Monday, February 16, 2015

Almy Nadia selamat lahirkan bayi perempuan



Pelakon Almy Nadia dikhabarkan telah selamat melahirkan bayi perempuan pertama hasil perkongsian hidupnya dengan suami yang juga merupakan seorang pelakon, Fizz Fairuz.


Hal itu disahkan Fizz sendiri di laman Instagram miliknya sebentar tadi. Fizz dan Almy bernikah pada 26 April tahun lalu. Tahniah lulu ucapkan buat pasangan ini..




.

Polis ini baik hati melepaskan pencuri dan membelikannya susu bayi



Polis ini baik hati melepaskan pencuri dan membelikannya susu bayi | Seorang pegawai polis dari Pejabat Polis London di Kentucky bertindak membelikan susu formula untuk pencuri di pasar Swalayan daerah Kentucky. Hal ini dia lakukan kerana mengetahui si pencuri kehabisan wang untuk memberi susu kepada bayinya yang baru berumur enam bulan. Justin Roby ketika itu sedang membuat rondaan di sekitar pasar Swalayan daerah Kentucky. Dia berjaya menangkap seorang lelaki yang sedang mencuri susu formula. Mengetahui lelaki itu mencuri susu formula untuk memberi susu kepada bayinya yang baru berumur enam bulan, Roby lantas memutuskan untuk membiarkannya pergi. -AP



.

Pelakon Eizlan Yusof dan isterinya, Vie Santie Harun disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah



Pelakon Eizlan Yusof dan isterinya, Vie Santie Harun disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah | Pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini. Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas mendapati lafaz yang diucapkan Eizlan, 44, terhadap Vie Santie, 29, pada 28 September tahun lalu adalah sah dan mengikut syarak.

Mahkamah juga merekodkan perjanjian persetujuan bersama pasanganya itu antaranya nafkah edah diserahkan pada budi bicara Eizlan dan Vie Santie tidak akan menuntut mutaah. Selain itu,pasangan berkenaan bersetuju hak penjagaan anak diserahkan kepada Vie Santie namun Eizlan diberi hak bersama dan bermalam dengan tiga anak mereka pada bila-bila masa yang munasabah. Vie Santie, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan V Zaalia berusia antara dua hingga enam tahun. -Metro



.

Lelaki gelandangan dikesan lakukan seks dengan mayat di sebuah bilik mayat



Lelaki gelandangan dikesan lakukan seks dengan mayat di sebuah bilik mayat | SEORANG lelaki gelandangan dikesan melakukan hubungan seks dengan mayat wanita di sebuah bilik mayat. Lelaki berkenaan ditahan pada Isnin lalu dan didakwa kerana mencuri sebuah basikal di Pusat Khidmat Pengebumian Awam Hill Watson di bandar Georgia di Colombus, Amerika Syarikat (AS). Sewaktu siasatan dilakukan, polis menemui bukti di mana lelaki itu didapati melakukan hubungan seks dengan mayat wanita di bilik mayat itu, lapor akhbar Columbus, Ledger-Enquirer.

Pengarah pusat khidmat pengebumian itu, Cedric Hill enggan untuk mengulas mengenai perkara itu. Beliau berkata, perniagaan yang dijalankan adalah menyediakan perlindungan dan keselamatan terbaik buat keluarga si mati. Domonique Smith, 26, dituduh atas dakwaan necrophilia atau melakukan hubungan seks dengan mayat. Dia mengaku bersalah kerana melakukan pecah masuk dan dipenjarakan. - mirror




.

Pemilik coklat 'Ferrero Rocher" yang juga pemilik 'Nutella' meninggal dunia


 Pemilik coklat 'Ferrero Rocher" yang juga pemilik 'Nutella' meninggal dunia | Lelaki paling kaya di Itali, Michele Ferrero, yang juga merupakan pemilik perusahaan coklat 'Nutella' telah meninggal dunia di usia 89 tahun semalam. Memetik laporan The Guardian, Presiden Itali menyampaikan salam takziah sambil memuji Ferrero sebagai tokoh penting dalam industri makanan di Itali.

"Ia selalu selangkah lebih maju, hasil daripada produk-produknya yang inovatif dan kerja kerasnya, ujar presiden tersebut. Michele meninggal dunia atas faktor sakit tua, beliau meninggal di rumahnya di Montecarlo. Nama Ferrero dikenali selepas memperkenalkan coklat sebutan ramai "Ferrero Rocher" selain coklat lain keluaran Nutella. Perniagaan coklat keluarga Ferrero diasaskan oleh ayahnya yang bernama Pietro, yang mula membuat coklat daripada kacang nutella semasa Perang Dunia Kedua. -AP




.

Gambar bayi bersama ibu bapa ini menyembunyikan kisah yang sangat menyedihkan



Gambar bayi bersama ibu bapa ini menyembunyikan kisah yang sangat menyedihkan | Gambar-gambar bayi dan ibu bapa di bawah ini sangat cantik tetapi sebenarnya menyembunyikan kesedihan kisah sedih. Kesemua gambar ini ialah gambar terakhir yang diambil oleh ibu bapa dengan anak-anak mereka yang akan meninggal dunia.



Gambar ini diambil oleh NGO 'Now I Lay Me Down To Sleep' yang sudah beroperasi selama 10 tahun. Mereka menawarkan perkhidmatan mengambil gambar akhir sebelum bayi meninggal dunia akibat komplikasi selepas dilahirkan.



Sebanyak 30 000 keluarga sudah menggunakan perkhidmatan ini untuk mengabadikan gambar bayi mereka sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Memang menyedihkan.. Namun gambar itu akan meninggalkan kenangan manis buat ibu bapa. -AP




.

Wanita kejam, tinggal anak bersendirian di rumah untuk melancong keluar negara selama 3 minggu



Wanita kejam, tinggal anak bersendirian di rumah untuk melancong keluar negara selama 3 minggu  | SEORANG ibu meninggalkan dua anaknya bersendirian di rumah untuk pergi menikmati percutian di luar negara selama tiga minggu. Dua anaknya dengan salah seorangnya berusia di bawah 10 tahun, dibiarkan menjaga diri mereka sendiri ketika dia ke luar negara untuk bercuti, lapor akhbar Manchester Evening News. Kanak-kanak itu dipercayai masih ke sekolah ketika ditinggalkan oleh ibu mereka. Wanita itu yang berasal dari Greater Manchester, ditahan sebaik sahaja pulang ke United Kingdom (UK) kerana disyaki mengabaikan anak-anaknya.

Difahamkan rumah yang didiamai ibu dua beranak itu tidak terurus apabila kanak-kanak itu ditemui tanpa makanan, tiada pemanasan dan gas. Khidmat sosial mengesahkan bahawa dua anak wanita itu kini dijaga oleh ibu bapa angkat. Difahamkan wanita terbabit tidak bercadang untuk pulang lebih awal tetapi terpaksa berbuat demikian selepas diminta oleh pihak polis dan pegawai khidmat sosial yang menyiasat kes kanak-kanak itu ditinggalkan bersendirian. - mirror




.

Pengantin Thailand ini dedahkan punca mereka kahwin dalam keranda



Pengantin Thailand ini dedahkan punca mereka kahwin dalam keranda | Kebanyakan pasangan kekasih menganggap hari perkahwinan mereka sebagai permulaan hidup baharu yang biasanya disambut dengan majlis penuh kegembiraan, namun berlainan bagi pasangan pengantin di Thailand yang memilih upacara berbeza. Portal berita Bangkok Post melaporkan, ada pasangan pe­ngantin baharu memilih untuk baring di dalam keranda ketika mengucapkan ikrar perkahwinan mereka.

Acara perkahwinan yang dijalankan oleh sami-sami itu dipercayai membolehkan pa­sang­an pengantin membuang nasib malang selain mengukuhkan cinta sejati, kemakmuran, dan perlindungan daripada sebarang ancaman ketika memulakan bahtera rumah tangga. Malah, baru-baru ini, sebanyak 10 pasangan pengantin baharu mengadakan majlis perkahwinan unik itu di sebuah kuil di luar Bangkok.


Majlis perkahwinan unik itu menyaksikan setiap pasangan pengantin memasuki keranda besar berwarna merah jambu dan berbaring sambil meletakkan jambangan bunga di dada ma­sing-masing. Sami kemudian akan menutup keranda itu dengan kain besar sebagai simbolik kepada kematian mereka, dan membacakan doa-doa kematian. Acara berakhir dengan sami membacakan doa restu kehidupan baharu buat pengantin berkenaan.-AP




.

Suami orang dicekup buat ‘projek’ dalam hotel



Hajat seorang lelaki yang juga merupakan suami orang untuk melakukan ‘projek’ bersama kekasihnya sempena Hari Va­lentine terbantut apabila mereka dicekup dalam kea­daan berbogel oleh pegawai Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) ketika Ops Mawar dijalankan di sekitar bandar raya ini awal pagi semalam. Lebih memalukan, lelaki berusia 28 tahun yang be­kerja sebagai buruh itu dan kekasihnya berusia 22 tahun itu terpaksa menggunakan kain cadar untuk menutup badan mereka yang terdedah ketika diserbu oleh pegawai JAIJ di sebuah hotel bajet di sini.


Menurut Penolong Pe­nguat kuasa JAIJ, Hafiz Abd. Rahman, pasangan tersebut merupakan antara 72 individu termasuk empat warga asing yang berjaya ditahan dalam operasi berkenaan bermula pukul 11 malam kelmarin hingga awal pagi semalam. “Operasi ini bertujuan untuk membendung kegiatan maksiat sempena sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada setiap 14 Februari. “Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun dan mereka akan dikenakan tindakan kerana kesalahan berkhalwat serta berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.-Kosmo




.

Seorang nenek dakwa dirogol peniaga kain gara-gara gagal melangsaikan baki hutang bajunya bernilai RM20






Seorang nenek dakwa dirogol peniaga kain gara-gara gagal melangsaikan baki hutang bajunya bernilai RM20 || Seorang nenek mendakwa dirogol oleh seorang peniaga kain gara-gara gagal melangsaikan baki hutang bajunya bernilai RM20 dalam kejadian di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Cenderakasih, Luyang dekat sini baru-baru ini. Kejadian pada pukul 9 pagi Jumaat lalu itu dikatakan berlaku ketika mangsa yang berusia 75 tahun tinggal berseo­rangan di rumahnya. Satu sumber polis memberitahu, sebelum kejadian, wanita itu dikatakan didatangi oleh peniaga kain warga Pakistan berusia lingkungan 30-an ke rumahnya.


Kedatangan warga asing itu adalah bagi mengutip baki hutang RM20 daripada mangsa yang baru membuat bayaran RM10 bagi sehelai baju blaus yang bernilai RM30. Kata sumber itu, mangsa dikatakan mempelawa peniaga kain itu masuk ke dalam rumahnya dengan niat berbincang mengenai baki hutangnya. “Namun lain jadinya apabila peniaga kain itu didakwa naik berang selepas wanita warga emas itu dikatakan memberi alasan dia tiada wang,” kata sumber itu semasa dihubungi di sini semalam. -Kosmo




.

Produk Munchy’s dikhabarkan tidak halal.. Ini reaksi pihak Jakim



Produk Munchy’s dikhabarkan tidak halal.. Ini reaksi pihak Jakim | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchy Food Industries Sdn Bhd (Munchy's) di Batu Pahat, Johor adalah halal. Ini berikutan Sijil Pengesahan Halal dikeluarkan oleh agensi itu kepada syarikat terbabit didapati masih sah sehingga hari ini. Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya tidak pernah membuat serbuan di kilang yang terletak di Tongkang Pecah, Batu Pahat itu, seperti didakwa pihak yang menyebarkan sistem pesanan ringkas (SMS). Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa individu bernama Haji Jalil Raihan yang didakwa pegawai JAKIM juga tidak wujud sama ada di Ibu Pejabat JAKIM di sini atau di Bahagian Hab Halal yang beroperasi di Cyberjaya.

“JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung SMS yang menyatakan 'JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchy's di Batu Pahat dan menemui stor arak.' “Jadi, kami (JAKIM) ingin menjelaskan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa, sekali gus menafikan kewujudan pegawai yang menghantar SMS itu adalah pegawai kami di Putrajaya,” katanya.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai, khususnya umat Islam supaya merujuk www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan berhubung status Halal mana-mana produk. Orang ramai kini mula panik apabila SMS yang memaklumkan mengenai serbuan JAKIM terhadap kilang Munchy's di Batu Pahat, Johor dan dalam serbuan itu JAKIM menemui stor arak yang didakwa digunakan sebagai salah satu bahan dalam biskut, keluaran syarikat itu. Individu yang mendakwa dirinya sebagai pegawai JAKIM dikatakan meminta orang ramai menyebarkan maklumat itu demi kepentingan umat Islam. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!