa menjadikan Lapangan Terbang Heathrow di sini sebagai kediaman selepas kehilangan rumah mereka yang bernilai £500,000 (RM2.72 juta) sekitar Ogos 2013. Katrina Smith, 62, dan Alan Lane, 71, yang tinggal bersama sejak 28 tahun lalu pernah merancang untuk bersara di Dorset yang terletak di barat daya Britain dengan membeli rumah tiga bilik itu bagi menghabiskan sisa-sisa hidup bersama. Bagaimanapun mereka berdepan dengan pelbagai masalah teknikal selain tekanan kemelesetan ekonomi menyebabkan mereka tidak mampu membayar pinjaman perumahan berkenaan.

Kini, mereka terpaksa berlakon sebagai pasangan pelancong di lapangan terbang tersebut pada waktu siang dan tidur di atas kerusi-kerusi sejuk Heathrow pada sebelah malam kerana berada dalam kelompok individu yang tidak layak menerima bantuan perumahan daripada kerajaan. “Kami cuba mengelak daripada terlalu menonjol supaya tidak dikesan, kami menukar lokasi tempat tidur dan hanya tidur selepas pukul 2 pagi iaitu apabila semua penerbangan berakhir dan bangun sebelum pekerja di sini mulakan kerja dua jam kemudian.


“Kami tidak pasti jika kakitangan lapangan terbang ini tahu kami tinggal di sini, tetapi kami sentiasa mengekalkan penampilan yang kemas sambil mengusung beg pakaian sekitar terminal di sini,” kata Smith yang kini langsung tiada sumber pendapatan. Lane yang pernah memperoleh pendapatan £80,000 (RM435,206) setahun masih cuba mencari pekerjaan baharu dengan menjadikan sebuah kedai kopi di Heathrow sebagai ‘pejabatnya’ untuk menampung kehidupan mereka berdua di samping pencen berjumlah £821 (RM4,466) diperolehnya setiap bulan. – Agensi



.

Khabar terkini pelawak terkenal, Azlee Senario yang menderita masalah batu dalam hempedu



Khabar terkini pelawak terkenal, Azlee Senario yang menderita masalah batu dalam hempedu | SEKITAR Ogos tahun lalu, pelawak terkenal dari kumpulan Senario, telah dimasukkan ke Hospital Damansara kerana masalah batu dalam hempedu. Baharu sahaja mengetahui akan penyakit yang menyerangnya itu, Azlee atau nama sebenarnya, Mohd Azlee Jaafar, segera melakukan pembedahan agar ianya tidak merebak lebih teruk sehingga menyukarkan pergerakan dan kesihatan. Berpeluang bertemu dengan penghibur ini di majlis pelantikannya sebagai duta sejenis produk makanan kesihatan keluaran RCC Global di Hotel de Palma, Azlee memberitahu bahawa tahap kesihatannya kini bertambah baik.

"Alhamdulillah, setelah menjalani pembedahan kecil itu, saya kembali sihat seperti biasa dan dapat meneruskan aktiviti dan kerja-kerja seni. "Sebelum ini, saya tidak pernah mengidap sebarang penyakit lain dan batu dalam hempedu ini berpunca kerana silap makan," katanya yang baharu sahaja dilantik sebagai duta bermula 1 Januari lalu. Bertanya mengenai pelantikan itu, Azlee memberitahu sebelum ini dia pernah ditawarkan untuk menjadi duta produk, namun terpaksa ditolak atas sebab-sebab tertentu.

"Sebagai selebriti, saya tidak boleh main 'cekau' sahaja apa-apa tawaran kerana ia melibatkan nama saya. Jadi, saya hanya akan bersetuju sekiranya ia memberi faedah dan kebaikan yang boleh dikongsi kepada kesemua lapisan peminat saya. "Untuk RCC Global, saya yakin, produk ini mampu memberi kebaikan kepada seluruh masyarakat di mana ia adalah produk makanan kesihatan. Saya mula mengamalkan produk, pemanis semula jadi Stevia sejak tahun lalu. "Selepas ini, saya akan bersama-sama RCC Global dalam mengembangkan lagi penggunaan produk pengganti gula ini dan menyertai aktiviti yang dianjurkan," katanya yang dilantik selama setahun.


Senario belum terkubur 

Meskipun nama kumpulan ini semakin sepi dari dunia komedi dengan lahirnya kumpulan-kumpulan baharu, namun sehingga kini Senario masih lagi bernafas. Menurut Azlee, dia, Wahid dan Lan masih lagi menganggotai kumpulan itu namun masing-masing lebih terikat kepada undangan pengacaraan secara individu. "Senario masih lagi bertahan hingga ke hari ini dan tidak lama lagi, kami akan muncul dengan projek animasi, Senario Toons sebanyak 13 episod untuk siaran televisyen. "Ianya berkisarkan mengenai sekumpulan kanak-kanak yang bersekolah dan tinggal di kampung yang sama.

Malah, ianya juga akan menyelitkan kisah-kisah sebenar Senario. "Sehingga kini, kami telah menyiapkan enam episod. Insya-ALLAH, kami ada merancang untuk membuat 'comeback' malah teringin juga untuk bersama pelawak lain di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM)," katanya yang berhasrat untuk mengumpulkan kesemua bekas anggota Senario termasuk Apek, Yassin, Hamdan dan Ilya. Dalam perkembangan lain, Azlee juga kini giat menguruskan syarikat sendiri, GE Events Management yang mula beroperasi sejak tahun lalu. "Sebelum saya menamatkan kontrak bersama TV3, saya menubuhkan syarikat ini sebagai salah satu punca pendapatan lain. "Menerusi syarikat pengurusan acara ini, saya telah menyempurnakan beberapa majlis gemilang terutamanya untuk kerajaan Johor," katanya lagi. -SH





.

Remaja bunuh rakan, lalu muatnaik gambar selfie bersama mayat itu buatkan dia akhirnya di kesan polis



Remaja bunuh rakan, lalu muatnaik gambar selfie bersama mayat itu buatkan dia akhirnya di kesan polis | Tindakan seorang remaja lelaki memuatnaik gambar selfie bersama mayat rakan yang dibunuhnya mengundang padah apabila tindakannya itu berjaya dikesan polis. Menurut pihak berkuasa, Maxwell Morton, 16, dituduh menembak mati rakannya, Ryan Mangan, 16, di muka dan kemudian memuatnaik gambar selfie bersama mangsa ke sebuah aplikasi telefon, Snapchat dan kemudian memadam semula gambar tersebut beberapa minit kemudian.

 Bagaimanapun, gambar tersebut berjaya disimpan oleh salah seorang pengguna aplikasi berkenaan dan terus memaklumkan kepada ibunya yang kemudiannya bertindak melaporkan kepada pihak polis. Polis berkata, gambar tersebut menunjukkan mangsa duduk di kerusi dengan luka tembakan di muka. "Seorang remaja kulit hitam sedang selfie dengan mukanya menghadap kamera dan mangsa di belakangnya," katanya dipetik Washington Post. Mayat Ryan ditemui oleh ibunya yang kemudian menghubungi pihak polis. Polis turut menemui gambar Ryan memegang pistol setengah automatik di telefon beliau.

Maxwell mengaku bersalah membunuh Mangan selepas polis menemui pistol tersembunyi di rumahnya dan akan didakwa melakukan kes pembunuhan dan memiliki senjata api haram. Dalam pada itu, Peguam Daerah, John Peck berkata, ini adalah satu kejadian yang luar biasa sepanjang penglibatannya selama 30 tahun dalam kerjayanya dimana pembunuh berselfie bersama mangsa yang dibunuhnya. "Saya tidak pernah lihat sebelum ini, tetapi itu adalah kunci utama bukti kes pembunuhan ini."

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Media Sosial dan Psikologi, Pamela Rutledge berkata, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penjenayah mempamerkan jenayah mereka . "Ini adalah persoalan mengenai patologi jenayah bukannya teknologi ," "Pesalah memerlukan mengesahkan kuasa dan rasa kesombongan mereka menggunakan semua jenis komunikasi untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam melakukan aktiviti jenayah", katanya. -AP




.

Vila di bawah permukaan air di Dubai kini dijual tahun ini namun harganya £1 juta (RM5.42 juta) seunit



Vila di bawah permukaan air di Dubai kini dijual tahun ini namun harganya £1 juta (RM5.42 juta) seunit | HARTANAH yang merupakan vila di bawah permukaan air di Dubai kini dijual tahun ini namun harganya £1 juta (RM5.42 juta) seunit. Setiap satu daripada 42 vila ini mempunyai aras lautan yang menawarkan pemandangan indah dunia laut yang menakjubkan. Kediaman ini mempunyai tiga tingkat dengan dek di atas bumbung pada aras tiga, manakala bilik tidur utama dan bilik mandi di aras dua.

Tetapi bagi dapur, bilik makan, ruang tamu dan bilik mandi yang lain berada pada kedudukan 13 kaki di bawah permukaan air. Pengarah Projek 'The Heart of Europe', Udhay Lall berkata, pembinaan vila tersebut begitu 'mencabar'. Beliau berkata: "Mereka tidak akan membinanya di atas darat. Projek 'The Heart of Europe' meliputi enam pulau. Arkitek telah memberi jaminan untuk mewujudkan jalanan "dibarisi hujan dan salji" dan pantai berpasir untuk orang awam dan akuarium terbuka terbesar di dunia. - mirror





.

Oh.. Keburukan menggunakan robot pembersih hampagas??



Oh.. Keburukan menggunakan robot pembersih hampagas?? | Seorang wanita menerima padah kerana membiarkan robot pembersih hampagas berfungsi ketika dia tidur di lantai apabila rambutnya disedut alat itu kerana disangka habuk. Dalam keadaan begitu, wanita terbabit terpaksa diselamatkan anggota bomba.

Sebelum itu wanita berusia 52 tahun dari Changwon itu terpaksa bergelut dengan alat berkenaan untuk melepaskan dirinya. Sebaik saja mesin itu menyedut rambut wanita terbabit, dia terkejut tetapi terlambat untuk menyelamatkan diri. Kata sumber, tidak ubah seperti filem fiksyen sains yang menyaksikan ada robot buatan manusia ‘memakan’ tuannya. -AP



.

Jurugambar yang sedang mengambil gambar di hutan sempat merakamkan detik yang menakjubkan



Jurugambar yang sedang mengambil gambar di hutan sempat merakamkan detik yang menakjubkan | SEORANG jurugambar berhadapan dengan saat menggerunkan apabila mukanya ditumbuk oleh seekor gorila yang mabuk. Ketika kejadian, Christophe Coureau, 46, sedang mengambil gambar di hutan Volcanoes National Park di Rwanda, apabila seekor gorila jantan menyerang secara tiba-tiba. Ibarat babak pergaduhan di sebuah bar, gorila yang juga dikenali sebagai Akarevuro seberat 250 kilogram itu kelihatan seperti mengepal penumbuk ketika hendak menyerang jurugambar berkenaan.


Apa yang menakjubkan, Chris sempat merakamkan detik sebelum diserang oleh gorila berkenaan ketika dia berada di lereng Gunung Virunga. Dia berkata kemungkinan gorila berkenaan mabuk disebabkan memakan batang buluh, yang telah menjadi tapai hingga menyebabkan haiwan berkenaan mabuk. Christophe, yang berasal dari Britanny, Perancis berkata: "Semua ahli keluarga haiwan tersebut dilihat sangat teruja pada hari ini, ia mungkin disebabkan mereka makan batang buluh, sekaligus menyebabkan gorila tersebut menjadi sangat mabuk dan teruja.


"Tiba-tiba, Akarevuro, menghampiri dan menyerang saya. Saya tidak dapat melarikan diri kerana sedang mengambil gambar dalam keadaan melutut. "Dalam sekelip mata, Akarevuro berada di atas saya, memukul saya macam pemain ragbi. Saya sangat terkejut apabila merasakan dipukul oleh sesuatu yang amat dahsyat. "Sebaik sahaja melihat kelibat seekor Akarevuro betina, gorila berkenaan tidak menghiraukan saya, dan ia mula menolak saya ke tepi dengan tangan kirinya. Ia kemudiannya melarikan diri ke kawasan semak berhampiran kerana tertarik dengan kehadiran gorila betina berkenaan," katanya. - metro.uk




.

Lelaki terkejut kekasih 'WeChat' yang lawa, tapi jauh beza di dunia realiti



Lelaki terkejut kekasih 'WeChat' yang lawa, tapi jauh beza di dunia realiti | Seorang lelaki di China menghabiskan ribuan ringgit untuk bertemu teman wanita yang dia kenali menerusi alam maya, hanya untuk mengetahui rupa wanita itu tidak pun serupa. Menurut forum Viral Cham, kedua-dua mula mengenali di rangkaian sosial aplikasi WeChat, sebelum mula berpacaran sebulan yang lalu. Lelaki itu, Huang, berasal dari Harbin di Timur Laut China, manakala wanita itu, Xiaojin, dari Suzhou dan bekerja di Wenzhou Bridge. Terpegun dengan foto Xiaojin yang menunjukkan muka berbentuk bujur, mata besar dan kulit cerah, Huang memutuskan untuk bertemu cinta hatinya.

Huang menghabiskan beberapa ribu dolar dan terbang ke Wenzhou untuk bertemu 'dewi', kemudian ternganga bila melihat wanita itu. Bukan sahaja Xiaojin berbeza berbanding foto, wanita itu juga gemuk. Wajah bulatnya juga gelap dan dipenuhi jerawat. Xiaojin menjelaskan dalam foto dia memakai mekap dan ini adalah wajahnya yang tulen.


Kedua-dua mereka kemudian dilihat terus bertengkar di khalayak ramai. Dalam keadaan marah, Huang menyerang Xiaojin. Kekecohan itu menyebabkan mereka dibawa ke balai polis, di mana isu kemudiannya diselesaikan secara baik. Huang yang kecewa kembali ke Harbin pada hari yang sama, dan menegaskan "Selepas hari ini, saya tidak akan percaya percintaan dalam talian lagi!

Kisah warga emas yang berjalan sejauh 5km setiap hari untuk sedekah makanan kepada 200 kucing jalanan



Kisah warga emas yang berjalan sejauh 5km setiap hari untuk sedekah makanan kepada 200 kucing jalanan | Seorang warga emas sanggup menggagahkan diri berjalan sejauh lima kilometer saban hari untuk memberi sedekah makanan kepada kira-kira 200 kucing jalanan di sekitar kawasan Pantai Dalam dan Kerinchi, di sini. Lebih mengharukan apabila wanita itu, Hamidah Md Som, 67, turut mengutip tin dan botol kosong untuk dijual bagi membeli makanan serta keperluan kucing.

Menceritakan rutinnya, Hamidah berkata, setiap pagi dia akan ke pasar berhampiran untuk membeli ikan dan daging sebelum mula memberi makan kucing terbiar itu kira-kira jam 10 pagi. Katanya, kesemua ikan yang dibeli akan digoreng terlebih dahulu sebelum memberi kepada kucing terbabit di beberapa kawasan terpilih. “Saya tidak hanya memberi makan kucing pada waktu pagi sahaja. Saya akan melakukan perkara sama selepas selesai solat Asar,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!