Wednesday, February 18, 2015

Laluan pendakian yang selama ini digunakan oleh para pendaki Gunung Everest akan ditukar mulai bulan depan.. Ini puncanya..



Laluan pendakian yang selama ini digunakan oleh para pendaki Gunung Everest akan ditukar mulai bulan depan untuk mengelak risiko kemalangan maut akibat runtuhan salji. BBC melaporkan, Kerajaan Nepal tidak mahu kemalangan maut tahun lalu yang menyaksikan 16 pendaki terkorban akibat runtuhan salji, berulang lagi. Ia adalah kemalangan maut paling tinggi dalam sejarah pendakian gunung tertinggi di dunia itu. Laluan pada masa ini adalah yang digunapakai sejak 1990-an. Mulai bulan depan, para pendaki akan menggunakan laluan tengah selepas khemah induk dan tidak lagi laluan sebelah kiri Khumbu Icefall, yang mana insiden runtuhan salji mengorbankan 16 pendaki tahun lalu berlaku.

Sejak kemalangan maut itu, para Sherpa yang bertanggungjawab sebagai jurupandu telah memboikot ekspedisi Everest sekaligus menyaksikan beberapa ekspedisi lain lagi terpaksa dibatalkan. BBC memetik pengerusi Jawatankuasa Kawalan Pencemaran Sagarmatha (Everest) Ang Dorji Sherpa sebagai berkata yang pihaknya perlu memikirkan risiko runtuhan salji di kawasan sebelah kiri Khumbu Icefall yang semakin ketara dan mengenalpasti kawasan pendakian lama di laluan tengah selepas khemah induk yang kelihatan tidak memberikan ancaman tersebut.

Jawatankuasa yang diterajui oleh Ang Dorji Sherpa diberi kuasa oleh Kerajaan Nepal untuk menentukan laluan pendakian pergunungan Everest. Katanya, tali dan tangga baru telah ditempatkan di laluan baru itu untuk kegunaan para pendaki. Laluan tengah itu sebenarnya bukanlah laluan baru kerana ia sememangnya telah digunapakai dua dekad yang lalu oleh para pendaki tetapi kemudiannya ditinggalkan setelah laluan baru di sebelah kiri Khumbu Icefall dibuka kerana jarak pendakiannya yang lebih pendek dan juga mudah didaki walaupun oleh pendaki amatur.

"Memang tidak dapat dinafikan laluan tengah ini sedikit sukar dan mengambil masa yang lebih lama tetapi secara relatifnya bebas dari sebarang ancaman salji runtuh," tegas Ang Dorji Sherpa. Fakta menunjukkan 40 orang pendaki, kebanyakkannya tenaga sokongan untuk pasukan ekspedisi telah meninggal dunia ketika sedang mendaki laluan kiri Khumbu Icefall. Keseluruhannya 250 orang pendaki telah menemui ajal cuba mendaki Gunung Everest sejak percubaan pertama pada 1953. -AP



.

Tukang paip buta disimbah asid oleh isterinya sendiri



Tukang paip buta disimbah asid oleh isterinya sendiri | Seorang tukang paip berusia 47 tahun buta kedua-dua mata akibat disimbah asid oleh isterinya sendiri dalam kejadian Flat Sri Saujana, Lebuh Maccalum, pagi semalam. Kejadian dipercayai berlaku pada 6.30 pagi ketika mangsa sedang tidur sebelum isterinya seorang wanita warga Thailand berusia 29 tahun dipercayai menyimbah asid ke seluruh badan mangsa. Isteri mangsa kemudian melarikan diri dengan menaiki kenderaan mangsa dan membiarkan lelaki terbabit meraung kesakitan di dalam bilik akibat melecur teruk.


Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, mangsa bernasib baik apabila jeritannya didengari pengawal keselamatan flat berkenaan yang kemudian memecahkan pintu jeriji untuk menyelamatkan mangsa. Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan serius dan matanya dipercayai buta selain masih tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang. Polis masih memburu isteri mangsa dan kejadian dipercayai berlaku kerana perselisihan faham. -Metro



.

Nilai ringgit hari ni, yang dikatakan terus menurun..



Nilai ringgit hari ni, yang dikatakan terus menurun.. | Ringgit meneruskan arah aliran penurunan untuk dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kurang permintaan menjelang cuti perayaan esok. Pada jam 9.11 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 3.5960/5990 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam 3.5845/5875. Pelabur mengurangkan pegangan jangka panjang menjelang cuti panjang Tahun Baharu China dan dagangan dijangka terhad. Pasaran tukaran asing akan ditutup Khamis dan Jumaat dan dibuka semula Isnin minggu depan.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.6496/6537 daripada 2.6442/6474 sebelumnya tetapi naik kepada 3.0148/0185 daripada 3.0211/0246 berbanding yen semalam. Ringgit jatuh berbanding pound kepada 5.5195/5255 daripada 5.5008/5061 pada Selasa dan susut berbanding euro kepada 4.0994/1039 daripada 4.0688/0729 semalam. - Bernama




.

Pemilik kedai kopi terkejut temui beberapa keping pisau cukur tertanam dalam kuih kelupis yang dijualnya



Pemilik kedai kopi terkejut temui beberapa keping pisau cukur tertanam dalam kuih kelupis yang dijualnya | Seorang pemilik kedai kopi terkejut apabila menemui beberapa keping pisau cukur tertanam dalam kuih kelupis yang dijualnya. Beliau percaya ada individu yang cuba mensabotaj perniagannya dengan meletakkan kepingan pisau cukur berkenaan dalam kuih tradisional tersebut. Kuih kelupis merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras pulut. Ia merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah dan Sarawak.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Awang, 35, berkata dia baharu sahaja membuka perniagannya di bandar Beaufort apabila tiba-tiba seorang pelanggannya menunjukkan kepingan pisau cukur yang terdapat dalam kuih berkenaan pada pukul 9 pagi, 14 Februari lalu. "Saya sangat terkejut dan membawa kuih kelupis tersebut ke balai polis dan membuat laporan pada pukul 4 petang hari yang sama," katanya.


Kuih kelupis yang dijual oleh Awang sangat digemari masyarakat tempatan dan popular di daerah tersebut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Supritendan Mustaffa Maarof mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada pemilik gerai tersebut. Beliau berkata pihak polis kini sedang menyiasat isu berkenaan. "Kami sentiasa memantau perkara ini kerana nyawa orang awam di daerah ini mungkin terancam sekiranya insiden yang sama berulang kembali," katanya. -Mstar



.

Bas Chelsea terlibat kemalangan, ini reaksi Jose Mourinho


Bas Chelsea terlibat kemalangan, ini reaksi Jose Mourinho  | SKUAD kendalian Jose Mourinho dikejutkan dengan kemalangan bas ketika tiba di Paris untuk bertemu Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara-juara Eropah pada Rabu. Kemalangan itu berlaku ketika bas yang membawa pemain, pegawai dan jurulatih Chelsea itu cuba memasuki laluan sempit di Stadium Par des Princes untuk ke bahagian bawah stadium.


Kegagalan pemandu bas mengawal kenderaan itu menyebabkan sebahagian tingkapnya pecah dan bas terhenti di situ.Berikutan itu, seluruh pegawai dan pemain Chelsea diminta meninggalkan bas dan berjalan ke bilik persalinan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku terhadap pemain atau pegawai pasukan. Bagimanapun, kelihatan riak wajah Mourinho yang kecewa dengan kejadian tersebut. -AP




.

Ibu bunuh anak lelaki dengan alasan mahu menyelamatkan mangsa daripada malu kerana bertelinga besar



Ibu bunuh anak lelaki dengan alasan mahu menyelamatkan mangsa daripada malu kerana bertelinga besar | Seorang wanita Turki mengaku membunuh anak lelakinya berusia 10 tahun dengan alasan mahu menyelamatkan mangsa daripada malu kerana bertelinga besar. Wanita berkenaan, Nuray Sacan, 37, yang didakwa atas tuduhan membunuh memberitahu polis, dia bimbang kehidupan anaknya mungkin musnah kerana memiliki telinga besar. Nuray sebelum itu membayar kos pembedahan kosmetik untuk anaknya di Hospital Gazi di sini, tetapi dia tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan berkenaan.

Wanita itu kemudiannya membawa anaknya ke tandas hospital pada awal pagi sebelum menjerut mangsa sehingga mati dengan menggunakan skafnya. Dia ditangkap selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah lagi kenderaan ketika tergesa-gesa melarikan diri dari hospital. Nuray mengaku membunuh anaknya ketika dia dibawa semula ke hospital dengan menaiki ambulans selepas terlibat dalam kemalangan itu. Dia memberitahu polis, kedua-dua telinga anaknya semakin besar selepas pembedahan kosmetik berkenaan.

“Anak saya semakin hodoh dan dia pasti malu apabila berdepan dengan rakan-rakannya. “Saya mengambil tindakan itu kerana mahu menyelamatkan anak saya daripada menjadi bahan ketawa,” katanya. Tambahnya, dia sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk pembedahan kosmetik kerana anaknya sudah bertahun-tahun menjadi mangsa buli dan ejekan kerana mempunyai telinga besar. Seorang jurucakap polis, Alper Tore, mengesahkan wanita itu kini berada dalam tahanan polis kerana disyaki membunuh anaknya. -AP




.

Kisah seorang bapa yang sanggup melakukan apa saja demi anak yang menghidap penyakit sejak dilahirkan



Kisah seorang bapa yang sanggup melakukan apa saja demi anak yang menghidap penyakit sejak dilahirkan |  Ada beranggapan dia dayus kerana membiarkan isteri bekerja, namun tidak ramai tahu itulah pengorbanannya terhadap anak kesayangan, selain pasrah apabila lebih banyak menghabiskan masa di hospital berbanding di rumah. Lelaki itu, Shabudin Mat, 39, nekad untuk untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak mereka, Muhd Daniel Harits berusia dua tahun yang menghidap sindrom usus pendek sejak dilahirkan.

“Tindakan nekad saya berhenti kerja adalah hasil perbincangan dengan isteri memandangkan itu jalan terbaik selepas mengambil kira keadaan Muhd Daniel Harits yang memerlukan rawatan susulan hampir setiap bulan,” katanya kepada Harian Metro. Shabudin yang sebelum ini bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat di Banting, Selangor berkata, dia pernah mengambil cuti tanpa gaji selama enam bulan semata-mata ingin menjaga cahaya mata tunggalnya itu. Menurutnya, pada pertengahan tahun lalu, dia nekad untuk berhenti kerja dan keputusannya itu dipersetujui isterinya kerana ia jalan terbaik. -Metro



.

Bila kematian warga emas yang juga seorang mualaf menjadi perbalahan mengenai status jenazah



Bila kematian warga emas yang juga seorang mualaf menjadi perbalahan mengenai status jenazah | Kematian seorang warga emas yang juga seorang mualaf berusia 74 tahun menimbulkan perbalahan apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan keluarga lelaki itu masing-masing menuntut jenazah untuk dikebumikan mengikut agama masing-masing di rumahnya di Taman Seremban Jaya, di sini, semalam. Jenazah A Razak Abdullah @M Macha dituntut Bahagian Dakwah JHEAINS untuk dikebumikan mengikut Islam, bagaimanapun keluarganya bertegas mengadakan upacara mengikut agama Hindu.

Keadaan bertambah rumit apabila keluarga tidak membenarkan jenazah dibawa pergi mengakibatkan anggota polis mengawal keadaan daripada berlaku kekecohan. Keadaan menjadi parah sejurus beberapa pemimpin pembangkang menghalang pegawai JHEAINS menyebabkan jenazah dibakar di tempat pembakaran mayat di Jalan Templer, di sini. Pegawai Bahagian Dakwah JHEAINS Mohd Zulkarnain Abdullah berkata, A Razak meninggal dunia di Rumah Orang-Orang Tua, Taman Bunga Blossom, di sini, jam 7.30 malam kelmarin dan rekod mendapati arwah beragama Islam. Katanya, bagaimanapun keluarganya bertegas A Razak meninggal dunia dalam agama Hindu berdasarkan rekod pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Jelasnya sambil menunjukkan bukti, A Razak memeluk Islam pada 1970-an selepas berkahwin dengan isterinya, Kosnibatu Ibrahim yang juga India Muslim. Menurutnya, bagaimanapun A Razak tidak memaklumkan kepada JPN mengenai status pertukaran agama menyebabkan keadaan menjadi sukar. Menurutnya, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima cahaya mata juga beragama Islam sebelum 5 Januari 1998 anak sulung arwah, Mumtaz, 40, menggunakan sijil sumpah daripada Suruhanjaya Sumpah bagi menukar namanya di JPN. -Metro




.

Mangsa Rogol Bunuh Diri Sehari Selepas Polis Gugur Kes



Mangsa Rogol Bunuh Diri Sehari Selepas Polis Gugur Kes | IBU kepada seorang anak membunuh diri sehari selepas polis menggugurkan siasatan terhadap dakwaan dia dirogol oleh seorang pesalah jenayah seks di salah sebuah klinik dibawah Perkhidmatan Kesihatan Nasional Britain (NHS). Kylie Payne, 23, menjalin hubungan dengan lelaki tersebut apabila dia dimasukkan ke dalam wad di unit pesakit mental untuk menjalani rawatan tekanan perasaan. Mahkamah memberitahu doktor menyedari hubungan mereka tetapi tidak memberi amaran kepada Kylie mengenai sabitan jenayah yang dilakukan lelaki tersebut atas faktor kerahsiaan. Ibu Kylie, Sheila berkata dia terkejut apabila anak perempuannya itu memberitahu kakitangan di klinik terbabit bahawa dia dirogol.

 "Saya amat marah dengan klinik tersebut. Lelaki yang melakukan jenayah itu tidak sepatutnya ditempatkan di klinik yang mempunyai pesakit wanita," kata Sheila. Sheila, 42, memberitahu dia kecewa apabila mengetahui anaknya telah membunuh diri apabila dakwaannya tidak diendahkan polis. "Kylie perlukan keadilan," katanya. Kylie menerima rawatan di Meadowlands, sebahagian daripada Klinik Norvic di Thorpe St Andrew, Norfolk, apabila lelaki tersebut dimasukkan ke wad tersebut pada Disember 2011.

Menerusi prosiding inkues yang didengar pada minggu lalu, Kylie memberitahu kakitangan di hospital terbabit bahawa dia dirogol oleh lelaki tersebut pada sambutan Hari Krismas. Klyie akhirnya mendapati enam minggu kemudian siasatan polis digugurkan kerana kekurangan bukti. Dia menulis nota bunuh diri sehingga menyebabkan wanita tersebut diletakkan dibawah pemerhatian. Kylie yang berasal dari Lowestoft, Suffolk, ditemui mati menggantung diri di dalam biliknya di klinik tersebut selepas ditinggalkan tanpa pengawasan selama 20 minit. -AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!