Tuesday, February 17, 2015

Lelaki cedera parah dibelasah dan ditetak di laluan keluar sebuah panggung wayang



Lelaki cedera parah dibelasah dan ditetak di laluan keluar sebuah panggung wayang | Seorang pemuda cedera parah selepas dibelasah dan ditetak sekumpulan remaja lain di laluan keluar sebuah panggung wayang di Jalan Tun Dr Awang di sini pada Ahad. Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, mangsa serta beberapa rakan yang berusia 20-an berada di depan pintu lif telah didatangi sekumpulan pemuda sebelum mereka dibelasah. Ketika cuba melarikan diri ke arah panggung wayang, mangsa masih dikejar dan ditetak oleh kumpulan berkenaan yang bersenjatakan parang dan topi keledar.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila seorang daripada rakan mangsa menjeling ke arah kumpulan berkenaan. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Abdul Rahman Ahmad berkata, suspek dalam kejadian itu telah ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. "Polis juga telah mengenalpasti suspek lain dan mereka akan ditahan dalam tempoh terdekat," ujarnya. -Mstar



.

Ngeri.. Suami isteri maut dalam satu kemalangan tragis di Jalan Klang-Teluk Intan



Ngeri.. Suami isteri maut dalam satu kemalangan tragis di Jalan Klang-Teluk Intan | Sepasang suami isteri yang dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Klang maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori tangki di Kilometer 35.5 Jalan Klang-Teluk Intan, Jeram, dekat sini kira-kira jam 1 tengah hari tadi. Dalam kejadian itu, Mohd Razali Mohd Sohad, 65, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dari Parit Satu Barat, Sungai Besar dan isteri Jahrah Daud, 49, dari Kampung Ujung Permatang, Kuala Selangor maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda C100 dari Kuala Selangor dan setibanya di tempat kejadian motosikal mangsa dipercayai bergesel di sebelah kiri lori tangki itu sebelum kedua-duanya terjatuh dan digilis lori berkenaan. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang dan punca kematian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Metro




.

Awas, bahaya menggunakan alat solek atau produk kosmetik kepada ibu mengandung



Awas, bahaya menggunakan alat solek atau produk kosmetik kepada ibu mengandung | Hamil merupakan saat yang dinanti-nantikan setiap wanita terutama bagi mereka yang merindui kehadiran seorang bayi dalam kehidupan berumahtangga. Ketika mendapati diri mereka hamil, kebanyakan wanita akan menjaga kandungan mereka dengan sangat berhati-hati. Sayangnya, ramai wanita hamil masih melakukan rutin yang sama seperti ketika belum hamil dan salah satunya ialah menggunakan alat solek atau produk kosmetik. Pada masa ini terdapat perdebatan berkenaan kesan penggunaan alat solek terhadap kehamilan.

Ramai pakar kesihatan berpendapat, kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates pada alat solek mampu menurunkan darjah kecerdasan (IQ) anak dalam kandungan. “Hingga kini kami beranggapan, phthalates mampu memberikan impak negatif pada kesihatan otak bayi dalam kandungan. Kami mengetahuinya setelah melakukan kajian untuk memeriksa tahap IQ anak-anak. “Pendedahan tinggi pada phthalates mencatatkan tahap IQ sekitar enam hingga tujuh kali lebih rendah daripada bayi yang tidak terdedah kepada bahan kimia berkenaan.

Tahap IQ rendah ini termasuk kesukaran dalam menumpukan perhatian dan mengingat sesuatu benda,” jelas ketua penyelidik daripada Columbia University’s Mailman School of Public Health, Profesor Robin Whyatt. Tambahnya, phthalates merupakan bahan kimia yang mampu merosakkan hormon manusia dan daripada penyelidikan sebelumnya mendapati, bahan itu menjadi faktor dalam peningkatan risiko diabetes dan asma. “Dalam alat solek, ia digunakan untuk melarutkan bahan kimia lain dan banyak digunakan dalam pewarna kuku,” ujarnya.




.

Info Penting : Risiko kerap guna komputer riba..



Info Penting : Risiko kerap guna komputer riba..| PENGGUNAAN komputer riba dalam aktiviti harian sudah tidak asing lagi bagi masyarakat masa kini. Bukan sekadar orang dewasa, malah golongan remaja dan kanak-kanak juga didapati menggunakan alat tersebut secara meluas. Selain digunakan di dalam bidang pekerjaan dan pembelajaran, komputer riba juga kadangkala digunakan untuk menonton filem, mendengar lagu serta melayari internet.

Bagaimanapun, Pakar Penyelidik di Persatuan Chiropractic Britain, Tim Hutchful mendapati, penggunaan komputer riba yang terlalu kerap boleh menyebabkan individu mengalami sakit kronik pada bahagian punggung dan pinggang. Ini kerana, ketika menggunakan komputer riba, individu sering mengabaikan posisi tubuh mereka. “Teknologi telah menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan harian manusia. “Rata-rata masyarakat masa kini menghabiskan 80 peratus daripada waktu mereka di hadapan komputer riba dan ia ternyata memberi kesan negatif pada kesihatan tubuh,” jelasnya.

Tambah Hutchful, hasil penelitian yang dilakukan mendapati, 48 peratus daripada individu yang kerap menggunakan komputer riba mengalami sakit punggung dan leher selain sukar untuk tidur pada waktu malam. Bukan sekadar komputer riba, kesan itu turut terjadi pada penggunaan tablet dan telefon pintar. “Cahaya dari komputer riba akan merangsang otak untuk selalu terjaga sehingga membuatkan individu tidak mampu mendapatkan rehat yang secukupnya.



.

Kisah ini mendedahkan bahawa pencuri juga miliki hati yang budiman



Sesekali, pencuri juga memiliki hati budiman.Sekurang-kurangnya itu dibuktikan Brodie Few, 26, selepas dia mencuri patung beruang gergasi dari sebuah kedai beberapa hari lalu. Sejurus selepas melarikan patung beruang berkenaan, Few terkejut apabila menyedari ia hadiah untuk cabutan bertuah program amal untuk pekerja kedai berkenaan yang meninggal dunia tahun lalu akibat kanser payu dara.

Lebih menarik, tindakan Few memulangkan patung beruang itu dirakam kamera litar tertutup kedai itu. Imejnya yang terakam memudahkan pihak berkuasa mencari dan menangkapnya selepas ia disebarkan secara meluas di media tempatan. Patung itu sebenarnya hadiah dikendalikan Pusat Goulds Garden di Poole, Dorset. -AP




.

Wanita maut kerana iphone.. Ikuti kisahnya..



Wanita maut kerana iphone.. Ikuti kisahnya.. | Seorang wanita di Moscow mati terkena renjatan elektrik selepas iPhone 4 miliknya yang sedang dicaj bateri terjatuh ke dalam tab mandi. Yevgenia Sviridenko, 24, ditemui oleh teman rumahnya terlantar dalam tab mandi itu pada Isnin malam, lapor akhbar Komsomolskaya Pravda seperti dipetik oleh Moscow Times. Menurut teman serumah gadis itu, Yaroslav Dubinina, 23, dia pada mulanya hairan melihatkan kawannya itu berlama-lama dalam bilik mandi.

"Saya masuk dan nampak dia terlantar pucat-pasi dalam air. Telefonnya juga ada dalam air. Saya tarik dia keluar dan perasan tubuhnya menggeletar kerana renjatan," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar. Srividenko dipercayai menggunakan telefon pintarnya itu semasa berbaring dalam tab mandi kerana dia dikesan melawat laman jaringan sosial, VKontakte tidak lama sebelum dia meninggal dunia. VKontakte ialah laman jaringan sosial seperti Facebook yang cukup popular di kalangan pengguna bahasa Rusia.

Petugas perubatan yang tiba dengan ambulans selepas panggilan kecemasan cuba menyelamatkan Sviridenko tetapi gagal. Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas seorang gadis 16 tahun mati di republik Bashkortostan selepas membawa alat caj telefonnya ke dalam bilik air ketika hendak mandi. Laporan awal mendapati gadis itu mati akibat renjatan elektrik tetapi siasatan masih lagi dijalankan, lapor akhbar di Rusia. -AP




.

Lelaki nyaris maut kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbang sejauh hampir 20 meter gara-gara terbabas



Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbang sejauh hampir 20 meter gara-gara terbabas. Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa yang berusia pertengahan 40-an itu, dipercayai memandu kenderaan jenis Toyota Prado dengan laju dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 61, Jalan Alor Setar menghala ke Pendang, pagi Isnin. Akibat terbabas, kereta mangsa turut merempuh papan tanda jalan, menyebabkan kenderaannya remuk.

Mangsa cedera ringan di kepala dan menerima rawatan awal dari pasukan kecemasan di lokasi nahas. Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu. Bagaimanapun pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian. -Awani




.

Alamak! Stesen televisyen silap siar gambar Obama sebagai suspek kes rogol


Alamak! Stesen televisyen silap siar gambar Obama sebagai suspek kes rogol
Sebuah stesen televisyen di sini secara tidak sengaja menyiarkan gambar pemimpin Amerika Syarikat (AS), Presiden Barack Obama sebagai suspek kes jenayah rogol baru-baru ini. Kejadian itu berlaku sewaktu personaliti televisyen, Kathleen Bade sedang menyampaikan berita berkaitan seorang suspek rogol yang didapati tidak bersalah.

Gambar Obama telah disiarkan selama lima saat bersama teks ‘NO CHARGES’ (tidak bersalah) dan pada masa yang sama, Bade melaporkan Pendakwa Daerah San Diego, Bonnie Dumanis menarik balik dakwaan terhadap suspek. Tindakan itu telah mengundang perasaan marah dalam kalangan penyokong Obama yang beranggapan bahawa stesen televisyen tersebut sengaja melakukan perkara berkenaan.


“Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana perbuatan ini sungguh memalukan,” ujar seorang penyokong Obama. Editor saluran Fox 5, Mike Wille berkata, pihak mereka telah mengenal pasti kesilapan berkenaan dan memohon agar perkara itu tidak akan dibesarkan. “Saya yakin perbuatan itu dilakukan secara tidak sengaja dan kejadian terbabit tidak mempunyai sebarang unsur politik,” jelasnya. – Agensi




.

Luluh hati isteri, suami ditangkap khalwat bersama janda berusia 25 tahun yang juga jiran ibunya



Luluh hati isteri, suami ditangkap khalwat bersama janda berusia 25 tahun yang juga jiran ibunya | Luluh hati seorang isteri apabila mengetahui suaminya ditangkap khalwat bersama janda berusia 25 tahun yang juga jiran ibunya dalam kejadian di sebuah kondominium di Taman Sri Gombak, di sini, petang kelmarin. Wanita berusia 40 tahun itu berkata, hatinya hancur apabila mengetahui suaminya tergamak melakukan perbuatan jijik itu bersama wanita lain tambahan pula janda berkenaan jiran kepada ibunya yang menetap di sebuah pangsapuri di Sri Gombak. “Ibu kepada janda itu berkawan baik dengan ibu saya, malah mereka saling mengenali antara satu sama lain.

“Tidak sangka, selama ini mereka menjalinkan hubungan, malah sehingga ke bilik tidur,” katanya mengakui dalam proses perceraian bersama suaminya itu. Wanita itu berkata, hubungannya dengan suaminya semakin retak sejak setahun lalu dan ia semakin memuncak sejak awal tahun ini gara-gara pihak ketiga. “Sekiranya saya bertanya mengenai hubungannya dengan wanita lain, dia (suami) akan marah, malah membelasah saya dengan teruk.

“Bulan lepas, saya turut dihentak dengan telefon bimbit kerana cuba membaca mesej pesanan ringkas (SMS) dalam telefonnya. “Bila didesak, suami tidak mengaku curang sehinggalah saya diberitahu dia tangkap khalwat,” katanya yang pernah membuat laporan polis berhubung tindakan suaminya. Ibu kepada dua anak itu berkata, dia reda dengan apa yang berlaku walaupun suaminya tergamak menduakannya selepas 12 tahun hidup bersama. “Saya hanya berserah kepada takdir, kalau perpisahan menjadi penyelesaian, saya reda demi kebaikan saya dan anak,” katanya. -Metro




.

Pasangan berlagak suami isteri dengan bawa kanak kanak lakukan maksiat, dicekup AJK masjid



Pasangan berlagak suami isteri dengan bawa kanak kanak lakukan maksiat, dicekup AJK masjid | Berlagak sebagai suami isteri dengan membawa kanak-kanak berusia dua tahun bagi mengaburi penduduk sebelum melakukan maksiat. Bagaimanapun, perbuatan sumbang sepasang kekasih itu terbongkar hasil serbuan ahli jawatan kuasa masjid (AJK) Masjid al-Khairiyah Taman Sri Gombak bersama anggota polis dalam kejadian di sebuah kondominium di Taman Sri Gombak, di sini, petang kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 petang, lelaki berusia 40-an terbabit ditemui berseluar pendek manakala pasangannya ditemui menyorok sambil memeluk anaknya berusia dua tahun di bahagian dapur. Menurut sumber, wanita berusia 25 tahun itu berstatus janda dipercayai kerap mengunjungi kondominium disewa lelaki terbabit sejak beberapa bulan lalu. “Hasil pemeriksaan menemui beberapa kondom milik lelaki terbabit yang juga merupakan pengurus sebuah syarikat penerbangan,” katanya -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!