Saturday, February 14, 2015

SUAMI SEBELAH RUMAH - ANA SOFIYA




SUAMI SEBELAH RUMAH - ANA SOFIYA | Perjalanan lulu untuk memiliki novel ini, memang benar-benar mencabar, walaupun novel ini bukanlah novel terbaru penulis ini. Terbaca sinopsis ketika membuat carian senarai novel yang akan dibeli, lulu memang terpikat untuk memilikinya. Tapi kunjungan ke kedai buku ketika itu, nampaknya mengecewakan. Dan selang beberapa minggu juga, hal yang sama berlaku di kedai buku lain. Dan selepas beberapa bulan, akhirnya lulu ambil keputusan untuk beli online saja dari MPH. Tapi terpaksa tunggu lebih seminggu, sebab novel ni habis stok. Wow, betul-betul larislah novel ni.. Dan akhirnya, lulu akui, memiliki novel ini, benar-benar berbaloi rasanya.. (Baca entah berapa kali sampai novel pun jadi 'kembang' hehe)

Novel ini mengisahkan mengenai Doktor Amar, anak jiran sebelah rumah yang menyintai Eryna, namun kecewa kerana dia tidak menjadi pilihan gadis idamannya itu. Dihari bahagia Eryna, Amar pulang ke kampung dengan perasaan berat kerana sedar dia bakal kehilangan Eryna buat selamanya. Namun si bakal suami tidak hadir, malah mengirim sms, bahawa perkahwinan mereka batal kerana tidak mendapat restu si ibu. Nekad tidak mahu membuatkan ibu bapa malu, Eryna melamar Doktor Amar. Sudah tentulah Amar setuju. Tapi perjalanan alam rumah tangga mereka bukanlah seperti pasangan lain.

Tahu saja, bertahun Eryna bercinta dengan kekasih hati, Azlan. Tiba-tiba menjadi isterinya, sudah tentu dia harus berjuang mencuri hati si isteri. Bila si isteri mahu menyembunyikan status perkahwinan mereka, dan situasi mereka hanyalah jiran sebelah rumah, Doktor Amar berusaha memikat hati si isteri. Bagi Eryna pula, dia bagaikan terpegun melihat sisi si suami yang langsung dia tidak perasan sebelum ini. Hairan bagaimana seorang Doktor yang dianggap nerd seperti Amar boleh memiliki banyak sikap yang memikat hati.

Ketika rakan serumah Eryna sudah mula menyimpan hati dengan doktor jiran sebelah aka suami Eryna dan kekasih lama mula muncul untuk meneruskan perkahwinan, juga Doktor Wani yang tanpa segan silu memuja si suami, Eryna dan Amar sedar, perkahwinan mereka harus dijadikan realiti..



Tajuk : Suami Sebelah Rumah
Penulis : Ana Sofiya
Halaman : 506 muka surat
Harga : RM21/RM24




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Dua Penjawat Awam Antara Yang Ditahan Dalam Ops Hari Kekasih



Dua penjawat awam antara lapan pasangan yang ditahan dalam operasi 'Hari Kekasih' oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas kesalahan melakukan maksiat di empat buah hotel di sekitar Melaka Tengah di sini, tengah malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIM, Zurul Iman Zakaria berkata seorang anggota tentera ditahan kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang pelajar kolej berusia 23 tahun di sebuah bilik hotel di Malim Jaya di sini pada pukul 12.15 tengah malam. Beliau berkata lelaki berusia 36 tahun itu pada mulanya cuba terjun dari tingkat satu hotel berkenaan sambil memegang pakaian seragam tenteranya namun membatalkan hasrat itu sebelum membuka pintu bilik.

"Lelaki itu membatalkan hasratnya apabila menyedari terdapat anggota JAIM menunggu di luar bangunan hotel," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua yang ditahan itu bukan pasangan suami isteri dan memberi alasan bermalam di hotel itu kerana ingin mengambil kereta di rumah kawannya. Zurul Iman berkata seorang lagi penjawat awam daripada sebuah jabatan kerajaan di Melaka Tengah di sini ditahan bersama pasangannya di sebuah bilik hotel di Cheng di sini pada pukul 12.50 tengah malam.

Katanya, lelaki berusia 27 tahun bersama pasangannya berumur 30 tahun itu mengaku salah kerana bersekedudukan namun mendakwa dalam perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat. Beliau berkata dua pasangan itu bersama enam lagi pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 37 tahun dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan tanpa ikatan sah. Sementara itu, katanya JAIM akan membuat laporan rasmi kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk mengambil tindakan terhadap sebuah hotel di Peringgit yang menyediakan kondom untuk pelanggan yang menginap di hotel berkenaan. "Tindakan perlu diambil kerana perbuatan ini dilihat seperti menggalakkan aktiviti maksiat di negeri ini," katanya. -Mstar



.

Pesakit diangkat keluar secara paksa dari sebuah hospital selepas dia merantai dirinya pada katil hospital



Pesakit diangkat keluar secara paksa dari sebuah hospital selepas dia merantai dirinya pada katil hospital | SEORANG pesakit diangkat keluar secara paksa dari sebuah hospital di Beijing dengan bantuan polis selepas dia merantai dirinya pada katil hospital sejak hampir tiga tahun lepas kerana mahu terus tinggal di hospital itu, lapor Beijing Times. Lelaki yang dikenali dengan nama Chen itu dimasukkan ke Hospital Umum Kumpulan Jingmei Beijing pada Ogos 2011 setelah cedera akibat nahas jalan raya.

Dia menjalani rawatan selama tiga bulan dan selepas itu dibenarkan pulang oleh pihak hospital. Dia bagaimanapun enggan dan mendakwa kakinya masih sakit tidak dapat ditegakkan dan mahu hospital terus merawatnya. Sejak itu, Chen merantai dirinya pada katil. Chen mendakwa dia memerlukan rawatan lanjut dan sedia menjalani ujian kesihatan. Pihak hospital bagaimanapun mendakwa masalah pada kakinya itu ialah kerana kurang digerakkan setelah dia lama berbaring di katil.

Kedegilan Chen memaksa pentadbiran hospital memfailkan saman di mahkamah. Dalam keputusannya yang dibacakan di hadapan Chen yang berbaring di katil hospital, mahkamah memerintah lelaki itu supaya meninggalkan hospital serta-merta. Chen terhutang sebanyak 20,000 yuan (lebih kurang RM11,600) namun pihak hospital enggan membuat sebarang tuntutan kerana cukuplah dengan lelaki itu tidak lagi duduk di wad.-AP




.

Mahasiswa universiti ini mendapat perhatian media setelah dilaporkan menghidap penyakit pelik yang menyebabkan dia mengalami kenaikan berat badan



Mahasiswa universiti ini mendapat perhatian media setelah dilaporkan menghidap penyakit pelik yang menyebabkan dia mengalami kenaikan berat badan | Seorang wanita yang juga mahasiswa universiti di sini mendapat perhatian media setelah dilaporkan menghidap penyakit makan tanpa sedar ketika tidur (Nocturnal Eating Disorder) yang menyebabkan dia mengalami kenaikan berat badan. Pelajar jurusan Falsafah dan Agama Dunia, Kate Archibald, 20, itu berkata, dia tidak tahu mengapa berat badannya semakin bertambah sejak beberapa bulan lalu kerana dia sangat menjaga aspek pemakanan.

 “Suatu ketika selepas terjaga daripada tidur saya melihat pelbagai jenis bungkusan makanan ada di katil. Saya tidak menyangka saya telah makan makanan itu ketika tidur. “Malah, suatu hari sebaik terjaga, saya dapati ada sebungkus keju yang telah dimakan separuh di tepi katil dan disebabkan itu saya membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan berkenaan penyakit yang saya alami,” katanya.

Menurut doktor yang merawat Archibald, penyakit yang dihidapi oleh wanita itu merupakan salah satu simptom kepada penyakit parasomnia iaitu gangguan ketika tidur dan kes itu jarang sekali ditemui. “Penghidap Nocturnal Eating Disorder bukan sahaja tidak menyedari mereka makan, malah terdapat kes mereka menyelongkar peti ais dan ada juga yang memasak hidangan semasa tidur,” ujarnya. – AGENSI




.

Lelaki bertindak culik seorang wanita untuk dijadikan isteri kerana takut dibebel ibu bapa


Lelaki bertindak culik seorang wanita untuk dijadikan isteri kerana takut dibebel ibu bapa | Seorang lelaki yang tidak sanggup pulang ke kampung halaman untuk Pesta Musim Bunga dalam keadaan bujang mengambil langkah drastik apabila menculik seorang wanita untuk dikahwini. Lelaki berusia 32 tahun itu dikenali sebagai Liu dipercayai takut dibebel ibu bapanya jika pulang tanpa isteri, lalu menculik seorang gadis yang sedang berjalan pulang selepas selesai bekerja syif malam. Jirannya mendakwa Liu masih bujang kerana sikapnya yang gemar mengasingkan diri.

Memandangkan Tahun Baru Cina semakin hampir, Liu menyangka jalan terbaik adalah memaksa seorang wanita supaya menjadi isterinya bagi mengelak disoal bertubi-tubi ketika perayaan itu. Liu membuat persiapan dengan membeli tali dan beg sebelum melepak berhampiran tapak pembinaan tempat dia bekerja untuk mencari wanita sesuai. Mangsa pilihannya bernama Tan yang diculik selepas berpura-pura bertanya jalan sebelum diusung pulang ke rumah Liu.

Bagaimanapun, Tan bernasib baik kerana berjaya diselamatkan selepas hanya dua jam. Teman lelakinya berkata: “Saya menerima panggilan telefon selama 20 minit daripada nombor yang tidak dikenali pada pagi itu. “Walaupun suaranya tidak jelas, saya yakin ia teman wanita saya dan dia dalam bahaya. “Saya mengesyaki dia disamun atau diculik jadi terus menelefon polis.” Ketika mengakui perbuatannya, Liu berkata dia tidak larat disoal keluarganya mengenai pasangan hidup. “Saya saja yang masih bujang dalam keluarga. “Saya tertekan kerana ibu bapa dan keluarga tidak habis-habis bertanya kenapa saya masih belum berkahwin setiap kali kami berkumpul pada Tahun Baru,” katanya. -AP



.

Lelaki bertindak sembelih kekasih sebelum buang dari tingkat 25



Lelaki bertindak sembelih kekasih sebelum buang dari tingkat 25 | Polis memburu seorang pengurus projek pembinaan berusia 41 tahun selepas dipercayai membunuh kekasihnya warga Vietnam dengan menetak dan menyembelih leher mangsa sebelum dipercayai membuang mayat kekasihnya dari tingkat 25 di Pangsapuri Casa Subang, 6 Januari lalu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Tran Thi Kim Sang, 21, ditemui mati oleh pengawal keselamatan di tingkat satu bangunan berkenaan selepas dikatakan terjun dari tingkat atas.

Bagaimanapun katanya, apabila bedah siasat dilakukan, terdapat satu kecederaan diakibatkan tetakan benda tajam dibelakang kepala hingga ke leher mangsa. "Hasil daripada siasatan lanjut, mangsa dipercayai tinggal bersama teman lelakinya yang bernama Chan Wee Meng yang bekerja sebagai pengurus projek pembinaan di USJ 1. "Kita percaya lelaki ini adalah suspek utama dalam kes ini. Suspek menghilangkan diri sejak kejadian dan gagal dikesan termasuk di alamat terakhirnya di Johor Bahru," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!