Friday, February 13, 2015

Bapa Tiri Kim Kardashian Dedah Nama Wanitanya Selepas Proses Tukar Jantina?



Bapa Tiri Kim Kardashian Dedah Nama Wanitanya Selepas Proses Tukar Jantina? | BAPA tiri Kim Kardashian iaitu Bruce Jenner dilaporkan bakal mendedahkan nama barunya iaitu nama seorang wanita. Bruce yang kini dalam proses transisi untuk menukar personaliti kepada wanita membuat pengumuman itu dalam satu temubual dengan sebuah stesen televisyen. Nama yang dimaksudkan tidak diketahui umum namun sumber memberi tahu majalah US Weekly sama ada dia mahu menggunakan nama Brigitte atau Belinda.

 Sumber turut berkata, dalam temubual yang dilakukan, Bruce, 65, hadir tanpa memakai solekan - sesuatu yang lazim dilakukan bagi mereka yang mahu menukar imej wanita. Bagaimanapun sumber lain memaklumkan Bruce menunda usaha untuk melakukan peralihan itu selepas terlibat dengan kemalangan kereta minggu lalu sehingga menyebabkan jiranya iaitu Kim Howe maut. Bruce ketika ini dilaporkan memberi kerjasama sepenuhnya dalam membantu siasatan terhadap kemalangan berkenaan. -AP





.

Video Bapa Ikat Bayi Pada Stereng Kereta Dihentam Hebat


Video Bapa Ikat Bayi Pada Stereng Kereta Dihentam Hebat | Apa agaknya yang difikirkan oleh lelaki ini apabila dia mengikat bayi kecil yang berusia sebulan ke stereng kereta dan kemudiannya menggerakkan steering tersebut. Adakah dia fikir ia satu gurauan? Dalam rakaman video berdurasi 15 saat itu, ayah bayi berkenaan, Yong Liao, 39, dilihat memusingkan stereng dengan perasaan gembira selepas mengikat bayinya pada stereng kereta yang dipandunya.

Lebih malang ibu kepada bayi, Xia Lung sempat merakamkan aksi yang disifatkan sebagai gurauan dan kemudiannya memuat naik rakaman video tersebut ke laman sosial hingga mengundang kemarahan orang ramai. Kejadian itu berlaku ketika dia berada di stesen minyak di Miao. Selepas tindakan mereka dikritik oleh orang ramai, barulah wanita berkenaan membuang video itu dari internet. Meskipun berdepan dengan kemarahan orang ramai, namun jabatan kebajikan memaklumkan tiada tindakan akan diambil terhadap pasangan tersebut.

Ini kerana ia tidak menunjukkan bahawa ibu bapa bayi tersebut mendatangkan kecederaan kepada bayi berkenaan. “Berdasarkan video ini, tidak kelihatan berlaku penderaan kanak-kanak namun apa yang boleh dikatakan ialah ibu bapa budak ini adalah contoh buruk kepada ramai serta aktiviti berkenaan adalah bahaya,’’ kata pengarah jawatankuasa penambahbaikan kanak-kanak, Wang Wei Jun. -metro




.

Buaya gemuk berusia 100 tahun mati 'terlebih makan' selepas orang ramai campak kambing dan ayam padanya



Buaya gemuk berusia 100 tahun mati 'terlebih makan' selepas orang ramai campak kambing dan ayam padanya | SEEKOR buaya gemuk berusia 100 tahun mati akibat 'terlebih makan' selepas orang ramai berulang kali mencampakkannya kambing dan ayam berulang kali terhadapnya. Walaupun pelawat yang berkunjung ke Hazrat Khan Jahan Ali, sebuah tempat yang dianggap suci di selatan-barat Bangladesh percaya memberi makan buaya akan memberi tuah dan nasib yang baik kepada mereka, ia bagaimanapun membawa nasib buruk kepada buaya di situ, yang mati akibat obesiti.

Berat badan haiwan reptilia itu menunjukkan peningkatan mendadak selepas sentiasa diberi makan kerana ramai penduduk kampung terpaksa berdepan kehidupan terdesak dalam iklim ekonomi yang tidak menentu. "Kami menyedari masalah ini tetapi tidak pasti apa yang perlu dilakukan.Sudah menjadi satu legenda bagi sesiapa yang memberi makan buaya yang lapar, dipercayai hajat dan keinginan mereka dipenuhi," kata penjaga buaya tersebut, Mohammed Sarwar, 40.

"Biasanya hanya ayam tetapi baru-baru ini orang ramai telah menawarkan lebih banyak makanan, termasuk kambing, yang mereka percaya semakin besar pengorbanan, bermakna mereka akan mendapat peluang yang lebih terhadap apa yang dihajatkan. Buaya yang mati itu sebenarnya salah seekor daripada empat ekor buaya yang ada di situ. Tiga 'sahabatnya' juga mati akibat makan berlebihan, di mana makanan yang dibawa untuk empat ekor buaya akhirnya dimakan oleh seekor buaya terakhir yang masih hidup. -AP




.

Subhanallah.. Lebih 20,000 orang sertai solat jenazah dan dianggarkan seramai 50,000 orang yang hadir hingga pengebumian selesai


Subhanallah.. Lebih 20,000 orang sertai solat jenazah dan dianggarkan seramai 50,000 orang yang hadir hingga pengebumian selesai | Jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, 10.55 pagi tadi. Terdahulu, lebih 20,000 orang menyertai solat jenazah di Masjid Tok Guru pada 9.55 pagi sebelum mereka mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tiba pada 9.45 pagi untuk memberikan penghormatan terakhir turut menyertai solat jenazah bersama jemaah lain.

Lebih 50,000 orang setia menanti sehingga pengebumian selesai. Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ayahandanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal kira-kira 40 tahun lalu. Turut hadir di tanah perkuburan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia 9.40 malam tadi akibat kanser prostat. Terdahulu, Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya jam 8.55 malam tadi selepas dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 19 Januari lalu. Ketika dibawa pulang, beliau terpaksa diusung menggunakan katil hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung kepada bantuan oksigen. Anaknya, Nik Mohamad Abduh kemudian mengesahkan Nik Abdul Aziz meninggal dunia di depan ahli keluarga. Beliau meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan arwah ayahnya itu. -Metro



.

Ibu dan anak berdepan detik cemas selepas mereka jatuh dan kedua tangan mereka tersekat pada eskalator sebuah kedai



Ibu dan anak berdepan detik cemas selepas mereka jatuh dan kedua tangan mereka tersekat pada eskalator sebuah kedai | Seorang ibu muda dan anak perempuannya yang berusia dua tahun berdepan detik cemas selama 45 minit selepas mereka berdua terjatuh dari eskalator sehingga menyebabkan tangan kedua-dua beranak itu tersekat di dalam eskalator tersebut di sebuah kedai di bandar Zigong, barat daya China, semalam. Menurut laporan Mail Online, kejadian itu berlaku selepas seorang lelaki terjatuh di atas beg ketika dua beranak itu sedang menuruni tangga eskalator di kedai tersebut.

Imej kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan ibu muda itu, Liu Chao, 27, sedang berdiri di eskalator bersama anaknya ketika beg itu terjatuh dari arah belakang mereka. “Ketika kejadian saya sedang memegang tangan anak perempuan dan merasakan ada sesuatu menghentam kami dari arah belakang menyebabkan kami berdua terjatuh. “Anak perempuan saya terjatuh dan tangannya tersekat di dalam eskalator dan ketika saya cuba membantunya tetapi malangnya tangan saya juga tersekat,” ujarnya. Chao berkata, ketika kejadian itu eskalator itu masih berfungsi sebelum orang ramai menutup suis eskalator itu.


“Saya tidak menyangka anak perempuan saya akan menjadi cacat, apabila pasukan penyelamat tiba mereka terpaksa menarik tangan saya dan anak saya dengan berhati-hati bagi memastikan tidak berlaku kecederaan yang serius kepada tangan kami berdua,” ujarnya yang masih trauma dengan kejadian tersebut. Dua beranak itu kemudian dihantar ke hospital untuk diberikan rawatan lanjut tetapi mereka dibenarkan keluar dari hospital pada hari yang sama kerana mereka tidak mengalami kecederaan yang serius. Lelaki yang menyebabkan kejadian itu keluar dari bangunan itu dan me­larikan diri. -AP




.

Walau beza agama, pasangan suami isteri seniman terkenal ini kekal bersama sehingga ke akhir hayat


Perbezaan agama antara seniman Rinto Harahap dan isterinya, Lily Kuslolita tidak menghalang pasangan itu untuk kekal bersama sejak berumah tangga hingga ke akhir hayat. Justeru, ketika jenazah Rinto terbaring di dalam keranda, isterinya tanpa teragak-agak melakukan solat di sisi. Rinto lahir di Sibolga, Sumatera Utara pada Mac 1949 dan pernah popular sebagai pemuzik, penyanyi dan pencipta lagu.

Mendiang adalah seorang daripada anggota kumpulan pop The Mercy’s yang terkenal di Indonesia dan Malaysia pada 1970-an. Dia meninggal dunia di Singapura akibat barah tulang pada 9 Februari lalu. Rinto berusia 65 tahun. Sepanjang hidupnya, dia kekal beragama Kristian Protestan, manakala Lily beragama Islam. Hasil perkahwinan beza agama itu, mereka dikurniai tiga orang anak, iaitu Cindy Claudia Harahap, Ratna Harahap dan Astri Maria Harahap.

Media Indonesia melaporkan, Lily lengkap bertelekung melakukan solat di sebelah jenazah Rinto sebelum dikebumikan menurut kepercayaan Kristian di Tanah Perkuburan Kampung Kandang. Menurut media, anak pasangan itu, Cindy memeluk Islam ketika menuntut di Australia pada 1991. Jenazah pencipta lagu Gelas-Gelas Kaca itu tiba di Indonesia pada malam Selasa.



.

Kementerian Pendidikan gubal garis panduan baru - Guru Sarawak, Sabah akan mengajar di negeri masing-masing


 Kementerian Pendidikan gubal garis panduan baru - Guru Sarawak, Sabah akan mengajar di negeri masing-masing | Kementerian Pendidikan akan menggubal garis panduan dasar baharu berhubung pengambilan guru untuk menjalani latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan penempatan guru dari Sabah dan Sarawak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, lebih ramai calon dari Sarawak dan Sabah yang layak akan diterima untuk mengikuti latihan perguruan di IPG sementara lebih ramai guru yang berasal dari kedua-dua negeri itu akan ditempatkan untuk mengajar di sekolah-sekolah di negeri masing-masing.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian sebagai respons kepada rintihan rakyat dari Sarawak yang mengadu terlalu ramai guru dari Semenanjung dihantar untuk berkhidmat di negeri ini sedangkan ramai calon yang layak dari Sabah dan Sarawak sepatutnya diberi peluang untuk mengikuti latihan perguruan di IPG serta universiti. “Kita akan memberi perhatian kepada isu ini yang dibangkitkan semasa pertemuan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Sarawak hari ini (semalam),” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat tertutup bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem serta pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional Negeri di sini semalam.

Beliau berkata dasar baharu itu akan dilaksanakan untuk memberi peluang lebih ramai calon yang layak dari Sabah dan Sarawak untuk mengikuti latihan perguruan mengikut syarat-syarat minimum yang sudah ditetapkan. Muhyiddin bersetuju jika lebih ramai guru dari Sabah dan Sarawak mengajar di sekolah-sekolah di negeri masing-masing kerana ia akan mengurangkan kos selain lebih memahami budaya masyarakat tempatan. “Bagi memastikan jumlah tenaga pengajar dari Sarawak dan Sabah meningkat, saya sudah buat keputusan di peringkat kementerian supaya kita naikkan peratusan pengambilan guru terlatih dari Sabah dan Sarawak secara berperingkat-peringkat,” katanya. Katanya, setiap tahun sebanyak 60,000 hingga 70,000 permohonan diterima tetapi hanya antara 3,000 hingga 5,000 jawatan yang ditawarkan. – Bernama




.

Pengacara dan penyanyi tanah air, Sarimah Ibrahim sah dicerai talak tiga



Pengacara dan penyanyi tanah air, Sarimah Ibrahim sah dicerai talak tiga | Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan perceraian pengacara dan penyanyi tanah air, Sarimah Ibrahim dengan bekas suaminya, Amir Andrew Browning Abdullah dengan talak tiga semalam. Hakim Syarie, Umamuddin Yunus membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Sarimah, 37, dan Amir Andrew, 42.

Dalam keputusannya, Umamuddin berkata, lafaz cerai sebanyak tiga kali yang dibuat Amir Andrew di kondominium Sarimah di Mount Kiara pada 15 Mei 2009 pukul 9 malam adalah dibuat dalam keadaan sedar. Selain itu, ketika Amir Andrew melafazkan kata-kata Sarimah, saya ceraikan awak sebanyak tiga kali berturut-turut, ada tiga saksi di tempat kejadian iaitu Ismel Shah Ibrahim, Redzuan Ibrahim dan Ishak Ibrahim yang merupakan adik kandung Sarimah.



P/S - Bukan dia ke yang nak kahwin tak lama lagi?



.

Lelaki patah hati kekasih bertunang dengan orang lain, bertindak terjun dari tingkat 4, namun selamat tersangkut pada awning



Lelaki patah hati kekasih bertunang dengan orang lain, bertindak terjun dari tingkat 4, namun selamat tersangkut pada awning | Kecewa kerana kekasih hatinya bertunang dengan orang lain, seorang lelaki nekad terjun dari tingkat empat flat didiaminya di Blok 7, Taman Muhibbah, Batu Maung, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, lelaki berusia 27 tahun terbabit terselamat apabila dia tersangkut pada sengkuap (awning) rumah penghuni lain di tingkat satu sebelum jatuh ke atas jalan. Menurut sumber, dalam keadaan kepalanya berdarah, mangsa naik semula ke rumahnya di tingkat tiga, namun beberapa jiran yang melihat keadaannya yang agak parah menghubungi ambulans.

“Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Barat Daya membawa mangsa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dimasukkan ke wad kecemasan. “Mangsa mengalami koyakan di kepala selain kecederaan dalaman dan ditempatkan di zon kritikal, namun keadaannya kini dilaporkan semakin stabil,” katanya. Sumber berkata, polis turut menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan hasil keterangan daripada beberapa jiran mereka mendakwa mangsa tinggal seorang diri di rumah terbabit selepas bapanya meninggal dunia.

“Selain itu, rakan baik lelaki itu turut memberitahu yang mangsa sejak kebelakangan ini kerap meluahkan rasa kecewa kerana teman wanitanya bertunang dengan lelaki lain. “Dia mungkin mengalami tekanan selepas ditinggalkan kekasih dan mengambil keputusan terjun dari tingkat empat flat terbabit, namun cubaannya membunuh diri gagal kerana tersangkut di bumbung tambahan penghuni lain di tingkat satu,” katanya. Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 309, Kanun Keseksaan dan polis masih menunggu untuk mengambil keterangan daripada mangsa kerana dia berada dalam keadaan separuh sedar. -Metro




.

Majlis Agama Islam tampil beri penjelasan berhubung kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat berhubung isu berkabung


Majlis Agama Islam tampil beri penjelasan berhubung kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat berhubung isu berkabung | Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat di negeri ini berhubung isu berkabung semasa kemangkatan anggota keluar­ga diraja. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd. Rozali Salleh berkata, adat yang menjadi amalan sebagai suatu penghormatan itu adalah harus, cuma tidak boleh dilakukan secara berlebihan atau penganjuran upacara yang bercanggah dengan akidah.

 Katanya, penjelasan terpaksa dibuat selepas mendapatkan pandangan Mufti negeri, Dr. Zulkifly Muda, memandangkan masih ramai yang belum memahami perbezaan antara 'ihdad', berkabung dan pengucapan takziah. “Keadaan ini seterusnya menimbulkan pertelingkahan pendapat terutamanya di laman-laman sosial berhubung perkara itu apabila ada sesetengah pihak menyamakan hukum berkabung itu dengan ihdad dan takziah sedangkan dua perbuatan itu berbeza dengan berkabung sempena kemangkatan para pembesar diraja,” katanya di sini. Beliau menyatakan demikian bagi mengulas soal perkabungan atas kemangkatan bekas Raja Permaisuri Agong keempat, Tengku Ampuan Intan Zaharah Tengku Omar Setia Raja yang juga nenda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 24 Januari lalu.

Katanya, ‘Ihdad’ sebenarnya khas untuk wanita yang kematian suami sahaja dan perkataan itu bermaksud meninggalkan perhiasan, keelokan dan sebagainya sedangkan berkabung bukan bermaksud begitu kerana sesiapa sahaja yang berkabung boleh memakai sebarang pakaian termasuk yang cantik-cantik. “Berkabung juga berbeza dengan hukum ucapan takziah. Ramai yang menganggap berkabung sehingga 40 hari itu terlarang kerana ia seolah-olah seperti memberi ucapan takziah melebihi tempoh tiga hari yang disunatkan,” katanya.

Jelas Mohd. Rozali, dalam kes seperti kemangkatan diraja, jumlah hari untuk berkabung biasanya bergantung kepada taraf atau status yang pernah disandang oleh Almarhum semasa hayatnya. “Jadi, memandangkan Almarhum (Tengku Ampuan Intan Zaharah) pernah menjadi Sultanah Terengganu dan ditabalkan sebagai sebagai Raja Permaisuri Agong, maka, waktu berkabung selama 40 hari itu adalah perlu,” ujar beliau. Tambah Mohd. Rozali, walaupun berkabung itu merupakan hukum adat yang harus dilakukan sebagai tanda simpati, menghormati peristiwa kemangkatan, namun keharusan tersebut mestilah tertakluk kepada beberapa syarat tertentu.-Utusan




.

Belasungkawa: Datuk Nik Aziz Nik Mat (1931-2015)



Belasungkawa: Datuk Nik Aziz Nik Mat (1931-2015) | MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, 84, yang meninggal dunia malam tadi adalah seorang ahli politik hebat dan mengabdikan dirinya dengan parti itu sejak 1967. Sejarah mencatatkan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan paling lama, bermula 1990 hingga 2013. Nik Aziz atau lebih dikenali sebagai Tok Guru dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada 1931.Beliau yang mendapat pendidikan di India, Pakistan sebelum mendapat Sarjana Perundangan Islam di Mesir pada tahun 1960-an.

Selepas pulang ke tanah air, Nik Aziz yang ketika itu berusia 31 tahun, melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis, Tuan Sabariah Tuan Ishak, yang juga pilihan kedua orang tuanya. Bapa kepada 10 cahaya mata itu memasuki PAS pada 1967 dan dipilih sebagai calon Ahli Parlimen Kelantan Hilir (kini Pangkalan Chepa) berikutan kematian Ahmad Abdullah pada 1969. Beliau menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu sehingga 1986 sebelum berpindah ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api.

Nik Aziz dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1990 selepas pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menang dalam Pilihan Raya Umum dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu. Pada Mei 2013, sebaik sahaja PAS mendapat mandat memerintah Kelantan dalam Pilihan Raya Umum, Nik Aziz melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan diganti oleh Datuk Ahmad Yakob. Ia adalah satu kejutan terutama bagi rakyat Kelantan dan khasnya ahli PAS sendiri kerana sebelum itu tiada ura-ura yang beliau akan melepaskan jawatannya itu. Walaupun tidak lagi menjawat jawatan Menteri Besar, beliau masih lagi berkhidmat sebagai Mursyidul Am PAS dan sering memberi komen terhadap pelbagai isu politik semasa. -BH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!