Friday, February 20, 2015

Kisah sedih kehidupan warga emas yang dibuang oleh keluarga sendiri



Kisah sedih kehidupan warga emas yang dibuang oleh keluarga sendiri | Seorang lelaki warga emas terpaksa tinggal dalam reban ayam bersama dua ekor kambing peliharaannya selepas dia “dibuang keluarga” sendiri. Untuk memenuhi keperluan harian, Daeng Bollo, 75, menternak ayam sejak 10 tahun lalu apabila bantuan kerajaan tidak lagi diperolehnya. Media tempatan melaporkan, setiap hari reban ayam seluas 2 x 3 meter itulah menjadi tempat Daeng Bollo berteduh.

Pada malam hari, kata media, Daeng Bollo tidur bersama ayam serta kambing peliharaannya. Kata Daeng Bollo, reban ayam itu milik Awaluddin Rewa Daeng Siala. “Sejak saya dibuang keluarga 30 tahun lalu, saya menumpang teduh di sini,” katanya. Menurut penduduk setempat, mereka pernah beberapa kali menasihati Daeng Bollo supaya berpindah ke tempat lain.

Namun, cadangan itu ditolaknya. Alasan Daeng Bollo - dia malu dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ramai menawarkan diri menyediakan kediaman lain untuknya. Dia juga tertanya-tanya mengapa bantuan bulanan daripada kerajaan terhenti sejak 2005. “Entahlah. Jika mengikut syarat, semuanya sudah dipenuhi, tetapi masih belum nampak perubahan,” katanya. - Agensi



.

Bila lokasi tercantik didunia ini, Air Terjun Niagara bertukar wajah



Bila lokasi tercantik didunia ini, Air Terjun Niagara bertukar wajah | CUACA sejuk melampau di pantai timur Amerika telah menyebabkan beberapa kawasan yang mempunyai pemandangan istimewa bertukar wajah termasuk air terjun Niagara. Air terjun itu yang merupakan antara lokasi tercantik di dunia kini beku apabila cuaca turun ke 13 darjah celcius.


Bagaimanapun masih terdapat pelancong yang datang ke lokasi itu untuk melihat air terjun Niagara membeku meskipun keindahanya tidak seperti sebelum ini.Tidak kurang juga yang dapat merakam gambar-gambar pelangi dan keadaan cuaca sejuk melampau di kawasan berkenaan. -AP




.

Respon Exco Agama mengenai tarian gelek di Bazar Karat JDT yang mengundang kecaman ramai



Respon Exco Agama mengenai tarian gelek di Bazar Karat JDT yang mengundang kecaman ramai   | Pertunjukkan penari tarian gelek berpakaian menjolok mata di Bazar Karat, Johor Bahru mengundang kecaman daripada pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan negeri Johor. Ini kerana pertunjukkan oleh wanita dipercayai warga asing sambil diiringi oleh muzik Arab turut ditonton kanak-kanak. Ramai pengguna media sosial mahukan pertunjukan menjolok mata itu dihentikan dan penari terbabit ditahan serta pihak yang bertanggungjawab ke atasnya ditahan.

 Bazar Karat yang amat popular dalam kalangan penduduk Johor Bharu dan dikunjungi oleh ribuan pelawat dalam serta luar negara terutamanya daripada Singapura dianjur dan diselaras oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru. Exco Agama Negeri Johor Abdul Mutalib Abdul Rahim berkata, perkara seperti tidak sepatutnya berlaku dan ia telah mencemarkan imej Bazar Karat. "Bazar Karat merupakan tempat mencari rezeki dan ia tidak sepatutnya dicemari dengan perkara-perkara yang melanggar hukum syarak," kata di dalam reaksinya menerusi laman sosial Facebook.

Beliau berkata, rata-rata peniaga di Bazar Karat adalah berbangsa Melayu Islam dan kejadian tarian gelek itu adalah amat memalukan. Abdul Mutalib percaya ada pihak yang membawa masuk penari tarian gelek itu dan mahukan tindakan dikenakan terhadap pihak terbabit. Beliau berkata telah memaklumkan kepada Datuk Bandar Johor Bahru tetapi belum menerima respon daripadanya.




.

Sepasang suami isteri terkejut melihat imbasan bayi berusia 20 minggu yang dikandungnya



Sepasang suami isteri terkejut melihat imbasan bayi berusia 20 minggu yang dikandungnya | Sepasang suami isteri terkejut apabila bayi yang dikandungnya 20 minggu menunjukkan isyarat bagus semasa menjalani rutin imbasan. Paul Schofield, 31, dan isterinya Cheryl Stevenson, 32, membuat pemeriksaan rutin di Hospital Saint Mary di sini baru-baru ini. Menurut Cherly, perkara ini sangat menakjubkan dan ramai orang bertanya sama ada ia adalah tulen atau tidak.

"Ini adalah saat yang membahagiakan dan menunjukkan bayi berada dalam keadaan yang baik," katanya dipetik Daily Mail. Sementara itu, jururawat yang menjalankan imbasan berkenaan berkata, mereka tidak pernah melihat bayi yang masih dalam kandungan menunjukkan isyarat bagus dengan begitu jelas. Pasangan itu kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan dan dalam pemeriksaan itu mengesahkan anak yang dikandung adalah lelaki.-AP




.

Gara gara menipu isteri dengan mendakwa dirinya diculik, lelaki berdepan hukuman penjara lima tahun


Gara gara menipu isterinya dengan mendakwa dirinya diculik, seorang lelaki Mexico berdepan hukuman penjara lima tahun selepas perbuatannya memeras ugut wanita itu dibongkar polis.Eliot Garrido Guido, 36, yang juga seorang penganggur, dengan bantuan rakannya, Carlos Amilcar Martinez Reyes, 42, menyusun komplot rancangan penculikan itu dengan memuat naik gambar dirinya dalam keadaan terikat di akaun Facebooknya. Reyes kemudian meminta isteri Guido supaya membayar seba­nyak AS$450 (RM1,624) bagi membolehkan lelaki itu yang didakwa dilarikan sejauh 1,448 kilometer dibebaskan ataupun lelaki itu akan dibunuh.

“Bila saya melihat mesej dan gambar itu, saya tidak percaya apa yang berlaku. “Penculik minta saya membayar wang tebusan atau suami saya akan diseksa dan dibunuh,’’ kata isteri Guido seperti lapor Mail Online. Pihak berkuasa Mexico percaya, Guido malu kerana isterinya mempunyai pendapatan melebihi diri­nya, apatah lagi dia kehilangan kerja tiga bulan sebelum komplot culik itu dilakukan.

Wanita itu berkata, dia yang risau kemudian menghubungi penculik yang mahukannya meninggalkan wang tebusan itu di Mexico City, sedangkan suspek mendakwa mereka berada di Playa del Carmen. “Saya yang meragui dakwaan penculik menghubungi polis,’’ katanya menambah, polis yang tiba di rumahnya kemudian berjaya mengesan kedudukan penculik. Seorang jurucakap polis berkata, polis menemukan kedua-dua suspek itu di sebuah rumah kira-kira 300 meter dari rumah wanita itu. “Mereka mengaku melakukan peras ugut dan ditahan serta merta di tempat kejadian,’’ katanya. -AP



.

Wow! Harga patung beruang ini mampu menyamai harga sebuah kereta mewah?



Wow! Harga patung beruang ini mampu menyamai harga sebuah kereta mewah? | MEMILIKI patung beruang atau teddy bear merupakan impian bagi yang menyukai boneka berbulu tebal ini. Tetapi siapa sangka harga satu patung beruang yang dikeluarkan oleh salah sebuah syarikat pembuat patung ini mampu menyamai harga sebuah kereta mewah? Dibuat dari syarikat Steiff di Jerman, patung beruang yang berharga mencecah sehingga RM 298,124.24 itu merupakan jenis patung beruang pertama yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

Syarikat Steiff yang didakwa sebagai kilang pengeluar patung beruang pertama itu mengeluarkan patung tersebut bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-125. Menurut sumber dari portal luar negara, patung beruang tersebut diperbuat daripada benang emas, manakala mulut patung itu diperbuat daripada emas tulen. Manakala matanya pula dihias dengan permata. Menurut syarikat tersebut, patung tersebut dikeluarkan dalam kuantiti yang sedikit berikutan harganya yang terlalu mahal dan tidak ramai mampu membelinya. -AP




.

Kebimbangan penduduk Kampung sejak beberapa bulan lalu belum berakhir walaupun seekor buaya berjaya ditangkap



Kebimbangan penduduk Kampung Sungai Terus, Oya, di sini, berikutan kemunculan seekor buaya di sungai kampung berkenaan sejak beberapa bulan lalu belum berakhir walaupun seekor buaya berjaya ditangkap, semalam. Difahamkan, seorang nelayan putus kaki akibat dibaham reptilia berkenaan, minggu lalu dan kejadian itu memaksa penduduk kampung melakukan operasi memburu haiwan terbabit daripada terus mengganas di kawasan sungai berkenaan.

Dalam kejadian jam 11 pagi, semalam, penduduk berjaya menangkap seekor buaya berukuran tiga meter dengan berat kurang 50 kilogram, namun ia dipercayai bukannya reptilia sama yang membaham mangsa. Seorang penduduk kampung yang mahu dikenali sebagai Remmy, 30-an, berkata, penduduk tidak menemui sebarang anggota badan manusia dalam perut buaya itu. “Buaya yang ditangkap itu adalah buaya betina kerana didapati sedang bertelur. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!