Thursday, February 12, 2015

Lelaki warga China bertindak buka pintu kecemasan pesawat sebelum ia berlepas dari Lapangan Terbang



Lelaki warga China bertindak buka pintu kecemasan pesawat sebelum ia berlepas dari Lapangan Terbang | Seorang lelaki warga China bertindak membuka pintu kecemasan pesawat China Southern Airlines sebelum ia berlepas dari Lapangan Terbang Nanjing pada Isnin lalu, lapor media tempatan. Menurut The Beijing News, tindakannya itu dibuat dengan serta-merta selepas dia menaiki pesawat bagi penerbangan ke Nanning, telah menggemparkan kru kabin dan penumpang lain yang sedang membuat persiapan untuk berlepas. Tanpa memberi penjelasan mengenai tindakannya itu, lelaki yang tidak dikenali tersebut duduk di bahagian pintu yang terbuka sambil memandang ke luar.

Ketika kejadian, tiada seorang pun yang cuba untuk menghalang tindakannya itu, dan dia dapat membuka pintu kecemasan itu dengan muda, kata mereka yang menyaksikan insiden itu memetik laporan The South China Morning Post (SCMP). Dilaporkan, kru kabin sedang sibuk membantu penumpang lain. Ditanya mengapa dia membuka pintu tersebut, dia dipetik oleh SCMP sebagai berkata menjawab soalan itu: "Pintu ini tidak penting." Syarikat penerbangan itu berkata, lelaki berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia tahu telah melakukan sesuatu yang salah, lapor SCMP.

Tindakan lelaki itu menyebabkan penerbangan terpaksa ditunda selama hampir sejam, lapor SCMP, sambil menambah bahawa ia akhirnya berlepas selepas melakukan pemeriksaan keselamatan yang menyeluruh. The Beijing News melaporkan lelaki itu terpaksa menghabiskan cuti Tahun Baru Cina di dalam penjara, selepas polis menahannya di Lapangan Terbang Nanjing. SCMP melaporkan menurut polis, lelaki itu akan ditahan selama 10 hari. Tindakan lelaki itu merupakan kes yang sama telah dilakukan oleh beberapa penumpang warga China yang membuka pintu kecemasan pesawat.

Bulan lalu, seramai 25 penumpang warga China membuka pintu kecemasan di sebuah pesawat sebelum berlepas bagi menunjukkan kemarahan mereka kerana penerbangan ditunda, lapor Agence France Presse. Pada 12 Disember tahun lalu, seorang penumpang warga China telah menyebabkan satu penerbangan China Eastern ditunda selama dua jam selepas cubaannya untuk keluar dari pesawat itu dengan cepat menggunakan pintu kecemasan. Pada Disember lalu juga seorang lelaki warga China membuka pintu kecemasan di dalam pesawat Xiamen Air sejurus sebelum berlepas. Dia yang pertama kali menaiki kapal terbang dikatakan mahu menghirup udara segar. – Straits Times/ANN





.

Takziah... Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.45 malam tadi di kediamannya


Takziah... Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya | Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menghidap kanser prostat tahap empat meninggal dunia di kediaman beliau di Pulau Melaka, di sini pada pukul 9.45 malam ini. Pemergian Nik Abdul Aziz, 84, dimaklumkan ahli keluarga terdekat beliau sebentar tadi.

Beliau yang dilaporkan semakin tenat sejak semalam dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada pukul 8.40 malam dan tiba di Pulau Melaka kira-kira 15 minit kemudian. Ketika diusung keluar, bekas Menteri Besar itu dikawal ketat oleh pihak keselamatan hospital dan dilihat tidak sedarkan diri selain menggunakan alat bantuan oksigen untuk bernafas. Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Pulau Melaka mendapati orang ramai mula memenuhi pekarangan rumah beliau.

Ahli keluarga serta saudara-mara terdekat yang berada di dalam rumah pula dilihat sedang membaca surah Yassin. - UTUSAN ONLINE Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, 9.45 malam ini. Nik Abdul Aziz sebelum itu yang dilaporkan tenat dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada pukul 8.40 malam. -Utusan




.

Umat Islam dinasihat berhati-hati apabila membeli bebola ikan.. Ini sebabnya...



Umat Islam dinasihat berhati-hati apabila membeli bebola ikan kerana kebanyakan yang dijual di pasaran mengandungi plasma darah haiwan. Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Amri Abdullah berkata, plasma darah haiwan yang digunakan adalah terdiri daripada ayam, lembu dan babi bertujuan mencantikkan serta menambah kualiti bebola ikan supaya lebih kenyal.

“Justeru, orang Islam perlu berhati-hati ketika membeli bebola ikan di pasaran dengan memastikan terdapat sijil halal Jakim pada produk tersebut,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pensijilan Halal Jakim: Integriti Menangani Skandal dan Isu-Isu Berkaitan Halal di Malaysia dalam Seminar Industri Halal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.-Utusan



.

Wanita ini dipukul dan dimalukan kerana tidak mahu turut kemahuan majikannya



Wanita ini dipukul dan dimalukan kerana tidak mahu turut kemahuan majikannya | Seorang wanita dipukul dan dimalukan hanya kerana tidak mahu menjadi ibu tumpang bagi majikannya di sini kelmarin. Pelajar jurusan undang-undang itu yang juga bekerja separuh masa sebagai pengurus di sebuah rumah tamu di bandar ini, mendakwa majikannya memaksa dia melahirkan anak untuknya.

"Sejak saya bekerja di rumah tamu itu, majikan saya sering memaksa untuk menjadi ibu tumpang dan apabila enggan, saya dipukul. Bukan saja dia malah tiga lagi termasuk seorang jururawat dan pengurus hospital turut membelasah saya," katanya. Berikutan kejadian itu, wanita berkenaan membuat laporan polis, dan empat suspek, termasuk majikannya kini ditahan untuk siasatan. - AGENSI



.

Presiden Zimbabwe bertindak memecat 27 pengawal peribadinya kerana biarkan dia diaibkan depan khalayak ramai


Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, memecat 27 pengawal peribadinya kerana ‘membiarkan’ dia diaibkan di depan khalayak ramai beberapa hari lalu. Menurut media semalam, Mugabe melangkah menuruni anak tangga podium dalam acara rasmi untuk pergi ke keretanya.


Bagaimanapun ketika berjalan Mugabe tersepak permaidani sehingga menyebabkan dia terjatuh seakan-akan merangkak. Kejadian tidak disangka-sangka itu berlaku ketika Mugabe, 90, dikelilingi ramai pengawal, namun tiada seorang pun sempat memegang badannya.


Sumber berkata, pegawai kanan kerajaan mengarahkan siasatan dijalankan bagi mengetahui mengapa kejadian itu berlaku. -AP



.

Al-Fatihah.. Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia



Al-Fatihah.. Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia | Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari. Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Belia juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali. Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan beliau. Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok. -BH



.

Apakah pelik sangat rupa anak babi ni?



Apakah pelik sangat rupa anak babi ni? | Seorang petani terkejut apabila babi peliharaannya melahirkan anak ‘mutan’ dengan wajah seakan manusia serta kemaluan lelaki pada dahinya. Tao Lu, 40, berkata, anak babi itu dilahirkan hidup, tetapi tidak diterima ibunya. Haiwan ganjil itu mati selepas enggan minum susu dari botol. Tao kemudian memuat naik gambar haiwan malang itu ke Internet sebelum menjadi viral dan dibeli agensi berita China.


Katanya, sebaik gambar itu viral dia mendapat pelbagai tawaran wang yang tinggi daripada pihak yang mahu membeli haiwan itu kerana disangka masih hidup. “Sayang anak babi itu mati, jika tidak pasti kami sekeluarga dapat merasa habuannya,” katanya. Sebanyak 18 lagi anak babi dilahirkan tidak menunjukkan sebarang kecacatan. Berikutan itu, Tao berkata dia akan mempamerkan bangkai babi itu untuk mereka yang berminat melihatnya. - Agensi




.

Wanita ini menggemparkan dunia kerana kelahiran ajaib anak kembarnya



Wanita ini menggemparkan dunia kerana kelahiran ajaib anak kembarnya | Seorang wanita Romania menggemparkan dunia perubatan apabila dia melahirkan bayi kembar keduanya selang dua bulan selepas bayi pertamanya dilahirkan. Mail Online yang memetik portal berita Romania Insider melaporkan, wanita berusia 41 tahun yang tidak dinamakan itu, melahirkan anak perempuan pertamanya yang pramatang secara normal pada bulan November lalu sebelum kontraksinya kemudian terhenti.

Lebih menarik, ibu itu melahirkan anak perempuan keduanya pada bulan lalu secara pembedahan, sekali gus menjadikan bayi kembarnya tidak seirasnya dilahirkan pada tahun berbeza. Anak pertamanya dilahirkan ketika usia kandungan wanita itu mencecah tujuh bulan selepas dia mengalami tanda-tanda melahirkan, namun selepas kontraksinya terhenti, doktor menasihatkan dia membiarkan anak keduanya membesar di dalam kandungannya.

Bayi kembar itu dilahirkan di Hospital Cantancuzino, di sini. “Kejadian ini amat jarang berlaku. Saya sendiri tidak tahu bagaimana kontraksi boleh terhenti selepas bayi pertama dilahirkan,’’ kata Dr Adrian Sorin Craciun. Bayi kembar itu masing-masing dilahirkan dengan berat hanya 900 gram dan satu kilogram. Mereka berdua tinggal di hospital sehingga penghujung bulan lalu dan berat badan bayi pertama pada ketika itu mencapai 2.2 kilogram dan 2.9 kilogram bagi bayi kedua.-AP



.

Lelaki nekad bakar diri dan terjun dari tingkat 9 hanya kerana bosan tonton tv


Lelaki nekad bakar diri dan terjun dari tingkat 9 hanya kerana bosan tonton tv | Hanya kerana berasa bosan menonton televisyen di rumah, seorang lelaki nekad membakar dirinya dan terjun daripada tingkat sembilan apartmen, semalam. Bagaimanapun, lelaki berkenaan terselamat selepas terjatuh di atas gumpalan salji. Alexander Chernikov, 23, kemudiannya ditahan pihak polis dan didenda kerana mengganggu ketenteraman awam, lapor Dailystar.

Ketika disoal polis, Chernikov berkata, dia perlu membuat sesuatu untuk menghilangkan bosan dan tidak menyesali melakukan aksi berkenaan. Sementara itu, menurut Siberian Times, Chernikov dilaporkan memang meminati aksi ngeri dan berhajat menjadi seorang pelagak aksi ngeri profesional. Tahun lalu, Chernikov dilaporkan membuat aksi sama dan membuat lompatan dari sebuah bangunan lima tingkat. -AP



.

Wanita terkejut mayat kekasih warga Nepal dalam tali air



Seorang wanita terkejut apabila kekasihnya seorang warga Nepal ditemui tertiarap dalam tali air selepas motosikal yang ditunggang lelaki itu terbabas di Kemumin, Pengkalan Chepa di sini di percayai awal pagi semalam. Mangsa yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia bertemu kekasihnya itu adalah pada malam kelmarin sebelum kejadian terbabit. Menurut wanita itu, dia terkejut setelah dimaklumkan oleh polis mengenai kejadian berkenaan dan bergegas ke bilik mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tengah hari semalam, untuk membuat pengecaman mayat mangsa bersama majikan kekasihnya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya, mangsa yang dikenali sebagai Govind Tharu, 28, merupakan pekerja sebuah kilang di daerah ini. “Semasa mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.15 pagi tadi, keadaannya tertiarap di samping turut menemui sebuah motosikal dalam tali air terbabit.

Hasil siasatan yang dilakukan, kita tidak menemui sebarang identiti pengenalan diri mangsa dan tiada saksi bebas yang melihat kejadian,” katanya. Rohaimi berkata, hanya ditemui sebuah telefon bimbit dalam lumpur berhampiran mayat mangsa dan pihaknya berjaya hubungi kekasih mangsa untuk memaklumkan mengenai kematiannya dan membuat pengecaman mayat. “Mayat disahkan majikan mangsa kira-kira jam 1 petang dan kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. -SH




.

Penunggang basikal berjaya rakam pemandu yang khusyuk guna telefon bimbit dan laptop ketika sedang memandu


Seorang penunggang basikal berjaya merakam tingkahlaku seorang pemandu yang khusyuk mengunakan telefon bimbit dan menggunakan laptop ketika sedang memandu. Penunggang basikal berkenaan kemudian memuatnaik video rakaman ke Youtube, di bawah akaun Aberdeen Cycle Cam, lapor DailyStar.

Penunggang basikal berkenaan, yang tidak mahu dikenali menjelaskan bahawa beliau sudah beberapa kali membuat laporan mengenai 'kelakuan pemandu kenderaan yang teruk'. "Mereka selalunya dikenakan amaran (oleh pihak berkuasa)," katanya. Pemandu berkenaan kemudian dikecam oleh kumpulan keselamatan jalan raya dan wakil masyarakat tempatan. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!